Peralatan pemerosesan depu/gaharu Tok Guru lesap?
ENTAH kerana mahu mempersendakan saya yang kini menjalankan perniagaan beli dan lupus kereta terpakai, besi buruk, tembaga, plastik dan kaca, ada yang call saya malam tadi (kebetulan telefon baru siap dibaiki) bertanyakan ada ke budak-budak jual kepada saya periuk.
"Saya tak beli periuk"
"Bukan perikuk tanak nasi"
"Dah tu periuk ggapo?"
"Periuk proses gaharu, proses depu"
Tergamam juga saya. Sepanjang hidup saya, belum pernah saya tengok macam mana depu/gaharu diproses. Rupa-rupa antara prosesnya guna periuk.
Menurut pemanggil yang tidak mahu memberitahu namanya, periuk dan semua peralatan memproses depu/gaharu milik Tok Guru di Salor, hilang bersama lesapnya para pekerja yang terdiri dari warganegara Thailand.
Saya baru tahu bahawa Tok Guru (merujuk kepada Tok Guru Nik Aziz?) pun rupanya ada peralatan memproses depu/gaharu. Sayangnya walaupun penelefon kata lokasi di Salor, namun tempat yang tepat tidak diberitahu.
Atau agaknya peralatan itu milik anak syarikat Perbadanan Menteri Besar tetapi dikatakan milik Tok Guru kerana beliau Menteri Besar. Saya sendiri tidak berminat ambil tahu tentang depu kerana dengar ceritanya, penglibatnya terlalu cepat sangat boleh jadi kaya.
Pokok persoalannya kenapa sampai boleh periuk pun dibawa lari. Tak takut ke mereka nanti kena panah malam Tok Guru? Tak takut Tok Guru sembahyang hajat?. Pertanyaan saya bagaimanapun tidak dijawab.
Pertanyaan saya sama ada Tok Guru dah tahu ke belum tentang hal itu, juga tidak dijawab. Mungkin pembawa lari periuk tu memang jahat tapi kenapa diambil pekerja yang jahat. Mungkin juga kerana gaji mereka tidak dibayar, maka mereka terpaksa berbuat jahat sebagai tanda marah.
Yang peliknya kenapa pula hal yang patut dirahsiakan itu ditelefon saya, ditanya ada ke budak jual periuk kepada saya, membuatkan timbul pelbagai persoalan dalam kepala saya akan tujuannya.
Walaupun membeli barang-barang lusuh seperti kereta buruk untuk dilupuskan agak hina dan lekeh pada pandangan kebanyakan orang tetapi saya tidak pernah melakukan kerja hina, yakni membeli barang-barang lusuh yang dijual tanpa dipastikan punca barangan itu diperolehi.
Insyaallah walaupun rakan kongsi saya berbangsa Cina, bekas ganster dan juga bekas pekerja syarikat ah long pula yang berjaya saya jinakkan dan kini sedang mendalami Islam sebelum beliau dan isteri memeluk Islam (Insyaallah), syarikat kami menjalankan perniagaan berteraskan Islam, kami utamakan halal haramnya, bukan pakai tangkap muat.
Thursday, July 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Walau pun kerja saudara tak tangkap muat tapi nampaknya cakap saudara yang tangkap muat
Saya sokong.Kita jangan becakap kalu x tahu hujung pangkalnya.Ini akan menjadi fitnah..
Apo yang tangkap muatnya? Meli hanya memaparkan sekadar apa yang berlaku pada dia..ada orang tanya dia dan dia sendiri pun tidak dapat memberi jawapan..jadi kalau ada orang yang tahu sila lah terangkan perkara sebenar hak berlaku supaya tidak keliru. Kalau dok main bui sepatah dua dok kata ko Meli lebih mengeruhkan suasana lagi..tok pedkdah..
Kalu Meli tak tulis dalam blognya mungkin ianya akan jadi fitnah. Bila Meli tulis sekurang-kurangnya ada pihak yang patut tampil jelaskan hal yang sebenar.
Jangan mudah prejudis terhadap Meli. Beliau ditanya ada ke buda-budak jual periuk padanya.
assalamualaikum
seronok baca cerita aBG li. nanti ada masa citer la camana abg li boleh jinakkan rakn kongsi@bekas gangster@bekas pekerja ahlong tu. apakah abg li jinakkan dia dengan lidah(hujah) atau dengan kapak jangak?
nanti kalu ada perkembangan menarik pasal dia(masuk islam ke contohnya) tulis la pasal tu yer.
a.m
Post a Comment