Monday, June 29, 2009

MUNCUL KEMBALI (249)

Elakkan dari kerana mahu untung segenggam rugi berkontena

SAYA sangat teruja membaca posting terkini Saudara Haji Mohd. Sayuti Omar (MSO) melalui blog Merah Tintanya di bawah item Sesudah Subuh dengan judul Kekayaan Kelantan Jangan Nafikan Hak Rakyat Dengan Kuasa Politik.

Jelas terbukti bahawa penolakan dengan keras dan tegas oleh Tok Guru Nik Aziz dan kalangan tertentu dalam Pas berhubung gagasan kerajaan perpaduan oleh Presiden Pas ibarat memijak mata 'cok cangkul', ulunya terbidas dan menjadi umpama 'putung tengalung' membaham dan andas dahi sendiri.

Kerana itulah orang tua-tua memperingatakan kita dengan rangkai dan untaian kata-kata: 'ORANG TAMAK SELALU RUGI', 'JANGAN JADI ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG' dan 'JANGAN KERANA MAHU UNTUNG SECUPAK RUGI SEKARUNG'.

Tamak yang dimaksudkan itu bukan hanya dalam bentuk harta benda semata-mata tetapi jugalah dalam pertimbangan berparti politik dan berpolitik serta kebimbangan terhadap kemungkinan akan hilang kuasa dan merosot pengaruh atau pun dikhuatiri orang lain yang tidak separti dengan kita pun akan ikut masuk syurga sama, juga boleh dikategorikan sebagai tamak.

Katakanlah royalti minyak yang dituntut itu betul-betul Kelantan berhak mendapatkannya. Apakah kerajaan pusat akan mempermudahkan cara memenhi tuntutan Kerajaan Pas Kelantan yang asyik memaki hamun, malah semacam asyik mahu menerakakan pimpinan Umno dan kerajaan BN yang berleaderkan Umno serta ahli dan penyokong Umno?.

Saya setuju sangat dengan MSO, seandainya gagasan kerajaan pepaduan direalisasikan, segala-galanya akan mudah, masalah royalti tidak akan jadi bahan berita media atau sampai akan dibawa ke mahkamah yang akan mengorbankan banyak wang untuk biayai kos guaman.

Kalau pun royalti minyak tidak dapat dihulur atas masalah status yang belum pasti, kerajaan pusat pasti akan hulur dalam bentuk yang lain. Bila jadi sahabat, tangan mesti lebih ringan dihulur untuk menolong. Kalau 'saing' payah tolong 'gu', itu 'saing kepala bapak' namanya.

Sebaliknya kalau dah bermusuh, bila nampak musuh susah (misalnya kerana hadapi masalah takdok pitih nak bayar gaji kakitangan kerajaan, apatah lagi nak membiayai kos pembangunan untuk faedah rakyat) pastilah akan dikata 'padan muka, agas sangat tak padan dengan kerangka' bila kita dedahkan kesusahan kita kepada musuh dan mendakwa gara-gara mainan musuh kita, maka kita susah.

Sebaik mana, sesaufi mana, sewali mana dan seaulia mana pun seseorang itu, tidak akan diberi golok yang sudah diasah tajam atau diberi pistol yang sudah siap berpeluru kepada musuh.

Kalau diberi juga, maknanya ada mana-mana wayer pada kepala si pemberi itu yang tersekat perjalanan darah kewarasan, menjadikannya sewel.

Sebagai Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sudah cuba menggagaskan teori dan formula bagi memastikan Kerajaan Pas dan rakyat Kelantan dapat faedah darinya.

Tetapi pimpinan Pas dan Kerajaan Kelantan sendiri telah menolaknya dengan keras dan tegas yang secara tidak langsung penolakan itu semacam sengaja mengebom faedah yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat dan kerajaan.

Kenapa keadaan itu berlaku? Pastinya kerana tamak. Tamak yang dimaksudkan bukan hanya dalam bentuk mengumpul harta benda tetapi juga tamak dalam mengaku dan menganggap diri lebih bijak dari yang bijak, tamak dalam berparti politik, tamak dalam berpolitik dan tamak dalam berangan-angan.

Kenapa gagasan kerajaan perpaduan ditolak? Kerana tamak. Barangkali dalam otak kepala difikirkan kalaulah gagasan itu direalitikan, tentulah yang akan menduduki kabinetnya, Haji Hadi, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Mustafa Ali.

Dari Kelantan yang ada harapan untuk dianggota-kabinetkan pun cuma Dato' Haji Abdul Halim Abdul Rahman yang terkenal dengan keterbukaannya sebagai orang Pas.

