Wednesday, July 29, 2009

MUNCUL KEMBALI (295)

Era tegur Umno sudah berlalu

Anonymous said...
Saya rindu menuggu saudara MELI KAPAK JANGAK menulis sesuatu menegur UMNO dan pemimpin pemimpin nya. Tegur saja tentang judi, arak , penghapusan tulisan jawi, pemimpin UMNO yang menggumpul harta yang tak terkata banyaknya. Kalau saudara Meli berbuat begitu saya akan hormat pada saudara. Tidak berbuat begitu menyebabkan saya was was tentang keikhlasan saudara yang mengatakan saudara tidak berat sebelah.
July 28, 2009 7:55 PM
.



TERIMA KASIH kerana menjenguk blog saya. Pada perkiraan saya anda hanya baru ikuti tulisan-tulisan saya. Di sini ingin saya tegaskan bahawa dalam apa pun yang saya buat, saya tidak minta dan mengharapkan dikagumi atau dihormati. Itu bukan amalan hidup saya.

Saya hanyalah manusia biasa yang amat kerdil dari segala yang kerdil dan sangat tidak layak untuk dikagumi dan dihormati, malah saya sentiasa mahu berada dalam keadaan merasa terhina dan terbuang supaya saya tidak akan jadi manggak, riak angkuh, sombong dan bongkak.

Kerana itu saya gunakan nama samaran MELIPRIAPAPA MH: Meli adalah panggilan lazim orang kampung saya bagi yang bernama Ramli, pria pula adalah pemuda/lelaki manakala papa adalah papa kedana. M pula adalah singkatan bagi manusia dan H adalah singkatan bagi hina. Melipriapapa MH bermakna Meli lelaki papa kedana dan manusia hina.

Untuk makluman anda, sebelum saya banyak tegur Pas seperti sekarang, saya banyak tegur Umno/BN.Isu-isu yang anda minta saya tegur itu dah saya tegur sekitar penghujung tahun 1990-an hingga ke sekitar tahun 2000 lagi.

Anda boleh baca tulisan-tulisan dalam Harakah mahu pun buku-buku yang saya tulis, terbit dan edarkan sendiri, guna duit sendiri lagi semata-mata bagi membedal Umno dan pimpinannya kerana menganggap Pas dan Kerajaan Pas Kelantan suci.

'GARA-GARA PENANGAN TOK GURU ORANG ISTANA MERANA', 'PARTI PILIHAN RAKYAT KELANTAN', 'MENTERI BESAR BERKOPIAH MEMBAWA TUAH', 'AMANAT TOK GURU', 'NIK AZIZ INTAN TERPILIH ABAD INI', 'PANGLIMA JIHAD PAS, NIK ADLI: HERO BARU PERSADA POLITIK NEGARA' dan 'AKAN TERMAKBULKAH DOA DATIN DR WAN AZIZAH' adalah buku-buku yang saya tulis, terbit dan edar bagi membelasah Umno/BN dan julang Pas, melibatkan perbelanjaan hampir RM100,000.

Malah kalau diperhatikan laporan Harian Watan dari Kelantan sepanjang saya menjadi ketua bironya bagi negeri Kelantan, rata-rata membelasah Umno walaupun taukehnya orang Umno, yakni Tengku Adenan Tengku Mansor, kini Setiausaha Agung Umno.

Paling teruk saya serang adalah Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi BN ketika itu. Gara-gara terlalu membelasah Umno, saya bersama bekas ADUN Wakaf Bharu, Haji Ramli Abu Bakar pernah menerima surat lawyer kerana Dato' Ibrahim Ali mahu menyaman saya.

Arwah Ariffin Hamid yang ketika itu Ketua Bahagian Pengkalan Chepa dan Setiausaha Barisan Nasional Kelantan pernah mengugut mahu menampar saya di lobi Hotel Perdana kerana banyak melanyak Umno/BN dan saya balas kalau saya ditampar, kalau saya tidak lumur mukanya dengan kek dari dalam cermin di lobi itu saya akan berhenti jadi saya. Dia kata saya keras kepala. Saya kata saya bukan keras kepala tetapi ada prinsip.

Semasa di Tanah Merah (sewaktu itu saya menjalankan perniagaan penerbitan dan menjadi stringer Pertubuhan Berita Nasional atau BERNAMA) di sana, saya pernah dihalau turun dari pejabat Umno kerana saya kononnya menjadi pengintip Pas.

