Husam menang saya tak untung, Husam kalah saya tak laba
BILA saya 'delete marked' SMS yang masuk ke dalam telefon genggam saya, rupanya lebih 281 SMS yang dihantar sepanjang tengahari tadi hingga beberapa minit sebelum saya mula menulis laporan ini.
SMS yang nombornya diprivatekan sarat dengan maki hamun, sumpah seranah, kononnya saya dan Saudara Haji Mohd Sayuti Omar (MSO) mesti ketawa manggak kerana Husam tersungkur, dah lebur.
Nampak dangat betapa tebal dan le'it macam taik beruknya prejudis anak-anak seluang tegar Husam terhadap saya dan MSO. Cara bahasa SMSnya pula bengkeng macam masing-masing boleh mamah kepala keretapi umpama 'kekoh' keropok digoreng rangup.
Untuk makluman anak-anak seluang, anak ikan lapam dan anak ikan juara Husam, saya bukan orang parti politik (dah acap kali saya ulang benda ni), saya pengamal media yang tidak ada kepentingan parti politik tetapi bukan baru dan jahil politik.
Saya tak akan bertanding jawatan dalam Pas pada muktamar bila-bila masa sekalipun, malah tidak mungkin dicalonkan oleh mana-mana parti politik untuk melawan Husam pada mana-mana kawasan pada pilihanraya bila-bila masa sekali pun.
Saya pengamal media, Husam orang politik. Dunia kami jauh berbeza. Sama ada Husam lebur atau saya hancur (kalau dianggap kami telah bertempur), ianya tidak akan memberi apa-apa faedahnya kepada Malaysia dan dunia fana ini?
Hakikatnya kalau Husam menang saya tak dapat untung apa-apa, dia kalah pun saya tak dapat sebarang laba. Sesungguhnya selain dari hasil keputusan perwakilan, segala apa yang berlaku memang sudah sedia tersurat dan ditakdirkan.
Terima sajalah dengan penuh redha tanpa menuding jari ke sana sini dengan tuduhan penuh prejudis sebagai penyebab kekalahan Husam. Kalau redha dengan apa yang berlaku, akan berpahala, kalau sebaliknya boleh dosa.
Bila nak jadi orang Pas soal dosa pahala kena letak nombor wahid, tak cukup setakat pakai kopiah sampai bubus kepala, berjubah labuh dan bila bercakap guna ganti nama 'ana enta' saja.
Kalau bolehlah saya nasihat dan peringatkan, dalam ,manggak berenang dalam buih-buih pujian dan sanjungan, apatah lagi kalau pujian dan sanjungan itu datangnya dari golongan muda dan muaalaf parti, jangan pula sampai memperlekehkan orang tua-tua.
Bagi saya godaan syaitan datang merosakkan Husam melalui orang muda dan kalangan yang tidak cukup tahu tentang apa itu Pas dan tujuan penubuhannya parti itu yang dijadikan think-tanknya, sudahnya beliau yang merukas pada masa yang belum sepatutnya untuk mencapai puncak menara kepimpinan, jatuh bedebok dan rebah ccatok.
Mengenepi dan memprejudisi mereka yang lebih dulu makan garam dalam Pas adalah antara tindakan yang kurang fatonah. Dalam menanganani kes kenyataan yang dibuat oleh Mat Iraq umpamanya, ada nada keangkuhan dari kenyataan Husam.
Mat Iraq lebih tua dan lebih berilmu. Dalam serba selambanya mungkin hatinya terluka kerana beliau juga manusia. Harus diingat, Mat Iraq bukan nyenyeh muka masuk parti politik, sebaliknya beliau dibawa masuk ke dalam parti dari dunia akademik.
Gara-gara perpindahannya dari dunia akademik ke dunia ke politik menyebabkan bahagian yang ditinggalkan di universiti dikatakan terpaksa ditututp kerana tidak ada yang berpakaran untuk menggantikan tempatnya.
Itu yang orang muda-muda dan mualaf Pas kena tahu sebelum mahu memperlekeh atau menidakkan sumbangan orang yang lebih dulu makan garam dalam Pas. Kena tanya dulu apakah standard kita mencapai ke tahap itu.
Demikian juga bila Husam sanggup menyanggah pendirian presiden berhubung pembentukkan kerajaan perpaduan, nampak sangat ada nada keangkuhan, malah nampak benar beliau terlalu yakin dengan kekuatan diri hingga sanggup redas dan redah apa saja.
Kerana itulah agaknya orang muda tidak digalakan menjadi pemimpin, barangkali kerana orang muda mudah lupa diri. Dalam imamkan sembahyang pun jika semuanya alim, maka kena dipilih dan lebih afdal kalau yang menjadi imam adalah paling tua di antara yang alim itu.
Saya ingat kata-kata arwah Ayah Fi yang saya jumpa kira-kira sebulan sebelum kematiannya (beliau minta sangat-sangat supaya saya datang ke rumahnya di Bunut Payung) bahawa Seri Mas (merujuk kepada Husam) tidak akan panjang langkahnya.
Seingat saya Ayah Fi menyatakan bahawa beliau terasa hati dengan Seri Mas. Bagaimanapun saya tak tanya apa-apa pun tentang terasa hatinya kerana bagi saya ianya hal peribadi yang tidak patut saya ambil tahu.
Bukan sahaja Husam tapi saya mahu peringatkan golongan muda dan mualaf Pas yang kalau dipinjam kata Cikgu Lias anak arwah Ustaz Nor Kota (bekas exco kerajaan Pas Kelantan) orang muda Pas umpama sudah berada dalam kebun buah yang sudah masak ranum.
Dalam merasa nikmat memakan buah yang bagi membetokkan pedal , jasa tukang tebas tebang hutan, memerung, menaman dan menjaga pokok, yang buka kebun jangan dilupakan.
Jangan jadi macam beruk, dahlah makan pisang dari ladang yang diusahakan tuannya, bukan sahaja secara tidak kurang sopan dicampak kulit siap dengan cebih-tonye, malah adakalanya ditonggeng punggung pula, tunjuk kurang ajar.
Selain dari Ayah Fi, hati orang seperti Zain LPP, Mat Sahak, Pok Man, Hamid Pendek dan yang sekategori dengannya jangan dilupakan, walaupun mungkin ada di antaranya sudah kembali ke alam abadi atau tahap pengajian dan keilmuan mereka tidak seberapa.
Harus diingat bahawa walapun orang lama tidak banyak ilmu macam orang muda Pas dan mualaf Pas, tetapi mereka kaya dengan pengalaman dan mampu membina kekuatan Pas dalam keadaan serba kurang dan dalam serba keperitan.
Pejuang Pas dulu kerana daifnya boleh makan roti cecah budu untuk elak dari kebulur sebagaimana yang pernah terpaksa dialami oleh Allahyarham Bunyamin dan Dato' Haji Omar Mohamad.
Cuba bayangkan akan ada berapa orang dalam Pas kalau apa yang berlaku kepada Ustaz Bunyamin, Dato' Haji Omar dan lain yang anak dan titih barihnya tidak selega/semewah anak muda dan mualaf Pas, berulang lagi dalam sejarah perjuangan Pas!
Saturday, June 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam ayahandaku...
satu artikel yg simple tp mampu menjentik kalbu..terima kasih krn ia iabarat satu nasihat buatku..w'pun diriku tidak pernah bahkan rasanya takkan bertanding merebut apa2 jawatan dlm mana2 partai...namun sebagai ORANG MUDA..nasihatmu cukup bermakna.barangkali semasa jejarimu menekan button tatkala menggarap artikel ini, hatimu suci dan tiada bilah dendam terhadap si Baju Petak-petak Merah itu...lantas Allah Taala membuka hati sang pemuda ini dan mana-mana pemuda (ataupun yg merasakan diri mereka 'muda') utk berfikir dan menimbang nasihat2mu itu..sekali lagi terima kasih..
Setuju dengan Kube Kerie'...insyaAllah moga-moga Abg Meli teruskan pandangan-pandangan yang sebegini yang berasaskan fakta-fakta yang telus dan berjijak ke tanah..bukan untuk PAS saja malah utk UBN dan sapo sapo sajo pun...
Jimin Istana K.Krian said... sapo kata hamid pendek kepala botok, jaga sikit bahasa tu weh, sepatutnya mung tulis botok bersinar banar, bukan botok saja, ada paham?
Guna nampak sokong dan pakat bersetuju dengan Meli pulak ni. Seingat saya Meli ada kata, dia tak perlu disokong dan tak juga tak perlu ada penyokong kerana dia tidak boleh beri apa-apa kepada penyokongnya.
Barangkali kalau pun yang boleh diberikan ialah return akhbar Mingguan Konsep dan majalah Wasikatul-Ummah yang diterbitkannya, itu pun kalau ada return yang belum dijual timbang kilo.
Akhbar Mingguan Wasilah dah ditukar milik kepada Saudara Yusri Yusoff. Meli ni setahu saya jenis lembut hati dan mudah berkira, sesayang mana pun sesuatu barang kalkau ada gu minta, akan diberukannya.
Mingguan Konsep dan majalah Wasilatul-Ummah dihentikan penerbitannya kerana dia kehabisan dana, wang yang sepatutnya boleh membiayai Mingguan Konsep dan Wasilatul-Ummah hasil pertukaran hakmilik Mingguan Wasilah belum dijelaskan sepenuhnya oleh Saudara Yusri. Meli boleh sanggup tamatkan perniagaan asalkan perjalanan Mingguan wasilah boleh jalan terus.
Macam mana pun rezekinya sentiasa murah. Selain dari didatango pelabur dari Cina berkaiyang minta dia uruskan pembekalan daging kerbau halal, getah cair (latex), getah buku asap (smr20), tahi kelawar, urat sabut (cocunut husk fiber), kaki ayam beku, isi ikan beku dan kanji, Meli juga khabarnya sudah dapat lesen pembelian dan penyembelihan kereta buruk untuk dijual kilo. Kalau nak benih sawit jeis Cemara 750 kosong pembeli cari Meli.
Tak hairan kalau Meli murah rezeki dan dapat macam-macam peluang niaga kerana lazimnya bila dapat rezeki, Meli akan agih-agihkan rezekinya.Dia jenis tak tankedaroh sorang.
Masa kerja dengan urusetia dulu, kalau ada pitih, hampir setiap hari Meli belanja makan, paling kerap ayam kampung goreng/sup ayam kampung di Batu 2, Wakaf Che Yeh.
Post a Comment