Komen diberi respon kembali
Bagi memeriahkan blog ini dan bagi merasa penjenguk sentiasa dekat dengan saya, di samping sementara saya belum kembali sibuk dengan tugas-tugas penerbitan akhbar mingguan, majalah bulnan dan buku yang dikomakan seketika kerana masalah dana, Insyaallah saya akan cuba untuk memberi respon kembali kepada komen-komen yang dihantar dengan matlamat untuk bertukar-tukar fikiran.
Mudah-mudahan dengan ini saya selaku pengendali blog dan para pengunjung boleh menambah ilmu dan maklumat. Macam mana sama ada apa yang akan dilakukan berpanjangan atau sebaliknya, bergantung kepada keluangan masa dan kudrat yang ada.
Untuk kali ini saya mulakan respon dengan komen-komen yang dihantar bagi posting MUNCUL KEMBALI (208) yakni;
1. Anonymous said...
PAS akan terkubur jika menjalin kerjasama dengan UMNO, sebab nya semua ahli nya adalah Islam, UMNO dapat penetrate kedalam jantung PAS, UMNO boleh bermain dengan dosa pahala sedangkan PAS cuma boleh bermain dengan pahala, ini perjanjian berat sebelah, lebih baik kerjasama dengan DAP kerana DAP cuma memandang dari jauh dan PKR adalah alternative....
June 7, 2009 12:15 AM
RESPON BALAS: Setiap di antara kita berhak berpendirian dan berpendapat berdasarkan keupayaan akal masing-masing dan bercanggah pendapat adalah sesuatu yang sangat wajar bagi negara yang mengamalkan demokrasi seperti di negara kita.
Tetapi untuk berbuat sesuatu supaya berjaya, kena berani mencuba dan kena buang dari sebarang prejudis. Demikian juga dengan kerajaan perpaduan. Ianya baru pada peringkat caka-cakap, belum lagi terbina dalam bentuk rangka atau kerangkanya.
Setelah majoriti memilih memberi majoriti sokongan (kemenangan percuma) Dato' Seri Haji Hadi Awang sebagai Presiden Pas, maka tugas ahli Pas yang lain adalah membantu memudahkan beliau menzahir/merealitikan gagasannya.
Kalau beliau seorang presiden yang sedar bahawa jawatan yang dsandangnya adalah suatu mandat dan tanggunmgjawab, beliau tidak akan menggunakan kuasa veto untuk merealitika gagasannya, sebaliknya beliau akan membawa ke dalam perundingan jawatankuasa agung dan mendapat persetujuan majoriti sama ada akan diteruskan atau sebaliknya.
Prejudis dan prasangka tidak mendatangkan faedah, sebaliknya membawa banyak padah, malah semurni mana pun usaha yang dibuat akan terbantuk kalau ianya dibom dengan prejudis dan prasangka.
Tak rugi kalau kita berprasangka baik. Jangan takut Umno/BN akan tipu atau peralatkan Pas kerana kalau betul Pas berjuangg berpandukan apa yang diajar oleh Islam, ertinya Pas menjadi parti politik kesayangan Allah dan Rasul-Nya.
Kita kena percaya kepada Allah yang tidak akan membiarkan apa yang disayangi-Nya diperkotak-katikkan. Kita kena percayakan kekauasaan Allah mengtasai segala kuasa.
Kita kena takutkan Allah, bukan takut dan gerunkan yang lain selain dari-Nya. Kalau betul Pas parti yang Islamik dan pendukung dan penyokong Islam, beriman dan betaqwa sahaja, di samping kena berusaha, kena berserah kepada Allah.
2.Bekas Pelajar Pondok Pasir Tumbuh said...
Jangan terlalu yakin bila jadi orang Pas, maka akan berpahala dan boleh masuk syurga dan kalau hadi orang Umno asyik berdosa dan masuk syurga.Nabi dan para sahabat tak pernah masuk Pas, maknya tak ada peluanglah masuk syurga Juga macam mana dengan umat Islam di luar Malaysia, mereka bukan orang Pas, nak masuk syurga macam mana.Jangan salah faham antara politik dengan parti politik. Politik dengan Islam memnang tidak boleh dipisahkan tetapi tidak ada parti yang boleh mendakwa parti-parti Islam, cuma boleh kata berparti politik cara Islam, berkerajaan cara Islam.Syurga untuk orang yang bukan sahaja Islam dan beriman tetapi kena beartaqqa (bertaqwa? - pengendali blog)tidak kira ianya dari parti mana.Kerajaan perpaduan yang digagaskan bukan bermakna Pas kena masuk dalam BN atau menjadi sebahagian dari parti komponen BN,Dalam berpolitik Pas tetap Pas dan Umno tetap Umno. Cuma yang diperlukan ialah Pas membantu kerajaan dengan memberi teguran, krtitikan serta mmemberikan buah fikiran membina, bukannya membangkang membabi buta. Ada keperluan semasa, malah keperluan jangka panjang demi kepentingan agama, bangsa dan negara yang memerlukan Umno-Pas kena berhenti bermain politik resam anjing dengan kucing.
June 7, 2009 8:09 AM
KOMEN BALAS: Saya bersetuju dengan anda. Kalau kita orang Pas jangan ingat dengan sendirinya kita layak masuk syurga. Syurga bukan sahaja hanya untuk orang Islam dan beriman, tetapi untuk orang beratqwa, malah banyak bergantung kepada ihsan Allah.
Saya setuju dengan anda, Pas tetap Pas dan Umno tetap Umno walaupun gagasan pembentukan kerajaan perpaduan berjaya direalitikan. Samalah seperti bila orang Cina atau India masuk Islam, mereka tidak akan bertukar jadi Melayu. Mereka tetap Cina dan India.
Betul macam anda katakan, pembentukkan kerajaan perpaduan tidak semestinya Pas masuk BN atau berada dalam kerajaan. Cukup sekadar Pas jadi pembangkang yang bertanggungjawab.
Dalam amalan demokrasi, antara parti kerajaan dengan parti pembangkang peranannya sama penting kerana itu elaun wakil rakyat kerajaan dengan pembangkang sama sahaja nilainya.
Kerajaan akan kuat jika pembangkang hebat dan kerajaan akan lemah jika pembangkang lemah. Jangan ghairah menjadi kerajaan kerana menjadi kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang.
Orang Umno Melayu, orang Pas pun Melayu, bila Melayu lazimnya beragama Islam. Saya rasa ramai di kalangan orang Umno yang (pendukung dan penyokong) lebih alim dari orang Pas. Kena terima hakikat itu.
3. Parpu Kari said...
DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html
June 7, 2009 8:23 AM
RESPON BALAS: Bacalah. Mana yang baik jadi teladan, mana yang tidak baik jadikan sempadan. Apa-apa yang saya catat hanya boleh dianggap betul kalau ianya tidak bercanggah dengan al-Quran dan Hadis. Kalau menyimpang dari al-Quran dan Hadis, mohon bukan sahaja jangan diteladani, sebaliknya tegur, peringat dan betulkan saya saya cetek ilmu ini.
Komen-komen bagi posting MUNCUL KEMBALI (207);
1. Kube Kerie' said...
salam ayahandaku...satu artikel yg simple tp mampu menjentik kalbu..terima kasih krn ia iabarat satu nasihat buatku..w'pun diriku tidak pernah bahkan rasanya takkan bertanding merebut apa2 jawatan dlm mana2 partai...namun sebagai ORANG MUDA..nasihatmu cukup bermakna.barangkali semasa jejarimu menekan button tatkala menggarap artikel ini, hatimu suci dan tiada bilah dendam terhadap si Baju Petak-petak Merah itu...lantas Allah Taala membuka hati sang pemuda ini dan mana-mana pemuda (ataupun yg merasakan diri mereka 'muda') utk berfikir dan menimbang nasihat2mu itu..sekali lagi terima kasih..
June 6, 2009 9:00 AM
RESPON BALAS: Kita kena saling ingat memperingatkan sebagaimana yang dituntut oleh Surah Al-Asyr. Bagaimanapun hakikat, orang lebih sukakan kemanisan (pujian) dari kepahitan (kritikan/teguran) walhal hakikatnya ubat yang paling pahit adalah ubat yang paling mustajab.
Jarangan orang melihat dan menerima hakikat bahawa rakan yang paling sayangkan rakannya adalah yang akan rajin membuat teguran kesilapan rakan di samping tidak akan marah bila ditegur rakan.
Samalah juga bila seseorang itu sayangkan seseorang tokoh atau sesebuah kerajaan, ianya akan ambil risiko untuk membuat teguran walaupun disedari dengan itu ianya akan dimusuhi.
Orang tua walaupun tidak berilmu, mereka ada pengalaman. Tapi adakalanya orang tua, termasuk saya sendiri banyak melalut. Memang hakikat manusia tidak dapat elak dari kelemahan. Oleh itu dalam anda bersetuju dengan saya, anda kena ada yang tidak bersetuju. Saya tidak perfect.
2. takpandai said...
Setuju dengan Kube Kerie'...insyaAllah moga-moga Abg Meli teruskan pandangan-pandangan yang sebegini yang berasaskan fakta-fakta yang telus dan berjijak ke tanah..bukan untuk PAS saja malah utk UBN dan sapo sapo sajo pun...
June 6, 2009 9:56 PM
RESPON BALAS: Insyaallah saya akan teruskan dengan apa yang telah dan sedang saya lakukan. Sebelum saya banyak tegur Pas, dah lama saya tegur dan belasah Umno.
Sebagaimana saya sayangkan Pas, saya juga sayangkan Umno kerana kedua-duanya parti orang Melayu, parti milik bangsa dan seagama dengan saya.
3. Anonymous said...
Jimin Istana K.Krian said... sapo kata hamid pendek kepala botok, jaga sikit bahasa tu weh, sepatutnya mung tulis botok bersinar banar, bukan botok saja, ada paham?
June 6, 2009 10:10 PM
RESPON BALAS: Hamid Pendek/Hamid kecek bukan botak tapi bubus. Antara botak dengan bubus ada hubungan dua pupu kalau pun bukan sepupu dan adik beradik.
Saya tumpang sedih dan terkilan dengan nasib Encik Hamid, patut dah bergelar YB. Tapi ada alasan kerana pendek dan keciknya, maka dia tak layat jadi MB. Kena ingat bekas MB Kelantan dulu (Tan Sri Mat Yaacob) dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan (Isa Samad) pun kecik.
Dialah antara orang yang pujuk saya (bersama Mazlan Ibraim) yang ajak saya masuk Urusetiap Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dulu. Tapi saya tabik spring dengan beliau, walaupun semacam jasa dan sumbangannya terhadap parti, beliau tetap komitemen dengan perjuangan. Orang macam dia tu bokali payah nak cari sorang dalam 10,000.
4. 100 Pupu Rashid Maidin said...
Guna nampak sokong dan pakat bersetuju dengan Meli pulak ni. Seingat saya Meli ada kata, dia tak perlu disokong dan tak juga tak perlu ada penyokong kerana dia tidak boleh beri apa-apa kepada penyokongnya.Barangkali kalau pun yang boleh diberikan ialah return akhbar Mingguan Konsep dan majalah Wasikatul-Ummah yang diterbitkannya, itu pun kalau ada return yang belum dijual timbang kilo. Akhbar Mingguan Wasilah dah ditukar milik kepada Saudara Yusri Yusoff. Meli ni setahu saya jenis lembut hati dan mudah berkira, sesayang mana pun sesuatu barang kalkau ada gu minta, akan diberukannya. Mingguan Konsep dan majalah Wasilatul-Ummah dihentikan penerbitannya kerana dia kehabisan dana, wang yang sepatutnya boleh membiayai Mingguan Konsep dan Wasilatul-Ummah hasil pertukaran hakmilik Mingguan Wasilah belum dijelaskan sepenuhnya oleh Saudara Yusri. Meli boleh sanggup tamatkan perniagaan asalkan perjalanan Mingguan wasilah boleh jalan terus.Macam mana pun rezekinya sentiasa murah. Selain dari didatango pelabur dari Cina berkaiyang minta dia uruskan pembekalan daging kerbau halal, getah cair (latex), getah buku asap (smr20), tahi kelawar, urat sabut (cocunut husk fiber), kaki ayam beku, isi ikan beku dan kanji, Meli juga khabarnya sudah dapat lesen pembelian dan penyembelihan kereta buruk untuk dijual kilo. Kalau nak benih sawit jeis Cemara 750 kosong pembeli cari Meli.Tak hairan kalau Meli murah rezeki dan dapat macam-macam peluang niaga kerana lazimnya bila dapat rezeki, Meli akan agih-agihkan rezekinya.Dia jenis tak tankedaroh sorang.Masa kerja dengan urusetia dulu, kalau ada pitih, hampir setiap hari Meli belanja makan, paling kerap ayam kampung goreng/sup ayam kampung di Batu 2, Wakaf Che Yeh.
June 6, 2009 11:51 PM
RESPON BALAS: Anda mungkin kenal benar siapa saya. Eloklah kalau anda perkenalkan diri sebenar. Mungkin anda pun tau perangai saya. Orang lain bila ada pitih buat rumah, saya terus duduk rumah sewa.
Sebenarnya saya hanya mahu duduk sementara sahaja di dunia ini, bukannya abadi. Paling lama pun saya akan berada di dunia ini pada usia 60 atau 67 tahun (ayah saya mati pada usia 67 tahun). Sekarang usia saya dah 53 tahun.
Buat apa nak kena ada rumah.
Sunday, June 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment