Kerajaan perpaduan: jangan prejudis
KERAJAAN perpaduan adalah gagasan Presiden Pas, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang yang sekali lagi diberi kemenangan percuma sebagai presiden sempena Muktamar Agung parti ke-55.
Walaupun gagasan itu tidak ditolak oleh Umno dan juga oleh mana-mana parti pakatannya dalam Barisan Nasional (BN), tetapi ianya ditentang oleh sebilangan pimpinan dan ahli Pas sendiri. Pelik tapi benar.
Pun begitu kumpulan yang menentang gagasan itu yang mana telah dengan yakin menawarkan diri bertanding merebut jawatan-jawatan penting parti berkenaan pada muktamar agung yang baru selesai, telah kecundang.
Keputusan pemilihan muktamar membuktikan bahawa majoriti perwakilan menerima gagasan kerajaan perpaduan dan menolak kumpulan yang kontra dengan gagasan itu, apatah lagi tokoh-tokoh yang sanggup pula menyanggah gagasan presiden secara terbuka.
Bagi saya gagasan kerajaan perpaduan ada unsur dan ciri-ciri ke arah mengeratkan silatur-rahim yang sangat dituntut dalam Islam yang mana segala percanggahan pendapat sesama saudara seIslam disaran dibawa ke meja rundingan.
Adalah amat tidak bijak sekiranya ianya diprejudisi dari dalam Pas sendiri kerana gagasan itu datangnya dari pimpinan utama parti itu. Orang Pas boleh anggap gagasan itu sebagai perangkap/muslihat Umno kalau ianya hasil cetusan Umno.
Bila Umno menunjukkan sikap positif tehadap gagasan manakala dari dalam Pas sendiri timbul prejudis dan prasangka terhadap gagasan itu, umum yang tidak taksub dan jumud pasti akan dapat menilai standard, piawan dan kualiti kumpulan penentang.
Bukan sesuatu yang pelik kalau prejudis dan prangsangka datangnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP kerana kedua-duanya tidak kenal wajah dan warna sebenar Pas.
Tetapi bila gagasan yang datang dari presiden parti yang diberi kemenangan percuma sebagai tanda kepimpinannya diiktiraf, tiba-tiba ada kumpulan dari dalam yang berstatus tokoh menentangnya ianya adalah bukan sesuatu yang pelik tetapi tersangat dan teramat pelik.
Kepada mereka diluar Pas, dengan apa yang berlaku itu akan dilihat bahawa parti berkenaan kini sedang menghadapi fenomena, wabak, sindrom dan virus berpuak-puak yang mahu tidak mahu akan membawa padah kepada parti itu sama ada bagi jangka pendek atau panjang.
Sunday, June 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment