Kenapa tidak guna ISA perangi kongsi gelap?
(BAHAGIAN 2)
APA ITU KONGSI GELAP/GANSTER/SAMSENG?
Samseng atau gengster atau kongsi gelap merupakan penjenayah yang bergerak dalam suatu kumpulan, kelompok atau geng berketuakan seorang yang paling berpengaruh dan pintar dalam membina pengaruh dan menjadikan apabila mendengar namanya pun anggota kumpulan akan gerun kerana sebarang pelanggaran peraturan kumpulan hukumannya adalah mati.
Pada umunnya mereka dalam pelbagai jenis jenayah terancang dari jenayah ringan seperti peras ugut sehinggalah ke jenayah bersenjata yang melibatkan jutaan ringgit, pengedaran dadah, pengedalian pusat hiburan, pusat pelacuran, perkhidmatan ahli, malah juga membabitkan perniagaan senjata.
Kegiatan samseng/ganster/kongsi helap telah dipopularkan oleh kumpulan-kumpulan samseng di Amerika Syarikat yang memainkan peranan utama dalam ekonomi negara pada dekad 1920-an hingga 60-an. Ianya membabibit penyertaan Individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah atau sosial yang membawa kepada penyelewangan tingkah laku dan kerosakan akhlak.
MAFIA
Adalah antara orgnisasi ganster/kongsi gelap samseng yang terbesar dan tersohor. Ia jugadikenali sebagai La Cosa Nostra dalam bahasa Itali yang membawa maksud Urusan Kami, Ia adalah panggilan kolektif untuk beberapa organisasi jenayah di Sicily (Itali) dan Amerika Syarikat.
Mafia pada awalnya merupakan nama sebuah organisasi orang-orang di Sicily pada Zaman Pertengahan untuk tujuan perlindungan dan perlaksanaan undang-undang sendiri.Kumpulan-kumpulan Mafia melebarkan sayap ke Amerika Syarikat selepas berlakunya penghijrahan beramai-ramai rakyat Itali pada abad ke-20.
Pergerakan mafia bukan sahaja tertumpu di Itali malah di Amerika Syarikat uga yang mana migrasi penduduk di belah eropah ke Amerika yang telah membawa pengaruh mafia ker sana. Mereka banyak tertumpu dikawasan bandaryang mereka mengutip duit perlindungan dan menjual dadah bagi menyokong dan mengukuhkan organisasi mereka.
Kekuatan Mafia mencapai kemuncaknya di Amerika Syarikat pada pertengahan abad ke-20. Penyiasatan oleh FBI pada tahun 1970-an dan 1980-an berjaya mengurangkan pengaruh mereka. Mafia tidak terhad di AS sahaja bahkan kumpulan Yakuza di Jepun juga dianggap sebagai kumpulan mafia oleh sesetengah orang.
YAKUZA
Yakuza atau gokudo adalah nama bagi kumpulan samseng/kongsi gelap/gamster berpengaruh di Jepun. Ia juga disebut Mafia Jepun kerana kegiatan dan pengursan organisasinya menyamai mafia yang mula wujud di Itali dan seterusnya turut aktif di Amerika Syarikat.
Sejarah panjang Yakuza bermula sekitar tahun 1612, ketika Shogun Tokugawa berkuasa dan apanila berjaya menyingkirkan shogun sebelumnya. Penggantian ini mengakibatkan kira-kira 500,000 orang samurai yang sebelumnya disebut hatomo-yakko (pelayan shogun) kehilangan ketua atau disebut sebagai kaum ronin.
Berteraskan keyakinan hanya bahasa hanya pengkhianatan yang mampu menyelesaikan pengkhianatan, kaum ronin telah berjuang menentang shugon yang mengha[puskan shogun mereka. Mereka menamakan gerakan atau kumpula mereka sebagai kabuki-mono dan sentiasa membawa pedang walaupun ke mana mereka pergi. Mereka berkomunikasi antara satu sama menggunakan kode rahsia.
Terdapat kesetiaan tinggi di antara sesama ronin sehingga shogun sukar untuk menyekat aktiviti mereka, apatah lagi untuk membasminya. Untuk melindungi kota dari para kabuki-mono, banyak kota-kota kecil di Jepun membentuk machi-yokko (pasuka kawalan/pasukan anti keganasan).
Anggota machi-yokko terdiri dari para pedagang, pegawai, dan orang biasa yang mahu menyumbang tenaga bagi menghadapi kaum kabuki-mono. Walaupun mereka kurang terlatih dan jumlahnya sedikit, tetapi ternyata para anggota machi-yokko ini sanggup menjaga daerah mereka dari serangan para kabuki-mono dengan gagah berani dan bersemangat kental. Di kalangan rakyat Jepun abad ke 17, kaum machi-yokko ini dianggap seperti pahlawan.
Masalah jadi rumit, karena setelah berhasil menjinakkan para ronin, anggota machi-yokko sanggup meninggalkan pekerjaan asal masing-masinh dan memilih menjadi orang kebanyakan. Shogun pula mengambil kesempatan memanipulasi keberanian anggota machi-yokko untuk menjayakan misinya. Kumpulan machi-yokko dijadikan orang shogun.
Ada dua kelaspekerjaan para machi-yokko, yaitu kaum Bakuto (penjudi) dan Tekiya (pedagang). Bagamapun kaum Tekiya namanya saja kaum pedagang tetapi pada hakikatnya mereka suka menipu dan memeras sesama pedagang.
Punbegitu, kaum ini punya sistem kekerabatan yang kuat. Ada hubungan kuat antara Oyabun (Bos/bapak)) dan Kobun (orang bawahan/anak)), serta Senpai-Kohai (Senior-Junior) yang kemudian menjadi kental dalam organisasi Yakuza yang diasaskan oleh Shogun Tokugawa.
Kaum Bakuto punya sejarah yang unik. Pada awalnya mereka diupah oleh Shogun untuk berjudi melawan para pegawai kerajaan/pegawai istana. Tindakan itu dilakukan agar gaji para pegawai i habis di meja judi dan tenaga dan mereka boleh digaji dengan murah.
Jenis judi yang lazim dilakukan adalah dinamakan Hanafuda yang mana sistem permainan mirip Black Jack. Nombor dimasukkan dalam kotak. Satu daripadakotak adalah yang didalamnya bernilai nilai 8-9-3 yang mana dalam bahasa Jepun disebut Ya-Ku-Za yang kemudian menjadi nama ianya akahirnya melahirkan nama Kumpulan Yakuza.
Dari kaum Bakuto juga muncul tradisi menandai diri dengan tato pada seluruh badan yang disebut irezumi dan yubitsume (potong jari) sebagai bentuk penyesalan ataupun sebagai hukuman.
Awalnya hukuman ini bersifat simbolik, karena ruas atas jari kelingking yang dipotong membuat pemilik tangan menjadi lebih sulit memegang pedang dengan mantap. Hal ini menjadi simbol ketaatan terhadap pimpinan.
YAKUZA MODEN
Waktu terus berlalu, kaum Bakuto dan Tekiya menjadi satu identiti sebagai Yakuza. Kaum yang asalnya bertugas melindungi masyarakat – menjadi ditakuti masyarakat. Para pimpinan Jepun memanfaatkan hal ini untuk mengendalikan masyarakat dan menggerakkan nasionalisme.
Yakuza ikut direkrut oleh pemerintah Jepun dalam perang bagi meluaskan tanah jajahan di Manchuria dan Cina oleh Jepun tahun 1930-an. Para Yakuza dikirim ke daerah tersebut untuk merebut tanah
Peluang Yakuza agak terbantuk setelah Jepun menyerang Pearl Herbour. Pihak tentera mengambil alih pengendalian Pearl Hernoir dari Yakuza. Para anggota Yakuza akhirnya harus memilih apakah perlu bergabung dalam birokrasi pemerintah, jadi tentara atau masuk penjara.
Setelah Jepun menyerah, para anggota Yakuza kembali ke pangkuan masyarakat dan muncul seorang yang telah berjaya mempersatukan seluruhanggita Yakuza.
Orang itu adalah Yoshio Kodame, seorang bekas tentera dengan pangkat terakhir Lt Muda yang dicapainya di usia 34 tahun. Yoshio Kodame berhasil menggabungkan dua fraksi besar Yakuza, iaitu Yamaguchi-gumi yang dipimpin Kazuo Taoka, dan Tosei-kai yang dipimpin Hisayuki Machii.
Yakuza pun bertambah besar keanggotaannya terutama sekutar tahun 1958-1963 uamh ,ama Yakuza pada ketika itu memiliki keanggotaan 18,.000 orang, Jumlah itu lebih besar dari jumlah anggota anhkatan tentara angkatan darat Jepun ketika itu. Yoshio Kodame dinobatkan sebagai godfather Yakuza.
Pada waktu ini keanggotaan Yakuza telah menurun dengan sangat banyak tetapi bukan bermakna Takuza sudah tidak merbahaya lagi. Teras utama kegiatan mereka adalah pachinko, perdagangan ampethamine (termasuk ice dan ekstasi), prostitusi, pornografi, pemerasan, hingga kepada penyeludupan senjata.
Di era 1980-an, Yakuza mengembangkan sayapnya hingga ke Amerika Serikat, dan melibatkan diri dalam perniagaan yang sah. Yakuza membeli aset di Amerika dengan nilai pelaburan bernilai USD50 juta.
Dalam pada itu 10 kumpulan gangster paling merbahaya adalah:
1. Aryan Brotherhood (AB,The Brand):
Terdapat di penjara Amerika Syarikat. Populasi kumpulan ini hanya 1% meliputi seluruh penjara Amerila Syarikat S. Sebanyak 26% kes jenayah di dalam penjara melibatkan pembunuhan banduan.
Paling banyak ahli kumpulan ini ditemui di State Prison (California). unUntuk menterai kumpulan ini, bajal ahli harus membunuh seorang banduan. Sesiapa yang nak meninggalkan kumpulan akan dibunuh oleh rakan-rakan sekumpulan. Kegianatan jenayah pula adalah membunuh,peras ugut,kegiatan pelacuran,mengedar dadah,pembunuh upahan
2. Mexican Mafia (La eMe);
Terdapat di penjara Mexico. Dilahirkan 1950 di Tracy California. Kegiatannya adalah mengedar dadah,peras ugut dan membunuh. Berhubung kait dengan kumpulan Aryan Brotherhoo. Tidak ada hubungan homoseks dan tidak ada sifat pengecut di kalangan ahli dan membunuh orang awam.
Todak boleh mempraktikkan agama Kristian. Ahli kumpulan yang telah kelua daripada penjara dikehendaki menghantar perbelanjaan kepada ketua mereka di penjara.
3. The Mungiki (Kenyan Mafia);
Hanya ditemui di perkampungan di Nairobi,Kenya.Ditubuhkan sejak tahun 1980. Menentang keras agama Kristian dan membenci pengaruh barat. Sebanyak 350 orang mati sejak kumpulan ini ditubuhkan.
Mereka menyerang musuh dengan memotong kepala, memotong kemaluan (perempuan) dan mecacatkan anggota badan. Kononhya mempunyai hubungan dengan kumpulan ganster di Amerika Syarikat tetapi tidak ada bukti yang kukuh mengenainya.
4. Primeiro Comanda da Capital (PCC);
Antara kumpulan yang baru ditubuhkan oleh banduan di Brazil. Ditubuh pada tahun 1993 oleh 8 orang (paling sedikit) menentang polisi kerajaan Brazil (sekarang) seperti balai polis,mahkamah mahupun bas awam.
Pada tahun 2006 sebanyak 300 serangan dilancarkan yang disasarkan ke kemudahan awam. Bayaran dikenakan kepada ahli kumpulan $27 di dalam penjara,$270 di luar penjara. Sebaik sahaja anda diperkenalkan oleh ahli kumpulan,barulah seseorang layak mengganggotainya.
5. Black Guerilla Family (Black Family,Black Vanguard);
Ditubuhkan oleh George Jackson pada 1966 di Marin County,California. Dianggotai oleh kaum American-African. Tujuan utamanya ialah membela maruah orang kulit hitam di penjara dan menjatuhkan kerajaan Amerika Syarikat.
Memperjuangkan falsafah ekonomi Marxism. Pada hari ini jumlah anggota kumpulan meningkat ke 50 000. Syarat penting bagi seseorang yang mahu jadi ahli. metilah berkulit hitam.
6. La Nuestra Familia
Kumpulan yang ditubuhkan oleh Mexican American yang terletak di penjara Northern California. Ditubuh pada 1968 dan musuh ketat kepada Mexican Mafia.
Kegiatan yang dijalankan ialah mengedar dadah di penjara dan kegiatan pelacuran. Bajak ahli diberi masa 2 tahun dalam tempoh pemerhatian sebelum diterima menjadi ahli.
Setiap ahli kumpulan mestilah memberi lebih pemerhatian kepada kumpulan me;ebihi daripada keluarga. wanita tidak dibenarkan menjadi ahli.Terdapat di California State Prison.
Musuh ketat kepada Mexican Mafia dan Aryan Brotherhood. Bangsa Hispanic (orang yg berasal dari Spanyol) tidak dibenarkan menjadi ahli. Anti Caucasian.
7. Mexican Mafia
Kebanyakan ahlinya imigrasi dari Mexico. Pada tahun 2000,mempunyai ahli sebanyak 1,000 di dalam penjara dan 830 di luar penjara. Kegiatan lebih kepada kontrak pembunuhan,perjudian,peras ugut dan mengedar dadah.
8. Crips;
Diwyhydkan pada yahin 1969 oleh dua budak berkulit hitam bernama Stanley William dan Raymond Washington. Berasaskan kepada kumpulan Black Panther . Antara kumpulan yang berkuasa di Amerika Syarikat dikala pada hari ini. Keahlian sebanyak 30, 000 yang terdapat di dalam dan di luar penjara.
Kegiatan membunuh,merompak dan menjual dadah. Warna pakaian adalah biru. Musuh kepada kumpulan Bloods, kadang2 sesama sendiri pun bergaduh. Kumpulan ini terlalu besar sehingga merebak ke negara Kanada
9.Bloods;
Bertapak di Los Angeles dan musuh kepada Crips. Warna pakaian adalah merah. Bbrmula pada tahun 1972 bergerak perlahan dan kini telah menguasai seluruh bandar L.A. Mempunyai organisasi dan taktik yang tersusun. Kegiatan jenayah hanya bertumpu pada mengedar dadah.
10.Mara Salvatrucha (MS-13);
Dianggotai oleh rakyat Guatemala, Honduras, Salvador dan negara di Amerika Syarikat tengah.Ditubuhkan pada tahun 1980 untuk melidungi imigrasi dari ancaman kumpulan jahat.
Kumpulan ini juga tersebar ke Sepanyol, Amerika Syarikat, Great Britain, Jerman dan Kanada. Bergiat dalam pengedaran dadah, penjualan senjata api,mencuri, kontrak pembunuhan.
Terdapat 10, 000 keahlian hanya di Amerika Syakikat. b\Berani membunuh sesiapa sahaja sekiranya kegiatan mereka didedahkan kepada pihak kerajaan.
Rekod terbaru jenayah kumpulan ini meletupkan sebuah bas yang dipenuhi orang awam yang menyebabkan kematian 28 orang kanak-kanak dan wanita.
Sesunguhnya hanya ada satu teori untuk menghadapi kumpulan samseng/gangster/kongsi gelap iaIitu dengan menjadikan diri lebih berani, lebih ganas dan lebih kejam dari anggota setiap kumpulan samseng/gangster/kongsi gelap!
Monday, July 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Meli, mari aku nak ajar mu nulih. Konon-kononnya aku nih cek gu BM mulah. Aku bui contoh ayat pada perenggan pertama.
"Samseng atau gangster juga dikenali sebagai kongsi gelap merupakan penjenayah yang bergerak dalam satu kumpulan.Pergerakan mereka juga dalam satu kelompok atau geng dengan berketuakan seorang yang paling berpengaruh dan pintar.Ciri-ciri ketua seperti ini sangat penting untuk membina pengaruh dan kekuatan tersendiri. Ia juga akan menimbulkan rasa gerun dan takut apabila mendengar sahaja nama ketua tersebut walaupun di kalangan ahli-ahli sendiri. Ini adalah kerana setiap pelanggaran peraturan akan menyebabkan mereka menerima hukuman mati."
Acu tra mu buat ayat gitu. Tak doklah napok tebolah-bolah sangat.
Barulah ore panggil meli kapok jangok. Barulah 1 Malaysia. Hehehehe. Jangan Marah.
Samseng atau gengster atau kongsi gelap merupakan penjenayah yang bergerak dalam suatu kumpulan, kelompok atau geng berketuakan seorang yang paling berpengaruh dan pintar dalam membina pengaruh dan menjadikan apabila mendengar namanya pun anggota kumpulan akan gerun kerana sebarang pelanggaran peraturan kumpulan hukumannya adalah mati.
MANA LEBIH WEDAP DIBACA DENGAN:
Meli, mari aku nak ajar mu nulih. Konon-kononnya aku nih cek gu BM mulah. Aku bui contoh ayat pada perenggan pertama.
"Samseng atau gangster juga dikenali sebagai kongsi gelap merupakan penjenayah yang bergerak dalam satu kumpulan.Pergerakan mereka juga dalam satu kelompok atau geng dengan berketuakan seorang yang paling berpengaruh dan pintar.Ciri-ciri ketua seperti ini sangat penting untuk membina pengaruh dan kekuatan tersendiri. Ia juga akan menimbulkan rasa gerun dan takut apabila mendengar sahaja nama ketua tersebut walaupun di kalangan ahli-ahli sendiri. Ini adalah kerana setiap pelanggaran peraturan akan menyebabkan mereka menerima hukuman mati."
Acu tra mu buat ayat gitu. Tak doklah napok tebolah-bolah sangat.
Barulah ore panggil meli kapok jangok. Barulah 1 Malaysia. Hehehehe. Jangan Marah.
JANGAN PULA NAK JADI TIKUS BAIKI LABU. KALAU TAKDOK APA YANG NAK DIKOMEN, BAIK TAK USAH KOMEN. GAYA BAHASA DAN BENTUK PENULISAN SESEORANG TIDAK SAMA. MELI PENGAMAL MEDIA, PENERBIT SURATKHABAR, MAJALAH DAN BUKU LAG. TAK PAYAHLAH NAK AJAR ITIK BERENANG. KALAU RASA BISO, BUAT BLOG SENDIRI. MAAF MELI, KAWE TAU DEMO TAKPO BELAKO, TAPI KAWE BERASA PANAS CUPING TELINGA, PENJEGUK BABUK MANO AGAS NAK JUAL LAGAK KONONNYA BIJAK SANGAT MENULIS.
Salam tuan.
Maklumat yang bagus sebagai pegetahuan.Saya pun tak berapa tau mengenai sejarah YAKUZA niee..jadi dapat gak info.
kalu guna ISA gak ramailah orang kena kurungnya..... sebab DAP guna kongsigelap.......
Satu info yang baik. Pengetahuan baru bagi saya mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kongsi gelap.
Post a Comment