Jika konsep 1Malaysia benar-benar dipraktik, krisis pembantu rumah mudah diatasi
RAKYAT Malaysia kena mengelak dari menggunakan 'kepala lutut' sebaliknya kena guna kepala berotak dan berakal bagi menghdapi segala masalah berbangkit, termasuklah dalam meghadapi keputusan Indonesia mengekalkan keputusannya untuk menghentikan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia.
Semangat bersatu padu tanpa sebarang prejudis, semangat nasionalisme yang jitu dan praktiksme konsep 1Malaysia yang benar-benar mantap sebenarnya mampu menjadikan Malaysia bebas dari masalah remeh temeh seperti isu pembantu rumah, malah bagi apa-apa juga masalah yang lebih besar.
Kenapa tidak difikirkan pada setiap pejabat sama ada di pejabat kerajaan, badan berkanun mahu pun syarikat swasta termasuk kilang-kilang, diwajibkan ada pusat dan jabatan atau unit khusus bagi penjagaan bayi dan pengurusan anak-anak petugas dengan saiznya, termasuk saiz kakitangan, bergantung kepada saiz sesebuah pejabat.
Tempoh masa pusat berkenaan dibuka pula hendaklah sama dengan tempoh masa bertugas kakitangan sektor awam dan swasta. Kakitangannya pula hendaklah terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam bagi sektor awam dan kakitangan bergaji tetap syarikat-syarikat terbabit bagi sektor swasta.
Dengan cara itu para pekerja di sektor awam dan swasta bukan sahaja tidak memerlukan pembantu rumah sebagai pengasuh bayi atau bagi menguruskan anak-anak bersekolah bagi pasangan suami isteri yang bekerja, tetapi ibu-ibu akan berpeluang menyusui sendiri bayi masing-masing, malah bapa juga barangkali boleh memnjenguk anak masing-masing pada waktu rehat minum pagi, makan tenghari dan minum petang.
Secara tidak langsung ibubapa akan sentiasa dekat dengan anak-anak, perbelanjaan keluarga boleh dikurangkan kerana tidak perlu lagi menggaji pengasuh atau pembantu rumah di samping kanak-kanak tidak akan terdedah kepada unsur yang tidak sihat dan mereka akan dibentuk berdasarkan kurikulum dan ko-kuriklum pusat penjagaan.
Juga barangkali perlu diwujudkan pusat dobi untuk kerja-kerja mencuci pakaian kakitangan awam atau swsata pada setiap pejabat kerajaan dan syarikat swasta dengan pengendalikan pusat dobi berkenaan mesti terdiri dari kakitangan tetap jabatan kerajaan mahu pun di syarikat swasta.
Dengan itu urusan mencuci pakaian yang sepatutnya dilakukan oleh pembantu rumah boleh diambil alih oleh kakitangan jabatan perkhidmatan cuci dan dobi atau apa-apa nama jabatan atau pun unit yang namanya bolehlah dipilih mengikut kesesuaian yang mana para petugasnya terikat dengan peraturan perkhidmatan awam atau syarikat swasta.
Selain dari keperluan untuk menjaga anak dan mencuci pakaian, tujuan pembantu rumah digaji adalah untuk menguruskan kerja masa memasak. Masalah itu akan selesai jika jabatan masak memasak dan hidangan makanan di setiap jabatan kerajaan dan syarikat swasta diwujudkan, terutama untuk menyediakan makan tengahari kakitangan dan keluarga masing-masing.
Walaupun pendapat atau lebih tepat jika disebut idea saya kali ini ada unsur-unsur kekartunan, tetapi jika kewujudan pusat-pusat sedemikian dapat direalitikan, pada saya ianya bukan sahaja setakat Indonesia mahu menangguhkan penghantaran pembantu rumah untuk ke suatu tempoh tertentu, tetapi sekiranya negara jiran itu tidak dihantar terus pembantu rumah dari negara berkenaan ke negara ini sampai bila-bila pun, negara tidak akan menghadapi krisis pembantu rumah.
Dalam pada itu pengaliran keluar wang negara pasti dapat dibendung di samping banyak peluang pekerjaan akan terbuka untuk rakyat tempatan serta akan wujudnya suasana kesamarataan gaya hidup rakyat di negara ini.
Saya yakin kalau atas nama kakitangan awam atau kakitangan syarikat swasta yang bukan sahaja ada gaji/elaun tetap tetapi elaun kerja lebih masa, pencen dan caruman KWSP, walaupun tugas utamanya adalah pengumpul dan pelupus tuala pakai buang bayi atau tukang cuci pinggan, rakyat tempatan akan berebut-rebut untuk bekerja.
Bila bayi dan anak-anak yang masih berusia pada tahap pelukan kawalan rapi sudah dijaga dan dipantau tanpa bayaran, kalau pakaian sudah ada yang mencuci tanpa bayaran dan makan tengahari sendiri dan keluarga sudah disediakan secara percuma, sudah tentulah bebanan urusan keluarga sudah berkurangan.
Penggunaan pembantu rumah sudah tidak menjadi suatu keperluan lagi dan kalau sekadar untuk sediakan makan malam atau sediakan kopi atau bubur kacang sebagai hidangan santai pada waktu petang untuk keluarga, sudah tentulah tidak akan menjadi suatu bebanan lagi kepada istei-isteri yang bekerja.
Lagi pun pada umumnya penggajian pembantu rumah rakyat asing banyak juga buruknya, tetapi jarang didedahkan di media massa sebagaimana pembantu rumah yang didera mendapat publisiti meluas tanpa diambil kira kenapa majikan boleh hilang sabar dan sanggup melakukan penderaan.
Ambil saja sebagai contoh bil telefon yang kadang-kandang mencecah angka melebihi sebulan gaji majikan gara-gara semasa majikan tiada di rumah, pembantu rumah akan mengambil kesempatan berbual panjang dengan ibubapa, adik beradik, suami atau anak-anak yang ditinggalkan di kampung halaman. Bolehkan majikan menahan sabar menghadapi keadaan sebegitu.
Justeru itu, seandainya Kerajaan Malaysia yang ada mempraktikan apa apa yang disarankan dalam menghadapi negara patut 'sifat pembantu rumah rakyat asinf', saya yakin bukan setakat pihak pembangkang berhujah dengan membaca al-Quran dan Hadis supaya rakyat menolak kerajaan dan memilih mereka menjadi kerajaan, tetapi jika al-Quran dan hadis dibakar dan dimasukkan ke dalam air minuman seluruh rakyat negara ini sekali pun, rakyat tetap akan setia kepada kerajaan sedia ada dan dan akan membiarkan pembangkang mati dalam angan-angan untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.
3 comments:
Askum wbt, nih yim golok sila return call 016-9320520
Indahnya kehidupan yang di bayangkan, tiba tiba terjaga, rupanya mimpi disiang hari Ahad.
Setiap PM ada pendekatannya. Begitu juga dengan Najib. 1Malaysia yang diilhamkan oleh Najib adalah tidak lari dari konsep perpaduan. Matalamatnya semua kaum/bangsa dan tak kira agama apa sekalipun sama-sama membina Malaysia supaya aman makmur dan sentosa agar rakyat dapat hidup dengan selesa. Boleh bekerja dan beramal ibadat tanpa diganggu gugat.
Sama ada berjaya atau tidak bergantung kepada pelaksanaannya dan penerimaan rakyat.
1Malaysia bukan mimpi ....
Post a Comment