Monday, June 29, 2009

MUNCUL KEMBALI (248)

Pilih Najib lawan debat: Nik Aziz ada muslihat?

KEPADA sesia pun yang sentiasa mengikuti perkembangan Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru) atas nama aktivis parti politik, pasti akan cepat dapat melihat bahawa Menteri Besar Kelantan itu banyak bermuslihat dalam membina dan mempertahankan ketokohannya supaya tidak akan ada yang dapat mengatasi kehebatannya sampai bila-bila, terutama dalam Pas.

Demikian juga apabila beliau yang nampak sangat keras dan tegas menolak kerajaan perpaduan gagasan Presiden Pas, tiba-tiba mencabar Presiden Umno Dato' Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri berdebat tanpa terlebih dahulu memaklumkan cabarannya itu kepada presiden parti: mahu tidak mahu akan nampak dengan jelas cula, warna, wajah serta bau muslihatnya.

Selain dari untuk meredakan percanggahan sesama sendiri ekoran isu kerajaan perpaduan dan di samping bersifat antara taburan umpan sempena Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Tok Guru bagi pendapat saya mahu dilihat beliau sebagai pihak yang menang dan Najib pihak yang kalah dalam perdebatan itu nanti.

Ini adalah kerana umum tahu bahawa Najib bukannya seorang tokoh yang berlatar-belakangnkan pendidikan agama, termasuklah ayahnda juga yang menonjol sebagai nasionalis yang menerima pendidikan barat. Manakala Tok Guru sendiri bukan sahaja berpendidikan agama tetapi ayahndanya diberi gelaran Haji Nik Mat Alim sebagai guru dan pengasas sekolah pondok.

Maknanya dari segi lojik akal dan dalam bentuk lahiriahnya, kalau untuk berdebat berteraskan hukum hakam, awal-awal lagi kita akan nampak bukan sahaja Najib akan kecundang, tetapi tidak layak untuk berdebat dalam isu yang bekaitan dengan soal hukum hakam, terutama bagi pandangan orang Pas yang melihat hanya orang Pas sahaja yang Islam sejati manakala orang Umno adalah orang Islam yang menentang Islam.

Tetapi dalam bentuk tersiratnya, belum tentu Tok Guru akan menang. Ini adalah kerana hakikatnya orang yang membaca sepotong ayat al-Quran dengan penuh ketulusan dan dengan tidak kerana lain selain dari 'kerana Allah' akan jauh lebih besar pahalanya dari orang yang membaca keseluruhan 6,236 ayat al-Quran yang mengandungi 114 surah, 30 juzuk dan kira-kira 1.2 juta huruf dengan tujuan menunjuk-nunjuk dalam keadaan angkuh, sombong, riak dan bongkak dengan kehebatannya.

Lagi pun Tok Guru telah memuktamadkan dalam kepalanya bahawa Pas yang betul dengan Islam tetapi Umno menyimpang dari Islam untuk didebatkan, sama sepert ibrat sebatang kayu yang telah pun ditarah menjadi perahu mahu, lalu diajak berdebat supaya pihak lawan berdebat itu mengatakan perahu itu bukan perahu dengan awan berdebat itu pula dipilih dari kalangan yang bukan tukang mahir dalam membuat perahu.

Kalau mahu berdebat tentang hal-hal pentadbiran yang cekap dan berkesan, mungkin wajar bagi Najib myambutnya walaupun dari segi status perjawatan, Najib sebagai perdana menteri seribu kali lebih tinggi dari Tok Guru yang hanya menteri besar. Untuk kepentingan rakyat, Najib boleh ketepikan soal ssatu dan mengguna-pakai kata pepatah: tidak akan hilang bisa ular menyusur duri.

Tetapi kalau untuk berdebat atas isu Pas parti politik Islam manakala Umno pula parti sekular yang menyongsang dari Islam, Tok Guru kena pilih lawan yang lebih munasabah seperti Tan Sri Harunsani Zakaria, Datuk Noh Gadut, Dr Mohd. Asri Zainal Abidin atau Prof. Mahmud Zuhdi Abdul Majed, barulah tidak nampak macam orang tua ajak budak baru di pra-sekolah bergocoh.

Kalau Tok Guru memilih Najib sebagai lawan debat dengan tujuan mahu mengeksploitasi dan memanipulasi Najib yang tidak menerima pendidikan khusus dalam bidang keagamaan dengan muslihat supaya dianggap beliau (Tok Guru) akan dilihat pihak yang menang atas sifat peribadi dan atas nama Pas manakala Najib akan dilihat pihak yang kalah atas nama peribadi dan Umno, maka samalah seperti Mohammad Ali sebagai ahli tinju berlawan dengan ahli gusti suatu ketika dulu, nampak sumbang sangat jadinya.

Sebelum berdebat dengan Najib, ada baiknya dan akan besar faedahnya untuk memulihkan pepaduan sesama pemimpin, ahli dan penyokong Pas sekiranya Tok Guru sebagai Mursyidul Am Pas berdebat secara terbuka dengan dengan Presiden Pas, Dato' Seri Haji Abdul Hadi tentang sama ada kerajaan perpaduan yang digagaskan oleh Hadi bertentangan dengan Islam atau sebaliknya.

Kalau diminta secara resmi, saya yakin semua saluran tv kerajaan dan sawsta bersedia untuk menyiarkan secara langsung perdebatan itu lagi, apatah lagi jika ada penaja yang sanggup membuat tajaan pada jumlah yang sama jumlahnya kalau pun tidak lebih tinggi dari hasil bayaran iklan yang diperolehi sekiranya perdebatan itu tidak disiarkan secara langsung.

Pada pendapat saya walaupun gagasan kerajaan perpaduan kononnya telah ditutup buku ekoran dari keputusan menolak gagasan telah dibuat termasuk oleh penggagasnya sendiri, namun secara hakikatnya bukan semua pemimpin, ahli dan penyokong Pas bersetuju dengan pembatalan gagasan itu sebelum ianya dibawa ke dalam suatu perbincangan secara terbuka dan profesional, lebih-lebih apabila gagasan presiden ditolak, cabaran debat pula dibuat oleh mursyidul am tanpa memaklumkan kepada presiden.

6 comments:

Gemulah Abg. Ya Daging (Bawah Pohon Derdap) said...

Sdra Meli yang bisa dan bijaksana oleh kerana terlalu ramai tokoh-tokoh Umno dan menteri kabinet yang beranggapan debat bukanlah sesuatu yang baik, sia-sia dan membuang masa, suka saya mengesyorkan dan mencabar Menteri Pendidikan agar mengharamkan sebarang bentuk perdebatan di sekolah-sekolah.

Pengharaman itu meliputi sebarang pertandingan debat samada di peringkat sekolah menengah mahupun di peringkat universiti termasuk Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri yang setiap tahun diadakan itu.

Mungkin, dengan tiadanya sebarang anjuran perdebatan di sekolah-sekolah mahu pun di universiti tahap pendidikan, ilmiah dan kualiti pemikiran anak-anak muda kita akan menjadi lebih baik dan pintar. Kita boleh bentuk minda pelajar-pelajar dengan lebih berkesan mengikut acuan dan kehendak kita.

Betapa majunya nanti pelajar-pelajar Malaysia berbanding dengan kemajuan sekolah-sekolah dan universiti di luar negara kerana di sana pelajar-pelajar mereka masih mengamalkan perdebatan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan berani.

Tetapi, menteri serta pemimpin Umno menganggap debat adalah sesuatu yang sia-sia dan membuang masa, maka perlulah kita turut pendapat menteri-menteri dan pemimpin Umno yang terlebih pintar itu.

Pelajar-pelajar mestilah diasuh agar mengamalkan budaya `burung kakak tua' atau `burung belatuk' agar seiring dengan sikap yang ada pada pemimpin-pemimpin Umno sekarang. Debat bukanlah satu bentuk syarahan ilmiah atau untuk mencari perbezaan mana yang benar dan salah, tetapi debat bak kata Tun Mahathir adalah program hiburan semata-mata.

Itulah pandangan tokoh Melayu yang kita puja dan ianya di`angguk'kan pula oleh pemimpin-pemimpin Umno yang lain. Mereka bukan takut untuk berdebat dengan pembangkang, kerana mereka telah membuktikan keberanian mereka berhadapan dengan DS Anwar dalam perdebatan mengenai minyak.

Meskipun di dalam perdebatan itu, tokoh Umno amat berani serta bijak mengeluarkan hujah sehingga bercucuran air liur dari mulutnya namun debat tersebut dianggap hiburan oleh Umno.

Mungkinkah ada yang terhibur melihat cucuran air liur tersebut atau terhibur dengan lagak lucu seorang Profesor Kangkung orang kuat Biro Tata Negara yang tidak tahu apa-apa tentang gas dan petrol itu? Bagi saya, memang saya terhibur dengan lagak tokoh Umno dalam siri perdebatan tersebut.

Oleh kerana memikirkan jika diadakan debat antara pemimpin kerajaan atau Umno dengan pembangkang, nescaya akan ada pemimpin kerajaan atau tokoh Umno yang berhujah seperti `makan ubi panas' , maka Tun Mahathir menganggap itu sebagai hiburan?

Selepas Umno menolak cabaran Pas untuk berdebat soal agama,baru-baru ini seorang Menteri dari MCA pula tidak sanggup berdebat dengan pemimpin utama DAP. Penyakit atau trauma takut debat Umno ini berjangkit pula kepada MCA.

Sebelum ini anak Yatim dari Jelebu seorang yang dilihat di kaca TV bercakap umpama loyar (loyar buruk?) dan kadang-kadang seperti sasterawan negara mencabar Zaid Ibrahim berdebat, tetapi apabila Zaid menyahut cabarannya maka anak Yatim ini menjadi `bisu' sampai sekarang.

Rupa-rupanya baru kita tahu hebatnya tokoh yang telah `membakar jambatan' ini hanyalah di depan TV sahaja.

Kita jangan pelik dan hairan jika kita lihat level pendidikan universiti-universiti di negara kita berada di ranking yang memalukan di dunia malahan di rantau ini. Ini adalah kerana mentaliti yang ada pada pemimpin kerajaan dan tokoh-tokoh politik yang dilanda trauma debat ini banyak mempengaruhi mereka.

Tidak hairan kita apabila suara mahasiswa sekarang tidak lagi sama seperti suara mahasiswa di era 60 dan 70 an dahulu. Mereka kini telah diperkenalkan dengan budaya `burung kakak tua dan burung belatuk'. Apabila mereka menjadi pemimpin, itulah budaya yang mereka akan amalkan.

Sekali lagi kita mencabar agar Menteri Pendidikan atau kabinet mengeluarkan arahan agar mengharamkan segala bentuk perdebatan kerana ianya tidak dapat membantu pelajar untuk menjadi `burung belatuk'.

Peminat Cerpen Meli said...

Biarlah Meli, biarkan si Luncai terjun dengan labunya, biarkan Pak Had Ceton Tembus terus mencedok air dengan ceton patat tembusnya.
Siapa sebenarnya Pak Had Ceton Tembus ni. Kenapa Meli tak cerpenkan?
Saya suka baca siri debat Beruk Profesional vs Beruk Sekolah Atap dan cerpen Debat yang Meli tulis dulu yang membabitkan penyertan beruk Melor, beruk Pulau Chondong, beruk Jeli dan macam-macam lagi.
Teringatkan watak-watak beruk dalam cerpen tu belan-belan duduk meneran dalam tandas pun saya ketawa sendiri jadinya.

pemudacakna said...

Wak gapo gak bedebat, kalu mene pun tok leh gapo satu. Boleh dosa adalah! Sebab apo ambo kato gitu?
Sebabnya MU kato kakKU, Aku kato koMU. Aku kata aku betul, Mu kato Mu betul. Pah sapo dia hok betul? Tok kesudohan gitu.
Baik dok die lah kerana "Ular tidak hilang bisa dengan menyusur akar".
"Biarkan siluncai terjun dengan labu-labunya"

Orang repek, Pasir Mas said...

Saudara Gemulah Abg. Ya Daging

Sejujurnya saya menghormati pandangan saudara dan saudara Ramli. Tetapi secara peribadi saya berpendapat saudara(gemulah abg)kurang teliti untuk melihat secara bijaksana implikasi tersirat daripada Perdebatan anjuran Kementerian Pendidikan (dalam konteks pendidikan dan pemabangunan budaya minda anak-anak kita) dengan Anjuran parti politik dalam konteks perpaduan orang Islam di Malaysia. kita perlu ketajaman fikiran dan kebolehan melihat yang luar biasa khususnya berkaitan hujah dan kata-kata ahli politik sama ada UMNO atau pun PAS. Untuk majukan agama, bangsa dan negara kita perlu ramai ahli poltik berjiwa negarawan berbanding ahli-ahli politik murahan. Contohnya, Tuan Guru Haji Hadi adalah antara contoh ahli politik PAS dalam kategori negarawan. Harap maaf, mungkin saya silap apatah lagi jika ada berbeza pendapat dengan saudara.. maafkan saya.

Anonymous said...

BERTAPA BODO NYA ORANG YANG MENYAMAKAN DEBAT PAS UMNO DENGAN DEBAT BUDAK SKOLAH.....

Anonymous said...

“Apabila disebut muzakarah masing-masing boleh kemukakan hujah dan pendapat masing-masing dengan berpaksikan kebenaran. Maksud saya melalui muzakarah tiada pihak yang cuba menegakkan benang yang basah. Ketika bermuzakarah kebenaran tetap kebenaran dan ia tidak berubah. Bagi kami muzakarah lebih berbentuk wacana keilmuan yang sepatutnya disuburkan demi kepentingan ummah,” kata Nasrudin Hassan (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat)