Tuesday, August 18, 2009

MUNCUL KEMBALI (338)

Elak dari Islam diperkakaskan, alim ulamak dan majlis fatwa perlu berfatwa

HAKIKATNYA
Islam tidak boleh diperalat, diperkakas, manipulasi dan dieksploitasi untuk tujuan-tujuan yang tidak selari dengan hukum hakam, yang tidak selari dengan apa yang dimahukan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Tetapi manusia yang kalah dengan keserakahan nafsu dan bisikan syaitan dan iblis walaupun berjanggut panjang dan lebat, berserban dan berjubah lambut sanggup memperlatakt dan memperkakas, malah menghina dan menyalahgunakan Islam bagi memenuhi tuntutan nafsu.

Tidak hairanlah timbul kes penghina Islam dari kalangan bukan Islam dipertahankan manakala penyokong parti yang tidak selari dengan apa yang didukung dan disokong dilabel sebagai kumpulan yang tidak layak masuk syurga walaupun kumpulan berkenaan terdiri dari mereka yang beragama Islam.

Apa yang sedang berlaku bagi saya adalah merupakan penyakit dan wabak akhir zaman yang memerlukan pembendungan demi untuk memastikan kesucian dan kedaulatan Islam terus terpelihara dan tidak dinajisi sikap, pendirian dan aliran yang sanggup menggunakan Islam demi kepetingan peribadi dan sesuatu puak.

Sehubungan dengan itu saya amat bersetuju dengan permintaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Majlis Fatwa Kebangsaan dan para alim ulamak di negara ini mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu.

Pengeluaran fatwa tentang perkara itu perlu dilaksanakan segera kerana ia menyentuh soal hukum agama dan akidah umat Islam yang mana umat slam, terutama dari kelas orang awam, perlu diberikan maklumat yang sahih dan benar agar tidak mudah terkeliru dengan sebarang kenyataan yang dianggap tidak munasabah.

Alim ulamak mesti berani, tegas dan barangkali perlu keras dalam mengeluarkan fatwa: kalau apa yang dinyatakan Nik Aziz bahawa penyokong Umno tidak masuk syurga betul, maka mufti dan Majlis Fatwa kena kata betul atau sebaliknya. Menjadi pemimpin, ahli dan penyokong Pas juga kena difatwakan sama ada baru ada kelayakan masuk syurga atau sebaliknya.

Kalau apa yang dikatakan oleh Nik Aziz itu betul, maka bagi memastikan Umno halal disokong dan para penyokongnya turut ada kelayakkan untuk masuk syurga, maka Umno dapat mengambil pendekatan lain bagi mengubah dasar atau pendekatannya supaya ianya menjadi halal disokong dan penyokongnya tidak akan hilang kelayakan untuk masuk syurga.

Para alim dan Majlis Fatwa juga kena secara terbuka dan berani membuat teguran terhadap kerajaan mahu pun pembangkang terhadap apa juga dasar, pendekatan dan tindakan tanduk atau pun pembinaan personaliti kepimpinan yang boleh mengelirukan dari sudut hukum hakam bagi negara yang beragama-resmikan agama Islam.

Membiarkan orang awam dibelenggu kekeliruan oleh angkara kenyataan dan pendirian kalangan yang mengambil kesempatan dari kebisuan para alim ulamak dan Majlis Fatwa boleh menyumbangkan kepada merebaknya wabak dan sindorom kerosakkan akidah yang mahu tidak mahu akan menyebabkan alim ulamak dan anggota Majlis Fatwa payah masuk syurga kerana terus mengunci mulut pada saat dan ketika yang sepatutnya mereka bersuara.

3 comments:

pemudacakna said...

Saya pun rasa hairan mengapa majlis fatwa agak senyap dalam isu-isu sebegini. Apakah mereka tidak berani mengeluarkan fatwa. Kalau tak berani memberi fatwa dalam isu-isu yang sebegini, apa guna menjadi ahli majlis fatwa. Berhenti sajalah.
Ini adalah hal yang berkaitan dengan hukum hakam dalam Islam. Majlis fatwa harus menyelesaikannya dengan menyediakan fatwa supaya umat Islam tidak keliru. Orang kemacar semacam saya, kalau pun menyatakan perkara yang benar, orang tidak ambil peduli.

john said...

TUBIK SMULA-jange dok pelik la ko mjlis fatwa tu..dio wak tubik pun buke ore nok denga pun (sureheboh, tugu negaro)..kalu wak tubik pun buke utk kepentingan umum, utk golongan tertentu jah..kalu bo stakat nok wak tubik fatwa nok sanggoh kato2 TGNA, kena dapat penjelasae TGNA dulu..berani ko puok2 ni, lamo kae TGNA ulas keno kot alik UMNO pulok gak...ambo teringat ko kato2 sheikh muhyidin yasin tiko ngundi manek urai hari tu, dio kato "ahli umno pun masuk syurgo jugok" pah pelik gapo nyo..teruskanlah kehidupannya..ko nok dengar dari kato2 TGNA dulu baru puas hati?..buka minda..lapangkan dada..istiqomahlah wahai manusia sekelian...

pemudacakna said...

Terima kasih kepada Majlis fatwa yang telahpun memutuskan :
... dari Berita Harian Online:
Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa ahli atau penyokong parti itu ke syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata isu berkenaan sebenarnya sudah dibincangkan sejak 2000 lagi dan jawatankuasa itu memutuskan bahawa ketentuan sama ada seseorang Islam masuk syurga atau neraka hak mutlak Allah SWT."

**************
Majlis Fatwa telahpun memutuskan apakah hukumnya kenyataan Nik Aziz itu.
Terserah kepada rakyat untuk mengiktibarkannya.