Saya benci dan marah serta kecewa dengan Pas?
.....saya bmbg kalau kebencian n kemarahan serta kekecewaan saudara kepada pas selama ini menjadi penyebab hilangnya sentuhan politik mkj.....
Itu petikan komen seorang penjenguk yang kononnya meminati tulisan saya sejak tahun 94 95 lagi pada posting MUNCUL KEMBALI (271) blog saya ini. Kenapa saya mesti benci, marah dan kecewa dengan Pas kerana saya bukan orang politik pun.
Jangankan Pas, Umno, MCA, MIC, Berjasa, Hamim, S46, PKR atau apa-apa saja parti politik saya tidak pernah benci, tidak marah dan tidak kecewa. Juga saya tidak pernah sayang, apatah lagi taksubi mana-mana parti politik.
Saya menerima pendidikan sekolah agama. Kebetulan ustaz saya dulu orang Pas dan masa remaja lagi saya sudah berdampingan dengan Dato' Haji Muhammad Nasir (Dato' Biji Sura) yang juga orang Pas.
Mahu tidak mahu saya ada kecenderungan kepada Pas. Silap besarnya apabila saya dimasukkan ke Urusetia Penerangan Kerajaan Pas Negeri Kelantan (UPKn) menjadikan saya betul-betul berada dalam gelup Pas.
Kerananya maka saya tahu tentang Pas dan Kerajaan Pas Kelantan melebihi dari apa yang saya tahu sebelum itu. Bila saya tahu saya tidak boleh terus cenderung, tidak boleh terus bersekongkol.
Kalau saya belum masuk UPKn mungkin saya masih ada kecenderungan kepada Pas, malah akan terus habiskan duit yang ada untuk terbitkan buku-buku julang Pas. Buat sesuatu tanpa diketahui apa yang dibuat tu tak betul rasanya tidak berdosa tetapi bila dah tahu kena berhenti buat serta merta dan kena bertaubat.
Saya pula bukan masuk UPKn atas nama kerana kuat parti politik atau kerana menjawat jawatan dalam parti politik seperti petugas UPKn yang lain tetapi kerana pengalaman saya dalam bidang karang mengarang. Saya dijemput masuk, bukan minta nak masuk pun.
Justeru itu apa yang berlaku dalam Pas dan Kerajaan Pas Kelantan saya tidak melihat dan menilainya menggunakan mata dan neraca parti politik, sebaliknya saya melihat dengan mata dan neraca pengamal media.
Ada orang kata saya mula serang Pas bila kontrak saya di UPKn tidak disambung pada hujung tahun 2005. Tidak hairanlah kalau saya dianggap benci, marah dan kecewa dengan Pas, mungkin saya dianggap terlalu pelahap untuk kekal bekerja dengan UPKn.
Sebenarnya bukan begitu. Saya mula tegur Pas apabila timbul isu Allah pun mencarut, Allah pun samseng, Pas bersedia bekerjasama dengan syaitan dan bila ada bibit-bibit pemujaan yang melampau terhadap Tok Guru Nik Aziz, apabila orang Umno disuruh masuk Islam, merujuk kepada disuruh masuk Pas. Teguran terhadap Pas dan Kerajaan Pas Kelatan dibuat ketika saya masih dalam UPKn lagi.
Saya tidak hafal Quran tetapi saya boleh baca al-Quran dan terjemahannya. Masa bersekolah agama saya mengaji juga tafsir al-Quran ala kadar selain dari mata-mata pelajaran lain. Saya juga sentiasa merujuk Terjemahan Hadis Sahih Muslim Jilid I,II,III dan IV serta Terjemahan Hadis Sahih Bukhari Jilid I,II,III dan IV.
Dengan merujuk terjemahan al-Quran dan kedua-dua kitab Hadis, saya mendapati saya tidak boleh terus cenderung kepada Pas, sebaliknya saya kena buat teguran, maka saya tegurlah sekadar yang termampu.
Saya berpegang kepada pesanan Rasulullah s.a.w. supaya berpegang kepada al-Quran dan Hadis, bukannya taksub kepada sesiapa. Saya sentiasa ada kebimbangan kalau-kalau apa yang dibuat disangkakan perbuatan ahli syurga tetapi sebenarnya apa yang dibuat itu perbuatan ahli neraka dan sebaliknya. Antara perbuatan ahli neraka adalah 'berkecek uduh'.
Oleh kerana saya diberikan sedikit kebolehan dalam bidang karang mengarang dan tidak boleh berdiri depan orang ramai, apatah lagi berucap, maka saya gunakan kebolehan saya yang saya yakin ada hikmahnya kenapa saya diberi sedikit kebolehan dalam bidang karang mengarang untuk membuat teguran.
Bagaimanapun saya tidak mengharapkan sesiapa pun terima bulat-bulat apa yang saya tulis, sebaliknya kena pastikan apa yang selari dengan hukum hakam dan al-Quran serta Hadis sahaja baru diterima manakala yang berkadas dengan hukum hakam dan al-Quran serta Hadis kena tahok buang.
Sesungguhnya segala kesempurnaan itu milik Allah manakala segala kelemahan kesilapan dan kejahilan adalah milik saya sebagai manusia yang tidak akan pandai, bijak dan tahu dalam semua perkara.
Atas alasan itu bagi saya, sebagai manusia kita kena sentiasa takut kalau-kalau kita asyik buat dosa, bukannya boleh rileks, boleh anggap orang lain tidak selari dengan Islam belaka kecuali kita kerana kita yakin kitalah yang betul dengan Islam, kita tidak ada buat salah dengan Islam tanpa rasa bimbang kalau apa yang kita rasakan tidak buat salah itu adalah bisikan syaitan sebenarnya.
Akhirnya sekali lagi saya mahu tegaskan bahawa saya tidak ada sebab untuk benci, marah dan kecewa dengan Pas atau mana-mana parti politik kerana saya bukan orang parti politik, saya barangkali hanya boleh berpolitik tetapi tidak berminat untuk berparti politik kerana saya tidak boleh statik untuk kata Pas betul dengan Islam dan Umno pula bercanggah dengan Islam atau sebaliknya.
Kalau Pas (orang Pas sebenarnya: Pas hanyalah satu pertubuhan politik yang kaku dan akan terwarna berdasarkan contengan orangnya) benar-benar betul dengan Islam saya akan kata betullah, demikian juga dengan Umno (orangnya) saya akan kata betul, yang salah saya akan kata salah berdasarkan pandangan saya, orang lain boleh untuk tidak bersetuju dengan saya, malah kalau hujahnya lebih baik, saya boleh setuju dengan tidak bersetujunya itu.
Saya juga sering dianggap menerima bayaran (upah) untuk tulis sesuatu. Di sini ingin saya jelaskan bahawa saya tidak perna menerima upah kerana apa yang saya tulis adalah berdasarkan kemahuan saya sendiri, bukan disuruh oleh sesiapa. Saya tidak boleh menulis ikut apa yang orang lain mahu.
Misalnya saya disuruh siapkan buku tentang keistimewaan keris dan persenjataan Melayu serta kegunaannya oleh Haji Latiff Long, sampai tiga tahu buku berkenaan dikerjakan belum siap-siap lagi.
Pada Haji Latiff saya dah beritahu bahawa saya tidak boleh tulis apa yang orang lain suruh tulis kerana apa yang saya tulis datang dari hati saya.
Saya tidak tahu apa yang ada dalam hati orang lain. Bila sya tulis belum tentu akan sama dengan apa yang orang suruh tulis itu mahu. Pun begitu Haji Latiff mahu saya siapkan buku itu juga miski pun memakan masa yang lama walaupun saya dah cadangkan beliau cari penulis lain, paling tidak pun untuk sambung kerja saya yang tidak siap.
Untuk makluman penjenguk blog saya, tidak ramai yang perasaan pun saya adalah saya bila saya ke mana-mana, bila saya berada di tengah orang ramai dengan berkain pelaikat (kini tanpa janggut). Saya imejkan diri macam duduk di kampung dulu apabila berehat sementara dari menguruskan penerbitan akhbar mingguan dan majalah saya.
Dari segi lojiknya macam mana nak bincang pasal upah, kalau orangnya pun tidak dicami. Kalau cam pun, dengan saya sering berkain sarung, siapa yang mahu dekati saya, tak ada standard.
Kerana itu macam-macam dicakapkan tentang politik dan hal ehwal kepada saya, seolah-olah mahu ajar dan ilumkan saya. Saya hanya senyum mendengarnya. Nama menteri dan pimpinan politik pun disebut bukan sahaja tidak tempat tetapi salah orang sama sekali.
Malah ada yang caci saya kerana blog saya depan saya. Bila ada rakan yang kata pemilik blog itu adalah saya, langsung tidak dipercayai dan dianggap kawan saya itu bergurau kerana saya selekeh, barangkali padanya saya ni kalau pandai membaca pun sekadar kenal wau buta sahaja. Dia seorang cikgu.
Lagi pun kalau Umno bayar saya sampai juta-juta, tak 'kanlah setelah penerbitan akhbar mingguan dan majalah bulanan saya sangkut kerana masalah dana, saya sanggup jual- beli besi buruk untuk dapatkan rezeki yang halal sebelum akan kembali menerbit semula.
Yang diberi bayaran adalah apabila saya menulis ke akhbar atau majalah, bukan orang parti politik yang bayar tetapi pihak penerbit kerana setiap penerbit memang menyediakan peruntukkan bagi membayar karya penulis dan itulah antara punca rezeki saya untuk tanggung keluarga selain dari beli-jual kereta buruk untuk dilupuskan.
Wednesday, July 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Salam Abe MKJ
Saya amat berharap agar lahir ramai lagi penulis berbakat di Malaysia, yang tidak ada ketaksuban melulu terhadap pemimpin, penulis yang menulis dengan niat menegur atas perkara benar, biarpun ramai org tidak suka utk mendengar.
Bagi saya, kegagalan PAS utk mendapat majoriti tinggi di Manek Urai adalah berpunca dari faktor keangkuhan mereka yang bergelar pemimpin tertinggi dalam menista UMNO dengan panggilan yg teruk. Kalau DAP yang barang tentu menolak Islam, mereka boleh makan semeja, dengan UMNO mereka raso geli gelemen, amat wajar Kifarah Allah akan terus menimpa PAS.
Semoga Abe MKJ terus menulis, kerana PAS perlukan org2 mcm abe.
nizam UK
salam abe mkj,
jange peduli apo ore kato..teruskan menulis abe li. ambo dulu pun pernah jugok kijo nga anak syarikat kerajae kelate..samo jah perangai ore pas nga ore umno boleh kato 2x5. 5x2....xsoh caro apo ore kato..kato ke benar biar pahit..hidup abe mkj...
Kita tidak seharusnya marah kepada parti politik kerana parti politik adalah sekadar nama sahaja. Tetapi kita seharusnya marah kepada orang yang di bawah parti politik itu seandainya apa yang dia buat, bercanggah dengan tuntutan agama. Sebagai contoh, orang Islam yang melakukan larangan yang dituntut oleh agamanya supaya menjauhinya seperti memfitnah, merasuah,mengadu domba, meliwat, mencarut, bermusuhan sesama Islam dan sebagainya yang terlarang. Adakah kita kena marah kepada AGAMAnya kerana mereka melakukan perkara itu tadi?
Tentunya TIDAK?
Hanya orang yang TIDAK MEMAHAMInya berbuat demikian.
Begitu jugalah dengan politik. Kalau orang PAS melakukan perkara itu tadi. Maka haruskah kita marah kepada PAS?
Sudah tentunya TIDAK.
Kalau orang UMNO juga melakukan perkara yang sama, haruskan kita marah kepada UMNO.
Sudah tentunya TIDAK.
Jadi kepada siapakah kita harus salahkan?
Saya sudah menjawab pada mula-mula tadi.
Maka jika orang PAS marah kepada UMNO kerana segelintir orang UMNO yang berbuat begitu, pada saya itu tidak betul. begitu jugalah sebaliknya.
Begitu jugalah seperti saudara Meli. Dia bukan marah kepada PAS tetapi sekadar ingin MEMBETULKAN pemahaman pengikutnya saja agar berada di dalam landasan yang betul mengikut apa yang dikehendaki oleh Islam.
Begitulah pada pemahaman saya.
BISA ULAR TAK AKAN HILANG KERANA MENYUSURI AKAR.....BISA PENULIS TAK AKAN HILANG KERANA KEBERANIANNYA MENULIS SESUATU YANG BENAR,,,MENEGUR SESUATU YANG SALAH.... TULISAN MELI ADALAH SELARAS DENGAN INSPIRASI APA YANG DIRASAKAN OLEH RAKYAT KEBANYAKKAN.... SAYA RASA MEREKA YANG TAKSUB TERHADAP SESAORANG SAHAJA YANG MERASAKAN TULISAN MELI INI KETERLALUAN MENGHIRIS PERASAAN. TERUSKAN MPJ USAHA ANDA AKAN DIBERKATI ALLAH.
Salam MKJ,
Saya pengikut setia blog ini dan saya menyokong usaha MKJ...Teruskan, jangan peduli dgn apa org kata, tetapi peduli dengan apa niat kita. Jika niat kita kerana Allah, itu adalah perjuangan mulia. InsyaAllah.
Salam MKJ,
Pak Man suka cara demo. Ambo pun oghe kampung jugak.
Nampaknya hanya satu atau dua sahaja komen yg tidak bersetuju dengan tuan yang tersiar, yg lain nya semua komen yang memuji tuan. Ha Ha adat manusia.
assalamualaikum buat mkj n semua..
tq atas respons mkj..
terkenang tulisan ramli abdul halim, meli info media masa praya kecil p chondong dulu, walaupun papernya biasa, nampak murah, layoutnya tak berapa menarik tapi tulisan n ideanya padat n bernas. itu sebab saya sentiasa mengikuti blog mkj walaupun ketinggalan beberapa tahun kerana melanjutkan pgjian ke luar negara. tidak semuanya saya setuju sebagaimana tidak semuanya saya tidak setuju.
abu muhammad
kuala krai
saya pengikut setia abe Li,bukan orang UMNO dan bukan orang PAS, cuma sempat menikuti dan menyokong pejuangan PAS sebelum ini, dan saya juga sebelum ini taksub kepada Tok guru Nik aziz, sama seperti abe li saya juga pernah bersekolah di sekolah agama YIK, dan kemudian meymbung pengajian di peringkat universiti dan terlibat sama dengan gerakan islam di kampus.
namun saya cukup kecewa apabila kawan2 didalam PAS selalu menjatuh hukum kafir dan tidak islam kepada ahli umno, walhal yang jadi ahli umno itu adalah saudara dan sahabat handai kita seniri.
kepada abe li teruskan menulis...
anak kelate tetap bersamamu,
Demokrasi adalah bentuk atau mekanisme sistem pemerintahan suatu negara sebagai upaya mewujudkan kedaulatan rakyat (kekuasaan warganegara) atas negara untuk dijalankan oleh pemerintah negara tersebut. Kedaulatan rakyat yang dimaksud di sini bukan dalam arti hanya kedaulatan memilih pemimpin atau anggota-anggota parlimen secara langsung, tetapi dalam arti yang lebih luas. Suatu pemilihan pemimpin atau anggota-anggota parlimen secara langsung tidak menjamin negara tersebut sebagai negara demokrasi sebab kedaulatan rakyat memilih sendiri secara langsung pemimpin hanyalah sedikit dari sekian banyak kedaulatan rakyat. Walapun perannya dalam sistem demokrasi tidak besar, suatu pemilihan umum sering dijuluki pesta demokrasi. Ini adalah akibat cara berpikir lama dari sebagian masyarakat yang masih terlalu tinggi meletakkan tokoh idola, bukan sistem pemerintahan yang bagus, sebagai tokoh impian ratu adil. Padahal sebaik apa pun seorang pemimpin negara, masa hidupnya akan jauh lebih pendek daripada masa hidup suatu sistem yang sudah teruji mampu membangun negara.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir musyrik itu: Menjadi penolong-penolong dan bertakwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman (Surah Al-Maidah: 57)
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.
(Surah Al-Mujaadalah, Ayat 22)
Post a Comment