Pimpinan lain dari Kelantan tidak mungkin terpilih kerana yang dikelaskan sebagai 'barang bisa-bisa' dah duduk dalam barisan exco dan sebagainya, kecuali jika ada jaminan seandainya dilepaskan jawatan exco , maka akan disenatorkan dan diberi jawatan dalam kabinet, paling molek benar gat diberi jawatan TPM, kalau pun tidak PM terus.

Daripada 'kita tak dapat', lebih baik 'biar ssajo belako', maka gagasan yang bakal membuka banyak peluang yang memberi faedah kepada rakyat Kelantan khususnya, ditentang dengan keras dan tegas, penyokong gagasan akan dianggap sampah sarap dan tukang buat sampah dalam Pas.

Dalam pada itu mimpi bersama atas nama pakatan tidak resmi dalam PR untuk tumbangkan BN diteruskan walaupun ianya lebih bersifat angan-angan mat jenin atau umpama mimpi turun temurun sang katak puru yang percaya kerapu akan hilang dan kulitnya akan lemu dan licin bila guruh musim tengkujuh berbunyi.

Mimpi tamak yang dibina sekurang-kurangnya jawatan timbalan perdana menteri kalau pun bukan perdana menteri serta kerusi-kerusi menteri penting akan menjadi milik Pas, PKR dan DAP kena akui kehebatan Pas dan pimpinan Pas, menjadikan yang terbentang di mata sebesar gunung di depan mata sebenarnya intan, tetapi dianggap kaca.

Soalnya kalau betullah PR mampu tumbangkan BN, apakah PKR dan DAP boleh berleaderkan Pas sedangkan dasar Pas dengan keduanya tidak seragam langsung.

Manakala PKR + DAP pula bukan sahaja boleh makan semeja tetapi juga boleh makan gulai dari kawah atau periuk yang sama walaupun bercampur gaul antara ayam yang disebelih secara sah dengan ayam yang mampus kerana dipulas tengkuk berkaitan dengan dasar dan pendekatan keduanya dalam berparti politik dan berpolitik.

Oleh itu demi kepentingan rakyat, maka pimpinan Pas Kelantan kena elakkan dari kerana mahu untung segenggam akan rugi berkontena, terutama dari sudut kepentingan dan untuk faedah rakyat serta kena elak dari sebarang rasa tamak dari terus berlemak dalam kepala dan dada .

3 comments:

Gemulah Abang Ya Daging said...

Adik lii yang abg ya sayangi, kalu lah kerajaan perpaduan jadi kenyataan maka akan banyak perubahan berlaku.
1) Melihalim akan abang ya lantik jadi ketua penasihat politik najib
2) Hamid pendek akan jadi senator hamid dan akan jadi menteri dalam negeri
3) Jusoh drebar akan abang ya rekemenkan jadi ketua drebar-drebar menteri
4) Mat Pauh akan dapat lesen mengoperasikan 1 stesen TV namanya (Pauh Global Network)
5) Cik lah cc akan segera naik pangkat jadi ketua segala cc
6) Jimin akan dapat satu stesen radio namanya akan abang ya royat kemudian

pemudacakna said...

Tolak Kerajaan Perpaduan adalah kerana ada perasaan RIAK. RIAK sebab dekat dengan suku abad dah kita perintah Kelantan. Berasa serupa rakyat Kelantan tok sokong puak lain dah, sokong puak kita yah. Kalau tak sokong maka katalah serupa dengan anak kera ko, komunis ko, ayah Pin ko dan sebagainya. Kita boleh kata sebab kita lebih Islam dari demo. Eh.. Tuhan pun boleh mencarut juga.
Masya-Allah. Asytaghfirullah.
Eh... Yo ko gitu?
Pening kawe!
Pah nok wak lagu mano?
Hanya orang yang betul-betul BERILMU DAN BERIMAN saja boleh menilainya.

Anonymous said...

Kera jaan negeri Trngganu dah dapat dah ko smula royalti minyak & gas nya?
umno wat hak rakyat macam harta makbapak dia...jah. Dok ppakat kekah hak rakyat degn anak beranak dia.
Mungkin kroniee & anakberanak dlm pemimpin umno saja bumiputra. Hak orang lainsemua bukan bumiptra, walapun melayu. baik jadi ketua MIC, mca, gerakan boleh projek banyak. ...itulah umno selam 50 tahun perintah msia.
Hasilbumi/cukai orang kelantan kaut gi kerajaan pusat, masa nak belanja ke rakyat bui ko jpp-.bee N .. alat nak tipu rakyat. Mujur rama ore kelate mata tak bolee, sejak 1990 sapa lo ni, rakyat kenal mana yang MKJ dok puji tuhh.....