Demonstrasi: Melayu salah guna semangat dan kehebatan
MENYEDIHKAN! Mungkin ada isteri, suami, ibu, ayah, anak, kakak, abang, adik, kawan, sahabat handai dan jiran tetangga kepada 589, termasuk 40 wanita dan juga 44 remaja di bawah umur 18 tahun yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan dan perarakan Gerakan Mansuh ISA (GMI) dan ditahan di beberapa lokasi sekitar ibu negara sehingga pukul 11 malam Sabtu sedang terkedu kerananya.
Kepada mereka yang kemaruk, pelahap dan ketagihkan kehuru-haraan sebagai rempah ratus dan gaya hidup yang kononnya hebat, berani dan bersemangat kental, mereka akan menganggap polis tidak bertimbang rasa dan kerajaan tidak demokratik kerana penahanan itu tanpa menyedari bahawa polis sebenarnya terpaksa melaksanakan tugas manakala demonstrasi itu itu sendiri sebenarnya boleh menajiskan amalan demokrasi.
Mungkin dalam tempoh terdekat ini lebih ramai akan ditangkap terutama 'jerung' perhimpunan/demonstrasi yang saya yakin penahanan mereka akan mendapat restu majoriti rakyat yang telah terus memberi mandat kepada kerajaan yang ada membentuk kerajaan. Kalangan yang menghormati amalan demokrasi dan yang cintakan kedamaian juga pasti mengharapkan pihak polis tidak akan berkompromi dengan pendemonstrasi, terutama dengan perancangnya. Ketenteraman awam dan keamanan negara mesti terus dipelihara.
Kalau pun gian sangat mahu berdemonstrasi, kalangan yang kemaruk, pelahap dan ketagih berdemonstrasi pilihlah tempat-tempat yang dipastikan tidak sampai menggangu kelancaran lalulintas dan yang tidak menyebabkan para peniaga tidak mengalami kerugian kerana terpaksa menutup perniagaan masing-masing. Minta permit buat demontrasi dan tempiklah semahunya dalam stadium umpamanya atau di tengah Laut Cina Selatan. Panggil wakil media cetak dan elektronik pada setiap pelosok dunia supaya apa yang disuarakan boleh samapi ke seluruh dunia.
Sepatutnya kalau pihak yang mahu ISA dihapuskan bijaksana dan profesional cara berfikirnya, akan hantar wakil jumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiru macam tindakan Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abddul Aziz Nik yang juga Menteri Besar Kelantan yang batalkan jadual hadiri demontrasi, sebaliknya mengambil kesempatan jumpa Perdana Menteri yang lawat Kelantan walaupun selama ini beliau hebat kecam Umno) dan berikan hujah-hujah yang munasabah kenapa ISA mesti dimansuhkan, macam hujah Nik Aziz kenapa pusat kena tolong Kelantan.
Lagi pun Perdana Menteri berkata kerajaan sedang mendapatkan maklum-balas mengenai ISA untuk nantinya dibuat kajian sama ada ianya perlu dimansuh atau dikekalkan ddengan pindaan supaya ianya menjadi lebih baik dan sesuai dengan suasana dan kepeluan semasa. Makluman-balas itu sedang diperolehi dari orang ramai dan kalangan yang berpoteni memberi cadangan dan buah fikiran terbaik. Demonstrasi menyokong atau menentang ISA tidak perlu diadakan kerana ia hanya menyusahkan semua pihak, khususnya warga Kuala Lumpur.
Bila diadakan demonstrasi untuk perkara yang lebih mudah selesai jika dibawa ke meja rundingan dan dibincang secara profesional, nampak sangat betapa orang Melayu terlalu mudah menyalah-gunakan semangat dan kehebatan mereka sehingga sanggup diperalat dan diperkakaskan bagi kepentingan politik pihak tertentu. Kerana pihak berkepentingan mahu tunjuk hebat dan pengaruh sehingga, sanggup melokapkan sampai bilangannya mencecah angka 589 orang mereka yang bejaya dperaat dan diperkakaskan sehingga pukul 11.00 malam Sabtu yang. Saya yakin mereka yang ditahan itu tidak cukup tahu pun kenapa mereka berdemonstrasi.
Alangkah bertuahnya jika penganjur demonstrasi mansuh ISA dapat menggunakan keupayaan memperalat dan memperkakaskan kalangan yang mudah diperalat dan diperkakaskan untuk menyertai demonstperakaran ke pusat-pusat penjuaan Saham 1Malaysia yang menyediakan 50 peratus atau lima bilion (5,000 juta) unit saham bernilai RM1 seunit yang dikhususkan kepada bumiputera daripada jumlah keseluruhan saham !Malaysia berjumlah 10 bilion unit.
Sepanduk-sepanduk hapuskan ISA dan laungan 'Hidup Anwar!' patut diganti dengan sepanduk 'KAMI TIDAK AKAN LEPAS PELUANG KEEMASAN DALAM PEMILIKAN SAHAM' 1MALAYSIA' dan melaungkan kekesalan kerana kurang kesedaran, maka sebanyak 1.6 bilion unit Saham Amanah Malaysia (ASM) yang diperuntukkan untuk bumiputera yang tidak habis dilanggan telah menjadi milik orang lain setelah ianya terpaksa dibuka untuk langganAN terbuka dan habis dilanggan hanya dalam tempoh sehari sahaja.
Perarakkan untuk melanggan keseluruhan lima bilion unit saham 1Malaysia dengan setiap peserta disedekahkan 1,000 unit saham percuma oleh penganjur patut dilakukan agar apa yang berlaku kepada unit ASM khuss untuk bumiputera tidak akan berulang kepada unit-unit saham khusus untuk bumiputera bagi saham 1Malaysia. Apa salahnya apa yang baik yang dilakukan oleh kerajaan yang dibangkang disokong dan dibantu bagi menjayakannya demi kepentingan bangsa dan negara.
Kerajaan telah menampakkan kesungguhan membantu rakyat, misalnya mempercumakan 100 unit saham 1Malaysia kepada 50,000 pelajar ijazah pertama di universiti-universiti di negara ini, satu tindakan yang patut diteladani. Pembangkang pula kenalah tunjuk jasa mereka, bukannya asyik buat angkara dan mencetus dan menganjurkan malapetaka melalui demonstrasi dan mencari balah dan padah dengan rakyat pemberi mandat.
Tidak mustahil antara pelajar ijazah pertama yang menerima unit-unit saham 1Malaysia percuma itu terdiri dari anak-anak, adik, abang, kakak, saudara mara, kawan atau jiran sekampung 589 yang ditangkap kerana berdemonstrasi dan juga ribuan mereka yang berdemonstrasi tetapi tidak tertangkap, atau belum lagi ditangkap tetapi ada kemungkinan akan ditangkap. Kalau kita jenis tidak suka menimbulkan huru-hara dan kekacau-bilauan, buat apa nak takutak ISA kerana akta itu hanya untuk pengkhianat negara dan mandat rakyat.
Sebagai orang Melayu yang cintakan Melayu dan di samping menyanyngi bangsa-bangsa lain sebagai saudara senegara, saya berpendapat demi kepentingan Melayu, negara dan masyarakat pelbagai bangsa dan anutan agama, orang Melayu kena berhenti serta merta dari menyalahgunakan semangat dan kehebatan supaya mereka tidak terus dipealat dan diperkakaskan oleh pihak yang berkepentingan, yang mengambil kesempatan memanipulasi sikap Melayu yang mudah salahgunakan kehebatan dan semangat.
