Sunday, August 2, 2009

MUNCUL KEMBALI (304)

Demontrasi: peniaga hilang perolehan RM100 hingga RM200 juta?

SETIDAK-TIDAKNYA 550 peniaga yang menanggung kerugian kerana gedung-gedung perniagaan terpaksa ditutup gara-gara perhimpunan haram desak mansuhkan ISA, teraniaya dan mengalami kerugian.

Mahu tidak mahu anak isteri/anak suami dan para pekerja di gedung-gedung pernigaan serta keluarga masing-masing pasti akan mengutuk penganjur dan peserta perhimpunan.

Turut kehilangan punca pendapatan adalah para pemandu teksi dan pengusaha bas. Mereka juga serta anak isteri dan para penumpang adalah antara mereka yang teraniaya dan pasti akan mengutuk penganjur dan peserta perhimpunan.

Untuk urusniaga sahaja dikatakan para peniaga kehilangan punca pendapatan antara RM100 juta hingga RM200 juta. Jika ditambah dengan kehilangan punca pendapatan pemandu teksi, jumlahnya pasti lebih besar.

Tidak hairanlah kalau daripada 589 yang ditangkap, tidak sampai pun 10 orang bukan Melayu termasuk dalam bilangan uang ditangkap, sebaliknya majoriti yang ditahan adalah orang Melayu yang rata-rata bersikap berani bodoh dan menyalah-gunakan kehebatan sebagai bangsa berdaulat.

Maknanya bukan Melayu yang menyertai perhimpunan itu tidak ramai, kerana itulah mereka tidak ramai yang ditangkap. Kenapa tidak ramai, jawabnya kerana ianya tidak melabakan, malah dari sudut kepentingan ekonomi, perhimpunan itu merugikan.

Saya yakin kalau bukan kerana pihak polis bertegas dalam menghadang perhimpunan haram itu, lebih besar jumlah kerugian pasti akan berlaku semata-mata hanya kerana ada pihak yang sanggup memperalat dan memperkakaskan orang ramai demi kepentingan politik dan kekemarukkan tunjuk hebat serta pengaruh oleh individu yang ketagih dan gila kuasa.

Saya yakin sebilangan besar daripada 589 yang ditangkap dengan sebahagian besar daripadanya telah dibebaskan hari ini menjadi telah mangsa keadaan, malah secara tidak disedari oleh mereka bahawa mereka telah diperalat dan diperkakaskan.

Pasti majoriti rakyat di negara ini, terutama 550 peniaga yang terpaksa menerima padah kerugian serta anggota keluarga serta para pekerja masing-masing, malah 589 yang ditahan serta anggota keluarga masing-masing mahukan 'jerung' perhimpunan haram itu segera diberkas.

Tokoh-tokoh yang secara terang-terang berucap dan mempengaruhi orang ramai supaya berhimpun walapun diketahui perhimpunan itu tidak ada permot, malah permit pun tidak dipohon kena ditangkap segera, malah patut diISAkan.

Majoriti rakyat akan berada di belakang pihak polis jika tokoh-tokoh seperti Annuar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang dan tenaga-tenaga utama dalam merangka dan menganjurkan perhimpunan ditangkap segera dan diISAkan.

Malah pelaksanaan undang-undang akan dilihat benar-benar saksama dan tidak bertompok kepada kalangan kelas ikan bilis sahaja jika tokoh yang pada pada hakikatnya lebih besarnya lebih besar bunyi dari gendang ditangkap dan diISAkan segera.

Percayalah, tidak akan ada yang sanggup gadai nyawa untuk pertahankan Anwar, Hadi, Lim dan penggerak kepada terealitinya perhimpunan haram seandainya pihak polis benar-benar bertegas menghalakan bedil berpeluru untuk sepaikan otak pencabar undang-undang demi kententeraman awam dan keselamatan negara terpelihara.

Polis dan kerajaan akan dilihat sebagai dayus dan menikus kepada pengacau ketenteraman awam kalau ekoran dari perhimpunan yang menyebabkan peniaga kerugian antara RM100 juta hingga RM20 juta, maka tokoh-tokoh seperti Anwar, Hadi, Lim dan lain-lain tidak segera diISAkan.

Penangkapan dan penahanan mereka dibawah ISA secara tidak langsung akan menjadikan mereka tidak akan terus perasan sebagai amat hebat dan berpengaruh pada kacamata seluruh rakyat negara ini walaupun hakikatnya jumlah yang memperhebat dan mempertokohkan mereka tidak seramai mana pun.

Polis jangan lupa untuk ISAkan sama para blonggers dan pengelola akhbar alternatif berhaluan kiri yang telah turut memainkan peranan dalam memperalat dan memperkaskan orang ramai supaya menganggap menyertai perhimpunan itu mendatangkan pahala, malah ada yang percaya seandainya mati terpijak pun akan dianggap syahid.

Bagi saya blogers dan pengelola akhbar aleternatif berhaluan kiri sangat patut diISAkan supaya mereka dapat gambaran dan pengalaman, seterusnya apabila dibebaskan nanti mereka boleh menulis dengan lebih tepat tentang ISA, bukan berdasarkan andaian liar dan berdasarkan dengar cakap.

9 comments:

john said...

kawe raso demo ni paling kecut la bab2 demontrasi ni mugo demo dok cari untung kok ni. kalu tak dok peristiwo lagu ni tok tahu pulok demo nok bodek najib. demo dok dale zon seleso acu anok mu keno isa pasal keno tuduh hok bukan2 lagu mana agaknya?...kawe rqaso koho kuat demo ngampunyo!

Anti Al-Liwati al-Juburi al-Taiki said...

Jangan samakan orang lain dengan perut pedal sendiri. Meli cari cari untung apa. Dia hanya pembeli dan penjual besi buruk. Kalau Meli bodek takdok faedah, Najib tak kenal pun Meli. Lagi pun Meli bukan orang Umno.
Bukan Meli jah, semua rakyat negara ini bagi kepala yang tidak masuk air semuanya dalam zon selesa. Kenapa dari zon selesa nak dibawa ke zon huru-hara.
Dah berasa hebat, rasa ketokohan kita laku gadai, guna saluran pilihanraya untuk tawan hati rakyat, jangan kerana nak penuhi impian gila kuasa, maka bangsa sendiri diperalatkan, sampai ada yang kena tidur dalam lokap.

Thick Face Black Heart said...

Bakpo lah dok nak sakit hati dgn meli.Dia kata tu betul.ore PAS ni ramai kepala masuk air.Dengan DAP boleh dok Khalawat tapi kalu dgn UMNO semuanya salah.Ambo sokong pandangan MELI dia tahu sangat perangai puak puak PAS hok asobiah niih.Kalau kecek Islam dia saja yang betul ore lain semau kafir!Sedih jugak tengok muka muka melayu dok demostrasi mana ahli DAP dan hindraf

Pemilih Laluan Depan Dari Belakang said...

Kawe sokong Anti Al-Liwati al-Juburi al-Taiki. Lagi pun nak berani pun kena tengok getek. Kalau bo ko golok hanya buleh tebas pokok kapalterbang atau tebang pokok pisang, jangan buat berani nak tebang pokok balak. Padanya golok habis gelebek penggal mata, pokok balak bertangkak pun tidak. Kerja lagu tu gon namanya.

Al-Dugali al-Main Al-Belakangi said...

Setuju. Kena atas kemeluk. Bo la dok begilo pakai sadat nak cerut pokok balak. Gon nmanya makdo padkdo weiii. Demonstrasi tak akan tumbe kan kerajaan. Hak sohnya kerajaan koho rakyat sayang, pendemonstrasi koho dibeci

Azman Ulu Langat said...

Apa halnya pakat-pakat main al semuanya ni? Eloklah kalau guna bahasa standard. Kami orang luar Kelantan pun tak tau juga apa yang komentarkan.

Anti Al-Liwati al-Juburi al-Taiki said...

Al-al ni pasal nak tunjuk ada unsur-unsur arabic. Minta maaf kepada Encik Azman Ulu Langat kerana kami main bahasa puak-puak Kelantan.
Kalau tak faham bahasa yang kami gunakan cuba call Meli, dia ni pernah diistilah sebagai sifu bahasa budu

Anonymous said...

KALAU MENTERI UBN MENGATAKAN PENIAGA RUGI RM200 JUTA RINGGIT KERANA DEMO ADALAH KENYATAAN MENGARUT DAN TAK MASUK AKAL.

HUJAH AKU BEGINI.

1) KALAU BETUL 20,000 ORANG KE KUALA LUMPUR UNTUK BERDEMO.. ANDAINYA MEREKA BERBELANJA RM20.00 SEORANG UNTUK MAKAN MINUM SEMASA DI SANA. INI BERMAKNA RM400,000 PUSINGAN WANG TELAH BERLAKU DALAM NEGARA KHUSUSNYA KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG. INI BARU DIKIRA BELANJA MAKAN DAN MINUM.

2) AKU LIHAT SENDIRI. SEMUA KEDAI TIDAK DI TUTUP SEBAGAIMANA KENYATAAN MENGARUT OLEH MENTERI UBN DAN YANG SEJENIS DENGANNYA. KEDAI KFC, RESTAURAN INSAF, KEDAI KAIN JAKEL, RESTAURAN NASI KANDAR, KEDAI BUKU, KEDAI KAIN KAMDAR, ENTAH MACAM-MACAM KEDAI DIBUKA DARI AWAL PAGI HINGGA MALAM. CUMA SEKALI-SEKALI DITUTUP PINTU APABILA ADA SERANGAN BOM ASAP DAN PANCUTAN AIR KIMIA OLEH POLIS FRU. KEDAI YANG TAK TUTUP LANGSUNG IALAH PENIAGA MELAYU DI KAKI LIMA. SESEKALI MEREKA MEREPEK JUGA. SELEPAS TU SENYUM APABILA PENDEMOSTRASI MEMBELI BARANG KEPERLUAN DIGERAINYA.

3) KETIKA SELEPAS BERDEMO MENUNGGU APA SUDAHNYA …AKU DAN PUAK-PUAK AKU 5 BUAH VAN @ 40 ORANG SEMUANYA. SEMPAT BERSHOPPING UNTUK RAYA DI KEDAI-KEDAI KAIN ANTARANYA JAKEL, KAMDAR, GERAI KAKI LIMA MASJID INDIA. AKU DAN KAWAN-KAWAN DAH HABISKAN BERIBU DI SITU. AKU DAH BELI 2 PASANG BAJU. KAWAN-KAWAN LAIN NAMPAK MASING -MASING BELI UNTUK DIRI SENDIRI, UNTUK ANAK-ANAK DAN UNTUK BINI. AKU CONGOK SENDIRI-DIRI SETELAH DITANYA-TANYA SESAMA SENDIRI. KIRA-KIRA RM4,360.00 AKU DAN KAWAN-KAWAN BERBELANJA BELI KAIN UNTUK BAJU MELAYU DAN BAJU KURUNG ANAK BINI. BERMAKNA SEBANYAK RM4,360.00 DAPAT KEPADA TAUKEH KEDAI KAIN DI KUALA LUMPUR PADA HARI DEMOSTRASI 1 OGOS 2009.


4) AKU TANYA TOKEY KEDAI "ADAKAH ENGKAU BERSETUJU DENGAN DEMO NI?' MEREKA MENJAWAB “AKU TAK KISAH...ASALKAN AKU BOLEH BERNIAGA”.
KATA AKU LAGI "AKU BELI 2 PASANG BAJU NI PUN KERANA SAMBIL BERDEMO DI KUALA LUMPUR MEMBANTAH KEZALIMAN ISA...KALAU TIDAK AKU TAK DATANG BERBELANJA DISINI" DIA SENYUM PUAS HATI..KAIN BOLEH JUAL, DAPAT DUIT LAGI. AKU JUGA SENYUM PUAS HATI BOLEH BELI KAIN UNTUK BAJU MELAYU SEMPENA RAYA.

5) KETIKA BERDEMO AKU SEMPAT BELANJA MAKAN TENGAHARI NASI BERIANI RESTAURAN INSAF. SITU PUN AKU DAN PUAK-PUAK AKU DAH HABISKAN RM865.70. UNTUK SEKALI MAKAN TENGAHARI. TAUKEH KEDAI TERPAKSA MEMASAK TAMBAHAN BEBERAPA KALI SEBAB RAMAI NAK MAKAN TENGAHARI SAMBIL BERDEMOSTRASI DI KUALA LUMPUR.

6) KALAU AKU DAN PUAK-PUAK AKU TAK PERGI TENGOK DEMOSTRASI PADA HARI TU, SAH AKU TAK AKAN BERBELANJA MAKAN DI RESTAURAN, ATAU KEDAI MAKAN MAMAK DAN KEDAI –KEDAI DI KUALA LUMPUR, & LEMBAH KLANG.

7) ITU AKU KIRA AKU DAN PUAK-PUAK AKU, TAK TERMASUK ORANG LAIN YANG DOK KERUMUN SEMUA KEDAI MAKAN NASI KANDAR DAN KEDAI MAKAN MELAYU DI JALAN TENGKU ABDUL RAHMAN, JALAN MASJID INDIA, JALAN BONUS, DEKAT KOMOPLEKS BELI BELAH SOGO. KEDAI MYDIN.

BERSAMBUNG ..........

Belakang Parang

Anonymous said...

SAMBUNGAN ....... UNTONGNYA JIKA ADA DEMOSTRASI.........

8) ADA PERGI DENGAN BAS, KERETA SENDIRI, BAHKAN ADA YANG PERGI DENGAN KAPAL TERBANG. SEMUA ITU MEMERLUKAN BELANJA UNTUK TAMBANG DAN BELI MINYAK. KATAKAN PURATA RM15.00 SEORANG @ 20,000 ORANG BERBELANJA UNTUK MINYAK @ TAMBANG. INI BERMAKNA DAH RM300,000 WANG RAKYAT TELAH BERTUKAR TANGAN DAN BERPUSING. APABILA BERLAKU URUSNIAGA, EKONOMI DALAM NEGARA 1MALAYSIA BERGERAK, BUKAN KAKU BEKU.

9) RAMAI JUGA PERGI AWAL KE KUALA LUMPUR. HOTEL 3 BINTANG KEBAWAH DAN YANG TIADA BINTANG PENUH SESAK DI SEKITAR JLN TENGKU ABDUL RAHMAN, MASJID INDIA DAN SEKITARNYA. KATAKAN RM50.00 SEORANG SEMALAMAN. YANG MENYEWA BILIK KATAKAN 1,000 ORANG. INI BERMAKNA RM50,000 TELAH DISUMBANGKAN KEPADA TAUKEH HOTEL DAN RUMAH TUMPANGAN.

10) PUSINGAN WANG DALAM NEGARA JUGA BERTAMBAH APABILA MANA SEMUA KENDERAAN YANG MELALUI LEBUH RAYA TELAH BERBELANJA SAKAN KERANA BAYAR TOL. ANDAI KATA 2,000 BUAH KERETA @ RM10.00 (UNTUK PERGI & BALIK) TAUKEH TOL SUDAH DAPAT RM20,000.

11) DBKL JUGA DAPAT DUIT DARI PARKING KERETA TERMASUK SAMAN PARKING. ANDAI 2,000 BUAH KERETA @ RM10.00. NAH WANG MENGALIR DI KUALA LUMPUR & LEMBAH KLANG SEBANYAK RM20,000. MASUK KE KERAJAAN DAN DBKL

12) PERBELANJAAN MAKAN MINUM DALAM PERJALANAN PERGI DAN BALIK DARI SELURUH NEGARA. ANDAI KATA 10,000 ORANG DARI LUAR SELANGOR, LEMBAH KLANG DAN KL. SUDAH TENTU MEREKA BERBELANJA MAKAN DALAM PERJALANAN. ANDAI KATA 10,000 ORANG @RM15.00 SEORANG. DUIT DALAM NEGARA BERTUKAR TANGAN SEBANYAK RM150,000.

13) POLIS , KHUSUSNYA KEMENTERIAN DALAM NEGERI DAPAT MELUPUSKAN BOM ASAP DAN PELURU UNTUK MENEMBAK PENUNJUK PERASAAN. KATAKAN KOSNYA SEBANYAK RM10,000. SUDAH TENTU KRONI DARI KALANGAN UMNO DAPAT PROJEK MEMBEKAL BOM ASAP DAN PELURU BARU. BOLEH MENDATANG BISNES KEPADA AHLI UMNO.

14) MINYAK UNTUK TRUCK, LORI FRU DAN HELIKOPTER, KATAKAN DIBELANJAKAN SEBANYAK RM50,000. ADA LAGI TAUKEH DIKALANGAN AHLI UMNO DAPAT KONTRAK BEKAL MINYAK. PENDEK KATA ORANG UMNO PUN DAPAT PROJEK MEMBEKAL. SUDAH TENTU PUSINGAN WANG DALAM NEGARA BERLEGAR HEBAT.

15) SERAMAI 589 ORANG PENDEMO TELAH DITANGKAP DAN DILOKAP SEMALAMAN. KATAKAN MEREKA DIJAMU DENGAN KOS MAKAN MINUM DENGAN KADAR RM1.50 SAHAJA SEORANG. BERMAKNA WANG BERPUSING DALAM NEGARA KHUSUSNYA DI LEMBAH KLANG SEBANYAK 883.50. WAL HAL YANG SEBENARNYA KONTRAKTOR (SUDAH TENTU KRONI UMNO) MEMBEKALKAN NASI DAN AIR MINUMAN DENGAN HARGA YANG DI CLAIM MELALUI PESANAN KERAJAAN SEBANYAK RM10.00 SEORANG. KONTRAKTOR DAPAT RM5,890.00. UNTUNG SAKAN SEBANYAK RM5,006.50.

SIAPA YANG RUGI ??? SEBENARNYA. . AKU MERASAKAN MELI MAMPU KIRA JUMLAH PENDEMO HABISKAN DUIT UNTUK PERGI DEMO. MEREKA TIDAK SERIK. MEREKA AKAN BERDEMO LAGI. YANG AKU KIRA SECARA KASAR IALAH SEBANYAK RM876,115.70 DUIT PENDEMO DAN POLIS HABIS BERBELANJA. TAPI JANGAN LUPA DALAM WAKTU ITU KRONI UMNO YANG DAPAT PROJEK BERJUMLAH RM65,890.00. SEKARANG BERTAMBAH LAGI KANTUNG MEREKA.

Belakang Parang