BI: jangan gadaikan anak bangsa kerana eksperimenisme
HAKIKATNYA bila lain padang lainlah belalangnya, lain orang menjadi ketua, termasuk bila bertukar menteri, maka pendekatan, corak, warna dan wajah sesebuah jabatan atau kementerian akan bertukar.
Itu yang boleh dilihat dalam konteks Malaysia yang semacam masing-masing berlumba-lumba untuk bereksperimen kalau pun tidak tidak boleh dikategorikan sebagai masing-masing dijangkiti virus, wabak, sindrom dan fenomena eksperimenisme yang memualkan.
Terbaru, wujud cadangan supaya Bahasa Inggeris dijadikan matapelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran (SPM), barangkali lanjutan kepada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Dalam penentangan banyak pihak, khususnya kalangan yang sayangkan bahasa sebagai cermin bangsa terhadap PPSMI dan ianya didesak agar dimansuhkan, kenapa boleh timbulnya pula cadangan supaya BI dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam SPM.
Bagi saya ianya lebih bersifat eksperimenisme oleh menterinya supaya nanti akan tertinta jasa, pembaharuan, reformasisme dan revolusisme seorang menteri dalam sejarah sistem pelajaran dan pembelajaran negara.
Seolah-olah Bahasa Melayu yang kini dikatakan dituturkan oleh 300 juta penutur dan diajar pada 115 buah universiti di 35 buah negara tidak diyakini oleh bangsa Melayu sendiri yang bergelar pemimpin untuk dijadikan bahasa ilmu, bahasa teknologi dan maklumat global.
Kenapa bahasa yang sudah pun dibawa oleh anak raja Melayu bernama Sanjaya merentasi Lautan Hindi, malah sampai hingga ke Baghadad mengadap Khalifah Harun Aminurrasyid lebih 500 tahun yang lalu dalam siri jelajah dan jajahnya, sanggup diperlekehkan.
Jawapanya ialah orang yang memperlekehkannyalah yang patut tepuk dada tanya selera, tumbuk tahi tanya sama hati supaya kejatian kemelayuan dapat dilihat masih ada tersisa dalam kepala dan jiwa raga atau pun sebaliknya.
Sejarah orang Melayu buta jawi yang merupakan tulisan pencermin bahasa dan bangsa Melayu gara-gara dasar pendidikan negara jangan dibiarkan berulang ekoran dari keghairahan tokoh-tokoh Melayu yang seakan mahu memBERHALAkan bahasa Inggeris.
Buta jawi secara tidak langsung akan menjadikan bangsa Melayu yang mendabik dada bahawa Islam adalah agama anutan, menjadikan orang Melayu boleh akan buta al-Quran yang merupakan ibusawat bagi segala ilmu untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Gara-gara buta al-Quran dan kitab suci yang patut dijadikan rujukan mutlak itu akan dipandang mudah dan lekeh, maka lihatlah apa yang telah dan sedang belaku kepada bangsa Melayu, terutama kepada anak-anak muda Melayu sekarang.
Kerana bahasa Inggeris diperDEWA dan diBERHALAkan, maka tidak hairanlah kalau anak-anak muda Melayu lebih seronok dan lebih gah membentuk diri yang selari dengan gaya dan resam hidup pemunya bahasa Inggeris itu sendiri.
Mahu tidak mahu kita akan menjadi suatu bangsa yang hanya nampak dari sudut zahirnya sahaja merdeka tetapi dalam bentuk hakikat, pemikiran, fe'el perangai dan resam hidup, bangsa Melayu dan bahasanya masih terus terjajah dan dijajah.
Alangkah baiknya kalau mata elajaran bahasa Arab dijadikan mata pelajaran wajib lulus bebanding dengan bahasa Inggeris, setidak-tidaknya kepada pelajar berbangsa Melayu kerana selain dari ianya menjadi bahasa al-Quran, bahasa Arab adalah merupakan bahasa resmi bila kita masuk kubur dan juga di akhirat nanti.
