Sunday, June 14, 2009

MUNCUL KEMBALI (217)

Lee Kuan Yew kunjungi Tok Guru Nik Aziz?

ADA SMS pakai private nombor diterima dengan isi SMSnya berupa soalan, BETUL KE LEE KUAN YEW DATANG JUMPA MENTERI BESAR KELANTAN, DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT HARI INI (15 JUN)?.

Kononnya dicari laporan mengenai perkara itu Harakahdaily tak ditemui laporan mengenainya. Blog-blog dan laman web yang pro Pas/PR pun tidak ada melaporkannya.

Kalau betul Lee Kuan Yew jumpa Tok Guru Nik Aziz apa muslihat, tujuan dan matlamatnya?. Presiden Pas Tok Guru Haji Hadi, bukannya Tok Guru Nik Aziz. Patutnya Lee Kuan Yew jumpa Tok Guru Haji Hadi, bukan Tok Guru Nik Aziz.

Juga apa muslihatnya, maka media alternatif yang pro Pas tidak melaporkan mengenainya, kenapa mesti disorok macam Meli sorok ada exco kerajaan negeri Kelantan yang belum bayar hutang belian 300 naskah Mingguan Konsep bernilai RM600 yang mana jumlah RM600 itu terlalu kecil buat seorang ahli exco sebenarnya.

Sebagai respon kepada SMS yang diterima, sukacita saya jelaskan bahawa saya tidak ada maklumat mengenainya, tentang Lee Kuan Yew kunjungi Tok Guru Nik Aziz.

Sebenarmya event-event kerajaan negeri hampir belum pernah dimaklumkan kepada saya. Yang SMS eventnya hanyalah Dato' Ibrahim Ali, itu pun sekali sekala sahaja.

Untuk makluman, sejak tidak lagi berkerja dengan UPKn bermula pada hujung tahun 2005, saya tidak pernah kunjungi pejabat MB,TMB dan exco, malah rasanya tak sampai pun tiga kali saya masuk ke dalam kawasan kompleks Kota Darulnaim.

Saya masuk tidak sampai tiga kali itu pun kerana hantar bini saya yang ada urusan dengan exco dan beberapa jabatan, minta saya hantarkan dia ke Kota darulnaim.

Masa hantar saya tak turun pun dari kereta. Maknanya selepas 31 Disember 2005, saya tidak pernah pijak tanah dan jalan bertar dalam kawasan Kota Darulnaim, apatah lagi berjumpa MB, TMB dan exco. Saya tak mau dilihat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Kerana itu jika ditanya saya tentang apa yang berlaku di pejabat MB, TMB, exco dan juga jabatan-jabatan dalam Kota Darulniam, saya tidak akan dapat menjawabnya kerana saya tidak tahu dan tidak ada naklumat untuk dimaklumatkan kepada yang bertanya.

Soal kenapa Harakahdaily dan media alternatif pro Pas tidak melaporkan mengenai lunjungan Lee Kuan Yew ke atas Tok Guru, hakikatnya saya tidak ada authority untuk menjawabnya. Sepatutnya soalan itu terus diajukan kepada Harakahdaily dan media-media alternatif yang dimaksudkan.

Tentang ada exco belum jelaskan hutang belian 300 naskah Mingguan Konsep itu tidak patut dibangkitkan. Saya tidak terlibat secara langsung dalam pembekalakan itu kerana ianya membabitkan unit pemasaran.

Untuk makluman, penerbitan Mingguan Konsep dan majalah bulanan Wasilatul-Ummah terpaksa dibreak sementara kerana masalah dana, masalah biasalah bagi usahawan Melayu menyebabkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak mencapai matlamat.

Sebenarnya banyak hasil jualan Mingguan Konsep dan majalah Wasilatul-Ummah gagal dipungut, sebilangan besar yang payah bayar adalah pengedar dan peruncit Melayu yang pakai kopiah dan mengaku pro Pas, selain dari puak-puak keling.

Macam mana pun dalam tempoh terdekat Mingguan Konsep dan majalah Wasitaul-Ummah, malah majalah Aneka Peristiwa, Geletek dan Fajar Islam (mingguan) akan muncul kembali di pasaran bila proses pengumpulan dana baru mencapai target.

No comments: