Wednesday, July 8, 2009

MUNCUL KEMBALI (263)

AMARAN KERAS: kalau anda tidak cukup sihat, jangan jenguk blog ini

ADA yang email memohon sangat-sangat supaya saya hentikan sementara pengendalian blog ini sehingga selesai pilihanraya kecil DUN Manek Urai. Kalau nak tulis juga, jangan sentuh pasal Manek Urai.

......Ayah saya 'berjaran air' mengadu sakit kepala dan sakit dada baca tulisan Encik Ramli mengenai plihanraya Manek Urai yang diprint-out. Ayah kuat Pas. Tapi dia jadi keliru sama ada pada pilihanraya kali ini dia patut terus sokong Pas atau kena sokong Umno.

Hujah Encik Ramli terhadap nista Tok Guru Nik Aziz bahawa Umno sama dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin menjadikan ayah saya benar-benar tertekan sama ada menyokong Pas boleh pahala atau mengundi Umno akan berpahala...... petikan email yang dihantar kepada saya.

RESPON SAYA: Saya tidak akan berhenti menulis, termasuk dalam mengendalikan blog saya. Penulis macam juga orang hisap rokok. Kalau tak merokok, perokok akan resah gelisah. Penulis pun macam tu jugalah, kalau tak menulis, hidup akan dirasakan kosong, malah akan dirasakan ada kerja yang tidak siap.

Cuma yang boleh saya sarankan ialah, bagi yang berpenyakit kronik, eloklah kalau mengelak dari membaca blog saya. Biarlah kalangan yang sejuk kepala dan dada sahaja membacanya.

Sesuai dengan take-line saya 'redah dan redas tanpa kompromi', saya akan tulis apa sahaja yang pada saya patut ditulis untuk dibaca dan dipersetujukan atau ditolak oleh pembaca berdasarkan keupayaan masing-masing menyelami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Kepada ayah kepada yang menghantar email, saya ingatkan bila ada tulisan saya yang diprint-out jangan ambil dan jangan baca awal-awal lagi. Anda mungkin ada sakit jantung.

Kalau amalan saya untuk hilangkan sakit kepala, dada, kelesuan dan sebagainya, saya berzikir menujat tanpa bilang viji tasbih bagi membilang jumlahnya. Cubalah amalkan. Rasanya apa-apa penyakit pun akan sembuh tanpa perlu masuk ward.

5 comments:

Anonymous said...

Salam..

Kadang-kadang, terlalu taksub tak boleh jugak..

Ni tak..sampai boleh berfikir, 'berpahala ke aku menyokong parti sekian-sekian'.

Teringat saya kisah yang di ceritakan ayah saya tentang al-arqam

Taksubnya pengikut Al Arqam..sampai tengok bulan..akan nampak wajah pemimpin mereka..

Jangan terlalu taksub..nanti kita susah terima hakikat..

Wassalam

~Mek Had Lonjock~

khairul said...

kepada pembaca.. nampak sangat kecetekan fikiran. kenapa memikirkan pahala yang akan dapat jika mengundi parti yang bakal disokong ? bukan kah memikirkan kesejahteraan kesan kepada undi itu lebih penting. bukankah undi anda itu satu yang berharga dan bakal membawa perubahan ataupun satu yang statik dari perubahan kawasan anda. kerana memikirkan pahala yang diperolehi kerana mengundi inilah yang membuatkan kita menjadi terlalu taksub dan syirik kerana mempercayai mengundi satu satu parti politik akan mendapat pahala. bukankah soal pahala itu urusan ALLAH sahaja. ALLAH yang berhak memberi pahala ataupun dosa kepada undi anda. Jika sakit jantung jangan mengundi, jika sakit jantung jangan mendekati politik. Itu yang pasti. Kenapa pembaca tersebut tidak sakit jantung pabila pemimpin PAS mencerca orang lain sedangkan mereka berkupiah mahupun berserban ? Mengapa tidak sakit jantung pabila Tuan Guru itu lancang mulutnya pabila berkata-kata ? Kenapa mesti mahu sakit jantung bila penulis menulis atas pendapat beliau. Penulis adalah seorang yang bebas dalam mengutarakan pendapat. Seahrusnya pembaca dapat menilai dengan kewarasan yang adil. Bukan dengan emosi yang mendesak kepada pemberhentian penulis menulis tentang Manek Urai. Ini sangat menunjukkan bahawa pembaca tersebut tidak yakin kepada parti yang didokong. Untuk nasihat... makan pil sakit jantung dahulu sebelum membaca BLOG INI.....
Kepada penulis teruskan usaha anda membuka mata rakya MALAYSIA.....

pemudacakna said...

Walaupun saya bukan seorang penulis tetapi saya memahami bahawa apabila menyekat angin seseorang maka akan timbul sekak sebak dan rasa tak puas nyawa.
Begitu jugalah halnya menjadi seorang penulis. Kalau tak dapat menulis umpama perokok gian tak dapat merokok selepas makan.
Justeru itu tidak wajar kita menyekat angin seseorang.
Apa salahnya menulis untuk menyedarkan orang ramai dari terkeliru fakta atau hukum hakam. Saya dapati saudara Meli berani mengeluarkan fakta menyentuh hal yang berkaitan dengan agama dan kadang-kadang ulamak pun tidak berani menegur ulamak. Setiap orang berhak menegur walaupun yang ditegur sedikit atas daripada yang menegur kerana ianya tidak salah disisi Islam.
Maka teruskan menulis .....

Anonymous said...

Kuat sangat dok teguq ulamak pembangkang? tak teguq jugak ko ulamak2 kera jaan tak cegah maksiat depan mata, pegawai2 kera jaan kaki risuah, pemimpin2 umno/bn dok pulung projek/ kontrak/ permit kerajaan, dok cengkam mahkamh/ polis, spr, sprm, dll utk cover penyelewengan mereka.

tak kan MKJ nak subahat dengan puak2 50 taun dok tipu rakyat! Ko tak nampak? Ko tak berani? takut ISA ke? nak jaga periuk nasik ke? kerajaan demokrasi tak kan rakyat jadi takut? Tapi bak po polis ramai sangat di manik urai, tidak seperti PRK Penanti yang lepas!?

Kawe hak nak jekal muka Jusoh Kelewang said...

Saya tak fikir Meli takut, sebelum tahun 2005 seingat saya Meli banyak hentam kerajaan Umno/BN dan julang Pas, terutama TGNA. Sekrg sahaja dia banyak tegur pembangkang dan TGNA. Mungkin kerana mau tebus kesalahan masa lalunya.
Nak jaga periuk nasi tak tegur kerajaan/ulamak kerajaan rasanya tak tepat. Meli bukan makan gaji dengan KERAjaan pun. Agaknya kerana ulamak kerajaan tak celupar, Meli tak tegurlah.
......Kuat sangat dok teguq ulamak pembangkang? tak teguq jugak ko ulamak2 kera jaan tak cegah maksiat depan mata, pegawai2 kera jaan kaki risuah, pemimpin2 umno/bn dok pulung projek/ kontrak/ permit kerajaan, dok cengkam mahkamh/ polis, spr, sprm, dll utk cover penyelewengan mereka....... beri butir bukti, saya yakin Meli akan hentam sampai tersungkuk.
Polis ramai di Manek Urai, tak ada orang Manek Urai bising kerana mereka tahun mereka kena makan. Peluang orang Manek Urai buat duit. Jual nasi mahal pun orang kena beli kalau orang kena makan.
Sepatutnya bukan sahaja polis tetapi askar dan para petugas parti datanglah seramai mungkin, orang Manek Urai akan gembira. Lagi pun yang berperang dengan mikrofon bukan orang Manek Urai tetapi orang luar. Jangan pelik kalau orang Manek Urai tengok tukang-tukang kempen parti macam beruk sarkas. Sebenarnya orang Manek Urai dah buat keputusan...kali ni Umno akan menang.