Antara faktor saya mula kurang cenderung terhadap Pas
DALAM membaca terjemahan al-Quran, saya turut membaca terjemahan ayat 11-12 Surah Al-Hujuraat yang bermaksud;
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum memperolok-olokkan kaum yang yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang diolok-olokkan) dan janganlah kamu mencelah dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah beriman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" - Al-Hujuraat:11.
Bagi saya menganggap Umno menolak Islam, mengajak orang Umno masuk Islam sebagai merujuk kepada mengajak masuk Pas adalah bersifat memperolok-olokkan saudara sesama seagama dan sebangsa, sekaligus mempamerkan kemanggakan, keangkuhan, kesombongan, kebongkakan, riak dan takbur orang Pas tentang kesempurnaan keislaman, keimanan dan ketakawaan mereka hanya kerana menjadi pemimpin, ahli dan penyokong Pas.
Manakala menganggap Umno sama seperti komunis dan ajaran sesat Ayah Pin adalah bersifat mencela diri sendiri (mencela diri sendiri yang dimaksudkan dalam ayat di atas mengikut ahli tafsir ialah mencela antara sesama mu'min kerana orang mu'min seperti satu badan). Kalau kemu'minan orang Umno dinafikan bermakna orang Umno dikafirkan. Mengkafirkan, apatah lagi sesama Islam adalah ditegah dalam Islam.
Memanggil Tun Dr Mahathir dengan Maha Firaun, memanggil Datuk Seri Najib dengan Najib Altantuya dan sebagainya bertujuan untuk memburukkan tokoh Umno termasuk disebut 'baso menate' fasik dan sebagainya, bagi saya, termasuk dalam melanggar tegahan supaya tidak memanggil dengan gelaran-gelaran buruk.
Mengkartunkan gambar seseorang bertujuan untuk mempersenda, menjatuhkan mertabat, prestasi dan repusati seseorang juga bagi saya termasuk dalam kategori melanggar tegahan supaya tidak memanggil dengan gelaran-gelaran buruk. Saya berhenti cenderung kepada Pas kerana saya tidak mahu bersekongkol dengan perlakuan yang tidak selari dengan Islam sejati.
" Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-mencari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudi mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang" - Al-Hujurrat:12
Tuduhan amalan kronisme dan nepotisme dalam Umno/Kerajaan bertunjangkan Umno, menganggap Umno dimenangkan oleh pengundi hantu, orang mati pun mengundi, Umno beli (rasuah) pengundi dan SPR tidak telus, bagi saya, adalah antara prasangka, andaian dan persepsi yang tidak selari dengan yang dihalalkan oleh Islam.
Kalau ianya diucapkan oleh ketua cawangan tidaklah menghairankan kerana tahap ilmu mereka tidak seberapa tetapi bila ianya keluar dari mulut pimpinan utama Pas, saya rasa amat tidak kena dan kalau saya terus cenderung kepada Pas bermakna saya melakukan sesuatu yang tidak kena.
Kalau orang Umno yang beranggapan demikian tidak pelik kerana mereka tidak membawa imej orang alim sebagai pemimpin tetapi bila pimpinan Pas kata macam tu, saya kena rujuk al-Quran dan Hadis untuk menilai kualiti kealimannya. Sepatutnya Pas yang berstatus lebih tahu agama kena dakwah orang Umno secara berhikmah. Cadangan kerajaan perpaduan adalah antara peluang Pas untuk dakwah Umno tetapi gagasan yang begitu besar dan murni ditolak (brangkali bersulamkan prasangka).
Bagi saya, sepatutnya bila kalah (dalam pilihanraya mahu pun dalam perebutan jawatan) pemimpin Pas (orang Pas yang bukan pemimpin juga, termasuk penyokong) yang kononnya alim/tahu agama patut kata kita redha dengan kekalahan dan itulah ketetapan Allah yang tidak boleh diubah.
Kita akan cuba muhasabah diri untuk mencari apa kifarahnya maka Allah belum takdirkan kita menang. Kita tidak akan putus asa berusaha kerana tugas manusia kena berusaha sambil berdoo namun kalah atau menang sudah sedia terskrip dalam qadai dan qadar.
Dengan kata lain saya mahu Pas yang mendakwa parti Islam berparti politik dan politik mengikut adat istiadat Islam tulen, bersih dari fitnah, tidak prasangka, tidak mencaci cerca lawan, tidak menggunakan taktik, teknik dan gerak saraf kotor dan khianat, berkempen menggunakan bahasa yang bersih, mendoakan lawan dipancari cahaya iman dan tidak mendoakan kemusnahan mereka.
Kalau cara kempen, cara berparti politik dan berpolitik sama dengan parti-parti lain yang dianggap sekularisme, maka mahu tidak mahu Pas itu sendiri hanya Islamik pada nama sahaja kerana dalam nama penuhnya ada perkataan Islam tetapi orangnya (pemimpin, ahli dan penyokong) tidak menepati mekanisme parti Islam.
Mahu tak mahu maka ianya akan terjadilah Pas memperalat dan memperkakaskan Islam dalam berpolitik. Kerana itulah sebenarnya antara faktor saya tidak cenderung, malah saya rasakan saya tidak boleh cenderung kepada Pas kecuali setelah saya jumpa ayat al-Quran dan Hadis yang saya rasa saya kena cenderung kepada parti berkenaan!
Thursday, July 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Semoga ayat-ayat yang disebut dalam blog ini mampu menyedarkan org taksub PAS supaya mereka lebih berhati-hati menggunakan mulut mereka. Kalau TGNA baca blog ni, mungkin beliau akan sedar bahawa apa yg beliau lakukan sekarang dengan mengutuk UMNO adalah amalan puak Khawarij pada zaman awal Islam.
Pemimpin tertinggi PAS amat mahir menafsirkan ayat Quran bagi menghalalkan perbuatan mereka. Semoga Allah menyedarkan mereka bahawa PAS adalah parti Politik, dan Islam adalah agama Allah. Islam dan politik adalah satu, tapi caranya di buka sepnuh oleh Allah kepada manusia utk mentafsirkan nya.
Sejuk hati saya bila membaca terjemahan Al-Quran. Begitu indahnya susunan perkataan yang diterjemahkan. Itu belum lagi mendengar orang baca al-quran dengan irama nada tajwid yang betul. Tentu hati dan jiwa terasa tenang.
Alangkah amannya dunia ini kalau mengikut apa yang di seru oleh Allah melalui Al-Quran itu.
Sesungguhnya sekiranya manusia mengikut nas-nas Al-Quran tidak ada lagi orang yang RIAK dalam pengucapannya, tidak ada lagi orang MENCARUT dalam perbualannya, tidak ada lagi orang yang MENGHINA orang lain dalam percakapannya. Tidak ada lagi orang BERDENDAM dalam tindakannya.
Tetapi mengapa ada lagi orang berbuat demikian padahal dia mengaku dirinya Islam tulen?
Saya pun sudah bertambah-tamabah kurang minat pada PAS nih selepas PK MU baru ni selepas mendengar ulasan pemimpin2 tertinggi PAS mengenai isu kemerosotan majriti. Mereka sekali lagi angkuh tidak mahu mengaku kelemahan dan kepincangan masing-masing dan tak sebut pun bhwa ianya satu ketentuan atu telah di skripkan Allah ( pinjam hok Meli..). Mereka asyik menuding jari pada pihak lawan yang main politik wang lah, janji manis pembangunan lah..,jambatan lah..dan bermacam dengan mana secara tidak langsung merendahkan-merendah dan menghina pengundi MU itu sendiri. Bukan kah itu juga menunjukkan bahwa mereka sendiri percaya sangat-sangat pada keberkuasaan dan impak duit dan harta dalam menentukan sesuatu…
Takpanda
Assalamualaikum...Saya dah lama tak hormat nik aziz sebagai tok guru. tok guru yang saya hormat ialah tok guru yang tak mlibatkan dirinya sebagai pemimpin politik. Tok guru yg saya hormat adalah tok guru yang tegas berkaitan ajaran Islam, bukan mengutuk sesama sendiri. Bukan menuduh orang lain kafir, aku lebih Islam. Yang ini saya cukup benci. Dan golongan ini ada dalam Pas, baik penyokong fanatiknya mahupun pemimpin tertingginya sendiri. Pemimpin yang langsung tak mencerminkan sebagai seorang Islam. Tengok sajalah nik aziz dan hadi awang. Dua orang ni apabila mengutuk orang, masya-Allah lebih hebat daripada firaun. Inilah maha firaun sebenarnya. gelaran yang mereka berikan kepada Tun Mahathir tidak lama dulu.
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Surah Al-Qalam, Ayat 7)
Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agama Allah).
(Surah Al-Qalam, Ayat 8)
Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).
(Surah Al-Qalam, Ayat 9)
Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -
(Surah Al-Qalam, Ayat 10)
Post a Comment