KESEDIAAN mengisytiharkan perang terhadap kegiatan ah long oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein patut diberi sokongan dan wajar direalisasikan serta merta.
Dalam pada itu pihak berkuasa kena sediakan peluang alternatif proaktif untuk bakal peminjam mendapat pinjaman mudah syarat dan lulus cepat sebagai ganti pergantungan kepada ah long, bukannya dikenakan syarat dan prosedur yang ketat lagi menyulitkan kepada bakal peminjam.
Kenaan bunga yang tinggi walaupun syarat pinjaman terlalu mudah dan tempoh kelulusan cuma memakan masa beberapa minit, mahu tidak mahu akan membawa padah dan kesulitan untuk melunasi pinjaman ah long oleh peminjam yang membuat pinjaman, sekali gus mengembangkan resam yang kaya bertambah kaya, yang miskin terus tertekan dan ditekan oleh belitan masalah.
Pada pendapat saya, selagi syarat dan prosedur kenaan institusi kewangan terhadap bakal peminjam terus dikekalkan pada tahap sekarang, kegiatan ah long bukan saja tidak akan dapat dibasmi, tetapi untuk dikurangkan pun tidak mungkin berjaya, sebaliknya sistem peminjaman yang memberi tekanan dan menyebabkan peminjam tertekan itu akan terus berleluasa dan bermaharajalela.
Selain dari mudah syarat dan tempoh kelulusannya cukup singkat, ah long datang kepada bakal pelanggan dan menawarkan pinjaman yang mana jumlahnya pula dicadangkan lebih tinggi dari yang dimahukan oleh bakal peminjamm sesuai dengan keperluan, sekaligus ianya akan kelihatan jauh lebih baik dan lebih murah hati bagi membantu sesiapa yang dalam kesempita dan memerlukan wang segera.
Untuk dapatkan pinjaman dari institusi kewangan, bukan sahaja bakal peminjam kena datang ke institusi kewangan berkaitan, tetapi syarat dan prosedurnya terlalu sukar untuk dipenuhi dan membebankan di samping untuk mendapatkan keputusan sama ada diluluskan atau ditolak permohonan pinjanan yang buat, mengambil masa yang panjang, menjadikan bakal meminjam berfikir beribu kali untuk mengemukakan permohonan pinjaman.
Lagi pula ah long akan mencadangkan jumlah pinjaman pada jumlah yang lebih tinggi dari yang dimahukan oleh peminjam manakala institusi kewangan akan meluluskan pinjaman pada jumlah lebih rendah dari yang dipohon oleh bakal peminjam, kononnya ianya sebagai antara prosedur pinjaman.
Oleh itu pada saya, kalau institusi kewangan kekal pada keadaan sekarang dalam menimbangkan permohonan pinjaman bakal peminjam, apa jua pelan, rangka, kerangka dan perisytiharan bagi memerangi dan membasmi kegiatan ah long hanya akan bersifat retorik semata-mata. malah akan bersifat memberi publisiti percuma dan mempopularkan lagi kegiatan ah long.
Para peniaga yang memerlukan wang tunai segera supaya peluang yang datang tidak terlepas disebabkan oleh masalah kewangan, tidak aada pilihan lair ari meminjam dengan ah long walapun terdedah kepada pelbagai risiko dan terpaksa membayar bunga yang tinggi.
Hakikatnya bukan mudah untuk sekat dan basmi kegiatan ah long kecuali para petugas institusi kewangan, khususnya yang dibayangi kerajaan, datang kepada bakal peminjam menawarkan pinjaman mudah syarat seperti ah long dan tempoh kelulusannya pula kena lebih cepat dari kelulusan pinjaman yang dibuat dengan ah long kepada peminjam.
Monday, June 22, 2009
MUNCUL KEMBALI (237)
Basmi ah long: kena sediakan alternatif untuk bakal peminjam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam..
Pinjaman TEKUN pun dah susah skrg.. Ada tu permohonan bulan Januari 2009 masih belum lulus lagi.. Sebabnya, ramai yang tak mau bayar/liat nk bayar/lari dari pengutip utang.
Cadangan ambo, Tekun kena buat ala-ala kejam mcm Ah Long, bukan pukul/dera peminjam liat, tapi kejam dengan merampas barang orang yang liat nk bayar. Ambik TV ke, peti ke, radio hatta motosikal baru sekalipun (walaupun pinjam RM 3000).
Ni tak..TEKUN lembut/berlembut.. kata nk saman yang liat bayar. Nama & muka orang yang liat bayar dah penuh dipapar kat dinding pejabat Tekun. 'Pesalah' tu buat 'bodo' jah.. hik3
Masalahnya..kalau TEKUN jadi 'jahat' pula.. Sudah tentu 'pesalah' tu akan mengadu kat parti lawan (selalunya mengadu kat PKR).
Camtu la kerajaan..
Bayar la wahai peminjam yang liat nk bayar, ambo nk tambah modal ni. Malu nk pergi pejabat Tekun acap2.
Wssalam
---------
Abe Meli.. bila nk ulas perihal Kerajaan Perpaduan yang 'Sendiri Usul-Sendiri Tak Setuju' tu?
Geng Pintu Geng
Post a Comment