Wednesday, July 1, 2009

MUNCUL KEMBALI (251)

Ketengangan PAS-DAP Kedah bukti ikatan PR longgar

BANGKAI seekor gajah tidak mungkin mampu disembunyikan di sebalik sehelai daun lalang, itu yang boleh diibaratkan bagi ikatan kekomponenan Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS.

Terutama dengan DAP, Pas tidak mungkin boleh makan setalam dalam keadaan bagaimana dan pada bila-bila masa sekali pun kerana mana mungkin antara ayam yang disembelih secara halal dimasak dalam satu periuk dengan ayam yang mampu dipulas tengkuknya.

Bila ada pimpinan Pas cuba menghalalkannya dalam konsep kerjasama PAS-DAP tetapi mengharamkan dan menolak kerjasama dengan Umno, bagi saya ianya adalah sesuatu yang amat pelik dan sangat janggal, malah sukar untuk dicari sebab macam mana gulai sekawah yang seratus peratus halal dipandang jijik, gulai yang bercampur antara daging halal dengan yang tidak halal pula boleh pecah lior .

Saya lebih suka mengibaratkan kerjasama PAS-DAP umpama daging lembu yang disembelih dan dilapah secara halal mahu digulai dalam satu kawah dengan lembu mampu dilanggar kereta atau mahu dimasak bersama daging haiwan yang tidak halal kerana matlamat perjuangan dan dasar perjuangan kedua-duanya tidak pernah sedestinasi.

Maknanya, adalah sesuatu yang mustahil untuk PAS-DAP mampu mengekalkan ikatan kerjasama dalam PR untuk tempoh lebih dari satu penggal kerana ketidak-sehaluan tujuan dan matlamat berparti politik dan berpolitik kedua-dua yang sangat ketara. Kalau dengan Parti Melayu Semangat 46 (S46) yang sesama sebangsa dan seagama pun PAS boleh bercerai berai, mana mungkin dengan DAP yang menentang Islam secara terang-terang, Pas boleh tidur sebantal.

Hanya kerana kes merobohkan pusat penyembelihan dan pelapahan babi yang dikatakan dibina secara haram di kawasan kampung Melayu, DAP Kedah bertindak keluar dari PR Kedah atas alasan kerajaan PR Kedah terajuan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari PAS gagal memberi keadilan kepada semua masyarakat di negeri berkenaan.

Berdasarkan kenyataan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su yang disiarkan oleh media cetak dan elektoronik, tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang meroboh pusat penyembelihan dan pelapahan babi dalam kawasannya bukan kes tunggal yang menyebabkan DAP Kedah bertindak keluar dari PR negeri berkenaan.

Ini terbukti apabila Su berkata banyak isu yang mengguris perasaan rakyat di negeri itu, antaranya termasuklah apabila kerajaan negeri tetap berkeras menaikkan kuota 50 peratus kepada pembeli rumah bumiputera di negeri bekenaan di samping isu perobohan pusat penyembelihan dan pelapahan babi yang kononnya membawa unsur negatif kepada rakyat negeri berkenaan.

Saya yakin selain dari isu pusat sembelih babi dan isu kuota pembeli rumah, banyak lagi isu dan rasa tidak puashati akan didedahkan nanti, termasuk pada peringkat nasional, bermula dengan tindakan DAP keluar dari kerajaan PR Kedah yang pasti akan menjadi suatu wabak yang tidak mudah untuk diredakan, apatah lagi untuk dihapuskan sama sekali.

Pada saya apa yang berlaku di Kedah adalah merupakan permulaan kepada letusan dan ledakan ketegangan yang akan semakin melarat dan akan menonjolkan secara terang lagi bersuluh tentang kepalsuan ikatan pakatan dalam PR yang selama ini cuba dimake-up dengan pelbagai propaganda untuk menegakkan benang basah tentang kerjasama penuh prejudis dalam PR.

Apa yang berlaku kepada DAP-Kerajaan PR Kedah juga akan menjadikan muka pimpinan Pas yang memperbabikan Umno kini seakan telah bagaikan ditampal kulit haiwan yang mana umat Islam yang tersentuh dengannya diwajibkan menyamak tempat yang tersentuh itu dan tidak akan dianggap suci jika dibasuh atau dicucikan tanpa disamak.

4 comments:

pemudacakna said...

Bukan saja penyakit selsema BABI yang merebak ke seluruh dunia, malahan di Malaysia tetapi oleh kerana tidak pandai menyelesaikan isu BABI, DAP Kedah terus meninggalkan Pakatan. Rupa-rupanya BABI yang diharamkan disisi agama ISLAM ada hikmahnya. Ternyata isu BABI boleh memusnahkan persahabatan politik yang akrab di Kedah. Tapi bagi saya tak sohor mana, sebab DAP meninggalkan PAS bukan PAS meninggalkan DAP. Kita sudah boleh nilaikan persahabatan mereka sama ada persahabatan yang sejati atau tidak.
Bagaimana pula di negeri Perak?
Apa kata Tok Guru di Kelantan?
Sama-sama kita tunggu dan lihat!

Anonymous said...

UJIAN TUHAN KEPADA PAS KEDAH DENGAN ISU BABI....DENGAN MEROBOHKAN PUSAT KERAT BABI...KALAU PAS TUNDUK DENGAN DAP DENGAN MENGANTIKAN PUSAT KERAT BABI YANG LEBIH BESAR.....ITU DAH KIRA DAP MENGUASAI PAS...DAH TAU BABI ITU BAWA MACAM2 VIRUS HENTIKAN SAJA MAKAN BABI.....KALAU BOLEH BERDEBATLAH DENGAN DAP KENAPA ISLAM HARAMKAN BABI....AJAK DAP BUAT DEBAT......TENTANG BABI...

Ahli Pas SEjak Tahaun 1968 said...

Saya sokong...ajak DAP berdebat, supaya mereka faham kenapa babi haram dimakan. Debat ini benar-benar akan memberikan faedah kepada masyarakat majmuk di negara ini.

Anonymous said...

Cara bertindak & dakwah MB Kedah kurang bijak tiada seni politik. Bukan oang politik kelas 1. Sekadar rajin ikut politik saja. Dapat kuasa, tunjuk kuasa sikit. Gaya politik melayu feudal. Sepatutnya MB Kedah fokus dulu perkara2 pokok yang dipersetujui .. RASUAH, PENYELEWENGAN, TADBIR URUS, KEBAJIKAN RAKYAT, PELUANG2 EKONOMI, bersihkan elemen2 negatif dalam pentadbiran negeri kedah, .... elak isu2 yg sensitif yg boleh ditangguhkan .... nak tadbir negeri perlu kompeten dalam banyak perkara .. klu tak, nampak MB kurang cerdik! Cakap besar. tak reti nak kerja!

Isu babi di Selangor, MB Keadilan bertindak lebih halus & hemah.(Cuma UMNO & yang pas pro-UMNO bising). Isu babi & ketek di Tumpat, Kelantan, MB PAS berhemah. Isu tanah, camry, kuasa masjid & ketua kampong di Perak sebelum ini, MB PAS Nizar cemerlang. kecuali kerja bodoh balaci2 UMNO & pembodek2 raja perak saja yg menghuruharakan negeri.

MB Kedah perlu muhasabah. Isu melayu bermaksiat kepada Allah atau isu zimmi makan babi perlu diberi keutamaan? ikutlah Fiqh Aulawiyat.