Arwah Hashim Safin saksikan tragedi itu di samping arwah Ghazali Awang Lah (Pegawai Perpaduan dan penulis skrip drama radio) dan beberapa orang kakitangan KEMAS. Arwah Manaf (waris Arwah Hashim) selaku Setiausaha Kerja Umno Bahagian yang merupakan rakan akrab saya cepat-cepat bila saya bahawa kedatangan saya adalah atas nama petugas media, bukannya atas nama orang parti.

Bekas exco Kerajaan Kelantan zaman Umno/BN memerintah Kelantan Haji Mustapha Yaakob (pejabat penerbitan saya tidak jauh dari rumahnya) pernah hantar wakil jumpa saya minta saya ceramah atas pentas Umno di Gual Ipoh kalau mahu terus tinggal di Kampung Tepi Sungai, malah tuan rumah (orang Umno) dituduh menyimpan musuh dalam selimut. Musuh yang dimaksudkan itu ialah saya. Macam mana pun saya tegaskan saya tidak boleh berceramah, tidak ada bakat.

Saya dah kata, persepsi dan penilaian saya terhadap Pas mula berubah setelah saya diminta berkhidmat di Urusetia Penerangan Keajaan Negeri Kelantan (UPKn). Kurang setahun berada dalam UPKn saya sudah nampak bahawa Pas dan Kerajaan Pas tidak sama dengan apa yang saya anggap dengan melihatnya dari luar.

Kerana itu saya mula buat onar. Berbulan-bulan saya tidak ke pejabat dengan harapan saya akan dipecat. Pengarah UPKn ketika itu, Haji Abdul Fatah Haron (kini ADUN Bukit Tuku) datang ke rumah, minta saya datang kerja kerana Buletin terbitan UPKn kena terus terbit.

Kerana menghormati beliau dan sepanjang saya tidak datang bekerja elaun saya tetap dibank-inkan juga, maka saya ambil keputusan datang kerja semula kerana saya tidak mahu terima elaun tanpa buat kerja, dengan kata lain saya tak mau makan gaji buta. Tugas di UPKn saya sempunakan sebagaimana sepatutnya tetapi melalui pelbagai akhbar dan majalah, saya mula menegur Pas.

Atas nama pengamal media yang ada taktik dan teknik dalam mendapakan maklumat, saya banyak mendapat maklumat-maklumat yang sebenarnya banyak bercanggah dengan apa yang Tok Guru Nik Aziz sebagai MB nyatakan, termasuk dalam soal urusan dengan Kerajaan Pas Kelantan kononnya tidak ada TOL dan undertable service.

Selepas saya kenali apa itu Pas dan setelah saya berada dalam Kerajaan Membangun Bersama Islam selama kira-kira lapan tahun, saya merasakan saya kena mengambil risiko menegur Pas sebagaimana saya pernah tegur Umno/BN.

Saya sanggup dimarah, diseranah dan dibenci oleh pimpinan, ahli dan penyokong Pas asalkan Allah tidak murkai saya kerana buat dont know apa yang saya tahu ada berlaku dalam Pas.

Pada saya Umno/BN semakin berkualiti sebagai sebuah kerajaan. Banyak yang ketika Dr Mahathir jadi PM yang saya rasa boleh merosakkan negara dan rakyat menjadikan beliau telah menjadi sasaran serangan dalam tulisan-tulisan saya, sedbaliknya didapati banyak faedah kepada negara dan bangsa, malah agama juga.

Apa yang ditentang oleh pembangkang termasuk Pas mula dikikis dan dimuziumkan dari menjadi agenda Umno/BN, sebaliknya Pas pula yang banyak buat apa yang Umno/BN pernah buat dulu.

Budaya maki hamun, penggunaan kata-kata kesat, cacian dan seranah pada saya, telah menular dalam Pas, malah semacam menjadi nasi makan air minum pemimpin utama Pas.

Umno/BN pernah ditentang habis-habisan oleh Pas, malah pernah dikafirkan kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC yang dikategorikan sebagai kafir.

Tetapi kini Pas sendiri bekerjsama dengan DAP yang terang-terang menentang Islam, malah agak pelik, meragu dan mengelirukan apabila Umno boleh dianggap sama dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin oleh pemimpin utama Pas tetapi DAP tidak disamakan pun dengan komunis kalau pun tidak perlu disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin kerana DAP memang berada di luar lingkungan Islam.

Faktor-faktor terkini (berdasarkan ilmu agama yang saya miliki walaupun tidak sehebat para pemimpin, ahli dan penyokong Pas) menyebabkan saya merasakan menjadi fardu kifayah bagi saya untuk menegur Pas manakala menegur Umno sudah lama saya lakukan, apatah lagi bila kerajaan Pas sama ada di Kelantan atau pun Kedah saya melihat lebih bersifat retorik semata-mata.

Mungkin....saya ulangi MUNGKIN...saya akan memberi masa, tenaga, buah fikiran dan harta benda sekadar yang saya ada untuk Pas jika Pas kembali menjadi Pas tulen, bukan Pas dalam bentuk umpama ayam yang disembelih secara sah dicampur gaul dengan ayam mampus pulas tengkuk serta digulai dalam satu kawah.

Atau setidak-tidaknya Pas kena bertanding kerusi yang mengatasi jumlah kerusi yang ditandingi oleh parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya kalau ditakdirkan kerajaan Umno/BN tumbang, kerajaan yang menggantikannya adalah berdasarkan acuan Pas, bukannya Pas kena berada pada kedudukan paling tercorok seperti sekarang dalam PR.

Pada saya adalah haram kalau kerajaan sekarang yang berleaderkan Umno yang partinya milik orang Melayu beragama Islam ditukar dengan kerajaan baru yang berleaderkan PKR yang keanggotaannya adalah pelbagai kaum dan pelbagai fahaman agama, apatah lagi kalau berleaderkan DAP.

Macam mana Pas boleh kata undi Pas boleh pahala kalau kerana undi Pas yang bertanding kerusi parlimen dengan jumlah yang tidak melayakkannnya untuk Pas jadi leader kalau pun kerusi yang ditandingi dimenangi semuanya.

Dalam keadaan sekarang kerajaan yang bakal dibentuk jika Umno/BN ditakdirkan tumbang tidak mungkin menggunakan acuan Pas. Mana halalnya kalau kerana undi Pas boleh menyebabkan kerajaan yang dibentuk berleaderkan parti orang Melayu beragama Islam tumbang.

Ini bukan fatwa tetapi bersifat pandangan rambang saya yang memerlukan teguran dan pandangan para ilmuan Islam, termasuk para mufti dan majlis fatwa.

7 comments:

mamamamam said...

as'kum

tidakkah anda merasakn tulisan anda ini akn mmbantu mengurangkan populariti pas....
sterusnya membantu mngurangkan keyakinan masyarakat pd pas...
seterusnya meningkatkn populariti pd umno.....
seterusnya meningkatkan pengaruh cengkaman kekuasaan umno,
seterusnya menyokong segala kezaliman depan mata yg dilakukan UMNO....sedangkan kita semua tahu dlm politik ..populariti itu penting


baiklah mari kita anggap anda seorang insan yg berpegang pd prinsip "amar ma'ruf nahi mungkar"

dalam artikel diatas,anda digambarkan sbg seorang yg dekat dgn kerajaan kelantan...anda tahu segala kemungkaran yg dilakukan kerajaan kelantan..lalu anda mengambil langkah mencegah dan saya bersetuju dgn anda dlm hal ini..tetapi sy tidak bersetuju dgn cara anda...bg sy byk lg cara yg lebih bijak boleh dilakukan drpd menulisnya di dlm blog lalu dibaca oleh berjuta lapisan masyarakat yg masih rapuh sokongannya terhadap pas dan kesannya kita semua tahu....
bknkah org islam itu orgnya bijak seprtimana rasullullah bersifat fathonah...begitu juga dlm islam jika ada individu yg ingin memeluk islam maka kita wajib menyegerakannya dan haram kita menakut-nakutkannya dgn hudud,bersunat dn sbgainya walhal perkara itu mahu tak mahu mesti dilalui oleh seorang muslim.......byk lgi kaedah teguran yg lebih bijak boleh dilakukn itupn kalo matlamt saudara dn matlamat pas itu sama yakni islam dn sy yakin antara matlamat hidup saudara adalah islam memandangkan blog saudara dipenuhi hadis dn ayat2 alquran mengambarkan anda seorang manusia yg hatinya lekat pd kedua ini.....sekian

mamamamam said...

Sangat besar perbezaan di antara BENCI dan CINTA begitu juga sangat besar beza diantara "kritikan disertai kasih sayang" dan kritikan yang disertai benci"......


may god bless we all

assalamualaikum

pemudacakna said...

Saya hanyalah manusia biasa yang amat kerdil dari segala yang kerdil dan sangat tidak layak untuk dikagumi dan dihormati, malah saya sentiasa mahu berada dalam keadaan merasa terhina dan terbuang supaya saya tidak akan jadi manggak, riak angkuh, sombong dan bongkak.
...saya amat pilu dengan kata saudara Meli di atas. Pada saya itulah sikap seorang insan yang bergelar hamba.
Kita dilahirkan didunia ini adalah seorang hamba. Riak, angkuh, sombong tak layak untuk kita, apa lagi kalau takbur.
Semoga segala usaha saudara diberkati Allah.
Amin.

Malaysia said...

kadang2 kita selalu mengatakan rumah orang lain kotor, sampah sarap merata, pampers bayi tidak dibuang dengan sempurna, bau air kencing hancing-sehancingnya sehingga nak beridabadat pun kita waswas dalam rumah tersebut, namun dalam kita asyik ambik tau keburukan rumah orang lain, tanpa disedari rumah kita pun ada bangkai biawak sama di atas syiling rumah, najis kucing dipenjuru rumah, tahi cicak merata-rata.

kepada abang meli syabas diucapkan dengan artikel saudara, walaupun orang yang terlampau taksub dengan PAS merasakan tidak selesa dengan artikel saudara. namun bagi orang atas pagar boleh merasakan pandangan saudara lebih jujur jika dibandingkan dengan sifat orang pas yang sentiasa ingin menyatakan benda yang baik sahaja mengenai parti mereka. bukankah itu hipokrit namanya. Ya benar PAS berjuang atas ISlam tetapi sejauh mana mesej tersebut difahami oleh orang ingin jawatan dalam pas kini? sikap mereka tidak ubah seperti melayu lain, jika orang pas kini tidak ada beza dengan melayu UMNO, apa salah kita sokong UMNO jika sokongan kepada PAS kini hanya akan memudaratkan lagi umat islam. seperti mana yang berlaku di Selangor, adakah PAS boleh memperjuangkan hak orang islam seperti mana yang UMNO lakukan? rasanya dibawah pakatan rakyat kini pas hanya mampu mengadakan forum perdana sahaja, tetapi implmentasi lain diterjah oleh dap dan PKR, hingga duit zakat pun ingin diusiknya. Sejahat2 UMNO mereka dapat mengekalkan kemulian rumah ibadat orang islam. Namun apa yang pas lakukan kini diselangor, apabila xavier jayakumar memaklumkan setiap ada ruamh ibadat orang islam rumah ibadat lain pun perlu dibina juga, walau kawasan tersebut kawasan umat islam disebabkan prissip kesamarataan. apa mesej tersebut? dimana kedudukan Islam agama rasmi negara. PAS sendirikah yang memingirkannya?

Anonymous said...

Kata Meli MPKB naikkan cukai tu cukai ni berganda-ganda.

Maknanya kerajaan kelantan bertindak zalim kepada rakyat kelantan.

UMNO tu zalim ke? saya tak pernah terkena tempias kezaliman tersebut?

ISA tu zalim ke? Makcik yang jual etak secara haram tak pula dikenakan ISA, tapi PBT suruh bayar kompaun je.

Berahim Ali suruh ISA dikekalkan, padahal dia dah biasa keluar masuk ISA.

Anonymous said...

Pemimpin PAS lo ning kejar pangkat, kalu tak.tok ke la pakat nk sokong DAP pulok.

Kalu menang pong, PAS dok bowoh jugok, jadi pok turut (bodo)

tok leh sebut Isele sikit kena catas ko dap. sebut hudud kena catas jgk. Pakatan gapo lagu ni.

Waso bodo

Anonymous said...

Salam semua..

Senang je..kalau kita baik..kenapa nak terasa..mungkin penulis tujukan kepada orang lain..lagipun..kalau dah ada penulisan begini..pemimpin parti haruslah dimaklumi..kemudian..adakan tarbiyyah..selidik kebenaran penulisan..kalau benar..insyaAllah ditunjukkan jalan..kalau salah..kembalilah kepada jalan yang benar..

Sangat mudah..yang susah..untuk mempraktikkan..