Dalam kubur kita tidak akan disoal dengan 'Hwo your God?' atau 'What your God name?' tetapi akan disoal dengan 'Maarobbuka?' yang membawa maksud siapa Tuhanmu, malah selepas mati semua bahasa tidak akan laku lagi selain dari bahasa Arab.
Kalau kita benar-benar berpandangan jauh, bukan bahasa Inggeris yang diutama dan dimegahkan tetapi akan diuatamakan bahasa Arab kalau pun sebagai orang Melayu kita rasakan bahasa Melayu tidak cukup standard untuk dijadikan bahasa ilmu.
Harus diingat bahawa daripada kira-kira sejuta patah pekataan bagi keseluruhan bahasa Inggeris, hampir separuh daripadanya adalah merupakan bahasa yang dibahasa-Inggeriskan sedangkan bahasa Arab pula bukannya tidak mengandungi bahasa lain yang dibahasa-Arabkan, sebaliknya bahasa Arab itu banyak dibahasakan ke dalam bahasa-bahasa lain.
Lagi pun kalau BI diwajibkan lulus dalam SPM sebagai antara dasar pelajaran negara, maka musibahnya tidak lulus SPM akan ditanggung oleh para pelajar di luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan tuisyen sebagaimana di kawasan bandar.
Saya yakin guru-guru yang mengajar di kawasan luar bandar yang fasih berbahasa Inggeris pun akan berbau pucuk paku atau celur pucuk ubi cecah budu bila mengajar bahasa Inggeris disebabkan pengaruh suasana sekitar yang sekaligus akan mempengaruhi keupayaan untuk menguasai BI di kalangan murid.
Sesungguhnya dalam keinginan mahu berekserimenisme bagi tujuan penintaan dan pemhatan nama dan ketokohan, adalah tidak wajar jika masa depan dan peluang anak bangsa digadai dan diperjudikan.
Monday, June 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
hamid pendek (ex-penyelia DUN Tendong) said..
egg is telor, wood is kayu, when i tidor, i mimpi u
what is u do? lam chok kong,
makan nasi dgn budu, ulam pucuk kangkung
Saudara Hamid Pendek.
Walau pun nama saudara Hamid Pendek, janganlah tunjuk kan sangat saudara pendek akal.
Penulis artkal ini mengajak kita sama sama berfikir dan melihat kemanakah arah tuju kita. Terima kasih.
hamid pendek (ex-penyelia DUN Tendong) said..
Weh mr yes, yang mung dok pikir benda benda kritikal tu apa pasal, mung oyat lagu mano pong puwok-puwok menteri tu bukan dengar mung pong, kalu dia nak ubah dasar, dia ubah jugak, Malaysia niweh harta che wol @ tok chik dia, ikut dia nak buwat la. Mung nanti ikut jah, dia nak experiment lagu mano mung bulih wat gapa? Kalu aku hamid pendek jadi meteri pelajarem, aku tukar semua subject jadi medium siam biyar mudah gi golok, pandar kecek siam.Aku rasa lebih baik lagu tu dok pung acu mung tanyo jimin, mat pauh attawo duwan, kalu dok tanyo rossem attawo ustak man, kalu payah sangat tanyo cikgu lias, dia memey arif bab nih.
Kurangkan masa berseloroh dan main-main supaya kita tidak dilihat macam budak-budak, kalau tak kena gayanya akan dilihat sebagao gon dan sasan.
Muhyiddin minta diberikan pandangan, maka kita ambillah kesepatan untuk memberi pandangan bila ada saluran macam yang Encik Meli sediakan melalui blognya.
hamid pendek (ex-penyelia DUN Tendong) said..
Weh Peminat Gulai Serati Pok Mat.. mung kabar kooo dok, nih aku nak kecek omputeh dgn mung kalu mung payah paham gak, whatever opinion u said since there is no effect to our ministry, the minister will do whatever they like to do, they seem to manage our country just like an estate, just diong experiment whatever they like to do. Dont u understand brother? koo mung nak aku kecek india supoo rais kedai kopi tu weh.
Post a Comment