Wednesday, June 10, 2009

MUNCUL KEMBALI (211)

Kerenah membawa punah

WALAUPUN tidak minat berparti politik tetapi sering berada dalam kubang dan gelup politik tanpa taksub kepartian, apatah lagi menDEWAkan mana-mana tokoh, secara tulus saya mahu menyatakan bahawa keadaan Pas terkini membimbangkan bagi yang benar-benar reti apa itu politik dan parti politik serta bukannya kelas 'ppoko angguk' dan kelas gayung pencedok dalam bidang siasahisme.

Pas semakin hilang identiti dan mula menyongsang dari tujuan asal penubuhannya. Apa yang sudah berlaku dalam Umno dan mula dikikis oleh pendukung dan penyokong dari terus mentradisi parti yang paling ramai anggotanya di negara ini itu, kini bertunas dan menjalar dalam Pas.

Tindakan tanduk tokoh-tokoh Pas terkini banyak membuka ruang untuk Umno smish Pas. Jangan terkejut kalau dalam pilihan raya kecil dewan Undangan Negeri Manik Urai (yang mencatat rekod 6 sama) nanti, Pas akan kalah, bukan kerana Umno kuat tetapi kerana kerenah Pas sendiri.

Gerakan menyerang sesama sendiri kerana dendam, misalnya ada gerakan menyerang Ustaz Nasaruddin Mat Isa oleh juak-juak calon yang kalah, menampakkan dengan jelas apa yang tidak sepatutnya berlaku dalam Pas kini sudah jadi macam nasi makan air minum bagi kalangan tertentu dalam Pas.

Pihak yang pro calon yang kalah seakan lupa bahawa kuasa memenang atau mengalahkan seseorang calon dalam sesuatu pertandingan bukan kerja manusia, ianya kerja suratan dan takdir-Nya, kerana kun-Nya, maka akan fayakun sesuatu perkara.

Ustaz Nasaruddin bukan sahaja tidak ada kuasa 'magic' untuk kalahkan lawan-lawannya, tetapi kemenangannya adalah kerana memang itu yang telah disurat dan ditakdirkannya kepadanya. Ustaz Nasaruddin tidak ada kuasa, termasuk untuk mengubah tabi'i kejadian manusia tanpa izin-Nya.

Kenapa Ustaz Nasaruddin boleh menang dan calon yang kita sokong pula kalah, tentulah ada hikmahnya. Barangkali kerana dari segi hebat dan ketulusannya, Ustaz Nasaruddin lebih hebat dan lebih tulus pada pertimbangan Allah, maka beliau ditakdirkan menang.

Kita wajib percaya bahawa Allah Maha Bijaksana tidak akan melakukan kesilapan dalam menyurat dan mentakdirkan sesuatu. Mempertikaikan takdir dan suratan-Nya boleh memusnahkan akidah.

Kalau sudah suratan dan takdir-Nya menentukan majoriti para perwakilan memilih Ustaz Nasaruddin untuk kekal sebagai Timbalan Presiden Pas tetapi kita mempertikaikannya, secara tidak langsung bermakna kita mempertikaikan suratan dan takdir-Nya.

Dalam pada itu kena ditanya kenapa Ustaz Nasaruddin kena ditentang. Apakah sebagai pemimpin, beliau telah melakukan perbuatan mungkar? Apakah beliau peminum arak, pemzina, makan rasuah atau salah guna kuasa, atau setidak-tidak menggunakan khidmat peminum arak dan pelaku perbuatan mungkar sebagai thin-tanknya?.

Kalau apa yang dilakukan selari dengan tuntutan syariah tetapi ditentang juga, maka apa bezanya orang Pas dengan orang Umno yang dikatakan sekular. Bagi saya tindakan menentang Ustaz Nasaruddin yang kalau sah beliau tidak berbuat mungkar adalah satu dosa.

Tok Guru Nik Aziz acap kali kata, kalau Umno mengubah corak perjuangannnya dengan menggunakan perjuangan berlandaskan al-Quran dan hadis, beliaulah pimpinan Pas pertama akan sertai Umno, malah Pas kena dibubarkan kerana haram bagi Pas untuk terus wujud.

Apakah tindak tanduk Ustaz Nasaruddin sama dengan Umno sehingga apabila selesainya muktamar, maka gerakan menyerang beliau masih terus berlanjutan kerana beliau yang dicabar bagi jawatan Timbalan Presiden terus menang?

Samalah isunya kalau orang Pas boleh kerjasama dengan DAP dalam PR, maka apa bezanya Umno yang bekerja sama dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional.

Kalau dikatakan dengan SYAITAN PUN BOLEH KERJASAMA demi kepentingan perjuangan Pas, kenapa Pas tidak boleh bekerjasama dengan Umno kalau ada usaha dibuat ke arah itu.

Bukankah syaitan menghalang umat Muhammad s.a.w. ke masjid. Apakah Umno juga menghalang umat Rasulullah s.a.w. sama seperti halangan syaitan. Bukankah masjid mudah ditemui di mana-mana pelosok pun di negara ini, malah menteri khusus bagi menjaga hal ehwal agama dipilih dari kalangan mereka yang ada ilmu agama yang tahu tentang halal haram.

Kalau Ustaz Nasaruddin ditentang, malah terus dikiritik kerana menyokong gagasan kerajaan perpaduan yang akan membawa kepada kerjasa Umno-Pas demi kepentingan agama, bangsa dan negara, apakah tentang itu selari dengan ajaran Islam.

Kalau ada pendukung dan pengyokong Pas anggap antara syaitan dengan orang Umno, syaitan lebih baik lagi, apakah pendukung dan penyokong Pas yang beranggapan sedemikian masih sempurna akidahnya?.

Apakah tidak mungkin orang Pas yang anggap Umno lebih syaitan dari syaitan itu tidak lebih syaitan dari syaitan sebenarnya?. Apakah orang yang keji Ustaz Nasaruddin juga tidak seribu kali lebih keji lagi sehingga boleh boleh mengepikan ketentuan takdir sedangkan kemenangan Ustaz Nasaruddin adalah kerana kuasa serta suratan dan takdir-Nya.

Bagi saya, Pas kini sedang berdepan dengan kepunahan gara-gara kerenah golongan muda yang menamakan mereka profesional kerana mengaji tinggi tanpa menyelak lembaran sejarah untuk apa Pas diwujudkan.

Kumpulan yang bertaraf mualaf Pas juga banyak menyumbang kepada kepunah-ranahan parti semata kerana kononnya kerana golongan profesional dan berilmu berada dalam parti itu kini, maka Pas perlu dirubah.

Apa-apa yang dulunya tidak boleh kepada Pas kini menjadi boleh walaupun apa yang Pas kata tidak boleh dulu dan kini boleh sudah pula, sebenarnya sudah lama dibolehkan oleh Umno.

Ingatlah wahai orang Pas, para pendukung dan penyokong Pas, rakyat sedang memerhati apa yang sedang berlaku. Kalau wajah dan warna Pas sudah tidak jauh berbeza dengan Umno, maka rakyat terbanyak akan melihat tidak ada faedahnya mereka menyokong Pas.

Bila setelah selesai muktamar dan majoriti perwakilan telah menentukan siapa yang patut diberi undi kemenangan tetapi pihak yang menang masih dikiritik, nampak sangat betapa bukan setakat jahil tukil, tetapi betapa jahil teropongnya orang Pas.

Rakyat akan sokong Pas seandainya kerajaan Umno/BN dikalahkan, maka kerajaan yang terbentuk adalah beracuankan Pas, bukannya beracuankan PR yang keanggotaannya tidak berbeza pun dengan Umno/BN.

Rakyat akan melihat suatu dosa bagi mereka kalau kerajaan yang dileaderkan Umno dengan parti-parti komponennya tidak menentang Islam secara terbuka, diganti dengan kerajaan PR yang parti anggotanya terang-terang tidak mahu negara ini diperintahkan secara Islam.

Dalam keadaan sekarang ini jika ditanya kepada Pok Had Ceton tembuskan pun, Pok Had akan kata Pas tidak akan menjadi leader kepada kerajaan PR jika kerajaan Umno/BN tumbang kerana jumlah kerusi parlimen Pas lebih kecil dari kerusi milik rakan-rakan dalam PR.

Pas jangan mahu berak taik gajah kalau sekadar berjubur pelanduk, nanti jubur sendiri yang rekah, rabik dan pecah.

Orang Pas juga kena membina kesediaan fizikal dan mental yang benar-benar utuh supaya kalau Umno/BN berjaya ditumbangkan, Pas tidak akan bercemperana kerana perbutan kuasa dan perubahan sikap.

Menang lima buah negeri pun mula dah nampak tidak sepakat dan masing-masing tidak sabar untuk merebut jawatan dan kuasa yang lebih kuat, tentulah kalau menang seluruh negeri, tidak mustahil kerana kuasa makan akan ada yang sanggup bunuh membunuh sesama sendiri.

Kenapa keadaan itu berlaku?

Sebabnya kerana think-tank dan tenaga penggerak yang digunakan tidak tahu pun apa isi kandungan al-Quran dan apa tujuan Pas diwujudkan. Ianya sangat merbahaya kepada Pas jika tidak segera dibendung!

No comments: