Monday, June 15, 2009

MUNCUL KEMBALI (222)

Adat membezakan manusia berotak dan berakal dengan haiwan berotak tetapi tidak berakal


SELAIN diberikan otak, manusia diberikan akal supaya manusia menjalani sistem, gaya dan budaya hidup serta mencipta ketamadunan yang lebih mulia dari haiwan yang juga ada otak tetapi tidak berakal.

Beza antara manusia dengan haiwan ialah dalam kehidupan manusia ada peraturan, budaya, tatacara dan ketamadunan yang tercipta menggunakan akal yang mana dari akal terciptanya pelbagai ilmu.

Antara susunan adat dan adab, kesopanan dan ketatasusilaan masyarakat Malaysia khususnya, kita tidak akan dianggap sopan bila berjalan dengan ibubapa misalnya, kita berada di depan dan membiarkan ibubapa di belakang.

Bila hadir pada majlis-majlis keramaian, kita kena ikut resam majlis berkenaan atau dalam bahasa sekarang dipanggil protokol, termasuk dari sudut berpakaian. Bila ada yang berpakaian dan berkelakuan yang tidak sama dengan resam majlis, maka akan dianggap tidak ikut protokal.

Antara peraturan dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, selain dari kena ikut protokal berpakaian, juga kena ikut protokol bila masuk ke dewan ketika speaker sudah ada pada tempatnya. Kita kena tundukkan kepala sebelum duduk.

Demikian juga bila kita mahu bangun atau duduk pada kerusi kita dalam dewan ketika speaker berada di depan kita kena tundukkan kepala, malah bila kahli dewan mahu menyebut sesuatu perkataan menggunakan bahasa yang jarang digunakan, akan disebut DENGAN IZIN.

Tundukkan kepala atau sebutan DENGAN IZIN adalah peraturan atau protokol tanda menghormati speaker yang merupakan orang yang paling berkuasa sepanjang persidangan berlangsung dan paling berkuasanya itu adalah kerana diperaturan dan diprotokolkan begitu walaupun speaker itu sendiri hanya manusia yang berak sama rumput mampus dengan kita sahaja.

alau tidak tundukkan kepala atau tidak disebut DENGAN IZIN pun tidak akan ada yang bengkok tengkok, patah tangan, kewek kaki atau pun diserang sawan kerana 'tulah' tetapi ianya adalah suatu adat untuk membezakan antara manusia dengan haiwan.

Justeru itu, bagi saya, sikap dan kerenah bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sempena majlis angkat sumpahnya sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang semalam adalah kerana beliau 'tidak reti' adat dan adab.

Kerana itu nampak sangat sikap kejakunannya yang saya percaya bahawa sama ada dalam kesnya berkaitan dengan Negeri Perak mahu pun kes angkat sumpah sebagai ahli parlimen, beliau mengalami masalah kejutan budaya yang sangat ketara di samping rasa beliau pernah ada masalah mentalisme.

Beliau juga ada unsur-unsur kalau di Kelantan disebut jenis 'ubi', 'makan alok' atau 'makan pong' sehingga kerananya beliau sanggup berbuat apa yang sepatutnya tidak dilakukannya atas nama ahli parlimen, tambah-tambah atas nama ahli parlimen Pas.

Kecuali kalangan yang fanatik totok terhadap ketokohannya dan yang fanatik totok terhadap Pas, apa yang dilakukan oleh Nizar sempena angkat sumpahnya sebagai Ahli Parlimen dan turut dilakukan oleh beberapa ahli parlimen yang lain sehingga digantung dari menyertai persidangan adalah suatu tindakan melanggar protokol, adat, adab, kesopanan dan ketatasusilaan manusia berakal.

Saya bukan sahaja percaya tetap amat yakin bukan itu harapan pengundi yang memenangkannya dalam pilihanraya dan membolehkannya berada di parlimen, sebaliknya beliau diharap membawa suara rakyat, khsusnya suara rakyat Bukit Gantang, bukannya untuk diambil peluang melepas geram yang bersifat seakan mempertikaikan suratan dan takdir yang telah ditetapkan berlaku ke atasnya.

13 comments:

Naruto Sensei said...

Bangang punya orang.. bukan kah melaungkan bubar DUN itu salah satu perjuangan yang rakyat Perak tuntut ...

Bukan kah itu tandanya menmperjuangkan hak rakyat perak yang mana Bukit Gantang adalah salah satu kawasan dalam Perak..

Dasar manusia kolot menulis sesedap tangan sedangkan penakut dalam perjuangan... Pirahh mabuk

Sebab tu lah Melayu Masih malap sebab orang macam kamu yang tak tahu menilai perjuangan dengan hanya bercakap dikerusi Parlimen yang empuk itu...

Nizar belum pun duduk di kerusi empuk tersebut tetapi sudah memulakan agenda perjuangan rakyatnya...tanda seorang yang tak gilakan kerusi empuk Parlimen seperti puak2 kamu...

Anonymous said...

kalau di bubar DUN tu nanti PAS boleh tambah kerusi ke?kalau DAP tu lain le,mereka mengundi bangsa.dah tentu akan bertambah undi atau kerusi .yang aku takut bila PAS hilang kerusi.sebab tu kena fikir2 dulu sebelum apa nak buat.perjuangan memang le perjuangan,biar le bijak sikit.PAS bukan hanya di perak,negeri lain pun ada.takut nanti sifat dan sikap yang di pertontonkan tu akan menghukum kerusi2 PAS di negeri2 lain.

Naruto Sensei said...

PAS bukan Parti penakut macam kamu.. dah bertahun kenapa sekarang jadi penakut...

Itu bukan kamus PAS lah yang tak bijak bila takut sangat nak Bubar DUN tersebut..

Kalau nak PAS kuat orang Melayu kenalah satu hati tolak UMNO yang korang sendiri tahu berpuluh tahun bergelumang dengan rasuah dan jenayah.. kenapa takut sangat..

Yang tak bijak bila orang sendiri bersikap penakut macam BN sekarang nilah.. Sepatutunya diwaktu BN lemah kita kena ambil kesempatan ini bukan mengikut tari politik Mereka...Fikir dahulu sebelum menghentam PAS.. Kalau tiada anak muda atau pun semangat muda seperti Nizar mahu lemah lagi lah PAS ni malah tak di pandang langsung...

Waris Bau Bacang Nizar said...

Penulis rasanya menulis sesedap tangan, sebaliknya apa yang menggerakkan tangan datangnya dari kepala dan hati,
Buka fikiran sikit. Setahu aku awal tahun 1980-an lagi Meli dah teroibat dengan Pas secara tidak langsung.
Banyak buku yang ditulis dan diterbitkannya condong kepada Pas. Aku ada simpan buku-bukunya.
Kena tengok sekelumit kemanisan di sebalaik kemasaman dan kepahitan henmpedu tulisan Meli.

Anonymous said...

Kebenaran ramli menulis isu ini tidak boleh dinafikan lagi.

Bukan hanya membodek sepanjang masa. Adakalanya kita kena menegur.. kerana menegur itu antara rukun bersahabat.

Anonymous said...

Tokpanda kata: Sdr naruto tak faham apa yang Meli tulis..kita bukan persoalkan perjuangan dia tapi soal ketidakcanaan cara...Berjuanglah dgn cara yang berhemah dan sabar sebagai melambangkan cara Islam yang luhur..Bukan dengan cara nak tunjuk "gong".

Pengundi Atas Pagr said...

Selalunya orang tak tak berapa 'sega' melaung 'koksir'. Kena selidik kelih gegtek si Nizar pujaan Nuruto Sense atau Nuruto Sense ada baka ko tidak yang boleh laung ikut-dan nak laung, tak tengok dan ipih tempat.
Orang berjuang bukan lagu tu, bukan laung koksir, orang guna strategi, duna taktik dan teknik. Kalau nak pejuang jenis lagu tu gi Lorong Che Husin spita Kota Bharu, boleh punggah dengan lori.

Anonymous said...

Hamid ex-penyelia DUN Tendong said...
Weh Pengundi Atas Pagar lebih bauk mung guna nama Pengundi BN, kepala bapak mung pakai strategi, kalu maing dgn BN tak leh ikut undang-undang. kalu mung ikut undang-undang sdak sokmo lah puwok dia, memey tak meney PAS. Mung ni sah tak brapa segar lebih berat pada meli lagih. Kalu mung dok komen wat tak segar lama kem aku jek lekat kaki dalam perut, atau pung aku buwi batang langsat biyar letik belakang tuh

Pengundi Atas Pagr said... said...

Kalu demo betul Hamid Pendek, kawe buleh penyit dalam tempoyak jah. Kawe boleh akat baka demo. Jange main-main dengan kawe boktan kawe tau asal usul demo.
Kawe bukan macam Meli, orang buleh buat ggapo pun...dia takpo belako...abis-abis dia kato dunia belako...berak taik rumput mapus belako.
Kawe bukan lagu tu. Tak banyak orang pun ada juga orang hak kawe gocoh.

Anak Kuala Pertang said...

Gara-gara Nizar punya pukulan, saya dan rakan-rakan bukan sahaja malu nak mengaku orang Bukit Gantang, nak mengaku orang Perak pun naik seganlah.
Kami pilih ingatkan tebu, rupanya tebrau. Saya dapat maklum, Nizar dengan seorang wakil rakyat DAP ada hubungan kekeluragaan, isteri Nizar rupanya berbangsa Cina.
Kira-kira Nizar pengamal intergrasi dan pembinaan keluarga majmuk. Mula kami anggap dia hero, sekarang kami amat HEROK (maaf pinjam perkataan Meli. Herok tu apa sebenarnya?

Abuzar said...

Sdr MKJ,

Tajuk ni "Adat membezakan manusia berotak dan berakal dengan haiwan berotak tetapi tidak berakal" cukup simbolik dan dalam maknanya. Tapi sempit pemakaiannya. Untuk Nizar, TGNA, Husam atau orang yang MKJ tak berapa sebulu saja ke?

Bagaimana dengan perangai "manusia2 lain" - "berotak tetapi tidak berakal" yang KAKI BETINA, KAKI JUDI, KAKI ARAK, KAKI RASUAH, KAKI TIPU, KAKI KELENTONG, KAKI PUKUL, KAKI DADAH, KAKI TILIK BOMOH, .... KAKI HALAK, KAKI HASUT, KAKI AMPU, Kaki Bodek, ..... KAKI MAKSIAT = yang TAK IKUT PERATURAN ALLAH / SYARIAT ISLAM"

Sdr MKJ, jangan biarkan "Gajah didepan mata tak nampak, kuman diseberang lautan nampak"! Yang kerja2 dok tindas & tipu rakyat ... langgar & tolak hukum-hakam Allah dibiarkan. Yang tak ikut peraturan Dewan Rakyat sikit tu .. dijadikan kesalahan besar pulak!

Dosa mana lebih besar, “langgar/ tolak hukum-hakam Allah” atau “tak ikut peraturan Dewan Rakyat”?

Bekas Penyokong Pas said...

Bagi Encik/Saudara Abuzar seolah-olah keadaan di Malaysia rakyatnya hidup teruk, dalam keadaan dizalimi dan sukar untuk bergerak ke sana sini.
Tahukan Encik.Saudara Abuzar bahawa lebih sejuta rakyat asing berada di negara ini mencari rezeki. Mereka sanggup datang tanpa dokumen.
Kenapa? Apakah mereka datang untuk mencari derita, untuk berkongsi kesusahan dengan rakyat negara ini yang kebulur sana sini.
Enci/Suadara Anbuzar mahu jadi macam Palestin, Iraq, Afganistan atau paling tidak macam Selatan Thai?
Jadilah manusia yang pandai bersyukur. Lihat dengan mata iman dan taqwa kenapa Allah tidak mentakdirkan Pas dan sekutu dalam PR mmerintah Malaysia.
Berapa negara yang menerima nasib baik macam Malaysia yang kerajaan patut dipelihara, bukan meruntuhkannya kerana orang Pas/PR nak jadi MB, exco, Perdana Menteri, menteri dan sebagainya.
Mari Kelantan, negeri yang diperintah oleh Pas. Sudah berapa banyak tanah-tanah milik Melayu bertukar tangan. Dengar rintih orang Kuala Besar yang kehilangan tanah dan tidak tau ke mana mereka akann tinggal, tengok bagaimana berkuasanya SBJ sehingga lebih berkuasa dari kerajkaan.
Bila keadaan itu berlaku disalahkan pada istana, dimaki hamun Raja Perempuan. Kerajaan yang hanya tau maki tetapi tetapi tidak pandai baiki keadaankan yang dimahukan.
Jadilah seorang yang tau bersyukur, jangan asyik mau marahkan kerajaan, melihat apa yang tidak betulnya keraan dengan kita. Kita kena tengok keperluan ramai lebih dari kepeluan kita.

Si Faqir ilmu said...

Saya setuju dengan Bekas Penyokong Pas. Masjid ada di mana-mana, sehingga jamaahnya tidak seberapa.
Di sekolah diwujudkan jawatan guru fardu ain. Apa lagi yang tak kena. Apakah bila ada anak wakil rakyat Pas ditangkap kerana curi motosikal dan dadah, keajaan Umno/BN yang salah atau silap ibu bapa sendiri yang ghiarah dakwah dan nak islamikan orang lain, anak bini sendiri tidak terdakwah.
Saya berpengalaman (sebagai orang taligh) ziarah ke hampir seluruh negara-negara di dunia ini dan saya dapati tidak ada negara sebaik Malaysia.
Negara-ngara Arab pun anggap Malaysia sebagai negara Islam terbaik. Jadi kenapa kerajaan yang ada mesti ditumbangkan dan mahu diganti dengan kerajaan yang entah macam mana kualitinya.
Sepatutnya semua orang memelihara kerajaan yang ada dan tegur mana yang tidak kena secara profesional supaya dapat dibaiki kelemahan-kelemahan yang ada. Saya lebih suka Pas terus jadi pembangkang yang kuat dan hebat, bukan jadi kerajaan kerana pembangkang yang kuat dan hebat akan mampu membantu membentuk kerajaan yang kuat dan hebat. Percayalah menjadi kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang.