Selsema babi jangan punah akidah kerananya
HAKIKAT yang kena diterima walaupun tidak selari dengan naluri kita ialah dalam kehidupan akan ada yang positif dan negatif, akan ada dua pertembungan, dua keadaan yang tidak serupa dan berlawanan.
Umpamanya sihat lawannya sakit, suka lawan benci, kerajaan lawannya pembangkang, setuju lawan tidak setuju, lelaki lawannya wanita, kuat lawannya lemah, siang lawannya malam manakala hidup pula lawannya mati.
Selepas mati barulah kita tidak akan tertakluk lagi oleh posiif dan negatif kerana yang masuk syurga akan berada dalam kenikmatan yang berkekalan, yang masuk neraka pula akan tinggal dalam kekal dalam azab sengsara yang tak terperikan.
Untuk syarat wajib masuk syurga kena sempurna akidah yang mana kesempurnaan akidah itu akan menjadi kesempurnaan dan ketlenan Islam serta keimanan dan takwa. Rosak akidah akan rosak keislaman dan ketakwaan.
Dalam menghadapi wabak penyakit sama ada taun, denggi, malaria, batuk kering, sakit jatung, kencing manis, darah tinggi, barah/kanser dan macam-macam penyakit lagi, yang terbaru selsema babi, pada saya, dalam mengelak dari terkena penyakit dan wabak, hal-hal yang berkaitan dengan akidah tidak begitu diambil kira.
Walhal setiap apa yang berlaku sama ada sedap atau sakit, manis atau masam, lemak atau kelak, menang atau kalah ada hikmah dan tujuan supaya direnungi dan dimuhasabi demi kemantapan akidah, juga bagi peningkatan kualiti iman dan tak takwa.
Mengkeranakan mati kerana selsema babi umpamanya, boleh membawa kepada kepunahan akidah, menjadikan selsesma babi itu ditakuti sedangkan pencpta selsema babi itu tidak pula ditakuti, malah segala titah perintah-Nya sering diabaikan yang secara tidak langsung membuktikan tidak ada rasa takut kepada-Nya.
Dalam kitab Terjemahan Hadis Sahih Muslim Jilid I,II,III dan IV serta kitab Terjemahan Hadis Sahih Bukhari Jilid I,II,III dan IV ada dijelaskan tentang cara, adat dan hukum menghdapi wabak penyakit yang segalanya datang dari Allah berserta hikmah-hikmahnya, semakin dunia berada dipenghujung usia semakin banyak wujud penyakit-penyakit pelik kerana kualiti keimanan dan ketakwaan umat Islam kian luntur dan pudar.
Menganggap sesuatu penyakit membawa maut adalah suatu kefahaman yang silap. Sebenarnya kematian seseorang telah ditetapkan, tidak akan diperlewat atau dipercepatkan walaupun sesaat.
Matinya seseorang manusia atau binasanya makhluk adalah kerana sudah sampai yang telah ditetapkan-Nya. Setiap yang hidup akan mati dan tidak siapa pun mampu lari dari kematian serta dari penyebab kematian yang juga telah ditetapkan.
Berubat atau mencegah kemerebakan selsesma babi untuk mengelak dari kematian adalah sesuatu yang sangat silap, malah pula membawa kepada kepunahan akidah. Sebaliknya pengubatan dan pencegahan adalah semata-mata untuk mendapatkan pahala tuntutan beikhtiar.
Sehubungan dengan itu, menfaktakan jumlah kematian kerana wabak selsema babi yang secara tidak langsung ianya adalah diturunkan oleh Allah bagi memberi peringatan kepada manusia akan menjadikan orang ramai percaya selsesma babi membawa kematian.
Kerananya maka masing-masing cuba mengelak dari kemungkinan akan mati oleh wabak itu walhal apa wabak dan penyakit apa sekali pun tidak bekuasa mematikan manusia tanpa izin-Nya yang mana sama ada takut atau berani menghadapi, mati akan tetap datang bila sudah sampai ajalnya.
Pokok pangkalnya kalaulah selsema babi atau apa-apa jua penyakit dan bala bencana ditakuti tetapi pada masa yang sama segala titah perintah Allah diingkari, mahu tidak mahu akan berlaku kecacatan akidah kerana pencipta sesuatu penyakit dan juga bala bencana yang juga pengurniaan segala kenikmatan jarang wujud dalam bentuk sebutan dan ingatan.
Kalau sewaktu menghadapi pelbagai wabak penyakit dan bala bencana, ingatan terhadap Allah Maha Penentu dan Maha bagi segala Maha tidak terlekat dalam kepala dan hati, bersedialah untuk hadapi landaan wabak demi wabak yang pelik-pelik.
Tuesday, August 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment