MESTI: Nik Aziz memutlakkan nasihatnya
SECARA peribadi, sebagai seorang lepasan sekolah agama walaupun tidak setanding dari segi ilmu amal, kealiman dan ketaqwaan dengan pemimpin, ahli dan penyokong fanatik Pas, saya terkejut beruk apabila seorang tokoh yang diberi gelaran 'tok guru' seperti Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup memastikan nasihatnya didengar.
Pada pendapat saya 'mesti didengar' bermakna sesuatu yang mutlak, tidak boleh menolak atau membahaskannya, apakah lagi mempertikaikannya dari sudut apa sekali pun. Apakah Islam, Allah dan Rasul-Nya membolehkan seseorang hamba-Nya memutlakkan nasihat atau kata-katanya.
Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditegur, malah menerima teguran para sahabat membuktikan bahawa baginda tidak memutlakkan apa yang yang dinyatakan, pandangan atau perlakuan peribadi baginda, kecuali segala titah perintah Allah.
Sayyidina Umar Ibnu Khattab, meminta beliau ditegur sebagai khalifah, malah walaupun seorang yang bengkeng sehingga iblis pun mengelak dari berseliih jalan dengannya, Umar tidak marah pun dengan ancaman seorang lelaki tempang yang meletakkan mata pedang pada laher baginda sebagai khalifah dan bersumpah bahawa pedang itulah akan memenggal leher khalifah Ar-rasyidin kedua itu jika tidak melaksanakan pemerintahan berlandaskan hukum Allah.
Manakala Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan zuhudnya dan adil sebagai khalifah sehingga dalam tempoh pemerintahannya serigala pun tidak memakan kambing sebagai tanda kemakmuran dan berkat pemerintahannya, boleh ditegur dan menerima teguran anaknya sendiri dari sudut yang dianggap kurang tepat tindakannya oleh anak baginda.
Timbul persoalan dalam kepala saya, apakah kehebatan Dato' Haji Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am Pas mahu pun atas sifatnya sebagai Menteri Besar Kelantan lebih hebat dari Rasulullah s.a.w., dari Sayyidina Umar Al-Khattab, dari Umar bin Abdul Aziz dan sebagainya sehingga nasihatnya dimutlakkan.
Bukankah dengan memutlakkan nasihatnya itu bersifat takbur, angkuh, sombong, bongkak dan riak, sekali gus menidakkan tahap keilmuan orang lain, termasuk Presiden Pas Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Betulkah beliau lebih berilmu dari segala ilmuan sehingga nasihat dan pendiriannya tidak boleh dicanggah? Kalau Dato' Haji Abdul Hadi tidak cukup ilmu untuk menjadi presiden kepada parti yang begitu gah dengan gebeng perjuangan Islam boleh diberi kemenangan percuma apabila Dato' Nik Abdul Aziz sendiri hanya terima satu pencalonan sahaja bagi merebut jawatan presiden dari Dato' Seri Haji Abdul Hadi.
Saya yakin ramai pemimpin, ahli dan penyokong Pas fanatik akan marahkan saya, malah akan menganggap saya boneka Umno, malah ada yang akan labelkan saya 'babi Umno' serta diupah oleh Umno untuk menulis tulisan yang menyanggah Dato' Haji Nik Abdul Aziz.
Bagaimanapun saya yakin Allah Maha Tahu apa yang terpahat di hati sanubari saya serta tujuan saya untuk memenuhi tuntutan fardu kifayah serta memenuhi tuntutan surah Al-Asyr dalam memperingatkan Dato' Haji Nik Abdul Aziz bahawa memutlakkan nasihat, pandangan atau pendiriannya adalah tidak tepat dengan hukum hakam.
Mudah-mudahan, beliau boleh menerima hakikat bahawa ubat yang paling pahit adalah yang paling mustajab. Memang bercanggah pendapat atau tidak bersetuju dengan pandangan atau pun pendirian orang lain dibolehkan oleh Islam tetapi memutlakkan pendapat, pandangan, pendirian dan nasihat kita bagi saya adalah tidak berapa selari dengan hukum hakam.
Semuga alim ulamak, termasuk para mufti dapat memberi pandangan masing-masing memandangkan apa yang menjadi pendirian, apa yang dikatakan dan dilakukan oleh Dato' Haji Nik Abdul Aziz dianggap suci dan selari dengan Islam belaka oleh sebilangan besar pemimpin, ahli dan penyokong Pas.
Sunday, June 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Abe Li ambo..
Sebagai ANAK KELATE dan ahli PAS SEUMUR HIDUP..dan sebagai penyokong yang pernah dipertontonkan nasib Kerajaan Campuran PAS+BN dahulu..kami faham benar erti PERCAMPURAN (baca PERPADUAN) dahulu..utk pengetahuan dan sebagai renungan bersama,
PERTAMA..Apakah sumbangan PAS (sebenarnya apakah yang PAS boleh dan termampu buat) semasa dalam kerjaan campuran dulu? seingat saya sebagaimana dituturkan oleh TGNA beberapa ketika dahulu, PAS hanya menyumbang menukar lambang hospital daripada lambang CROSS kepada BULAN SABIT..tu je sumbangan (yang terdapat) dibuat oleh PAS..selebihnya kata TGNA,wakil2 PAS dok goyang kaki dalam PArlimen dan ikut rombongan ke luar negeri..
KEDUA.. Dato' Mustafa Ali sempat menjadi Timbalan Menteri Sains dan Alam Sekitar masa tu dan berpelaung bawa keluarga ikut rombongan kerajaan ke luar negeri, memetik daun teh dan strawberry..
KETIGA..Almarhum Dato' Muhammad Nasir (bekas MB Kelantan merangkap mertua Dato' Daud Iraqi-bekas Ketua Dewan Ulama PAS) sempat juga menjadi Menteri Tanah dan Wilayah..apa sumbangannya...buka sebuah sangkar anggur di kawasan laman rumahnya yang luas (katanya percubaan utk diperluaskan kpd sekalian hamba rakyat)..itulah sumbangan-sumbangan wakil2 rakyat Pas di dalam Kerajaan Campuran (sekali lagi, baca Perpaduan) pada masa itu. Namun setelah disepak terajang, dicerai TALAK 3 oleh UMNO..ada lagi yang teringin dan termimpi2 nak jadi Menteri dan Timbalan Menteri....Masya Allah..kalian adalah PENGKHIANAT PERJUANGAN dan kalian MEMENTINGKAN NAFSU PERUT semata-mata...Sekali lagi kecenderungan ku untuk bersama-sama PAS disembelih oleh kalian...namun semangat dan rohku tetap akan bersama perjuangan ini...
bagi Sesapa yang nak Kerajaan Perpaduan, baik dia seorang Pimpinan atau Penyokong Marhaen, dipersilakan letak jawatan dan masuk UMNO terus..terus berpadu dgn UMNO..jgn seret PAS sama..
Almarhum Ust. Bunyamin (bekas ISA&ADR Bachok) pernah menyebut.."UMNO ni bagaikan seorang lelaki yg nak menjadi perempuan.UMNO juga umpama MINYAK dan Pas umpama AIR..takkan leh bersatu"..nah..saya nak tanya, mana ada pemimpin PAS sekarang ni selasak YB Buniyamin??
TGNA pun pernah berkata.."Haram PAS wujud bilamana UMNO nak buat ISLAM yang sebenar"
Tapi yang berlaku (akan) sekarang ini, PAS yang memperjuangkan Islam sebenar telah mencemar duli ingin bersama UMNO yang mempelopori Islam Hadhari...
Apa sebenarnya yg TGHH dan Stopa Ali nak buat dan sumbangkan bila tercapainya sebuah KERAJAAN PERPADUAN…kalau jadilah KERAJAAN PERPADUAN tu, Pa s akan terbelah 2 seumpama sejarah dulu ..Wujudnya HAMIM..BERJASA…tak mustahil ini semua akan berulang….
Wassalam
Jln.Kelochor,
Analisis sejarah yang jelas. Patutkah PAS mengulangi langkah dan sejarah yang sumbang ini?
Tapi ramai juga pemimpin atasan PAS termakan dengan umpan "dedak" dan "jerat" UMNO ini. Dengan berhalwakan "..kepentingan Melayu.." AMNO mengadu-dombakan saf pimpinan PAS. Ada pembesar2 baru PAS yang terlupakan kalimah "ummah, syumul", AMNO berjuang atas dasar "assobiyyah, sekular nasionalis" ...... dek tersilau dengan "JANJI AMNO"!
Post a Comment