Kerana hilang hormat, maka gambar begini dihasil dan diedarkan. Dulu Pak Lah yang jadi mangsa gambar-gambarnya diubah-pinda dalam pelbagai bentuk. Sekarang giliran Tok Guru Nik Aziz pulak dijangkiti virus ubah-pinda gambar. Tak pasal-pasal Tok Guru jadi sasaran salah guna daya kreatif.
+++++++++++++++++++++++++++
Terkejut biawak
BUKAN sahaja terkejut beruk, tetapi terkejut biawak saya dibuatnya apabila membaca laporan satu blog yang memetik sedikit keratan dari haramkah..(Harakah?) yang mencatatkan: "Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.".
Kenapa boleh jadi macam tu? Jawabnya kerana taksub. Mempercayai kerana Tok Guru Nik Aziz kuatnya Pas, tanpa Tok Guru Aziz Pas akan lemah, bila Tok Guru Nik Aziz sembahyang hajat minta hujan maka hujan pun turun, membantah cakap Tok Guru Nik Aziz boleh herok mulut, kerana tangisan Tok Guru Nik Aziz PR menang di beberapa negeri pada pilihanranraya umum ke-12 dan sebagainya, bagi saya boleh menjejaskan kualiti akidah, apatah lagi apabila ada yang percaya menatap poster (gambar) Tok Guru Nik Aziz boleh dapat pahala.
Memanglah ada dikatakan oleh sesetengah pihak bahawa menatap wajah alim ulamak atau mendampingi alim ulamak mendapat pahala tetapi saya belum jumpa hadis berkaitan dengannya.
Saya akan terus mencari. Kalau ada penjengok blog saya ini ada hadis berkaitan, tolong hantar kepada saya sama ada melalui blog ini atau email saya. Saya juga difahamkan menatap wajah ibubapa boleh pahala.
Mungkin rangkai kata menatap wajah alim ulamak (bukan gambarnya) diukir kerana lazimnya bila berkawan dengan alim ulamak kita tidak akan melakukan perbuatan-perbutan yang tidak molek kerana alim ulamak akan mendorong kita melakukan sesuatu yang dihalalkan dan akan mengingatkan kita menjauhi apa yang diharamkan oleh hukum hakam.
Ertinya rangkai kata diukir supaya kita lebih mendampingi ulamak dari mendampingi kalangan yang boleh mendorong kita terjerumus kepada melakukan perkara buruk. Macam mana pyn kita tidak dibolehkan taksub.
Bagaimanapun saya tidak berani untuk komen panjang lebar tentang menatap poster Tok Guru Nik Aziz boleh pahala kerana saya tidak ada cukup dalil dan hujah untuk menerima atau menolaknya.
Bagaimanapun secara lojik akalnya, kalau menatap poster (gambar) wajah alim ulamak boleh palaha, teramasuk gambar Tok Guru Nik Aziz, sudah tentulah menatap gambar wajah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, lagi besar pahalanya.
Soalnya bukan sahaja gambar wajah Nabi tetapi wajah-wajah ulamak muktabar juga tidak ada untuk ditatapi supaya boleh pahala. Kalau direnung gambar Nabi dan alim ulamak boleh datangkan pahala, sudah tentu akan ditakdirkan ada peralatan yang boleh merakam dan mengabadikan gambar Nabi, para sahabat dan alim ulamak muktabar.
Bagaimanapun saya pasak-pasung kepercayaan saya setakat ini bahawa mentaksubi seseorahg tokoh atau individu, apatah lagi mempercayai akan kekeramatan dan kebolehan-kebolehan luar biasanya, boleh membawa kepada kepunahan akidah.
Justeru menjadi fardhu kifayah kepada kalangan mereka yang rapat dengan tokoh yang ditaksubi itu memerangi ketaksuban atau meminta tokoh yang ditaksubi melarang para pengikut supaya jangan taksub kepadanya.
Kalau tokoh Pas yang ditaksubi, maka menjadi fardu kifayah kepada orang Pas 'lah untuk memerangi ketaksuban itu. Jika tidak ada seorang pun yang memeranginya, maka seluruh jamaah Pas akan berdosa kerana ketaksuban itu.
Dalam konteks Tok Guru Aziz, saya tidak yakin beliau boleh bersetuju dan berlapang dada kalau ada yang mempercayai bahawa kerana beliau kuatnya Pas, tanpa beliau Pas akan lemah, bila beliau sembahyang hajat minta hujan maka hujan pun turun, membantah cakapnya boleh herok mulut dan sebagainya.
Apatah lagi yang mempercayai bahawa menatap poster (gambar)nya boleh pahala. Saya yakin beliau tidak akan gembira dengan kepercayaan dan ketaksuban begitu.
Ini adalah kerana mengkeranakan selain dari KERANA ALLAH adalah berdosa. Ketaksuban kepada sesuatu termasuk seseorang manusia secara tidak langsung membawa kepada memBERHALAkan sesama manusia. Ianya perlu dicegah.
Kalau dibiarkan dan kalau tokoh yang ditaksubi itu orang Pas, maka seluruh orang Pas akan berdosa seandainya tidak ada seorang pun yang memeranginya, kalau ianya tokoh Umno maka seluruh orang Umno akan berdosa jika tidak ada yang memerangi, kalau dianya tokoh/pemimpin kepada sebuah negara, maka seluruh rakyat di negara berkenaan akan berdosa seandainya tidak ada yang berani ambil risiko memeranginya.
Rasionallah dalam berparti politik dan berpolitik, merdekakan diri dari wabak, sindrom dan virus taksubisme !
Sunday, June 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Hidup Malaysia
Bonus utk Org Bukan Islam.Mereka semakin kukuh tapi Islam semakin lemah tunggu rebah.
ISSAALLAH .
ORANG YANG MEMBUAT GAMBAR TG NIK AZIZ AKAN MENDAPAT BALASAN YANG SETIMPAL DARI ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA.
KALAU TIDAK DIDUNIA INI MUNGKIN DIAKHIRAT KELAK APABILA MEREKA MEREKA INI MASUK KE ALAM BARZAH DAN ALAM AKHIRAT.
SAMA SAMA KITA TUNGGU DAN LIHAT.
ORANG YANG MEMBUAT GAMBAR TG NIK AZIZ AKAN MENDAPAT BALASAN YANG SETIMPAL DARI ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA.
KALAU TIDAK DIDUNIA INI MUNGKIN DIAKHIRAT KELAK APABILA MEREKA MEREKA INI MASUK KE ALAM BARZAH DAN ALAM AKHIRAT.
SAMA SAMA KITA TUNGGU DAN LIHAT.
********************************
Macam dengan orang yang buat gambar Pak Lah dan Mahathir dengan macam-macam rupa, tak akan mendapat balasan dari Allah kah?
Yang merintis pemindaan gambar para pemimpin ni rasanya dimulakan oleh orang Pas. Apakah orang Pas tak masuk alam barzakh dan akhirat?
Post a Comment