Sunday, July 5, 2009

MUNCUL KEMBALI (259)

PM tak payah buang masa layan kerenah Nik Aziz

ATAS asas dua perkara yang mahu ditanyakan oleh Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Presiden Umno Dato' Seri Najib Tun Razak sebelu debat antara keduanya diadakan membuktikan bahawa Menteri Besar Kelantan mempunyai fahaman, pendekatan yang songsang atau songaja disengsangkan dalam berpolitik.

Pertanyaan pertama ialah kenapa Umno tolak Islam dan memilih kebangsaan serta kalau Umno mengaku dia Islam, kenapa nak lawan Pas. Di sini saya nampak kesongsangan kefahaman dan ianya bukan disengajakan.

Yang mengatakan Umno menolak Islam adalah Pas, khususnya Nik Aziz sedangkan hakikatnya Umno bukan pun begitu. Kalau Umno tolak Islam, sudah tentulah wajah dan warna Islam tidak ditonjolkan langsung.

Kalau tolak Islam Umno tidak akan wujudkan PERKIM, menginisiatifkan penubuhan OIC, tidak akan wujudkan menteri yang khusus menjaga hal ehwal Islam, tidak akan wujudkan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Institut kefahaman Islam (IKIM) dan akan merobohkan masjid, surau madrasah, bukannya membinanya.

Pas yang mendabik dada sebagai pejuang Islam, apa yang Pas buat selain dari siang malam memperttidakkan keisalaman orang lain dan seolah-olah cukup yakin bahawa nama masing-masing sudah tersenarai sebagai ahli syurga tanpa ada sekelumit rasa gundah apakah orang Pas sudah benar-benar layak untuk jadi ahli syurga.

Apakan Pas pernah bertanya apakah sumbangan Pparti kepada rakyat di negeri-negeri yang Pas jadi kerajaan?Buat sebuah masjid (masjid dengan rekabentuk binaan Cina) di Rantau Panjang sampai sekarang tak siap-siap.

Yang jelas, malah orang Pas tidak boleh nafikan ialah sejak sebelum menjadi kerajaan lagi sehingga menjadi kerajaan di beberapa buah negeri, Pas terus menadah uncang memohon sumbangan dari orang ramai, dari penarik beca, buruh, penoreh getah dan nelayan yang sepatutnya diberi bantuan.

Wang yang dimasukkan ke dalam uncang itu pula antaranya digunakan untuk membayar imbuhan kepada penceramah dan membayar gaji kakitangan yang bertugas di pejabat Badan Perhubungan Pas yang hidup penuh bergaya jauh melebihi kemampuan hidup penderma.

Oleh itu pada pendapat saya, Pas dan Nik Aziz menggunakan pelbagai taktik, teknik dan putarbelit supaya Umno ditolak oleh rakyat adalah ibarat sama-sama jual tapai di satu tempat, bila Nik Aziz mendapati tapainya tidak laku dijual, maka disuruh Umno lerat (buang) tapai sendiri dengan mentelengkupkan besennya.

Tetapi bukan semua orang bodoh dan boleh diperbodohkan sebagaimana pemimpin dan orang Pas yang boleh ditaksubkan oleh pelbagai kepecayaan sehingga mereka tidak ubah seperti orang mabuk tuak masam yang jalan terhuyung hayang sampai boleh langgar tiang, tidur dalam selut lembik pun dirasakan sudah tidur di atas tilam empuk.

'Sedangkan Pas terang-terang Islam' sebagai hujah Nik Aziz untuk Umno tidak patut tentang Pas bagi saya adalah kata-kata dyang terukir dari kesongsangan fahaman Nik Aziz dan orang Pas yang berjaya ditaksubkan yang menganggap Islam adalah Pas dan Pas adalah Islam.

Biasalah sebagai pemilik barang atau produk yang mahu menjual barang atau produknya, maka akan dipermolekkanlah dengan menggunakan pelbagai taktik dan teknik tetapi belum tentu barang/produk yang dijual semolek yang didakwa. Orang ramai berhak membuat penilaian berdasarkan pemilikan ilmu masing-masing.

Kerana itu bukan semua rakyat negara ini memperakui sebagaimana yang Nik Aziz memperakui kesucian dan keislamikkan Pas, sebaliknya majoriti rakyat negara ini menolak Pas dan memberi kemenangan kepada Umno. Antara yang memberi majoriti kepada Umno itu ada berjuta yang lebih berilmu dan lebih alim dari Nik Aziz.

Nampak terang lagi bersuluh betapa riak, takbur, sombong, bongkak, songsang pemahaman dan seakan menganggap tidak ada orang lain yang lebih hebat darinya apabila satu lagi yang kononnya mahu ditanya kepada Najib ialah kenapa Umno mahu lawan Pas.

Sebenarnya bukan Umno yang lawan Pas tetapi Pas 'lah yang melawan Umno kerana selain dari Umno wujud lebih awal dari Pas, yang menjadi kerajaan di pusat sejak lebih 50 tahun yang lampau adalah Umno bersama rakan-rakan sekomponen dalam, bukannya Pas.

Maknanya Umno tidak ada keperluan untuk Umno melawan Pas tetapi Pas 'lah yang berkeperluan melawan Umno. Bagaimanapun nampak sangat dalam imej suci dan title ulamaknya yang dijaja ke mana-mana, Nik Aziz memutar-belitkan hakikat dan fakta.

Oleh itu pada saya adalah lebih bijaksana jika Najid tidak tidak membuang masa melayan cabaran debat Nik Aziz dan surat yang dihantar bukan sahaja tidak perlu direkodkan penerimaan, tetapi wajar dibakul-sampahkan saja sebagai sampah sarap.

Sebenarnya tidak perlu untuk menghormati mana-mana individu yang tidak reti hormati orang lain tetapi menuntut orang menghormatinya. Pihak polis patut mengambil tindakan segera terhadap laporan yang dibuat oleh terhadap Nik Aziz yang menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin.

Bagi saya Nik Aziz secara tidak langsung telah menghina dan menyakiti hati lebih sejuta ahli Umno yang rata-rata adalah beragama Islam dan tidak akan ada pintu syurga akan terbuka untuknya tanpa memohon dan menerima maaf dari ahli-ahli Umno yang dihina dan digurisi hati mereka dengan tuduhan dan pelabelan yang melampau.

No comments: