Bot bawa rombongan media tanpa kebenaran
KENAPA MESTI MENIPU DAN LANGGAR PERATURAN?
(Susulan kepada posting Misi royalti: saya rasa turut terkutil dengan nasib petugas media terlibat)
Utusan Malaysia edisi timur melaporkan.
KOTA BHARU 10 Ogos - Pasukan Gerakan Marin (PGM) mengesahkan ekspedisi 'Pelantar Minyak' anjuran kerajaan negeri dengan membawa rombongan media menggunakan bot nelayan baru-baru ini tidak mendapat kelulusan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perikanan Kelantan.
Pegawai Pemerintah PGM Pengkalan Kubor, Deputi Supritendan Tan Cheng San berkata, beliau cuma mengetahui penganjur menghantar surat permohonan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk menggunakan jeti bagi bot berlepas melakukan Program Rekreasi dan Ekspedisi Memancing Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
Beliau berkata, difahamkan LKIM juga tidak membenarkan ekspedisi tersebut berlepas melalui jeti agensi tersebut, lalu rombongan itu memulakan perjalanan dari Jeti Nelayan Geting, Pengkalan Kubor di sini.
"Ekspedisi itu tidak ada permit malah LKIM juga tidak memberi kebenaran untuk mereka berlepas dari Jeti LKIM kerana penganjur hanya menghantar surat permohonan melalui faks sehari sebelum ekspedisi.
"Malah pada hari tersebut saya dapat maklumat sekumpulan penduduk sedang berkumpul di jeti nelayan tersebut lalu kami minta dokumen daripada tekong bot nelayan dan peserta tetapi mereka gagal menunjukkannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ekspedisi 'Pelantar Minyak' anjuran kerajaan negeri itu dilakukan Selasa lepas membabitkan perjalanan untuk ke pelantar minyak Cakerawala lebih 150 kilometer di tengah lautan.
Sebelum bertolak, Ketua Ekspedisi, Datuk Husam Musa, yang juga exco kerajaan negeri, ketika memberi taklimat menganggapnya sebagai 'misi moral' untuk menggesa Kerajaan Pusat membayar royalti minyak kepada Kelantan yang didakwa bernilai lebih RM1 bilion.
Perjalanan yang turut disertai kira-kira 30 petugas media dan penulis blog dalam sebuah bot pukat tunda menjadi pengalaman perit apabila terpaksa mengharungi perjalanan pergi dan balik lebih 26 jam tanpa persediaan kelengkapan keselamatan secukupnya.
Malah penganjur sendiri cemas dengan kelewatan bot berkenaan kembali ke jeti nelayan.
Cheng San berkata, walaupun bot pukat tunda jenis 'C0' dibenarkan menangkap ikan sehingga 300 batu nautika bagi perjalanan pergi dan balik namun untuk membawa penumpang sehingga 30 orang adalah menyalahi undang-undang.
"Kami sempat menahan mereka ketika melalui Jeti Marin di sini untuk meminta permit bagaimanapun penganjur gagal menunjukkannya lalu saya kemudian mengambil nama semua peserta yang menyertainya.
"Saya ada menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk bertanya jika mereka telah memberi kebenaran untuk menggunakan bot nelayan namun APMM juga tidak tahu mengenainya," jelasnya.
Tambahnya, beliau hanya mengetahui ekspedisi tersebut sebenarnya bukan pergi memancing sebaliknya menuju ke pelantar minyak selepas rombongan itu kembali semula ke jeti nelayan pada keesokan harinya.
Dalam kes ini timbul persoalan dalam kepala saya:
1. Kenapa mesti sampai melanggar oertuatan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perikanan Kelantan, pergi tanpa mendapat kelulusan sedangkan ianya melibatkan nama sebuah kerajan.
2. Kenapa menipu. Untuk ekspedisi itu dihantar surat permohonan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kononnya untuk menggunakan jeti bagi bot berlepas melakukan Program Rekreasi dan Ekspedisi Memancing Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
3.Kenapa sanggup langgar undang-undang. Menurut Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pengkalan Kubor, Deputi Supritendan Tan Cheng San walaupun bot pukat tunda jenis 'C0' dibenarkan menangkap ikan sehingga 300 batu nautika bagi perjalanan pergi dan balik namun untuk membawa penumpang sehingga 30 orang adalah menyalahi undang-undang.
4. Apa nasib pemilik bot ekoran dari apa yang dilakukan terbukti menyalahi undang-undang. Apakah pihak penganjur bersedia untuk menyediakan pembelaan sewajarnya?.
5. Macam mana agaknya nasib pemilik dan dan para penumpang yang melanggar undang-undang seandainya gara-gara penganjuran ekspedisi itu, bot terlencong ke kawasan perairan negara jiran atau jika berlaku sebarang kemalangan?.
Tuesday, August 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
Shabas saudara Meli, rasanya kalau saudara hidup seribu tahun lagi pun saudara akan dapat mencari kesalahan PAS dan saudara tidak akn dapat atau sahaja buat tak tahu tentang kesalahan BN. Teruskan jika itu yang membahagiakan hidupmu.
Weh meli, mung buat salah lagi besar, yang mung tulis tu apa pasal? Puwok-puwok gi krenak tok cik mung koo? Dia bayar sendiri tambang bot, bukan mintak pitih dengan mak bapak mung atau pun mok wol mung. Kalu mung dok diam bulih... lama kem aku tapar sakit saja. Nak royat buwi keturunan aku memang kaki tapar orang termasuklah aku generasi ke 8
TUBIK SMULA- sabar2 semo,ambo royak doh sblm ni kalu pasal projek hok huse buat, memang abe li kito akae cari di mano silap dio. tapi ambo pelik mugo hok huse buat nok bui ko rakyat kelate jugok..ko tok buleh ko abe li kito. so lagi hok setahu ambo hok 30 org lagi selain grup2 exco, demo2 ni naik 2 butir kapal jenis C/o maknonyo kalu bagi duo lbh kure 15 ore jah so bot, x lebih muatan doh tu. oloh kalu polis tahu puok2 ni nok g melawat pelantar, pah mapuh dio tok bui..ni ambo raso DSP Tan tu nok cover line kot sebab dio terlepas bui kebenarae...
Bila tak jadi apa-apa takpo la, buleh buat andaian belaka. Meli siar hak Utusan siar, bukan hak Meli tulis sediri. Kes nampak Meli niat jahat gat, tak tengok mmolek dulu, bedal atas Meli selalu.
Esy...esy...esyyyyyyyyyyy!
good luck meli for u.......kalau dah jenis langgar peraturan sejak di sekolah lagi pah ko tua nok buat kot jale haram sokmo....kalu sejak skolah lagi tak jumpo pintu pagar skolah dok lompat pagar sokmo masuk dan keluar skolah...sampai ko tua buat perangai budak skolah menipu dan langkah peraturan dan buat peraturan sendiri...... take...bir
misi tuh bukan kjaan negeri yg anjur, so mu meli xpayah nok sakit hati la.. meme kalu husam wat kijo gak, meme berjaya la..
husam ibarat arkitek bagi kelantan baru.. kalu dapat duit royalti tuh, utk rakyat kelate jgk.. bukan duk bagi srupo sek umno.
Memang hak Husam buat berjaya belaka Meli. Projek kambing (bukan ke dekat kampungmu di Rong Chenak), buat akhbar Wasilah, Global Media, TV Kelantan, macam-macam lagi berjaya belaka sampai Bendahari Negeri pendek kediri kes berat junjung dan kandar duit hak Husam cari melalui projek-prpjek serba jaya sebagai arkitek Kerajaan Kelantan.
Kalu pitih Kelantan banyaok takdok dok babuk gi ukur laut kes dok gila nak royalyi RM1 bilion. Mula mewah kes KESEDAR, FELCRA bayar premium, kes banyak tanah dalam bandar buwi ke SBJ. Sikit lagi batu pelir orang Kelantan pun kena jual kes aekitek Keajaan Kelantan sekor ni. Aku boleh buwi banyak maklumat kalu Meli nak. Tapi kena adalah kira-kira sikit sebanyak, boleh tukar tayar kereta jadi la.
aku percaya dgn orang dalam royat tuh, aku kenal sangat dgn broker2 yg dok main dgn kjaan pas. Antaranya anak bekas wakil rakyat pas dr salah satu dun di bachok.
Dia ni licik tapi abis dia cerita perangai pemimpin dlm pas minta komisyen pd setiap projek yg diberi kelulusan.Dia pun kaya dah sbb income dia jutaan ringgit saja.
Aku yakin pas pun sama dgn umno akhirnya, tunduk pd wang. Sbb itu dah lumrah sifat manusia, cayalah tapi pas ni paling2 jahat sbb guna agama utk dptkan dunia, berbanding dgn umno mmg dah istihar dia taklah baik sangat.
Tolonglaah org Islam insaf dgn perangai pemimpin hok kita kata Islam nih, bukan senang weeh nak kerja tegakkan Islam nih.
drp
al ghazaliyyah bdr jengka
Apa yang Meli beritahu adalah perkara betul. Berbohong adalah berdosa disisi agama.
Dosa tetap dosa dan tak kira sesiapa. Tidak wajar Meli dimarahi kerana memberitahu benda ini. Salahkah Meli beritahu perkara yang benar?
Padamu Meli kudoakan agar tulisanmu mendapat pahala dari Allah kerana menulis perkara yang benar walaupun ramai yang agak taksub membencimu.
Aku nak nja kuat meli nih. Bengong tak abis-abis.
Baiknya mu meli kononnyalah. Gi kelaut tak dok lesen tok leh. Mu masuk alik siam dengan passport ko.
UMNO mengaku sebagai parti Islam ke-3 dunia. Tun Mahathir pernah menyatakan Malaysia adalah negara Islam semasa perhimpunan parti Gerakan. Maknanya kepimpinan UMNO menghayati Islam sebagai dasar pentadbiran bagi setiap Kementerian hinggalah ke unit-unit kecil pentadbiran negara dan negeri. Oleh itu semua mesti berlandaskan Islam.
Tapi meli, UMNO telah menyalahgunakan agensi kerajaan untuk kepentingan parti. Contoh terbaru pilihan raya kecil Manek Urai.
Mu jangan wat buta meli. Mu wartawan kena ikut etika. Jangan jadi wartawan senget sebelah.
Jadi aku nak royat, kalu puak-puak hak gi kelaut sekadar tak leh lesen LKIM gak kecik teleh jah kes tu kalu nak banding dengan UMNO.
Mu tak soh cari tempat hak satu benda pun tak dok kecacatan atas dunia nih. Mu tak akan jumpa. Kecuali akhirat.
Politik kena cerdik meli. Aku royat dah kok mu politik semata-mata nak kuasa. Ore politik pulak haiwan bertopeng manusia. Wartawan serupa mu nih tak tahu lah bertopeng gapo.
Selagi mu kata tak duduk alik mana-mana, tapi dok nja alah ko pas sokmo aku tetap bangkang hak mu kata. Tapi kalu mu ngaku ore UMNO aku malah nak cara. Ikut mu nak tulis gapo.
Lepas ni mu kenal aku. Aku letak nama Honda Cub jelah biar senang mu ingat.
nok royat ko cikgu lias sikit.ambo rela mati dgn abe lie.puak mu ni lah hok nabi2 palsu.sesat belako org.
korang ni.... penulis ni menyatakan apa yg dirasakan btl. kalau tak tahan nak baca, korang boleh baca blog lain. kalau rasa jantung tu nak jatuh baca BLOG NI, AKU NASIHATKAN KORANG BACA BLOG LAIN. BUKAK HARAKAH, BUKAK BLOG PR, BACA BLOG KEADILAN. BIA SEMPIT SIKIT MATA HAYTI KORANG TU. Tugas korang hanya sebagaio pembaca bukan pengutuk. Apa yang penulis buat itu urusan dia dengan tuhan la selepas itu. Korang nasihatkan cara ilmiah sudahlah. INI NAK TUDUH MACAM-MACAM. Dia penulis, dia tahu apa yang dia buat. Bukan benda semberono je. Jangan bangkit soal dia dibeli oleh parti mana-mana pun. Parti takkan kekal dan takkan dibawa sampai akhirat. Tugas pembaca, membaca dan menilai, bukan mengutuk dan mencerca.
Puak-puak Hasrat Tinta Sdn Bhd dan Global Media selerak weh. Orang baju petak-petak merah ada gi tanya kaba, ada air ke nak kencing ada taik ke nak berak puak-puak tu?
kali ni kita tgk agar Allah tunjukkan samada tok guru nik aziz ni ulama betul @ ulama sesat.adakah ada aib @ dok kat dia sampai kedlm kubur.
kali ni kita tgk agar Allah tunjukkan samada tok guru nik aziz ni ulama betul @ ulama sesat.adakah ada aib @ dok kat dia sampai kedlm kubur.
.....ekspedisi 'Pelantar Minyak' anjuran kerajaan negeri dengan membawa rombongan media menggunakan bot nelayan baru-baru ini...MAT HASHIM wei bakpo yang demo kata bukan kerajaan negeri anjur? Demo tengah mabuk tuak masam ko ni? Nak gotel batu dan nak kulum batang Husam pun jangan dok bedo'oh. Kalu guna pitih sediri katak tujuh kali mampus tujuh kali idup pun tak 'kan nyo ungga gi. Soh gi tu buat klim, bukan gi kosong
wokyoh, mu tak baca surat kobar ko?
xpdc tuh buke kjaan negeri yg hok anjur. xpdc tuh di biayai oleh rakyat kelate yg prihatin spt kawe.
.....ekspedisi 'Pelantar Minyak' anjuran kerajaan negeri dengan membawa rombongan media menggunakan bot nelayan baru-baru ini... ITU BUKAN KE LAPORAN UTUSAN WEI. UTUSAN TU BUKAN SURATKOBAR KE. PAKAI BUAH LAPORAN KARAKAH HAK TAK CUKUP GARAM BERAT LA
Post a Comment