Kekahalan Husam bukti kerajaan pepaduan lebih menjadi pilihan perwakilan
SELAIN dari jawatan Mursyidul Am dan Presiden, jawatan Timbalan Presiden Pas adalah merupakan antara jawatan terpenting dalam kepimpinan parti yang ditubuh dan diasaskan pada tahun 1951 oleh bekas pendukung dan penyokong Umno yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam, antaranya termasuklah ayahnda kepada mantan perdana menteri kelima negara, Tun Abdullah Ahmad Badawi yakni Haji Ahmad Badawi bin Abdullah Fahim.
Sesuai dengan perkembangan semasa dan perkembangan parti itu itu sendiri, termasuk dari sudut rekod pencapaiannya, maka Pas mula mempunyai pendukung dan penyokong yang pelbagai sifat dan latar pendidikannya. Parti itu bukan lagi menjadi parti yang didukung dan disokong oleh guru-guru sekolah agama rakyat dan sekolah pondok lagi yang mengimejkannya sebelum tahun 1990 khususnya.
Ekoran dari itu kononnya akhir-akhir ini dikatakan munculnya kumpulan pro libralisme (prolib) yang terdiri dari kalangan para profesional di samping kumpulan pro ulamak masih terus bertahan dalam parti berkenaan dan kedua-dua kumpulan dikatakan tidak berapa seragam pendapat dalam banyak perkara.
Justeru apabila berlangsungnya Muktamar Agung Pas Ke-55, parti berkenaan telah mendapat perhatian yang agak luar biasa dari pelbagai pihak, termasuk pihak media dan parti lawan berbanding dengan muktamar-muktamar sebelumnya, apa yang berlaku dalam parti, malah kalah menang calon yang bertanding merebut jawatan menjadi perhatian dan dipedulikan oleh pelbagai pihak.
Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan dan kini adalah bekas Naib Presiden Pas, Dato' Haji Husam Musa dilihat peneraju utama kumpulan prolib, malah ramai yang meramalkan, beliaulah yang bakal menggantikan tempat Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan sebelum beliau tumpas dalam percubaan merebut kerusi Timbalan Presiden yang secara tidak langsung bermakna antara usaha gigih dan ketagih untuk menjadi lebih ada kuasa dalam parti berkenaan.
Beliau secara terang-terang menentang gagasan kerajaan perpaduan yang dibuat oleh Presiden Pas, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang yang mendapat sokongan padu Timbalan Presiden, Nasaruddin Mat Isa. Sebelum menjawat jawatan Timbalan Presiden, Nasaruddin yang merupoakan pensayarah di Universiti Islam Antarabangsa pernah menjadi Setiausaha Agung Pas dengan meninggalkan kejaya dalam bidang akademik semasa Allahyarham Dato' Fadzil Noor menjadi Presiden Pas.
Kekalahan Husam yang tidak diramal oleh kebanyakan pakar, pengaganalisa politik serta para blogger khususnya blogger yang pro pembanngkang, malah blogger yang pro Umno dan yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, secara tidak langsung membuktikan bahawa kerajaan perpaduan yang digagaskan oleh Presiden Pas lebih menjadi pilihan majoriti perwakilan.
Berbanding dengan kumpulan prolib, pada saya kumpulan pro ulamak bersih dari perasaan angkuh, sombong, bongkak dan riak serta tidak mudah lupa diri dengan ujian kemenangan yang diraih di beberapa buah negeri selain dari terus mengekalkan kemenangan di Kelantan pada pilihanraya umum ke-12. Kumpulan pro ulamak lebih berjejak di bumi nyata dalam berpolitik dan berpati politik serta dalam merangka dan menkeangkakan masa depan Pas.
Bagi saya, menolak gagasan kerajaan perpaduan adalah suatu bentuk keangkuhan, kesombongan dan keriakkan yang sangat nyata, apatah lagi jika menganggap bahawa Pakatan Rakyat (PR) lebih berkemampuan untuk menjadikan negara lebih baik dari yang sedia ada kerana hakikat yang kena diakui walaupun sangat pahit, PR bukannya berterajukan Pas.
Sebaliknya kedudukan DAP atau setidak-tidaknya Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih kukuh berbanding dengan Pas dalam PR. Yang rakyat mahukan kalau pun pemerintahan negara perlu bertukar ialah dengan Pas yang menjadi peneraju, bukannya PKR atau DAP. Kalau DAP atau PKR yang jadi 'leader', adalah lebih baik kalau Umno/BN terus dikekalkan memerintah.
Untuk jadikan Pas 'leader' , maka kena diambil kira berapa kerusi yang Pas ada, malah berapa jumlah kerusi parlimen yang Pas bertandinng pada setiap kali pilihanraya. Dengan kerusi yang Pas miliki, cakap-cakap, pelan, rangka atau kerangka untuk mewujudkan pemerintahan negara berdasarkan apa yang dimatlamatkan oleh Pas akan bersifat retorik semata-mata.
Menyedari tentang hakikat sebenar Pas 'lah agaknya, maka gagasan kerajaan perpaduan yang telah dicetuskan oleh Presiden Pas telah menerima sokongan majoriti perwakilan parti itu pada Muktamar Ke-55 yang secara tidak langsung menggambarkan suara majoriti para pendukung dan penyokong parti.
Lagi pun berbanding dengan parti-parti bukan Melayu/bukan Islam dalam Umno/BN, parti yang mewakili suara bukan Islam dalam PR yakni DAP terang-terangan menentang sebarang usaha dan cadangan untuk membentuk kerajaan Islam di negara ini.
Kumpulan pro ulamak tentulah melihat Pas akan menghadapi krisis keyakinan untuk jangka masa panjang seandainya kerajaan perpaduan dengan Umno/BN ditolak sedangkan dengan PR yang di dalamnya ada parti yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam boleh pula Pas bekerjasama. Justeru , wajar benarlah bila gagasan kumpulan pro ulamak mendapat sokongan majoriti para perwakilan muktamar.
Memandangkan latar belakang pendidikan Presiden Pas itu itu sendiri, tentulah gagasan yang dibuat oleh Presipresiden parti berkenaan bukan bersifat teaori peribadi beliau, sebaliknya ianya setelah merujuk kepada al-Quran yang mana tidak ada halangan untuk bekerjasama atau menjalin perpaduan dan diberi kepercayaan kepada sesiapa sahaja kecuali dengan orang Yahudi yang merupakan orang dan puak yang dilarang dijalin kerjasama.
Orang Yahudi juga dilarang dijadikan sahabat atau orang kpercayaan. Yang menolak dan menentang keras penubuhan Kerajaan Islam adalah senada dengan Yahudi. Saya yakin yangmenolak menolak gagasan kerajaan perpaduan didorong oleh keangkuhan, kesombongan dan keriakkan tanpa merujuk al-Quran, maka tidak peliklah kalau calon yang termasuk dalam kumpulan menolak gagasan kerajaan perpaduan telah ditolak oleh para perwakilan Muktamar Ke-55 Pas.
Bagi saya pembentukkan kerajaan perpaduan bukan bermakna Pas kena menjadi sebahadian dari Barisan Nasional, cukuplah kalau menjadi pembangkang yang rasional, pembangkang yang memberikan teguran membina kepada Kerajaan Umno/BN, bukannya menjadi pembangkang yang bangkang semua perkara.
Dalam amalan demokrasi, peranan pembangkang sama pentingnya dengan kerajaan tetapi bangkangan yang dibuat kena rasional dan membina untuk membaiki kelemahan kerajaan, bukannya untuk meruntuhkannya kerana untuk membangun sesebuah kerajaan bukan semuah meruntuhkannya.
Kestabilan kerajaan memerlukan pengalaman yang pelbagai-bagai dan memakan masa yang panjang untuk menjadi matang, untuk bebas dari menjadi kerajaan separuh masak.
Bila jadi pemimpin Islam separuh masak, maka apabila Lim Guan Eng mendakwa mahu jadi zuhud macam Khalifah Umar Ibnu Aziz pun kita boleh sokong sedangkan syarat untuk zuhud bukan sahaja kena Islam dan beriman, tetapi kena bertaqwa. Lim Guan Eng dah Islam, dah beriman atau dan bertaqwa?
Oleh itu kena yakin bahawa untuk menjadi orang Pas atau pemimpin Pas, bukannya semudah menjadi orang Umno/BN atau pemimpin Umno/BN.
Kalau terlalu ambil mudah menjadi orang Pas atau pemimpin Pas, maka akan cepat nampak cula, wajah dan warna retorik pada bodi orang Pas atau pimpinan Pas.
Saturday, June 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
PAS akan terkubur jika menjalin kerjasama dengan UMNO, sebab nya semua ahli nya adalah Islam, UMNO dapat penetrate kedalam jantung PAS, UMNO boleh bermain dengan dosa pahala sedangkan PAS cuma boleh bermain dengan pahala, ini perjanjian berat sebelah, lebih baik kerjasama dengan DAP kerana DAP cuma memandang dari jauh dan PKR adalah alternative....
Jangan terlalu yakin bila jadi orang Pas, maka akan berpahala dan boleh masuk syurga dan kalau hadi orang Umno asyik berdosa dan masuk syurga.
Nabi dan para sahabat tak pernah masuk Pas, maknya tak ada peluanglah masuk syurga Juga macam mana dengan umat Islam di luar Malaysia, mereka bukan orang Pas, nak masuk syurga macam mana.
Jangan salah faham antara politik dengan parti politik. Politik dengan Islam memnang tidak boleh dipisahkan tetapi tidak ada parti yang boleh mendakwa parti-parti Islam, cuma boleh kata berparti politik cara Islam, berkerajaan cara Islam.
Syurga untuk orang yang bukan sahaja Islam dan beriman tetapi kena beartaqqa tidak kira ianya dari parti mana.
Kerajaan perpaduan yang digagaskan bukan bermakna Pas kena masuk dalam BN atau menjadi sebahagian dari parti komponen BN,
Dalam berpolitik Pas tetap Pas dan Umno tetap Umno. Cuma yang diperlukan ialah Pas membantu kerajaan dengan memberi teguran, krtitikan serta mmemberikan buah fikiran membina, bukannya membangkang membabi buta. Ada keperluan semasa, malah keperluan jangka panjang demi kepentingan agama, bangsa dan negara yang memerlukan Umno-Pas kena berhenti bermain politik resam anjing dengan kucing.
Post a Comment