Pengajaran di sebalik kegagalan/kekalahan penting
SEPANJANG edah Pilihanraya Umum Ke-12, saya ada menulis dan postingkan melalui blog ini bahawa saya lebih suka kalau Pas kalah di Kelantan.
Tetapi takdir menentukan sebaliknya. Pas bukan sahaja kekal di Kelantan tetapi Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor terlucut dari genggaman Umno/BN.
Saya dikutuk oleh para penjenguk yang sesetengahnya menganggap saya pengkhianat parti tanpa menyedari bahawa saya orang parti politik. Pas/PR menang saya tak laba, Umno/BN menang pun saya tak untung.
Saya terima keputusan pilihanraya dengan redha walaupun pada agakan saya ianya tidak akan membawa kebaikan kepada Pas, teutama kepada pemimpin dan orang Pas yang tidak melihat kalah-menang sebagai ujian.
Saya yakin Allah tentu lebih Tahu kenapa harapan saya tidak tertunai. Mungkin andaian saya sekiranya Pas terus menang parti itu akan bercemperana, malah boleh menghakis keyakinan penyokong, hanyalah suatu bentuk andaian liar semata-mata.
Mungkin juga Allah tidak selarikan harapan saya dengan takdir-Nya bagi mengelak saya dari diseliputi wabak ego dan riak apabila apa yang diramal dan diharapkan menjadi realiti belaka.
Kalau apa yang diramalkan menjadi kenayataan, takut nanti saya akan labelkan mereka yang memandang 'jeh' dan lekeh firasat saya sebagai tidak cukup panjang akal dalam berpolitik.
Saya memerhati, malah mencatat peristiwa-peristiwa yang belaku kepada Pas (DAP dan PKR tidak saya pedulikan sangat kerana bagi saya dua sahaja parti yang dipelukan oleh Melayu di negara ini yakni Umno dan Pas) dari selepas pilihanraya hinggalah kini.
Sedikit sebanyak apa yang saya bimbangkan apabila Pas meraih kemenangan diluar jangka. Kes Perak, kes percanggahan Presiden-Mursyidul Am, kewujudan kumpulan pro ulama dan prolib dan yang terbaru kes 'politik gon' ahli Parlimen Pas di parlimen.
Kalau ahli parlimen PKR atau DAP yang berbuat demikian barangkali tidak mengahiarankan kerana mereka tidak berpolitik berteras-tunjang dan berpasakkan hukum hakam.
Bila ahli parlimen Pas yang lakukannya, saya yakin bukan saya sahaja tetapi ramai yang merasa aib, merasa malu, malah ramai yang akan mempertikaikan sama ada perjuangan Pas kini masih terus berpandukan al-Quran dan Hadis sengoti atau sebaliknya.
Apakah pelakuan-perlakuan pimpinan dan wakil-wakil rakyat Pas sekarang ini diyakini mendatangkan pahala atau sebaliknya, apakah hala tuju perjuangan masih demi kepentingan agama, bangsa dan negara atau kerana isi perut?.
Saya tertarik dengan komen penjenguk blog saya bahawa ada di kalangan orang PAS yang dah mula merasai mabuk kuasa. Kononnya hayalan 16 September yang tak menjadi di khayalkan bahawa Umno / BN akan kalah dalam PRU 13 nanti.
Sebenarnya inilah yang saya bimbangkan, malah yang saya nampak bibit-bibitnya, maka saya pernah mengharapkan Pas kalah di Kelantan supaya wabak mabuk kuasa tidak akan berlaku kerana ianya akan memesong dan memusnahkan matlamat asal perjuangan.
Sebenarnya mengambil pengajaran di sebalik kekalahan atau kemengan itu penting supaya yang kalah tidak kecewa dan prejudis tehadap pihak yang menang sehingga sanggup menjalankan gerakan memburukkan pihak yang menang manakala yang menang pula tidak boleh angkud dan riak serta menafikan pengaruh dan nilai ketokohan pihak yang kalah.
Siapa percaya bahawa pada suatu ketika akan berlaku dalam sejarah Pas seperti apa yang telah berlaku sekarang, sehingga diadakan program Taklimat Muktamar PAS (selepas Muktamar) yang mana pihak yang kalah dalam petandingan merebut jawatan pada Muktamar Pas Ke-55, khusus bagi membedal Presiden.
Dulu Pas hanya serang parti lawan sebagai adat berlawan, tetapi sekarang orang Pas serang orang Pas yang saya yakin akan memakan masa yang panjang untuk sendik semula, seperti asal takkala mula.
Macam tidak munasabahnya guru cabul murid yang masih kanak-kanak, datuk pakat dengan kawan-kawan rogol cucu, anak dengan ibu melakukan persetubuhan haram dan sebagainya, maka sesungguhnya amat tidak munasabah apa yang sedang berlaku dalam Pas sekarang kalau ianya tidak benar-benar berlaku.
Kenapa ianya berlaku? Jawabanya kerana Pas terlalu yakin bahawa dialah parti politik yang paling betul, paling benar, paling Islamik perjuangannya. Hanya pemimpin dan orang Pas yang betul dan hebat, orang lain semua tidak betul dan debek belaka.
Maka keinginan untuk memuhasabah diri, apatah lagi untuk menerima teguran dan kritikan secara positif tidak lagi terlintas di hati dan fikiran, apath lagi untuk dipelan dirangka dan dikerangkakan program khusus itu itu.
Asal saja tidak berlaga angin, apatah kalau bercanggah kepentingan kepentingan peribadi dan kroni, walaupun apa yang dikritik untuk betulkan keadaan dan berfaedah kepada Pa, s akan dilihat sebagai berniat jahat, manakala bila dijulang walaupun bertentangan dengan perjuangan, akan dianggap berniat baik.
Sebenarnya apa yang saya bimbangkan, malah firasatkan selama-kenin mula menampakkan culanya, malah sesuatu yang tidak patutnya belaku seperti kes Mursyidul Am sanggah Presiden secara terbuka, siri calon kalah perebutan jawatan dalam muktamar menyelar pihak yang menang sudah mula menular.
Siapa di antara orang Pas sengoti yang yakin dan memberi jaminan bahawa apa yang sedang berlaku sekarang boleh memantapkan lagi perpaduan dan kekuatan Pas.
Siapa yang boleh beri jaminan Pas mampu hadapi pilihanraya umum ke-13 dalam keadaan senada seirama, termasuk juga dalam menghadapi pilihanraya kecil Manek Urai.
Silap gayung sumbang langkah, tidak mustahil akan berlaku pecat memecat dalam Pas sebagaimana yang berlaku dalam Umno sebagai kifarah kerana selama ini Pas asyik memperdebekkan Umno sehingga terlupa untuk bermuhasabah membetulkan diri.
Walhal dari sudut agama, berusaha membetulkan diri sendiri adalah lebih bepahala daripada mengecam orang lain dalam keadaan sendiri pun patut patut dikecam.
Mudah-mudahan Allah selamatkan Pas dan semua pemimpin semua peringkat serta ahli dan penyokong Pas akan berusaha kenali Pas, menyelusuri sejarahnya dan kenalpasti matlamat dan tujuan Pas ditubuhkan supaya masing-masing akan sayang sengoti dan bukannya guna Pas untuk kaut faedah peribadi dan kroni sehingga sanggup saling tunjuk siku-balik kalau pun tidak sampai bergocoh sesama sendiri.
Monday, June 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment