Thursday, July 16, 2009

MUNCUL KEMBALI (274)

Manek Urai: peluang Umno akan dilihat lebih murni dalam berpolitik

IKUT kata bekas Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Dato' Wan Zahid Wan Abdullah, pengiraan undi Manek Urai tidak sah dan perlu pengiraan semula.

Beliau yang menegaskan pengiraan undi tidak sah itu hanya pandangan beliau dan tidak menuduh mana-mana pihak menyelewengkannya, adalah berdasarkan kepada di peti undi Manek Urai Lama, calon Umno dapat 1,008 undi manakala calon Pas hanya dapat 719 undi.

Setelah dikira undi yang ditolah sebanyak 19 undi, maka calon Umno sepatutnya mendapat majoriti 289 di peti undi berkenaan tetapi telah diumumkan oleh SPR Umno cuma menang dengan lebihan 189 undi sahaja di peti undi berkenaan. Kemana perginya 100 undi lagi?.

Padahnya Umno yang menang pada lima peti undi berbanding dengan Pas yang hanya menang pada empat peti undi terpaksa menerima keputusan kemenangan Pas dengan majoriti 65 undi.

Kalau betullah keadaan itu berlaku yang mana Umno patut menang dengan majoriti 100 undi (saya ramal 1,000 undi), patutkah pengiraan semula dibuat?

Kalau ikut saya, tak payah dan tidak perlu. Umno tidak payah menuntut pengiraan semula. Dari sudut moralnya Umno sudah lebih dari menang apabila bejaya menang di kawasan-kawasan yang selama ini Umno tidak pernah menang. Berjaya menembusi kubu lawan pun sudah boleh dianggap satu kemenangan.

Lagi pun Umno bukannya dalam keadaan pelahapkan kerusi untuk mengukuhkan pemerintahan negara, malah kalau dapat kerusi Manek Urai pun, kerajaan negeri tidak akan bertukar tangan kerananya, sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya umum ke-13.

Seandainya benarlah ada sesuatu yang tidak betul berlaku dalam keputusan pilihanraya kecil Manek Urai, ertinya kemenangan Pas itu adalah haram.

Bila kemenangan itu haram, maka elaun yang diterima oleh wakil rakyatnya adalah haram. Mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melakukan sesuatu yang tidak betul itu adalah melakukan kerja haram.

Sanggupkah calon Pas, pimpinan, ahli dan penyokong Pas menghalalkan yang haram? Segala-galanya bergantung kepada calon Pas, pimpinan, ahli dan penyokong Pas sendiri. Kalau betul Islamnya, mereka tidak akan sanggup berada dalam keadaan haram.

Kalaupun perlukan pengiraan semula, maka biarlah cadangan dan desakan itu datang dari Pas, bukannya datang dari Umno, apatah lagi sampai menggunakan perundangan, tak payah tunjuk pelahap dan kemaruk kerusi.

Ini adalah kerana parti itu mendakwa berjuang berteraskan Islam yang pastinya mengutamakan kesucian dan kehalalan. Mereka pasti sedar sesama manusia memanglah boleh ditipu atau dimuslihatkan, tetapi mana mungkin Allah boleh ditipu dan dimuslihatkan.

Umno pula ada eloknya jika redha dengan keputusan yang telah tersurat dan memberi tumpuan kepada menyempurnakan segala janji kepada para pengundi di Manek Urai, tambah-tambah jika diambil kira secara hakikatnya Umno memang telah menang dalam pilihanraya berkenaan.

Dengan tidak menuntut supaya pengiraan undi dibuat semula, Umno akan dilihat lebih murni dalam berpolitik tanpa perlu palu gedut panggil rakyat saka atau dipasang corong pembesar suara raksasa di empat penjuru alam untuk latas di dengar kepada sekalian makhluk di langit dan di bumi bahawa perjuangan Umno lebih Islamik.

Umno kena terima hakikat bahawa apa yang berlaku sama ada kalah secara gentleman atau kalah kerana tipu muslihat, pasti ada hikmahnya. Bagi saya sinar kemenangan Umno bukan sahaja di Manek Urai tetapi di Kelantan pada pilihanraya umum ke-13 adalah dalam tangan.

Percayalah semakin pimpinan Pas yang mendakwa parti itu Islam dan Umno tolak Islam terus dengan sikapnya dan tidak segera bertaubat serta mengajak ahli dan penyokongnya bertaubat dan meminta maaf terbuka kepada Umno yang dituduh macam-macam, parti itu akan terus mengalami kemerosotan sokongan.

3 comments:

batunisan said...

kalau benar bagai dikata, sepatutnya pas pun perlu mengalah dan minta dikira semula undinya...sekiranya setelah kiraan semula pas masih lagi mendapat majoriti maka alhamdulilah, kemenangan yang tidak boleh disangkalkan lagi. imej pas pun lebih baik apabila berani kerana benar..
sebaliknya sekiranya kiraan semula membuktikan majoriti kepada ubn maka pun alhamdulillah, kemenangan moral pada pas juga kerana berani mengambil risiko dan memulangkan semula yang bukan haknya. dan bukan setakat kemenangan kepada pas tetapi juga untuk warga manik urai kerana akan mendapat jambatan yang baru..dan tugas baru pas ketika itu adalah mengheret kerajaan pusat melaksanakan janjinya untuk pembinaan jambatan baru tersebut dengan harga 7 juta.. sekiranya gagal dilaksanakan sehingga pru13 ianya memberikan modal baru kepada pas untuk mengalahkan umno semula kerana gagal melaksanakan janji..pengorbanan abe uji akan dapat dimanfaatkan oleh warga manik urai dan beliau akan disanjung sebagai hero yang memberikan kemudahan kepda pengundi dan bukannya ubn sebenarnya..

itupun kalu melayu islam pandai berpolitik unutk dunia akhirat..

Penyokong Pas Bukit Gantang said...

Yang sedar kena sedarkan yang belum sedar kalau mahu Melayu Islam pandai berpolitik unutk dunia akhirat.
Contohi MKJ, jangan takut kepada kesusahan kerana kebenaran kerana pihak yang benar akan menerima pertolongan Allah.
Siapa berani kata kalau menang cara tipu kemenangannya adalah haram. Kalau parti Islam tulen, dari menang secara haram, lebih baik kalah kerana lawan melakukan taktik dan teknik haram.

Abuzar said...

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya (Surah A-Li'imraan: 118)

Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Surah A-Li'imraan: 199)

(Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka Neraka Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan(Surah A-Li'imraan: 200)