Tuesday, June 16, 2009

MUNCUL KEMBALI (223)

Kayakinan Najib terhadap ketulusan Pas selari dengan tuntutan syariat

BERBALAH
ada hadnya. Tidak bertegur sapa hanya dibolehkan setakat tiga hari sahaja. Itu peraturan berbalah dalam Islam.

Memberi dan meminta, memberi dan menerima maaf adalah merupakan amalan yang mulia, malah dituntut bagi mereka yang betul-betul bertuhankan Allah, berasulkan Nabi Muhmmad s.a.w. dan beragamakan Islam yang syumul.

Malah tidak berjahat sangka, tidak berprejudis dan bersih dari sebarang andaian besifat negatif yang boleh membawa kepada pepercahan dan ketegangan sesama manusia, apatah sesama sebangsa dan seagama adalah patut menjadi agenda setiap orang.

Justeru, pada pendapat saya, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau yakin terhadap ketulusan Pas untuk pembentukkan kerajaan perpaduan bukan seperkara yang luar biasa atau kerana terdesak untuk kepentingan menyelamatkan Umno khususnya dan Barisan Nasional amnya kerana gagasan itu pada hakikatnya menepati tuntutan Islam.

Lagi pun gagasan itu datangnya dari Pas, bukannya dari idea atau cadangan Umno.

Bagi saya kenyataan Perdana Menteri itu membuktikan bahawa beliau seorang yang sangat komited untuk mengekalkan, malah menambah-mantapkan semangat perpaduan di kalangan rakyat negara ini yang sekali gus akan membantu melancarkan segala pelan, program, rangka dan kerangka untuk menjayakan Wawasan 2020 dan merealisikan Malayusia sebagai negara maju pada tahun yang telah ditargetkan itu.

Kalau beliau seorang yang tidak tulus dan mengamalkan sikap 'veto serta tidak merujuk kepada hukum hakam, setidak-tidaknya mengambil pandangan dari mereka yang arif tentang apa yang Islam galakan dan sebaliknya, beliau pasti akan meragui cadangan itu kerana ianya gagasan Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Orang Umno, orang Pas, orang atas pagar, aktivis semua parti politik serta semua jenis orang di negara ini tahu pandangan, tanggapan dan pelabelan Presiden Pas itu terhadap Umno selama ini sehingga kerananya timbul isu sembahyang dua imam dan orang Pas tidak makan daging haiwan sembelihan orang Umno.

Keadaan itu mungkin berlaku kerana Dato' Seri Haji Hadi sebelum ini mendapat maklumat yang tidak betul tentang Umno dan barisan kepimpinan Umno sebagaimana Umar Ibu Al-Khattab tidak mendapat maklumat yang jilah tentang Islam dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, maka ajaran Rasulullah s.a.w. ditentang dan berhasrat pula mahu membunuh nabi.

Malah sebelum ini Dato' Seri Haji Hadi juga macam Khalid Ibnul Walid yang merupakan seorang panglima perang yang berani sanggup mempertaruhkan darah dan nyawa melawan tentera Islam kerana Khalid tidak mendapat maklumat tepat tentang apa itu Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Utusan Allah.

Umar, Khalid, Mua'awiyah dan sebagainya yang merupakan samseng dan hamla-hamla kafir Quarisy akhirnya memeluk Islam dan telah berjuang menentang musuh-musuh Islam setelah mendapat maklumat tentang apa itu Islam dan masing-masing memeluk Islam.

Demikian juga dengan isu gagasan kerajaan perpaduan, pergaulan yang lebih luas dan kesedianya untuk membuat kajian yang lebih terpinci tentang tujuan parti-parti politik berpolitiklah agak, maka Dato' seri Haji Hadi berjaya bebaskan diri dari berpolitik hanya pada resam 'katak di bawah tempurung' .

Di bawah tempurung sendiri sudah barang tentu semuanya nampak elok, hebat, kuat dan sempurna belaka tetapi bila keluar dari bawah tempurung ke dunia yang lebih luas terbenatng, barulah disedari bahawa dunia sebenarnya entah berapa juta kali kali lebih besar dari di bawah tempurung.

Kerana berpolitik pada peringkat bawah temnpurunglah, maka Pas boleh anggap tidak ada parti politik lain yang lebih hebat darinya, tidak ada parti lain yang lebih Islamik darinya, malah ada yang beranggapan Pas itu Islam dan Islam itu Pas sehingga apabila mengajak orang Umno masuk Pas, akan disebut 'mari masuk Islam'.

Setelah ditakdirkan menang di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor selain dari berjaya mengekalkan kemenangan di Kelantan, barulah pimpinan Pas yang berjaya bebaskan diri dari berpolitik ' katak di bawah tempurung' sedar bahawa Pas tidak hebat dan tidak akan mampu merealitikan hala tuju perjuangan kalau bersepakat dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), apatah lagi kalau bergerak bersendirian.

Dato' Seri Haji Hadi dan pimpinan, ahli serta penyokong Pas yang telah berjaya keluar dari politik dibawah tempurung tentunya mula sedar bahawa sebahagian (kalau pun tidak semua) apa yang menjadi matlamat Pas akan mudah direalisasikan jika kerajaan perpaduan diwujudkan berbanding dengan terus membina mimpin dan berangan-angan dalam PR yang kalau diibaratkan sebuah bangunan, maka pembinaannya bukan sahaja entah bila akan siap tetapi entahkan siap atau tidak kerana punca bekalan komponennya tidak konsisten.

Oleh itu bukan sahaja tidak menghairankan kalau Dato' Seri Najib boleh yakin dengan kejujuran Pas dalam isu penubuhan kerajaan perpaduan tetapi pemimpin dan penyokong Pas yang tidak berpolitik ala 'katak di bawah tempurung' juga pasti bukan sahaja akan menyokong gagasan itu, malah akan berusaha bagi mrealisasikannya demi kepentingan agama, bangsa dan negara, terutama bagi jangka panjang dan memastikan matlamat dan hala tuju perjuangan Pas akan berjejak di bumi nyata.

1 comment:

Abuzar said...

Sdr MKJ,
Jikalah idea "kerajaan perpaduan" diilhamkan pada sebelum September 1998, sebelum PRU 1999, sebelum PRU 2004, atau sebelum PRU 2008 ..ianya cukup manis dan berkesan. Tiadalah perlu ramai yang di ISAkan, dianiaya, ditindas, dizalimi, ... tidak perlu demonstrasi jalanan rakyat, tak perlu reformasi, tidak perlu tadah ketayap kutip derma jihad dari rakyat marhean nak lawan kefasikan kerajaan BN, penulis buku politik pun taklah kena saman, tak perlu turun-naik mahmakamah pening kepala tok hakim, tak perlu pasang loyar-saman-menyaman, tak perlu berebut kerusi speaker DUN Perak, ......

Tapi idea "kerajaan perpaduan - kelumpuk Melayu" yang "bernas ini" datang dari .. pemimpin .. setelah PRU 2008, bila UMNO banyak kalah. PAS menang tambah sikit. Rakyat semakin menyakini kepimpinan PR. Gelombang perubahan rakyat semakin menghantui BN . ... tiba2 PAS disempitkan pula dengan idea "kerajaan perpaduan - qaumiyyah Melayu" yang selama ini disanggah dengan "falsafah Islam syumul yang terbuka tanpa amalan jahiliyyah & semangat qaumiyyah".

Kami yang jahil dan "gon" ini keliru. Kitab mana pulak tok2 guru ulamak kita baca. Kitab kulit merah ko, kitab baru kulit kuning ko, ... bagaikan kisah "Tok guru dengan kepala ikan kakap besar" - sekali haram, sekali halal ...

Ingatlah "Gelombang Perubahan Rakyat" semakin membesar. PAS perlu menjiwai aspirasi rakyat. PAS tak boleh bersikap eksklusif dan elit "ulamak" yang terpisah dari rakyat. PAS pimpinan Asri & Kumpulan 20 dulu pernah melawan arus perdana rakyat yang ingin perubahan. Asri & K20 mengikut gerak tari UMNO. Akhirnya PAS hanyut. Yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran. Mengapa kemaruk "kerajaan perpaduan - qaumiyyah Melayu" menjadi-jadi. Terutama selepas Muktamar PAS ke55 bsru2 ini. Apakah masih lagi saki baki generasi Kumpulan 20 dulu dalam pimpinan terpilih PAS sekarang?