Wednesday, July 8, 2009

MUNCUL KEMBALI (262)

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai: saya rasa ramalan saya tidak silap

KERANA ajakan rakan yang kononnya kemaruk mahu merasa bahang pilihanraya, saya ke Manek Urai hari ini. Saya ke Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama.

Saya juga ke Laloh, Sungai Sok, Cucu Puteri dan Manjoi. Kebetulan di kampung-kampung berkenaan ada saudara mara saya, sesetengahnya pada takah bau-bau bacang.

Ada yang bagi saya durian, manggis, petai dan limau nipis. Sarat juga van kawan saya. Saya cuba mengelak dari singgah di markas mana-mana parti politik kerana saya bukan pergi untuk berkempen, sekadar membuat tinjauan rambang sahaja.

Saya bukan orang parti politik tetapi sebagai pengamal media, politik bukan asing bagi saya. Justeru saya juga memberkecualikan diri untuk melihat perkembangan sebenar di Manek Urai.

Laporan media seperti biasalah, agak mengelirukan kerana masing-masing ada agenda. Yang dibayangi Umno akan kata Umno ada harapan buat kejutan, yang dibayangi Pas pula akan lapor kata Umno akan menonye.

Sebagai pengamal media, saya faham dengan tanggungjawab, peranan dan harapan yang digantung kepada para petugas sesebuah media oleh parti yang membayangi sesebuah akhbar. Justeru saya juga mengelak dari bertembung dengan rakan-rakan media.

Tumpuan saya adalah ke rumah saudara mara, termasuk orang sekampung atau orang dari kampung-kampung berjiran dengan kampung saya, yakni Kampung di Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan yang berhijrah ke kawasan selatan berbelas dan berpuluh tahun yang lampau untuk membina penghidupan baru.

Masing-masing tanya saya parti mana yang patut diberi undi. Saya mengelak dari memberi cadangan supaya memilih mana-mana parti, sebaliknya saya menyarankan agar mereka menggunakan kebijaksanaan dan pengalaman untuk membuat pemilihan yang betul.

Cuma saya kata kalau rasa Umno kurang diminati, undi Pas 'lah, kalau tidak sukakan Pas, undi Umno. Kedua-duanya parti Melayu. Pemimpin dan ahlinya beragama Islam.

Soal parti mana Islamnya lebih diterima oleh Allah adalah bergantung kepada sejauh mana ilmu amal yang dimiliki serta sejauh mana ikhlasnya ibadah dilakukan. Allah Maha Mengetahui.

Saya juga ingatkan supaya jangan disamakan parti politik dengan Islam tetapi politik dengan Islam tidak boleh dipisahkan. Antara parti politik dengan politik bunyi saja serupa tetapi kedua-duanya adalah sangat berbeza.

Ada yang tanya saya betul ke Umno sama dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin? Saya kata saya tak boleh kata betul atau tak betul kerana saya bukan alim ulamak, mengaji pun tidak seberapa.

Tetapi sekadar yang saya tahu, mengkafirkan orang tidak dibolehkan. Oleh kerana komunis dianggap sebagai tidak bertuhan dan ajaran Ayah Pin memang sah sesat, menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin samalah seperti mengkafirkan Umno.

Pemimpin dan ahli Umno orang Melayu bergama Islam. Ertinya mengkafirkan Umno samalah seperti mengkafirkan pemimpin dan ahli Umno, mengkafirkan orang Melayu.

Macam mana pun saya kata kena tanya Tok Guru Nik Aziz 'lah untuk penjelasan sejelas-jelasnya kerana beliau orang alim dan warak. Tanya dia sama ada anggapannya itu bersalutkan politik atu atas nama hukum hakam.

Saya berpengalaman berjumpa pemimpin komunis Melayu. Saya dapati mereka sembahyang sebagaimana kita juga, malah ramai di kalangan mereka yang berkahwin dengan bukan Melayu yang memeluk Islam dan masing-masing sembahyang dan banyak tahu tentang agama.

Oleh itu kalau ada yang menganggap komunis Melayu tidak bertuhan saya tidak setuju, malah saya sendiri rasa malu pada diri sendiri setelah berusia 53 tahun, baru dua orang yang berjaya saya tarik minat bukan Islam supaya memeluk Islam sedangkan komunis Melayu masing-masing bersuami atau beristerikan orang bukan Melayu yang memeluk Islam.

Saya tidak pernah berjumpa dengan Ayah Pin. Tetapi berdasarkan maklumat saya perolehi, beliau adalah menantu kepada Hassan Anak Rimau Bukit Mas (dekat dengan kampung saya).

Bagi saya ajaran Hassan Anak Rimau tidak betul kerana beliau tidak puasa pada bulan Ramadhan, tidak sembahyang dan hanya banyak berzikir sedangkan puasa dan sembahyang adalah antara Rukun Islam manakala zikir bukan rukun.

Kalau ajaran Ayah Pin sama dengan mertuanya, maka sahlah ajarannya salah.

Ada yang tanya ramalan saya tentang keputusan di Manek Urai. Saya tegaskan apa yang saya katakan hanya RAMALAN, bila ramalan maknanya boleh jadi betul dan boleh jadi tidak betul.

Berdasarkan tinjauan rambang dan perbualan dengan kenalan yang terdiri dari antara sebilangan kecil pengundi Manek Urai, saya tetap meramalkan Umno akan menang dengan majoriti lebih dari 1,000 ke atas.

Bagi saya kekalahan Pas nanti adalah berfaktorkan Mursyidul Am, Dato' Haji Nik Abdul Aziz yang masih terus tidak sehala pendapat dengan pimpinan Pas yang lain dalam menjalankan gerak saraf dan taktik serta teknik berkempen.

9 comments:

Abuzar said...

Pada peringkat awal mengikuti saya karya sdr. MKJ ni sekadar pengulas politik dan bekas pegawai urusetia penerangan kerajaan PAS Kelantan yang menilai supaya kepimpinan TGNA lebih murni.

Tetapi daripada siri2 hujjahnya, saya kira MKJ mungkin seorang yang begitu pendendam dan terlalu berprasangka buruk (su' uzan), khusus kepada TGNA & pemimpin2 PAS yang sealiran dengannya.

Sdr MKJ seakan2 amat menjiwai dan jurubicara AMNO saja! Matan dalam blog ini seiras blog2 UMNO yang pernah saya layari. Cuma dengan gaya bahasa memujuk kemudian melipat. Amnu wajar menganjari usaha beliau.

MelayuMoyangCina said...

Abe Li ore UMNO, meslilah Abe Li kato Umno ake mene. Kalu tanya ore PAS mestilah dio kato PAS ake mene.

Anonymous said...

Ramalan tak semestinya benar mengikut tinjauan.Memang dalam sesuatu perkara kita nampak yang mana lebih condong kepada sesuatu.Tetapi harus diingat sedangkan rezeki yang telah berada didalam mulut pun boleh hilang inikan pula sesuatu yang kita tidak dapat tentukan.Takdir Allah tak siapa tahu.Cuma kalaulah PAS menang lagi bertambah jatuhlah air muka UMNO nampaknya.Kalau PAS kalah nampak gayanya Malaysia sedang bergerak kearah yang akan menyaksikan banyak lagi hak-hak kerajaan Kelantan yang tidak akan di beri oleh BE END.zzzzzzzz

pemudacakna said...

Kalau orang Manek Urai inginkan perubahan, dia akan memilih UMNO kerana kalau memilih UMNO, Manek Urai sudah tentu berubah. Kalau tak berubah juga maka boleh buat perubahan pada PRU 13. Inilah masanya untuk menilai kempen UMNO sama ada benar atau tidak.
Sekiranya mengundi PAS maka setakat lonilah kita dapat lihat. Serupo sekalo lah jadinyo.
Tok ghok dok weh kalu dok serupo sekalo.....
Dalam ibadat pun kita kena selalu lebih daripada sekalo baru oghe kato Islam kita berkembang. Ko lagu mano?

Ahli Pas Sejak Tahun 1978 said...

Encik Abuzar!
Abe Li kata RAMALAN.Berdasarkan pengundi yang dia temui. Seingat saya Abe Li pernah buat andaian Pas akan kalah masa pilihanraya kecil Pengkalan Pasir, dan Pas kalah sungguh. Keratan akhbar ramalannya ada saya simpam.
Orang Pas patut ambil dari sudut positif berdasarkan ramalannya tu. Kena kerja kuat. Jangan berkelakuan yang tidak menyenangkan para pengundi.
Barangkali Abe Li boleh setuju dengan saya, biar orang Manek Urai sendiri lebih banyak berkempen, orang luar jangan cuba bertindak lebih lajak dari laju, lebih sudu dari kuah.
Soal royalti minyak dan projek juta-juta tak sesuai dibuka bual di Manek Urai. Kalau boleh beri jaminan harga getah akan naik, harga durian, manggis, rambutan, asam limau nipis, petai naik harga barulah mereka berlaga angin.
Tentang nak nilai kemurnian kepimpinan TGNA tentuah susah kerana TGN sendiri tidak tearah ke arah itu, ikut dan bak bekecek, boleh hina Timbalan Presiden seolah-olah macam tuklang ambil ubah cuci longang rumahnya.
Timbalan Presiden Pas bekas seorang pensayarah, TGNA dari standard mana untuk hina orang macam Nasaruddin. Siapa lebih alim di sisi Allah belum tentu lagi. Saya rasa Abe Li boleh setuju dengan saya bahawa TGNA jadi macam sekarang kerana beliau terlalu dipuja.

Gemulah Abang Ya Daging said...

Tok sah dok takut lah sebab meli ramal memang tak pernah betul, kecuali kalu dia ramal RAIS akan balik malaysia selepas raya puasa nanti, tu pun kena tanya mamat butuk.

Anonymous said...

sejak bila meli jadi tukang nnujum ni?

pasal nik aziz, abe mat ule supo hak abe mat royak dulu la, nik aziz ni 'ubat habis tempoh' doh. kena igat pegang bui duk berehat dirumah jah. lagi lama dia duk pegang jawatan, lagi banyak duk puja, lagi banyak dia akan duk mengapor kokse kecek. lama-lama mungkin jadi berhala la mugo ore pas duk puja terlajak nah.

tuhan uji dia dalam keadaan lagu tu. jadi dia akan napok dia betul sokmo. taraf dia dah jadi dewa.

bo lah. royak ko anak dia nik abduh tu tolong royak-royak etek ko baba dia tu.

MAT DAUD GRUGREH

Anonymous said...

Saya tak akan sokong UBN.Kerana sejarah UBN terlalu banyak yang tak mampu saya buang dari fikiran saya.Dasarnya terlalu banyak yang membebankan rakyat dan zalim.ISA,PPSMI,kroni,isu murtad,mahkamah,wang rakyat,projek mega,tanah kepada warga singapura,royalti minyak,korupsi,liberalisasi,pengambilan tanah,kenaikan cukai,kenaikan insurans,lesen-lesen haram,rumah menteri berharga jutaan ringgit,dan banyak lagi yang tak larat ditulis...janji kerajaan tak dapat dipercayai.50 tahun sejarah sudah cukup membuktikan bukan pembangkang yang baru dua tiga musim untuk di bandingkan.Diharap pengundi tak melupakan semua sejarah lama dan kebenaran yang terbongkar sedikit demi sedikit.Kemungkinan selepas ini tiada apa yang tinggal untuk generasi akan datang hanya hutang negara dan tempat kediaman yang disewa dari orang asing.Anak cucu kita akan memaki hamun kita kerana membiarkan mereka tidak punya apa-apa untuk dibanggakan.

Anonymous said...

Amat mulia dan di dewa puja rupanya parti PAS dan nik aziz sampai kito xleh nk 'tek'.