Tuesday, June 23, 2009

MUNCUL KEMBALI (238)

Tolak gagasan kerajaan perpaduan, barangkali itu yang termolek buat Pas dan Pakatan Pembangkang

ADA yang SMS saya dan bertanya kenapa tidak komen/ulas tentang penolakan gagasan kerajaan perpaduan yang mensepakat-katakan majoriti pimpinan Pas dan pimpinan Pakatan Rakyat?.

Sebenarnya bukan tidak nak komen/ulas tetapi kesempatan tidak mengizikan untuk disegera komen dan ulasan. Hari ini merupakan hari permulaan operasi syarikat terbaru saya, MELI & LIM INTERGRASI RESOURCE (KT0261035-D), syarikat milik bersama antara saya dan Lim Cheng Leong (lebih dikenali dengan Saudara Tong).

Operasi utama syarikat kami ialah membeli dan menjual besi, plastik, kertas, kaca, tembaga dan membeli serta melupuskan kereta terpakai. Saya berindak sebagai Pengurus Pentadbiran. Kawal Slia Plaburan dan Kewangan manakala Lim bertindak sebagai Pengurus Operasi.

Sesiapa yang ada kereta terpakai yang mahu dilupuskan (sama ada yang menyakitkan pemandangan di sekeliling rumah atau terbiar di bengkel-bengel kereta yang sudah tidak ekonomik untuk dibaiki) bolehlah hubungi Lim Chen Leong atau Tong melalui telefon 018-9100039 atau pun hubungi saya 017-9871322 (24 jam). (JANGAN BUAT PERTANYAAN ATAU URUSAN MRLALUI BLOG INI)

Untuk tempoh seminggu, bermula hari ini, operasi dimulakan di Tanah Merah. Kami akan membeli dengan harga berpatutan dan tidak akan ambil tanpa bayaran walaupun sesuatu barangan itu berada pada kedudukan barang terbuang dan tidak ada nilai bagi kebanyakan orang.

Berbalik kepada penolakan gagasan kerajaan perpaduan oleh pakatan pembangkang yang kemudiannya pimpinan Pas juga turut menolaknya walaupun ianya merupakan gagasan presidennya, saya rasa ianya patut mengembirakan semua pihak seandainya itulah yang terbaik untuk gelanggang politik negara pada waktu ini.

Saya yakin bagi pimpinan Pas dan parti-parti komponen PR, itulah yang terbaik buat mereka terutama bagi kepentingan perpaduan sesama pimpinan, ahli dan penyokong Pas serta pimpinan dan penyokong PR.

Secara peribadi, saya amat terharu kerana Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang bersedia untuk menolak gagasan sendiri demi kepentingan perpaduan Pas walaupun mungkin reputasinya tercalar pada mata bukan ahli dan bukan penyokong Pas serta mereka atas pagar yang mana tidak mustahil beliau akan dilabel sebagai seorang yang tidak istiqomah dan tidak boleh 'dipegang buku'.

Apa pun bagi rakyat negara ini yang beragama Islam, sama ada suka atau tidak suka dengan apa yang berlaku, mereka kena yakin bahawa apa yang terjadi itu memang telah sedia terskrip sebagai ketentuan dan takdir-Nya yang pasti ada hikmahnya. Lebih baik jangan buat andaian yang bukan-bukan dan prejudis terhadap beliau.

Orang Umno dan orang Pas serta orang atas pagar yang melihat gagasan kerajaan perpaduan adalah suatu keperluan demi kepentingan agama, bangsa dan negara kena angkat bendera putih, sekurang-kurangnya untuk tempoh beberapa ketika. Tidak mungkin apa yang terskrip sebagai suratan dan takdir-Nya boleh dihadang atau dirombak-pinda.

Rujuklah firman Allah yang bermaksud: "....Dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang, dan (ingatlah), Allah mengasihi mereka yang berbuat perkara-perkara baik" - Ali 'Imran:143. Maknanya setiap orang kena berbuat baik dan kena menyokong orang yang berbuat baik supaya terjumlah dalam bilangan mereka yang dikasihi-Nya.

Jangan sosek-sosek (mempertikaikan apa yang telah ditentu dan ditakdirkan sama ada secara terang atau terbuka) kerana Allah tidak suka. Ini terbukti melalui firman-Nya yang bermaksud: "Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredhaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar" - Al-Nisa':114

Kesediaan Tok Guru Nik Aziz memaafkan Ustaz Nasaruddin dan menarik balik segala kata-kata kerasnya terhadap Timbalan Presiden Pas itu, juga sebenarnya sejajar dengan apa yang dimahukan oleh Allah dan Raslu-Nya.

Hal itu berlaku juga tentulah antaranya kerana sikap berpolitik secara cerdik dan profesional Ustaz Nasaruddin yang mengambil sikap mendiamkan diri berdepan dengan hemburan nista terhadapnya. Beliau telah mempamerkan watak dan wajah ahli akademik dan cendekiawan sejati.

Barangkali dalam menghadapi sitausi itu beliau berpegang kepada firman Allah yang bermaksud: "Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan soleh, sambil berkata: sesungguhnya aku ialah dalam kalangan Muslimin!. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; maka (engkau akan dapati) orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat.Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar (dari kebahagiaan dunia dan akhirat" - Fussilat: 33-35.

Kalau Ustaz Nasaruddin gagal bersabar dalam memelihara lidahnya, hati dan perasaannya sebagai seorang orang yang ada hati dan perasaan, sudah tentu akan lain jadinya, pasti lebih banyak ketirisan, ketembusan dan kebocoran belaku.

Sikap Ustaz Nasaruddin itu patut diteladani oleh pimpinan, ahli dan penyokong Pas yang lain. Saya yakin dengan kepercayaan saya bahawa Allahyarham Datuk dr Fadzil Mohd. Noor tidak membuat kesilapan menarik masuk Ustaz Nasaruddin ke dalam Pas. Bagaimanapun jangan pula ada yang sampai taksub kepadanya.

Saya sendiri secara peribadi memohon maaf kepada Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan puak-puak Pas yang menentang gagasan kerajaan perpaduan kerana tulisan dalam posting saya melalui blog ini agak keras dan pedas.

Walapun saya nekad untuk terus menjadi orang atas pagar, namun jiwa seni saya tidak dapat menahan sebak dan rasa terharu apabila ada SMS diterima memaklumkan segalanya dah selesai, Ustaz Nasaruddin dah cium tangan Tok Guru dan keduanya saling bermaafan.

Bagaimanapun saya akan terus jadi saya dan tidak akan berhenti menegur Pas atas tuntutan fardu kifayah jika saya dapati ada yang perlu ditegur, terutama bagi perkara-perkara yang boleh punahkan akidah.

Ini adalah kerana apabila Pas dikaitan dengan Islam, maka dalam apa juga hal mahu tiak mahu kena melibat-kira soal dosa pahala dan masing-masing kena mempraktikkan peringatan Allah melalui Surah Al-Asyr.

Kepada semua pihak yang menyumbangkan kepada terurai dan terlerainya kekusutan dalam Pas untuk beberapa ketika ekoran gagasan kerajaan perpaduan, pasti akan menerima ganjaran pahala dari-Nya.

Mereka sebenarnya memenuhi kemahuan Allah yang terkandung dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala pekara): sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" - Al-Hujurat: 9-10.

Mendamaikan dua puak yang bertelagah, memberi kesedaran dan peringatan supaya dua puak yang berbalah supaya berdamai adalah lebih tinggi darjatnya dari pahala puasa dan solat.

Ini ditegsakan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabada baginda bermaksud: "Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat? Jawab para sahabat: Bahkan. Sabda baginda: mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)" - Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani.

Sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah manakala segala yang tidak baik, segala cacat cela termasuk dalam memberi pandangan, andaian dan firasat adalah datang dari manusia, lebih-lebih lagi manusia cetek ilmu macam saya!

1 comment:

serupasekala said...

KAWE NAK JUAL KERETA BURUK ABE LI BELI GA BERAPA SEBUAH.