Saya pernah ke Kemboja yang terlibat dengan perang, berkesempatan melihat sisa-sisa kesengsaraan perang sehingga peta kemboja di muzium peang dibuat dengan tengkorak manusia Kemboja. Saya diceritakan tentang kesusahan dan kesengsaraan akibat perang, malah umat Islam Kemboja berpesan supaya rakyat Malaysia jangan cuba-cuba mahu menimba pengalaman hidup dalam suasana perang, sebaliknya keamanan dan kemakmuran Malaysia patut dijaga dan dipelihara.
Amalan demokrasi membolehkan rakyat menumbangkan kerajaan yang dianggap gagal melalui pilihanraya yang diadakan dalam tempoh lima tahun sekali. Penentang kerajaan/pembangkang kena buktikan dan yakinkan rakyat bahawa mereka lebih baik dari kerajaan yang sedia ada supaya mandat rakyat beralih kepada mereka. Selagi kerajaan yang ada menerima sambungan mandat rakyat, keputusan majoriti rakyat kena dihormati. Pembangkang boleh buat teguran dan berikan pandangan kepada kerajaan, bukannya cuba hulur tangan mencampuri urusan kerajaan supaya akhirnya tidak akan menjadi umpama tikus membaiki labu.
Kalau ibarat gulai kawah, tukang gulai sekarang adalah kerajaan Umno/BN yang kena tentukan jumlah rempah ratus dan garam yang patut dibubuh supaya yang menikmatinya (rakyat) akan dapat menilai keenakkannya. Pembangkang jangan nak pandai-pandai tambah rempah ratus dan garam hanya kerana merasakan diri lebih pandai dari tukang gulai sedia ada sedangkan rakyat tidak pun memberi mandat.
Kerana marah tidak diberi kepercayaan/mandat, maka gulai kawah cuba ditelengkupkan melalui demonstrasi. Dengan cara mencarik adat begitu apakah rakyat akan tengok pembangkang sebagai bestari atau akan dilihat sebagai bedebah dan menyakitkan hati serta sangat dibenci?. Pembangkang kena berhenti berfikir guna kepala lutut, sebaliknya kena sentiasa berfikir guna kepala berakal.
Saturday, August 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Meli. mung ingat puok tu cidik ko? Bodo po putong kayu ado lah.
Kalu cidik, nyo tok gi hungga buat demo haram lagu tu.
Adakah siapa-siapa yang dapat memberi statistik mengikut kaum orang2 yang menyertai demo tu dan yang kena angkap juga. Kalu di lihat dari gambar-gambar dan kat kaca Tv nampak macam majoritinya orang Melayu...sebabpo melayu..sbb segolongan Melayu telah di peralatkan oleh pemimpin yang mahu mengambil kesempatan dari keadaan huru hara untuk mencapai cita-cita politik dan masalah peribadi.Dan ini disokong dan di alok oleh pemimpin bangsa lain yang oportunist mahu melihat perpecahan Melayu bertambah-tambah lagi...
Weh mung ni meli beringat sikit, P/raya 2012 nanti bila PAS memerintah Malaysia aku kan igat dan ikat di Stadium Baroh Tunjung yang akan siap 2010 nanti. Ikat kemas dengan berbogel dan pala cukur (BOGEL tu TAK PAKAI KAIN LA WEH) dan letak di tengah stadium, aku akan arahkan anak buah aku lepas kerengga dan ketik batu pl**y mung. Masuk bayar tiket 5 Riyal. Untuk tempahan tiket sila telefon 019-9847526
Bagi kawe ada perlunya demo. Kadang-kadang kerajaan UBN buat bodo saja, pelbagai desakan dan permintaan rakyat. kalau yang tidak menguntungkan kerjaan UBN.
Alasan aku punya ialah:
1) Himpunan BERSIH yang telah diadakan oleh hampir 100,000 rakyat. Keputusannya ialah sebagaimana keputusan PRU 12 yang lalu. Kerajaan UBN jatuh 5 kerajaan dan Parlimen UBN tak cukup 2/3 majoriti. Walaupun Meli dan orang-orang yang sewaktu dengannya mengatakan apa ni... apa yang dapat....rugi saja.
2) Sebelum kerjaan UBN bersetuju menghapuskan pembelajaran PPSMI. Himpunan rakyat telah berjaya digerakkan. Puluhan ribu rakyat berjaya dihimpunkan. Hasilnya apa keputusan kerajaan UBN telah buat. Mahyuddin telah mengambil ketetapan pembelajaran PPSMI akan ditamatkan secara berperingkat-peringkat sehingga 2012. Meli sampai burok batu pun menulis dalam blog dan akhbar, kerajaan tak buat endah tak endah, kalau tiada desakan sebagaimana yang telah diadakan pada suatu masa dulu.
Bahasa yang sama juga digunakan oleh Meli dan kuncu-kuncunya.., apa ada pada demo... menyusahkan... kerajaan tak akan buat punye... bla...bla... hari ini kalau berpegang pada janji kerajaan pembelajaran PPSMI akan ditamatkan. Sudah tentu anak cucu, cicit meli dan kuncu-kuncunya turut sama dapat merasakan..hasil dari demo rakyat
3) Semalam 1 Ogos 2009, satu lagi sejarah dicatat. Himpunan 100,000 rakyat membantah ISA dan berjaya diadakan. walaupun angka tak sampai target. Tetapi apa yang pentingnya ialah apakah tindakan kerajaan UBN akan ambil?? selepas ini
Sekarang dari 3 demo rakyat. 2 telah membuahkan hasilnya.
Dari penelitian saya demo semalam. Ramai anak muda keluar. Kalau UBN berterusan macam ni.Dengan tangkapan. Sudah tentu akan terus menerus menimbulkan demdam dalam hati mereka.
Dari demdam inilah, mereka akan sekali lagi akan turun ke jalan raya jika kerajaan UBN tak buat apa-apa. Jika demo diadakan lagi.
Selain itu apabila ada Pilihanraya mereka yang berdemo ini, yang terdiri dari kalangan anak muda tadi akan demo dalam peti-peti undi.
Ingatlah UBN / masa tidak sentiasa muda. Akan ada akhirnya dalam dunia politik demokrasi .... Umno akan ada kuburnya tersendiri.
PAK DEMO
Cukup ke 100,000. Sy yang berada di sana tengok dalam 40.000 je.
Anwar pun mahu himpun 100.000, tapi yang datang di stadium hanya 5.000, mana lagi 95.000?
Dikala P.Pauh, K. Trengganu, B. Gantang dan B. Selambau menambah undi PAS dan PKR, kenapa pula kubu kuat PAS blh berkurang dengan banyaknya?
Isu janji2.. di semua PRK pemerintah berjanji belaka. Sama je?
Di kala ISA membebaskan tahanan, ada pula yang mahu dihapuskan. Zalim ke?
Apapun, pakatan Pro_ISA menang & berjaya menyerahkan memorendum. Itu gunanya pakai akal, bukan nya berserban tapi bodoh dan diperbodohkan.
baca sini : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/2/nation/4442342&sec=nation
Hanya seorang aje berjaya menyerahkan memorenduk kepada Sultan, yang ribu2 tu hanya di kudakayukan oleh DAP sahaja.
Ingat, hanya DAP tak suka ISA sebab anak beranak mereka (komunis) tumbang kerana ISA. Kenapa kita perlu bersama mereka?
Cuba cerita, dimana zalimnya ISA?
~Anwar yg dah insaf~
Penahanan tanpa bicara (adalah) salah satu perkara yang tidak boleh pertahankan. Ini kerana semua piagam antarabangsa dan semua agama mengutuk sekeras-kerasnya penahanan tanpa bicara
ISA bercanggah dengan amalan dan arahan yang ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah.
Sebagai contoh bagaimana kisah Rasuullah menyoal siasat Hatib bin Baqa'ah (seorang sahabat) yang membocor rahsia kepada kaum Quraisy bahawa Rasulullah SAW akan memasuki kota Mekah.
"Pada prinsipnya, ada pendengaran iaitu pertuduhan didengar kepada umum. Pada zaman Rasulullah SAW, tidak ada hukuman sebelum perbicaraan," katanya.
Menurut Islam, terdapat satu kaedah fiqhiyyah yang berbunyi, "al-dharrar yuzalu bil-syara" yang bermaksud kemudharatan itu ditolak oleh syarak.
Akta tersebut membawa kemudaratan kepada orang yang dituduh dan keluarga mangsa terbabit
Penahanan tanpa bicara di bawah akta tersebut adalah satu tindakan yang zalim kerana hak-hak individu untuk membela diri dirampas sehingga tidak berpeluang untuk membukti seseorang itu tidak bersalah.
ISA juga membawa kemudaratan kepada si isteri dan anak-anak tertuduh yang terpisah dengan si suami atau bapa.
Mereka menghadapi tekanan perasaan, (rasa) terpisah, takut, kecewa dan marah.
Tahanan ISA turut diperlakukan dengan penyeksaan seperti dipukul dan dibelasah.
Islam memberi peluang kepada yang dituduh untuk membela diri.
Sekiranya beliau (tertuduh) tidak mampu untuk mengupah peguam, maka orang ramai atau baitulmal harus menanggung untuk membela dirinya.
Tidak boleh dihukum sehingga diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri... sehingga tidak ada seorang pun yang tidak dibela
Penahanan tanpa bicara ini telah ditolak daripada empat mazhab utama dalam Islam,iaitu Hanafi, Maliki, Syafiie dan Hanbali.
Mereka bersepakat menolak tentang perkara tersebut
ISA juga ditolak kerana ia bercanggah dengan piagam hak asasi manusia yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), selepas peperangan dunia kedua.
Pada tahun 1981, telah diluluskan satu piagam alternatif iaitu deklarasi Islam sedunia tentang hak asasi...kedua-dua piagam tersebut tidak bersetuju dengan penahanan tanpa bicara.
ISA adalah haram kerana ia bercanggah dengan al-Quran, amalan Rasulullah SAW, Khulafa' Rasyidin, imam-imam mazhab dan bercanggah dengan apa yang ditetapkan oleh masyarakat antarabangsa.
bersambung....
Kata mantan mufti perlis..Dr Asri pula
Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.
“Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.
“Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.
“Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya,” kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.
Kata Dr Asri lagi, “Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia.”
Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.
“Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.
“Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam,” kata Dr Asri lagi.
Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.
“Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?,” jelas beliau.
Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.
“Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik.
Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya.
“Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat?,” kata Dr Asri i.
“Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.
Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan.
“Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar,” kata beliau.
Jelas beliau, saluran politik digunakan untuk membina kekayaan diri. Inilah hasilnya bila kerakusan ini berlarutan. Tidak ada setiakawan dalam politik, musuh memusuhi, berpuak-puak kerana fikirkan survival politik masing-masing bukan survival rakyat yang dipertanggungjawabkan.
Yang paling ketara sekarang, pemimpin politik bukan sahaja gagal membawa rakyat keluar dari kemelut yang sedang dihadapi malah menjadikan keadaan lebih rumit.
“Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah tapi mereka pula yang menimbulkan lebih banyak masalah lain,” kata Dr Asri.
Jadi sekarang bagaimana
sdr Anwar Yang Insaf?
Tak kira siapa yg komen tentang ISA,,,itu pandangan masing2..terpulanglah.....cakap2 politik,...biasalah..ini hari sokong, esok belum tentu lagi...ikut keadaan....yang payah ni,kalau ada pengikut fanatik,,..terlalu taksub...cukup2le perbodohkan orang..pergi tolong bang Meli cari gula lagi baik!!!..kalau gian sangat nak berdemo,pakat gi demo kt tokeh gula.....tak dak siapa yang kacau...kah!!kah!!kah!!
Post a Comment