Friday, July 31, 2009

MUNCUL KEMBALI (299)

Berani buat kena sedia tanggung

SAYA menerima SMS dari rakan di KL yang mendakwa berada di lokasi, katanya sehingga 1.30 petang ini, seramai seramai 157 orang ditahan oleh polis di beberapa lokasi sebagai langkah mengawal keselamatan ekoran berlangsungnya perhimpunan membantah dan menyokong pemansuhan ISA hari ini.

Antara lokasi tangkapan ialah berhampiran Masjid Negara, Padang Merbok, Dataran Merdeka, Pasar Seni, Istana Negara, Masjid Jamek dan kompleks beli belah Sogo.

Lapornya, lebih ramai dijangka akan ditahan dan pihak polis dengan sekitar 5,000 anggota diketuai Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman nampaknya membuktikan kemampuan polis untuk berhadapan dengan musuh ketenteraman awam.

Operasi Pasaraya Sogo ditutup hari ini dan polis mengarahkan orang ramai meninggalkan pasaraya berkenaan. Para peniaga di lokasi-lokasi terbabit dengan perhimpunan mungkin akan menutup perniagaan masing-masing atas sebab-sebab keselamatan.

"Saya khuatir yang ditangkap hanyalah mereka yang mahu berseronok berhimpun atau pun yang terpengaruh dengan seruan dan saranan tokoh-tokoh yang mereka taksubi, perancang sebenar barangkali sedang bersilang kaki di bilik aircond. Kesian bagi yang ditangkap, ada di antaranya adalah wanita" SMS rakan saya itu lagi.

Saya membalas SMSnya dengan sebaris kata: Berani buat kena sedia tanggung. Setidak-tidaknya mereka yang ditahan akan berpengalaman berada dalam lokap, baru boleh tahu siksa atau sedap kerana menjadi pejuang mencetuskan kehuru-haraan dan menganggu ketenteraman awam.

Mudah-mudahan semasa dalam lokap mereka akan berfikir tentang faedah dan padah kerana melibatkan diri dalam perhimpunan haram dan menggangu ketenteraman awam. Mereka boleh tahu siapa yang akan jenguk, yang akan ambil peduli terhadap nasib mereka.

Pada saya oleh kerana ISA yang mahu dimansuhkan hanya boleh dimansuhkan melalui pembentangan di parlimen dan bermakna ISA masih on lagi pada waktu ini, ia patut digunakan bagi menahan pihak yang menganjurkan perhimpunan itu.

Tumpuan penahanan itu hendaklah tertumpu kepada pihak perancang dan tokoh-tokoh yang membuat seruan dan perintah supaya menyertai perhimpunan haram itu walaupun mereka tidak berada dilokasi tanpa mereka sebesar dan sehebat serta semasin mana mulut tokoh berkenaan.
Jangan takut tidak cukup tempat untuk kurungan, gua-gua juga boleh dijadikan bilik kurungan. Lagi pun mereka yang menyertai perhimpunan tentu tidak seronok dan tidak mengharapkan untuk hidup dalam keadaan selesa.

Kalau digari dalam gua atau di bawah jambatan atau pun digari pada pokok dalam hutan rimba pun, tentu mereka akan kata macam P. Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsuddin kata dalam filem Pendekar Bujang Lapok yakni CUBAANNNNNNNNNNNNNNNNNN!

Kebanyakan yang bercakap, mengulas, mempersepsi dan menganggap ISA kejam dan merancang penganjuran perhimpunan haram bagi mansuh ISA tidak ada pengalaman pun sebagai tahanan ISA. Persepsi terhadap ISA hanya dibuat berdasarkan agak-agakan dan dengar cakap.

Oleh itu apa salahnya mereka diberi pengalaman sebagai tahanan ISA di samping boleh dijadikan peringatan kepada mereka supaya jangan memperalatkan mereka yang berjaya ditaksubkan sebagai alat dan perkakas bagi mencapai matlamat dan kepentingan individu tertentu.

Kalau nak tumbangkan sangat kerajaan tunggu pilihanraya umum yang masa tibanya bukannya 10 atau 100 apatah lagi 1,000 tahun akan datang, tetapi tempoh masanya tidak sampai pun tiga tahun saja lagi.

Bila dah kerajaan yang ada sekarang berjaya ditumbangkan, hapuskanlah ISA dan barangkali tak payah ada pun pasukan polis dan kerana mungkin pada itu sudah tidak akan ada amalan rasuah, kes ragut dan pelbagai kes jenayah lagi.

Kena ingat, kena tahu dan kena ambil tahu, kena maklum dan menerima maklum serta terima hakikat bahawa kerajaan yang ada sekarang terbentuk bukan melalui rampasan kuasa tentera, sebaliknya melalui pilihanraya.

Bila dah majoriti rakyat terus memberi mandat, sama ada pembangkang suka atau tidak, maka sementara menunggu tibanya pilihanraya umum berikutnya, kenalah diterima kerajaan yang sedia ada.

Seandainya kerajaan yang diberi mandat digugat dan dikacau ganggu, bermakna hati dan perasaan rakyat cuba diguris dan dihiris, malah rakyat cuba dibuat balah dan kena bersedialah menerima padah.

Saya tunggu perkembangan selanjutnya di KL!

7 comments:

Anonymous said...

Rusuhan haram ini memberikan laba kepada Pemimpin Pembangkang, manakala ia memberikan BALA kepada rakyat, yang di tahan tu satu hal, yang berniaga pun mengalami kerugian.

Nama negara semakin busuk, busuk kerana tidak menahan atau melokapkan kepala-kepala perusuh.

Dulu2 mana ada penyakit rusuhan

Anonymous said...

orang umno memang penakut tidak berani menentang kezaliman.polis yang memulakan kekacauan.tiada polis tiada kekacauan.perhimpunan secara aman mengapa tidak memberi peluang.permit memang tidak dikeluarkan tetapi nak tunggu sampai 50 tahun lagi baru nak berubah.

Anonymous said...

Motto GMI - Mansuhkan ISA, Islam Penyelamat..

Pelik, letak perkataan Islam, terus jadi halal perbuatan haram (rusuhan).

Kalaulah Hudud betul2 boleh di buat, kita tak perlu lagi ISA. Tapi berani ke PAS nk buat hudud? Abang besar (DAP) dah bagi lampu hijau ke?
Atau PAS masih takut dan menyembah kaki DAP?

Nik Aziz kata 30 tahun lagi.. Tunggu lah kita. Tapi sebelum 30 tahun tu.. baik ISA diteruskan..

PAS oh PAS..semakin lama semakin terpesong perjuanganmu.

Dari : Al-Jub

Anonymous said...

Anwar nk buat perhimpunan 100,000 rakyat di stadium polis bagi je permit (tapi yang datang 5000 je.. hik3, kasian). Kalau buat kt stadium tanpa perarakan, boleh la. Paham2 la kalau ada perarakan, majlis menghantar menantu pun blh jam jalan kalau ramai.

Jangan salahkan orang kalau nk buat menda haram..

Cukup tak 100,000 orang yang datang?

Sekarang pakatan haram tak berani lagi nk letak target. Letak 100,000 yang datang 5000, siapa yang malu..

DIARI PKGMEN said...

Perusuh atau protes adalah pejuang Bukan macam MELI tak ada telur

Anonymous said...

Telo MELI dah kena rebu oleh BEAHIM ali

Anonymous said...

Kecek molek gak. Tok pade pakai piah?
Bue bue lah piah tu, kalu nok kecek hudoh gak.
Perusuh dikata pejuang???
Tak masuk akal???