Tuesday, August 11, 2009

MUNCUL KEMBALI (224)

Biarkan Si Luncai terjun dengan labunya

TIDAK ada apa isu besar yang boleh diulas hari ini kerana rata-rata isu yang ada bersifat streotype. Kes-kes perarakan/demonstrasi sama ada tanpa permit atau berpermit dan untuk apa tujuan sekalipun, waimma ianya dilakukan oleh pembangkang mahu pun oleh pihak yang pro-kerajaan, saya secara peribadi bukan sahaja kurang tetapi teramat-amat tidak setuju.

Perarakan/demonstrasi bukan budaya murni. Inya bersifat sia-sia, membuang masa dan melelong moral dan harga diri. Lagi pun banyak cara lain yang boleh digunakan untuk kadas dan mematahkan hujah lawan.

Misalnya kalau tidak setuju dengan persembahan laporan akhbar arus perdana, usahakan penerbitan akhbar sendiri, tidak setuju dengan radio/tn yang kononnya pro-kerajaan, wujudkan setesen radio atau tv sendiri. Beperanglah melalui hujah.

Barangkali pihak kerajaan perlu mewujudkan 'speaker corner' di setiap bandar dan pekan supaya mana-mana pihak yang mahu luahkan apa-apa yang terbuku di kalbu boleh berbuat demikian agar akan hilang segala sekak sebak.

Dengan itu segala angin medu, uluran, angi gon-sasan, angin kukus-kukus dan segala macam angin lagi tidak naik ke kepala yang boleh membawa kepada orang jadi mereng/separuh gila, kalau pun tidak gila.

Dalam pada itu kerajaan boleh kesan apa-apa yang tidak kena supaya yang 'tidak kena' itu dibaiki dan menjadi 'kena' kepada majoriti rakyat. Harus diterima hakikat bahawa segala yang keluar dari mulut orang gila/separuh gila atau perlakuan mereka tidak memberi menfaat kepada orang yang tidak gila belaka. Banyak juga yang ada gunanya percakapan dan perbuatan orang gila untuk orang yang tidak gila.

Sebelum saya berundur dari kendalian blog ini pada pagi yang mula meninggi untuk selesaikan urusan pembelian kereta-kereta buruk bagi dilupuskan, saya mahu memberi pandangan terhadap satu laporan Utusan yang memikat hati saya yakni;

Pas tetap setia walau prinsip tidak dihormati

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Pas tetap tidak akan keluar daripada pakatan pembangkang walaupun ia berdepan pelbagai konflik termasuk isu penjualan arak.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Pas tetap setia dan berjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidak menghormati prinsip tertentu perjuangannya.

''Apa sahaja isu dan masalah yang timbul walaupun membabitkan prinsip kami tidak dihormati, kami tetap bersama pakatan pembangkang.

''Kami akan duduk berbincang dan menyelesaikan segala konflik yang melanda dengan bijak,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini, yang mencabar Pas keluar daripada pakatan pembangkang berikutan tindak tanduk DAP dalam gabungan itu yang tidak menghormati prinsip perjuangan dibawa Pas selama ini.

Khairy turut berkata, perkembangan politik di Selangor dan Pulau Pinang membuktikan Pas tidak dihormati ekoran kenyataan pemimpin DAP yang mengguris hati pemimpin serta penyokong Pas.

Menurut Khairy, ia juga terbukti apabila satu-satunya wakil rakyat Pas yang memenangi pilihan raya umum lalu tidak mendapat sebarang tempat dalam barisan Exco kerajaan negeri.

Apa yang saya nampak;
1. Apa pun yang akan dilakukan oleh DAP, Pas tetap tidak akan berganjak dari Pakatan Rakyat (PR). Sebabnya hanya orang Pas dan Allah sahaja yang tahu.

Apa yang perlu kita harapkan, mudah-mudahan pendirian Pas itu kalau pun tidak memberi faedah kepada rakyat dan negara, ianya akan memberi faedah kepada Pas bagi jangka pendek, lebih-lebih lagi bagi jangka panjang.

2. Bagi saya Pas telah mengaggap, malah telah memaktubkan pendirian bahawa tidak ada yang lebih bijak dari parti itu untuk menghadapi pelbagai kerenah rakan-rakan dalam PR, terutama DAP walaupun majoriti rakyat nampak nasib buruk akan menimpa Pas, malah juga yang akan dihadapi negara jika Umno/BN ditakdirkan tumbang dalam pilihanraya umum ke-13 atau pada pilihan-pilihanraya umum selepas itu.

3. Pemuda atau mana-mana peringkat Umno tidak patut membuang masa dan air lior untuk nasihatkan Pas atas apa kepentingan dan tujuan sekali pun kerana Umno walaupun ahlinya sebangsa dan seagama dengan Pas (pada tanggapan Umno) tetapi tidak sedemikian anggapan Pas terhadap Umno.

Bagi Pas Umno tolak Islam, mengkhianati Melayu, malah ada yang samakan Umno dengan kafir herbi manakala DAP pula kafir zinni. Umno bagi Pas terlalu jijik dan kotor.

Justeru Umno tidak perlu mendekati Pas supaya nanti tidak dianggap hidung tak mancung pipi pula tersorong-sorong. Sesuci mana pun niat Umno terhadap Pas demi kepentingan Melayu dan Islam, lebih baik diperkasamkan sahaja.

4. Dari membuang masa untuk membaiki tanggapan busuk lagi membusukkan Pas terhadap Umno, ada lebih baiknya kalau Umno memperkaiki kualiti Umno sendiri, terutama dari sudut-sudut yang berkaitan dengan Islam.

Biar Pas anggap Umno tolak Islam asalkan Umno terus berusaha untuk membaiki kualitinya. Penilaian Pas tidak penting, yang kena diharapkan adalah penilaian Allah.

Justeru itu walaupun sebusuk mana diprasangka buruk terhadap Umno, lebih jangan balas dengan prasangka buruk juga, walaupun pelbagai nista dilemparkan kepada Umno, jangan balas dengan nesta juga.

Lebih baik jaga lidah, pelihara bahasa dan menpermolekkan moral kerana orang yang tulen keimanan dan ketakwaannya akan sentiasa menjaga lidah dan akhlaknya.

Umno jangan takutkan pengaruh Pas, jangan khuatir majoriti sokongan akan merosot kerana Pas. Sesungguhnya Pas tidak ada kekuatan itu. Kerana itulah pati itu sanggup bergayut walaupun pada dahan yang mumut dan rapuh.

Yakinlah bahawa selagi Umno kekal dalam keadaan sekarang, kalau pun tidak dapat menjadi lebih berkualiti, bukan sahaja majoriti rakyat akan terus memberi mandat tetapi saya yakin Allah juga tetap akan selamatkan Umno.

Pokok pangkalnya buat kerja atas nama KERANA ALLAH, jangan kerana yang lain selain dari-NYA, jangan terbawa-bawa dengan amalan pembangkang dengan mengadakan perarakan/demonstrasi (walaupun berpermit - biarkan pembangkang umpama anjing menyalak bukit dengan siri perarakkan dan demonya) pasti keputusan pilihanraya umum nanti akan menyebabkan ramai orang Pas terpaksa telan ubat penenang jiwa, kalau pun tidak ada yang terpaksa dipakaikan baju getah.

Dalam menghadapi kerenah pembangkang terutama Pas, Umno kena berpegang kepada pendirian 'BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABUNYA' dan 'BIARKAN KATAK PURU DENGAN ANGAN-ANGAN MAHU KULITNYA LICIN DAN LEMU PADA SETIAP KALI BUNYI GURUH' serta 'BIARKAN SI PUNGGUK BERGALAHKAN BATANG BEMBAN MENGAIT BULAN KERANA INGIN MEMILIKI PUTERI BULAN YANG DIGILA BERAHINYA' dengan penuh rasa tidak sedar dirinya!

7 comments:

Anonymous said...

PAS kan macam lembu.

Prinsip ntah kemana dah.

Hudud jauh sekali

Buat malu je kata kononnya Islamic.

Mana perginya Membangun Bersama Islam. atau itu hanya Motto atau Slogan yang tidak memberikan harapan & apa-apa makna.

Biasa la, sesiapa pun yang kemaruk kuasa, lupa segalanya walaupun agama, maruah & negara tergadai.

~PAS yg hamPAS

Anonymous said...

Memandangkan PAS begitu taksub kepada DAP, UMNO sepatutnya pula kena pandang PAS sama jijik dengan benda-benda yang selama ini dibela oleh DAP iaitu ARAK dan pembawa H1N1. Tak usahlah bagi muka macam nak baik sangat...

Kalau UMNO cerdik pilih dan bawa isu pasti yang akan tinggal dalam PAS hanya puak alim ulamak hebat yang tengah mendengkur tidur sebantal dengan hero-hero DAP dan PKR...tapi awas !!!

-- PAS akan jadi hamPAS budu

john said...

TUBIK SMULA-ambo suko penilaian demo abe li..ambo harap umno buleh buat seperti mano demo harapkan..cumo kawe confius bilo demo kato buat kerja niat kerana Allah (kalu nok buat buleh bedo'oh, kuaso pemerintahae ditangan umno kae)..kerana setahu ambo la, kalu niat tu betul umno tok jadi srupo lo ni..setahu ambo umno wak kijo kerana harto diri sediri dulu pah tu siso baru buleh ko ahli dio biar tok betul pun janji masyuuk..tok dae sepenggal jadi tok wakil, rumoh bejeregut! (bakpo geng2 umno byk trlibat nga rasuoh..set2 pas tak dok ko? ore umno kato 'adoo', sila bagi namo PEMIMPIN pas hok kena tuduh rasuah DAN BERSALAH!-kalu tok leh bagi duk diae2)..think ABOUT IT!

Anonymous said...

Terbitkan station sendiri? Mu ni dah sasaukah? Boleh dapat lesenkah? Macam mu pengampu, lainlah, boleh dapatlah agaknya.

Anonymous said...

Gatal tangan lah pulak baca hak meli tulis nih. Mu ngaku dok alik umno lah meli, senang cerita. Biar jelas.
Bagus hujah mu tuh. Tak soh cara ko Pas, buang air liur jah dok ajak baik dengan dia. Baik umno baiki diri sendiri. Mat salleh kata good,good.

1. Pas dijadikan kambing hitam. -Ini semata-mata tipu helah politik. Bukannya Pas tak kenal UMNO. UMNO anggap negara ini dia punya. Bila lembik sikit harapkan Pas tolong atas nama Melayu. Padahal nak telan Pas bila kuat semula. Kalau Pas menjadi ketua dan UMNO pengikut memang boleh. UMNO ada bagitahu ke dia nak bagi Pas jadi ketua. Buleh harap ko orang yang biasa hisap dadah beritahu satu kampung nak menjadi ketua?

2. Pas khianat perjuangan Melayu berbaik dengan DAP.- Apa beza MCA, GERAKAN, MIC, dan parti-parti bukan Melayu lain yang UMNO buat kawan dalam BN. Bak perumpamaan "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak".

3. Lebih baik Pas berkawan dengan DAP parti kapir dari berbaik dengan UMNO hak Islam . - Soalnya ialah berpakat menentang UMNO dan BN untuk membetulkan semula kerosakan yang BN buat. Contoh; SPR - Pas selama ini kalah sebab SPR yang selalu dijadikan kuda tunggangan UMNO BN untuk berkuasa. Satu contoh mudah iaitu penggunaan dakwat kekal yang ditarik saat-saat akhir. Media yang berat sebelah, dan bermacam-macam lagi yang akan ditukar apabila pemerintahan bertukar. Ini matlamat. Pas, Dap, PKR sama-sama berjuang menentang kezaliman UMNO BN. Ianya juga membentuk sistem dua parti yang sama-sama memasuki pilihanraya. Pelik apa lagu nih?

4. Pakatan Rakyat tidak sehaluan. - Hujah mudah. Umpama pasangan yang baru berkahwin, masing-masing keras kepala akan berlaku keidakstabilan dalam rumah tangga. Keadaan ini beransur-ansur menjadi semakin matang apabila mendapat anak pertama, kedua, dan seterusnya. Biasanya mengambil masa 10 tahun. Kemerdekaan Amerika Syarikat di simbahi darah rakyat setelah 6 tahun merdeka. Sebab apa? Rakyat yang dari pelbagai etnik cuba menegakkan keinginan masing-masing. Setelah lama berlalu, kini rakyat Amerika Syarikat bersatu dan negara itu menjadi kuat. Satu contoh lagi, Revolusi Perancis bergoyang pada awalnya kerana setiap pihak yang menumbangkan raja Louis ingin menunjukkan kepandaian masing-masing dalam mentadbir negara. Setelah lama, Revolusi Perancis dianggap sebagai pencetus era pemodenan sehingga ke hari ini. Cukuplah contoh, nanti pening pulak.

6. UMNO harus kuat untuk PRK 13. - Pakatan Rakyat juga akan semakin meminggirkan masalah dan kepentingan setiap parti demi menuju matlamat sama menumbangkan UMNO BN. Jawapannya akan diketahui selepas itu.

Masalahnya dok tengok loni, tak sir tengok masa lalu dan masa depan. Tun Mahathir kata tak dok wawasan.

Politik-politik. Habis riuh. Meminjam kata-kata ahli fikir Melayu Abdullah Munsyi. "Orang Melayu akalnya pendek kerana melihat seumpama katak bawah tempurung. Masalah utama ialah pendidikan yang rendah menyebabkan pandangan tidak luas".

Padan setakat tuh lah Meli, hujah budak sekolah jah.

-honda cub-

cool said...

Wasiat RAKYAT:- Kalu UMNO rebah,7 keturunan melayu takkan senang.kito samo2 berjuang abe lie.

Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taiki said...

Anonymous said...
Terbitkan station sendiri? Mu ni dah sasaukah? Boleh dapat lesenkah? Macam mu pengampu, lainlah, boleh dapatlah agaknya.

TERBIT STATIN SENDIRI MANA BOLEH. WUJUDKAN STATIOM DAN TERBITKAN PROGRAM/RANCANGAN. KALAU BUAT PROPOSAL, ISI BORANG KATA NAK TERBIT STATION SENDIRI, BILA LESEN/PERMIT NAK LULUS. PROPOSLAL KENA MEYAKINKAN, BERAPA ORANG YANG AKAN DAPAT FAEDAH (BOLEH DAPAT TUMPANG CARI MAKAN, DI MANA MARKAS OPERASI, SEBANYAK MANA PENGALAMAN YANG ADA, BERAPA MODAL YANG ADA, ADA TERLIBAT DENGAN JENAYAH KE TIDAK ADALAH ANTARA SYARAT NAK DAPAR LESEN/PERMIT. PROP[OSAL KENA MEYAKINKAN, KENA ADA PENGALAMAN DALAM BIDANG YANG NAK DIBUAT, KENA ADA MODAL. PERALATAN UNTUK KEUDARAKANAN RADIO UMPAMANYA, PALING KURANG PUN RASANYA KENA ADA RM480,000, TERPULANG KEPADA SEJAUH MANA SIARAN DAPAT MAHU DIPANCARAKAN.
BELUM POHOIN DAH KATA RAK BOLEH. KALAU POHON PUN MACAM MANA BENTUK PROPOSALNYA, KE MANA DIHANTAR PROPOSAL. NAK MINTA LESEN STESEN RADIO/TV PERGI HANTARI KE KEDAI BEKALAN BUDU, MAMPUS 7 KALI DAN HIDUP SEMULA 7 KALI PUN TAK DAPAT. TAK TAU TANYA ORANG YANG TAHU, JANGE PAKAI REDAH.
BAKPO TAK TANYA MELI. SEINGAT AKU MELI PUN DAPAT LESEN RASI MI FM, TAPI TAK DI ONKAN KERANA MASALAH MODAL. BAKPO TAK TRY TANYA DIA, GUNA LESEN DIA.