Cendekiawan Melayu kena banteras kesempitan pemikiran bangsa
BANGSA lain, khususnya bangsa Cina Dalam konteks Malaysia, main politik penuh seni dan bersulamkan perancangan, pelan, rangka dan kerangka jangka panjang demi kepentingan bangsa untuk menjadi bangsa terhebat bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi juga dalam pelbagai cabang kerperluan hidup selesa, terutama dalam berpolitik.
Mereka cuba, malah berjaya meletakkan standard mereka umpama garam dalam masakan atau gula dalam minuman. Sama ada disedari oleh bangsa-bangsa lain, terutama oleh bangsa Melayu, itulah hakikatnya. Tanpa garam, sesuatu masakan walaupun dimasak oleh chief professional yang berjaya menawan selera makhluk di langit dan di bumi pasti tidak akan menyelerakan bila masakan tanpa garam.
Kopi O tanpa gula akan pahit, teh O tanpa gula akan kelat. Orang Cina bukan mahukan kuasa dalam bentuk lahiriah. Kalau diibaratkan sebuah kereta, kemewahan sesebuah kereta itu sama ada dari sudut jenama atau reka bentuknya tidak penting kalau kereta tidak boleh bergerak. Apa yang dimahukan adalah tenaga yang menggerakan kereta, yakni minyak.
Minyak bagi politik dalam konteks Malaysia adalah kaum Cina, tanpa Cina sesebuah parti politik boleh lumpuh, malah untuk keperluan kewangan terpaksa ditadah uncang memintah sedekah dari penyokong yang sepatutnya menerima sumbangan dari parti sebagai menghargai sokongan yang diberikan. Keadaan itu berlaku kerana parti-parti milik bangsa Melayu tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
Kerana itulah walaupun DAP terang-terang menentang penubuhan Negara atau pemerintahan secara Islam di negara ini, Pas yang kononnya memperjuangkan penubuhan negara Islam sanggup bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).
Kalau Kerajaan Barisan Nasional (BN) bertunjangkan Umno tumbang dan diganti oleh PR pun, kerajaan yang bakal ditubuh tidak akan menggunakan acuan Pas. Kalau pemimpin, ahli dan penyokong Pas kononnya berjuang dan menyokong perjuangan untuk penubuhan negara Islam dengan menggantungkan harapan kepada Pas sebagai komponen PR, ianya umpama menyokong mat jenin dengan angan-angannya.
Dalam bentuk hakikatnya segala keinginan, mimpi, gerakan , slogan, laras perjuangan dan apa-apa juga perancangan, rangka dan kerangka yang Pas gunakan untuk penubuhan negara atau pemerintahan Islam senagai komponen PR adalah bersifat retorik apabila daripada 222 kerusi parlimen, Pas hanya berani letak calon pada 66 kerusi sahaja, sedangkan parti itu memerlukan 112 kerusi untuk wujudkan kerajaan bermajoriti rapuh.
Pada waktu ini pun dalam PR Pas menduduki tangga ketiga pada peringkat pusat apabila hanya mempunyai 23 kerusi, DAP (28 kerusi) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebanyak 32 kerusi. Ertinya Pas tersalah memilih jalan dan laras perjuangan untuk merelaitikan mimpinya. Pas mungkin ada harapan untuk mencapai impiannya jika bekerjasama dengan Umno, bukan dengan DAP atau PKR.
Kenapa Pas boleh pilih PR dan menolak gagasan kerajaan perpaduan yang digagaskan oleh presiden parti itu sendiri? Jawabnya kerana orang Melayu, terutama orang Melayu Pas berpolitik secara berfikiran sempit, tidak ambil kira apa yang bakal berlaku pada jangka panjang.
Masing-masing berebut nak masuk syurga dan nak nerakakan orang yang tidak separti. menadikan mereka lupa bahawa membentuk negara yang aman makmur dan meliharanya adalah juga suatu bentuk ibadah dan merupakan antara rintisan jalan ke syurga.
Cerdik pandai/profesional Melayu, termasuk yang berlatarbelakangkan pendidikan agama kena berusaha tanpa jemu supaya orang Melayu pun main politik macam orang Cina dari sudut taktik, teknik dan matlamatnya. Jangan kata bangsa (kebangsaan) tidak penting kerana Junjungan Besar Nabi Muhammad sendiri menzahirkan diri baginda senagai Arab Quraisy. Kalau bangsa tidak penting, dalam sirah baginda tidak akan disebut bangsa dan salsilah keturunan baginda.
Dengan kata lain pemikiran orang Melayu dalam berpolitik kena diluaskan supaya mereka juga jadi macam orang Cina yang mana orang Cina tidak kira parti sangat pun, pokoknya peluang untuk kaut kekayaan dan dilihat penting kepada apa-apa bidang-bidang dalam negara yang mereta mastautini, itu yang jadi keutamaan mereka.
Orang Cina tak akan buat apa pun kerja, termasuk tidak akan masuk parti kalau tidak labakan mereka. Oleh itu para cendekaawan kena berjuangan membetulkan pemikiran Melayu yang melihat bangsa dan kebangsaan tidak penting walaupun kadang-kadang untuk kerja berat sebegini tibmul salah faham dan dilabel bukan-bukan oleh sesetengah Melayu yang mahu dibela. Tetapi perjuangan mesti diteruskan hingga ke hujung nyawa kerana tidak ada bangsa lain akan bela Melayu selain dari Melayu sendir!
Monday, July 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Memang betul , Melayu lah yang akan membela Melayu. Dulu UMNO memang membela Melayu tetapi kini UMNO hanya membela segelintir kuncu sahaja.
Cendiakawan Melayu produk sekular dibawah asuhan UMNO memang tak boleh diharap. Dok fikir kuasa & harta saja, dan apa yang mereka akan dapat. asal perut mereka membutal, biar rakyat melayu merempat. Anak2 melayu jadi kuli2 syarikat2 kafir, ada setengahnya hilang amalan agamanya, ada setangah sanggup gadai maruah diri, ada setngah sanggup murtad kerana kejar duit /kemewahan duniawi. UmNo mana nak nampak. kerana terlindung dengan puji-pujian yang melangit dari para pengampu & taukeh2 yang dok rasuah... Selagi umno cakap nak bela melayu/islam, lagi banyak tanah air, hak melayu, kepentingan melayu, nilai Islam akan hilang! Semakin terjual & tergadai dek kerana budaya NAK MENUNJUK-NUNJUK KEMAJUAN .... cerdik kah cediakawan Melayu & pemimpin2 UmNO sekarang? bak kata pepatah ---"bODO tAK bOLE DIAJAR, cERDIK tAK bOLE nAK tUMPANG..." ..."BOdoh SOMbong" ...........
Menuding jari ke arah orang lain dan mengatakan semuanya tak boleh diharap seolah-olah terlupa empat jari lagi tunjuk ke arah kita bahawa adakah kita ini boleh diharap semuanya.
Sedar tak sedar, mengaku kita yang paling betul dalam dunia ini pada saya termasuk orang yang sombong dalam berkata-kata.
Sebelum menulis,fikirlah dengan mata hati seperti orang beriman dan jangan ikut perasaan seperti di rasuk syaitan!
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud :
"Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku di hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya."
Post a Comment