Isu kuil: bawa rakyat Selangor lawat Kelantan untuk tutup mulut
SAYA menerima banyak SMS yang bertanyakan kenapa saya tidak menyentuh soal bantahan pembinaan kuil di Selangor dan serangan pembangkang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
Malah ada yang emailkan kepada saya laporan berikut dan minta dikomen;
Kuil: Kerajaan negeri tetap luluskan
Oleh
ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 18 Ogos – Kerajaan negeri Selangor tidak mempedulikan bantahan penduduk di Seksyen 23, di sini apabila tetap akan meneruskan cadangan membina kuil di kawasan itu yang merupakan kawasan majoriti umat Islam.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat kerana tapak tanah seluas 0.2 hektar di Seksyen 23 itu dirasakan paling sesuai, selain telah mendapat persetujuan pihak pengurusan kuil di Seksyen 19, tahun lalu.
Menurutnya, cadangan pembinaan kuil di Seksyen 23 adalah sebahagian daripada proses perpindahan rumah ibadat itu di Seksyen 19 dan ia diputuskan oleh Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam yang dipengerusikan oleh Exco kerajaan negeri, Dr. Xavier Jayakumar sebelum ini.
‘‘Buat masa ini, kita akan teruskan usaha itu (bina kuil di Seksyen 23). Dalam masa yang sama kita juga, akan memberikan penjelasan kepada penduduk di Seksyen 23 termasuklah penduduk di Seksyen 19 untuk selesaikan perkara ini.
‘‘Sebelum ini, kerajaan negeri telah cari tapak bersesuaian untuk mengalihkan kuil di Seksyen 19 tetapi kita rasa tapak baru di Seksyen 23 yang paling sesuai.
“Jadi saya rasa isu ini dapat diselesaikan jika semua pihak (termasuk penduduk) bertimbang rasa,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri serta merasmikan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.
Semalam, penduduk Islam Seksyen 23 memberi amaran akan meneruskan bantahan sekiranya kerajaan negeri tetap dengan keputusan untuk membina kuil tersebut berhampiran kawasan mereka.
Menurut Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Persatuan Penduduk Seksyen 23, Ibrahim Sabri, cadangan kerajaan negeri itu sepatutnya tidak dilaksanakan kerana majoriti penduduk di situ beragama Islam.
Malah, penduduk turut kesal dengan keputusan kerajaan negeri itu yang disifatkan tidak menghormati pandangan penduduk Islam di kawasan berkenaan lebih-lebih lagi kedudukan tapak kuil yang dicadangkan itu terlalu dekat dengan surau.
Selain itu, penduduk turut mendakwa sebelum rancangan pemindahan kuil di kawasan itu dibuat, kerajaan negeri tidak pernah berbincang dengan mereka termasuk tidak mengadakan pendengaran awam mengenai pengambilan tanah komersial milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk tujuan itu.
Dalam pada itu, Abdul Khalid ketika ditanya mengenai cadangan pemindahan tapak kuil itu di Seksyen 22 seperti diputuskan oleh kerajaan negeri sebelum ini berkata:
‘‘Kawasan tapak itu di Seksyen 22 tidak munasabah kerana kedudukannya terlalu jauh selain menyukarkan penganut Hindu untuk menjalankan kegiatan keagamaan mereka.’’
Menurutnya lagi, dalam hal yang melibatkan pembinaan rumah ibadat sama ada surau, masjid, gereja, kuil dan sebagainya di Selangor, ia perlu berasaskan kepada permintaan majoriti penduduk.
‘‘Sebab itu, kalau kita letakkan terlalu jauh (Seksyen 22), ia tidak munasabah. Jadi kita harap semua penduduk perlu ada kerjasama dan bertimbang rasa dalam soal ini,” jelasnya.
Kepada yang menghantar SMS dan emailkan laporan di atas, saya perlu sedarkan anda semua bahawa saya bukan alim ulamak atau ahli Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya tidak ada authority untuk membantah atau menyokong pembinaan rumah-rumah ibadat.
Yang jelas Kerajaan Selangor bukan berslogankan Membangun Bersama Islam. Maknanya matlamat, pendekatan dan dasar kerajaannya bukan berteraskan Islam. Walaupun Pas berada dalam kerajaan tetapi suaranya sangat lemah.
Kalau mengharapkan Selangor bersih dari pembinaan kuil atau rumah-rumah ibadat orang bukan Islam pengharapnya akan menjadi umpama katak puru yang mimpikan kulitnya yang kerapu menjadi licin dan lemu.
Juga harapan untuk itu umpama mencampakkan sesenduk gula ke laut untuk menukar rasa airnya dari masin kepada menjadi manis atau mencampakkan sesudu garam ke sebatang sungai untuk masinkan airnya.
Supaya para pengharap agar Selangor bersih dari pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam yang baru atau menghalang pembesaran rumah-rumah ibadat yang sedia ada tidak merasa terkilan, apatah lagi mengadakan perhimpunan atau demonstrasi bantahan, saya syorkan mereka melawat Kelantan.
Lawatan ke Kelantan, terutama kalangan pembantah barangkali boleh membuatkan mulut mereka akan dapat ditutup.
Di Kelantan yang memerintah berslogankan Membangun Bersama Islam, Pas menguasai sepenuhnya kerajaannya, malah tidak ada seorang pun exco atau wakil rakyat yang bukan beragama Islam, berhala-halanya (yang baru dibina) bersaiz gergasi belaka.
Mereka boleh dibawa melawat ke Kampung Beruk, Jubakar, Terbak, Kok Seraya (Tumpat) dan di Bachok serta di Teresek, Repek , Pasir Mas untuk melihat betapa terbukanya pemerintahan kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam. Pasti orang Selangor tidak akan gege dengan pembinaan rumah ibadat orang bukan Islam.
Yang dibina baru di Bachok misalnya, kedudukannya tidak jauh dari sekolah. Budak-budak sekolah boleh melihatnya hari-hari. Berhala itu juga terletak di kampung Siam/Cina Kampung yang di kelilini kampung Melayu.
Untuk makluman, belum pernah berlaku sebarang demonstrasi membantah pembinaan patung-patung gergasi di Kelantan sebagaimana yang berlaku di Selangor yang membantah pembinaan rumah ibadah tanpa patung gergasi.
Kalau di negeri yang pemerintahannya berslogankan Membangun Bersama Islam pun berhala-berhala yang lebih besar dari masyarakat zaman jahiliah di Mekah boleh dibina, pelik apa kalau rumah berhala yang saiznya tak seberapa dibina di Selangor.
Soal bagaimana dari sudut hukumnya, kena tanya para alim ulamaklah. Kalau nak jawapan yang paling memuaskan, yang tidak boleh disoal-soal lagi dan yang paling MANTOOOOOOOOP dan tidak akan diragui sebagaimana yang pandangan para mufti dan majlis fatwa sekali pun, tanya saja Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz, buat rombongan datang ke pejabatnya untuk dapatkan penjelasan resmi.
Tuesday, August 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
TUBIK PULOK- dio isu ni kae sebenarnyo kalu kito baco penjelasae panje lebar yb khalid samad MP Shah Alam..x dok masalah pun. yg jadi masalah mugo UMNO nok kuca jah..berapo kerat jah golongae ni hok ado pun..ambo nok ulas malah la..panje telajok..baco la dale blog yb Khalid samad tuh...demo nok terimo..ko..tok ser terimo ko..terpulanglah..jange dok main sebeloh pihok jah..(tp selamo kening yg UMNO dok buat tu ore melayu x maroh ko?)jago iman kito dulu..ni sbyg pun celup-celap nok jadi jaguh islam...cit poodah!
p/s-tok tuju demo abe li psl sbyg tu..ore lain hok raso pedas jah...
Jangan menulis sehingga hembusan yang terakhir, mengucap lah di hembusan nafas yang terakhir.
Salam Abe Meli
Minta abe meli buat satu gambaran macamana akan jadi sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, berdasarkan fakta2 yg telah berlaku di Kelantan, Selangor, Kedah, Wilayah Kuala Lumpur, dan Perak (sebelum peralihan kuasa).
Sebab saya ada rasa, dengan melihat sokongan rakyat dalam anjuran Pakatan Rakyat, ada kemungkinan besar PR boleh duduk di Putrajaya.
Kalu boleh cuba huraikan dari segi perlaksanaan hukum Islam, hudud, hak2 org Melayu, peranan PAS dalam PR, kestabilan ekonomi dan politik, dan kedaulatan raja2 Melayu.
Mungkin pengkomen lain boleh huraikan dan buat andaian mengenai perkara ini, sebagai forecasting atau strategic planning.
Sekian terima kasih
Jngan harap nak mengucap pada hembusan nafas terakhir tetapi kena mengucap sokmo-sokmo, termasuk ketika nak tidur...molwk megucap selang sehemusan nafas sekali baru tak bekecek kotsir, tak mudah nak sumbat orang ke neraka dan syurga mahu jadikan hakmilik peribadi kita dan puak-puak kita jah,
Kecek srupa ahli falsafah mu ni meli. Tapi mengabae kok ser,punah ranah abih otak ore. Nak tulis tu tengok ghetek dengan mata hati, jangan jadi srupo ore umno loni. Ko mung ni ahli umno? jange meli tak masuk syurga lah mu. hehehehehe
Sebagai penyokong pas ana harap sangat supaya tokguru berhenti mengeluarkan pendapat yang mengelirukan yang boleh menyumbang kepada perpecahan umat. ana yakin pendapat sebegini boleh menyebabkan kekalahan pas di kelantan pada pru akan datang. Kalau kalah, pas akan mengambil masa yang panjang untuk memerintah semula kelantan. Dan parti pas akan kembali semula seperti dulu. Sebuah parti yang mendapat sokongan sebilangan kecil rakyat dan hidup dengan derma ehsan penyokong2nya. Ana menyeru pemimpin pas supaya membuka semula fail kerajaan perpaduan demi agama dan umat. Jangan kerana dendam lama, pas menolak perpaduan dengan umno. kata tokguru, dia serik sejak pas ditendang keluar oleh umno dari BN. Cadangan ana, jangan serik untuk berbuat kebaikan!
Anonymous said...
Kecek srupa ahli falsafah mu ni meli. Tapi mengabae kok ser,punah ranah abih otak ore. Nak tulis tu tengok ghetek dengan mata hati, jangan jadi srupo ore umno loni. Ko mung ni ahli umno? jange meli tak masuk syurga lah mu. hehehehehe
August 19, 2009 9:24 AM.
GUANO? ADO BERASO KO? DOK BERASONYA MELI KE MENGABE KOK SER ATAU DEMO HAL JADI IKAN LAMPAM MABUK TAIK.
BIAMBE MELI MASUK NERAKA, YANG DEMO SEDIRI SAH DOH KO ADA SENARAI NAMA DALAM SYURGA. DAH DAPAT REMIN NIK AJIS?
Salam
En John.
http://pewarisummah.blogspot.com/2009/01/aduan-berkenaan-kuil-di-seksyen-19-shah.html
tak kira UMNO tak kira PAS
mung sokong melayu atau Hindu pariah dalam kes nih.
Pikir guna otak gu..
Post a Comment