Di bawah ini disiarkan terjemahan sebuah rencana dalam Bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Malaysiakini pada 29 Ogos, 2006 mengenai sumbangan PKM dalam perjuangan kemerdekaan tanahair. (dipetik dari blog Mat Amin, bekas perajurit Rejimen Ke-10, menyertai perjuangan bersenjata selama hampir 20 tahun, berasal dari keluarga tani miskin)
Sejarah tidak boleh menafikan hakikat bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) berperanan dalam perjuangan kemerdekaan negeri ini, demikian kata seorang think-tank PAS.Dalam sebuah artikel terbitan Harakahdaily.net pada hari Ahad, pusat penyelidikan PAS itu berkata, semenjak tertubuhnya PKM pada bulan Mei 1930, parti itu sangat aktif dalam kempen untuk kemerdekaan tanahair. “Dalam zaman pemerintahan Jepun, Chin Peng (Setiausaha Agung PKM) dan komrad-komradnya adalah antara golongan paling gagah-berani yang melawan Jepun. “Mereka bergerak dalam hutan, (tidur) berlantaikan tanah dan beratapkan langit demi melawan Jepun dan mencapai kemerdekaan yang sejati. Adilkah sumbangan mereka itu dinafikan sekarang?”Pusat tersebut berkata, perjuangan PKM tidak selesai dengan Jepun, mereka juga (terus) melancarkan perjuangan bersenjata menentang British bagi merebut kemerdekaan. Sungguhpun PKM berhasrat hendak mendirikan negara komunis – tetapi ditolak oleh orang Melayu dan Islam – adalah tidak betul menafikan sumbangan parti itu terhadap perjuangan kemerdekaan negara, katanya. Justeru itu, pusat tersebut merasa amat penting sekali semua fakta sejarah berkaitan dengan kemerdekaan tidak tertinggal. Perjuangan bukan saja terbatas kepada mereka yang di meja perundingan, tetapi termasuk juga dari golongan yang sanggup berkorban nyawa berjuang demi kemerdekaan, tambahnya. “Sebelum Tunku Abdul Rahman melaungkan ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957, tuntutan itu sudah lama bergema. Banyak peristiwa bersejarah telah berlaku bukan saja oleh Umno dan Perikatan. “PKM dan parti-parti nasionalis Melayu telah mengangkat senjata menentang British. Abdullah CD, Rashid Mydin, Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad adalah di kalangan pemimpin-pemimpin yang berjuang menuntut kemerdekaan.”PKM meletakkan senjata berikutan perjanjian damai yang ditandatanginya dengan kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Disember, 1989 di Haadyai selatan Thailand. Chin Peng, yang berada di Thailand, kini terlibat dalam satu perjuangan legal dengan kerajaan Malaysia atas tuntutannya untuk pulang ke tanahair. Pusat penyelidikan PAS itu juga berkata bahawa sejarah telah membuktikan wujudnya parti-parti nasionalis Melayu lebih awal daripada Umno dalam perjuangan kemerdekaan. Parti-parti tersebut adalah Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (Awas), Baris Tani Se-Malaya (Batas) dan Majlis Tertinggi Se-Malaya (Mata). Perayaan Merdeka akan lebih bererti apabila rakyat sudah mengetahui dan menerima gambaran sebenar tentang perjuangan kemerdekaan kita, katanya lagi. Apabila ini berlaku, kerajaan tidak perlu berulang-ulang kali mengingatkan rakyat tentang perayaan Merdeka, kerana “ianya (perayaan itu) sudah menjadi milik bersama semua rakyat Malaysia”.+++++++++++++ Mudah-mudahan petikan laporan kitar semula ini dapat dibuat sukat timbang kedudukan Pas sebagai parti politik. Seingat saya, Haji Abdullah CD (Pengerusi PKM) pernah beritahu saya bahawa Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah rakan akrabnya, malah yang memberi persetujuan beliau (Abdullah CD) masuk hutan menyertai perjuangan bersenjata. Dr Burhanuddin juga adalah individu yang bertanggungjawab membawa khabar berita kejayaan komunis membunuh lawan untuk disiarkan di Utusan Melayu. Orang Pas tulen pasti kenal siapa itu Burhanuddin Al-Helmy. - Ramli Abdul Halim.
1 comment:
Cuba kita fikirkan!
Baru ROBOHKAN pusat kerat babi DAP sudah melenting tak nak berkawan lagi dengan PAS. Kalau nak tegakkan HUDUD tak tahulah apa DAP buat ...???
Adakah PAS terhegeh-hegeh lagi hendak berkawan dengan DAP?
Dimanakah maruah ISLAM yang PAS uar-uarkan nak tegakkan?
TOK GURU yang orang PAS sanjungi tak berkata apa-apa dalam soal ini?
Anwar Ibrahim sudah tentulah dok diam.
Apakah patut dia buat begitu?
Tepuk dada tanyalah IMAN! Adakah PAS boleh tegakkan ISLAM bersama Pakatan (DAP dan PKR). Fikir-fikirlah wahai umat ISLAM.
Post a Comment