Sunday, August 2, 2009

MUNCUL KEMBALI (303)

Apa yang pernah saya tagih dari Pas?

SEORANG penjenguk yang kurang senang dengan catatan saya pada posting MUNCUL KEMBALI (301) mencatatkan;
saiful said...
meli mu ni barua umno kalu aku temu mu aku kapok mu pade mukamu lepah gerre ko pas kerano pas tak layae hak mu nok. pas bukae mace umno gi mapuh kapak bukoh

August 1, 2009 3:29 AM.

Soal nak kapakkan saya tu sedikit pun tidak menggerunkan saya. Sebagaimana yang pernah saya catatkan, saya tidak akan dizahirkan ke dunia ini kalau untuk jadi penakut walaupun saya bukan berani sangat.

Lagi pun kalau kerana saya ditakdirkan patut dicederakan atau pun mati dibunuh gara-gara menulis tentang isu-isu yang tidak disenangi pembaca, barangkali saya dah lama mati bukan kerana dikapak tetapi mungkin ditembak.

Saya pernah diugut akan ditembak jika muncul pada sekian-sekian tempat tetapi tempat yang kononnya saya akan ditembak itulah yang saya kerap pergi, siap dengan tulis nama pada baju supaya mudah dicam.

Soal gedebe dan samseng ni kalau boleh ingin saya lupakan. Tetapi kalau ada yang cuba jual murah-murah sangat, saya bolehlah tolong beli koho-koho. Kalau sengaja cari rasanya tidak, tapi kalau terparak takdok aroh la, bolehlah kita try test cuba tengok muka sapo yang akan jadi muka pok bbungo ali.

.....lepah gerre ko pas kerano pas tak layae hak mu nok.....begapo hak saya nak dari Pas? Berapa kali saya pernah minta kawasan balak? Masuk kerja di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKn) pun bukan saya yang minta, tapi saya dijemput dan dipujuk masuk.

Kenapa saya dijemput masuk saya pun tidak tahu dengan jelas. Barangkali kerana pada suatu ketika buku-buku yang saya tulis, terbit dan edar guna duit sendiri dilihat melabakan Pas. Kalau nak kira saya aktif berparti politik, bukan sahaja saya tidak aktif tetapi saya bukan orang parti politik pun.

.....lepah gerre ko pas kerano pas tak layae hak mu nok..... adalah merupakan tanggapan buruk dan bersifat menghina saya, barangkali kerana pada waktu ini saya hanya pembeli dan penjual besi buruk, maka saya dianggap dalam keadaan pelahapkan pitih.

Berniaga besi buruk sebenarnya bukan kerana masalah wang sangat pun. Sesak-sesak saya pun adalah juga kebun getah pusaka sikit sekadar sekangkang koyak kera, bolehlah setakat untuk beli beras dan ikan kering bengkok kepala.

Hasil saya menulis setiap bulan pun rasanya lebih banyak dari gaji pemegang ijazah sarjana muda yang baru mula bekerja. Sebenarnya saya merancang mahu menulis novel mengenai manusia marhaen, termasuklah pencari barang-barang lusuh/besi buruk.

Kebetulan kenalan baru saya, bekas ganster Cina dan seorang pekerja ceti haram (along) yang mana saya sedang berusaha menarik minatnya supaya masuk Islam tanpa perlu menukarkan nama asalnya bertanya saya, apa pekerjaan yang boleh dibuatnya apabila kehidupan lamanya ditinggalkan.

Sambil bergurau saya kata kalau tak ada kerja sangat, jadi pemungut besi buruklah. Gurauan spontan saya itu diambil serius oleh rakan saya itu dan kami tubuhkan syarikat atas nama perkongsian untuk beli besi buruk dan barangan lusuh.

Kebetulan sebagaimana yang saya sebutkan di atas, saya sedang kerjakan novel kehidupan manusia marhaen, termasuk yang bekerja mencari barang lusuh.

Untuk itu saya kena tahu mengenainya dengan turut terlibatkan diri dengan aktiviti memembeli serta menjual besi buruk yang kini menjadi rutin harian saya yang mana apabila sudah stabil nanti, saya akan serahkan kepada rakan saya itu kendalikan sepenuhnya.

.....lepah gerre ko pas kerano pas tak layae hak mu nok..... tanggapan itu dibuat kerana penjenguk yang buat komen tidak kenal saya. Cuba tanya Encik Abdullah Hassan (Cik Lah CC UPKn) Kerajaan Pas Kelantankah yang banyak memberi kepada saya atau saya yang memberi?

Bukan bermaksud mahu mengungkit (mohon Allah ampunkan saya jika ada rasa riak, takbur dan bibit-bibit mahu mengungkit) tetapi untuk membersihkan nama saya dari anggapan liar kononnya saya banyak tegur Pas kerana Pas tak layan apa yang saya mahu, maka saya kena dedahkan apa yang saya rahsiakan kecuali saya dan Cik Lah CC UPkn yang tahu.

Rujuk Cik Lah CC:
<> Betul ke tidak apabila pasukan bola pada sesuatu kawasan mahukan bola dan dipohon kepada wakil rakyat tetapi tidak dilayan, siapa yang akan berikan bola (bukan sebiji tapi sampai 10 biji, malah adakalanya siap dengan jerseynya sekali) tetapi saya katakan sumbangan itu adalah sumbangan wakil rakyat di kawasan berkenaan.

<> Ada yang minta pembinaan wakaf dari tok wakil tetapi RM3,000 bagi sebuah wakaf dianggap mahal. Kerajaan kononnya tak ada pitih nak tanggung. Siapa yang beri wang untuk pembinaan dua buah wakaf tetapi penduduk kawasan terbabit tahu ianya sumbangan tok wakil kerana saya kata wang yang saya disumbangkan datangnya dari tok wakil walapun ceknya saya yang tandatangan.

<> Ada mu'alaf datang ke UPKn dan mendakwa sebelumnya telah pergi ke pejabat MB untuk minta bantuan bagi membayar yuran pengajian sekolah pondok, untuk beli pakaian, beli kitab dan untuk belanja makan sebulan dua, tetapi beliau dihalau.

Siapa yang berikan wang pada jumlah ribu-ribu dengan memberitahu duit itu adalah sumbangan MB dan MB minta maaf kerana tidak cukup masa untuk bertemu. Yang halau semasa ke pejabat MB tadi bukan MB tetapi petugas pejabat MB yang tidak mahu MB diganggu. Lagi pun ramai yang datang ke pejabat MB setiap hari. Itu yang saya beritahu.

Mangkuk tandas, simen untuk siapkan rumah, katil dan tilam untuk sekolah tahfiz, nak cukupkan wang mas kahwin, malah untuk cukupkan bayaran pembelian kereta terpakai oleh orang Pas pun saya beri tetapi saya memberitahu bahawa duit itu datangnya dari tok wakil di kawasan individu yang minta sumbangan itu datang.

Kenapa saya lakukan begitu? Apakah kerana saya banyak duit? Apakah kerana saya mahu jawatan dalam parti atau apakah kerana saya ada rancangan mahu jadi tok wakil?. Jawabnya tidak. Lagi pun MB, wakil rakyat dan Pas tak tahu pun apa yang saya lakukan.

Kenapa saya lakukan itu semua? Jawabnya kerana saya mahu menjaga imej parti yang ketika itu saya bermajikan Kerajaan Pas. Juga mahu menjaga imej, kredibiliti, reputasi dan prestasi tok wakil dan juga Kerajaan Membangun Bersama Islam. Itu antara pemberian saya kepada Pas yang tidak pernah saya lakukan untuk Umno.

Sebanyak mana wang yang penjenguk yang mencatat .....lepah gerre ko pas kerano pas tak layae hak mu nok.... dan mereka yang anggap saya barua Umno telah sumbangkan kepada Pas demi untuk memelihara imej, kredibiliti, prestasi dan reputasi Pas, MB dan wakil-wakil rakyat Pas?

Saya minta ampun kepada Allah dan meminta maaf kepada penjenguk blog saya kalau posting saya kali ini bukan sahaja agak emosional tetapi juga barangkali ada unsur-unsur riak, bongkak, sombong, bongkak dan takbur.

8 comments:

pemudacakna said...

Penjelasan saudara Meli bukanlah riak, sekadar memberitahu perkara sebenarnya adalah tidak mengapa untuk pengetahuan pada orang yang suka mengata tanpa usul periksa.
Orang yang menuduh saudara Meli dengan tidak tentu kalu itu perlu memohon maaf kepada saudara Meli sekiranya tuduhan itu tidak berasas.
Hati mana yang tidak terasa jika tuduhan itu kita tidak buat.
Berserahlah kepada Allah, kerana itu cara yang sebaik-baiknya.

Pemikir Ore Kelate said...

Salam Abe Meli
So Saiful, kalu sero berani gak bui la no telepon mu denga alamat mu kalu berani ko abe meli, ni dok kecek sajo, jenis tadok batu p***ir. Kalu takt komen tapi takut nok bui alamat rumoh tok soh la bos, buat malu ore kelate.

Malaysia said...

salam abe meli, bia la budok tu, tok sah nak dilaye budok perangai gitu, dio raso dio jah buleh masuk syurgo tue, ambo ore kelate soko hok gapo abe meli tulis, harap abe meli terus menulis,

denaihati said...

PAS + PKR + DAP= PAKATAN terlalu yakin menang PRU13 sebab itu sekarang tak malu2 berbahasa sombong...INsyallah inilah permulaan kejatuhan mereka.

Anonymous said...

ambo ni orang bodo abg meli,ba ba reti baca jeh,tapi ambo berasa minat ke abg meli,cara dan hujah abg meli belaga angin dgn ambo.kalau sudi dan ada masa nak ajak abg meli jalan derumah ambo sekali.ambo ni dok di kubangkerian jah.

amego said...

Assalamualaikum pak Chik. walaupun kadangkala banyak perkara yang saya tidak sependapat dengan pak chik Meli tapi bukanlah budaya saya nak pukulx orang. Alhamdulillah saya bersyukur kerana masih mempunyai keimanan. Pada pendapat saya, Kalau kita tak setuju dengan sesuatu perkara yang ditulis. berilah komen dan janganlah guna katax yang dilarang oleh uagama kita. kalau dah tak tak boleh sangat jangan dok tengok blog ni. hati dan jiwa pun tak sakit. Biasalah setiap orang ada pendapat masingx. Maaf dipohon jika katax saya ada yang menguris hati dan perasaan. Wassalam.

Anonymous said...

Sdr Meli ambo pun setuju ore pas ni ramai hok senok otak.Dia semuanya betul.Klau tak percaya beli harakah tak ada pub satu yg baik kerajaan buat.semuanya tak betul belaka hatta kerajaan bui amanah saham percuma pada budak budak unuvesiti pun dia dok senyap.Sebab tu allah siap neraka hak special pada puak puak asobiyiah ni

Mat Analisis said...

denaihati said...
PAS + PKR + DAP= PAKATAN terlalu yakin menang PRU13 sebab itu sekarang tak malu2 berbahasa sombong...INsyallah inilah permulaan kejatuhan mereka.

August 2, 2009 6:45 AM

MAAF SAYA KURANG SETUJU DENGAN SAUDARA. BAGI SAYA PAS + PKR + DAP= PAKATAN TIDAK YAKIN MEREKA AKAN MENANG, KERANA ITU MEREKA JADI MACAM DIRASOK POLONG.
MEREKA DALAM KEADAAN PUTUS ASA, FRUST DAN KECEWA YANG AMAT SANGAT. MEREKA BERLAGAK SOMBONG SEBAGAI PROVOKASI, DEMONSTRASI PUN ADALAH PROVOKASI. NANTI BILA GAGAL DALAM PILIHANRAYA, MEREKA AKAN KATALAH POLIS KHIANAT, SPR TIDAK TELUS, PENGUNDI HANTU DAN ORANG MATI PUN UNDI UMNO DAN MACAM-MACAM LAGI.
SAYA YAKIN PADA PILIHANRAYA KE-13PAS + PKR + DAP= PAKATAN AKAN KALAH TERUK. KECUALI PUALAU PINANG, KELANTAN, KEDAH DAN SELANGOR AKAN JATUH KE TANGAN UMNO. PERCAYALAH. SIKAP PM SEKARANG INI MENJADIKAN DI DEPAN, DI BELAKANG, DI KANAN DI KIRI, DI ATAS DAN DI BAWAH PAS + PKR + DAP= PAKATAN ADA API DAN DURI.