Monday, August 3, 2009

MUNCUL KEMBALI (306)

Rancang demonstrasi bersiri cergaskan ekonomi empat negeri diperintah pembangkang

PIHAK kerajaan dan orang ramai yang anti demonstrasi kata ekoran demontrasi yang diadakan pada 1 Ogos menyebabkan 550 peniaga di lokasi-lokasi terbabit terpaksa menutup perniagaan dan kerugian yang dianggarkan adalah antara RM100 juta hingga RM200 juta.

Manakala pemandu teksi pula mendakwa kehilangan pendapatan tidak kurang dari RM400,000. Yang turut mengalami kerugian adalah pengusaha bas. Bagaimanapun setakat ini belum ada perangkaan/fakta kerugian di kalangan pengusaha bas dikeluarkan oleh mana-mana pihak.
Dalam mengumpul perangkaan/fakta kerugian, Saya tertarik dengan catatan penjenguk blog saya sebagai respon kepada posting MUNCUL KEMBALI (304) yang mana beliau mencatatkan seperti berikut:

Anonymous said...
KALAU MENTERI UBN MENGATAKAN PENIAGA RUGI RM200 JUTA RINGGIT KERANA DEMO ADALAH KENYATAAN MENGARUT DAN TAK MASUK AKAL.HUJAH AKU BEGINI.1) KALAU BETUL 20,000 ORANG KE KUALA LUMPUR UNTUK BERDEMO.. ANDAINYA MEREKA BERBELANJA RM20.00 SEORANG UNTUK MAKAN MINUM SEMASA DI SANA. INI BERMAKNA RM400,000 PUSINGAN WANG TELAH BERLAKU DALAM NEGARA KHUSUSNYA KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG. INI BARU DIKIRA BELANJA MAKAN DAN MINUM.2) AKU LIHAT SENDIRI. SEMUA KEDAI TIDAK DI TUTUP SEBAGAIMANA KENYATAAN MENGARUT OLEH MENTERI UBN DAN YANG SEJENIS DENGANNYA. KEDAI KFC, RESTAURAN INSAF, KEDAI KAIN JAKEL, RESTAURAN NASI KANDAR, KEDAI BUKU, KEDAI KAIN KAMDAR, ENTAH MACAM-MACAM KEDAI DIBUKA DARI AWAL PAGI HINGGA MALAM. CUMA SEKALI-SEKALI DITUTUP PINTU APABILA ADA SERANGAN BOM ASAP DAN PANCUTAN AIR KIMIA OLEH POLIS FRU. KEDAI YANG TAK TUTUP LANGSUNG IALAH PENIAGA MELAYU DI KAKI LIMA. SESEKALI MEREKA MEREPEK JUGA. SELEPAS TU SENYUM APABILA PENDEMOSTRASI MEMBELI BARANG KEPERLUAN DIGERAINYA. 3) KETIKA SELEPAS BERDEMO MENUNGGU APA SUDAHNYA …AKU DAN PUAK-PUAK AKU 5 BUAH VAN @ 40 ORANG SEMUANYA. SEMPAT BERSHOPPING UNTUK RAYA DI KEDAI-KEDAI KAIN ANTARANYA JAKEL, KAMDAR, GERAI KAKI LIMA MASJID INDIA. AKU DAN KAWAN-KAWAN DAH HABISKAN BERIBU DI SITU. AKU DAH BELI 2 PASANG BAJU. KAWAN-KAWAN LAIN NAMPAK MASING -MASING BELI UNTUK DIRI SENDIRI, UNTUK ANAK-ANAK DAN UNTUK BINI. AKU CONGOK SENDIRI-DIRI SETELAH DITANYA-TANYA SESAMA SENDIRI. KIRA-KIRA RM4,360.00 AKU DAN KAWAN-KAWAN BERBELANJA BELI KAIN UNTUK BAJU MELAYU DAN BAJU KURUNG ANAK BINI. BERMAKNA SEBANYAK RM4,360.00 DAPAT KEPADA TAUKEH KEDAI KAIN DI KUALA LUMPUR PADA HARI DEMOSTRASI 1 OGOS 2009.4) AKU TANYA TOKEY KEDAI "ADAKAH ENGKAU BERSETUJU DENGAN DEMO NI?' MEREKA MENJAWAB “AKU TAK KISAH...ASALKAN AKU BOLEH BERNIAGA”.KATA AKU LAGI "AKU BELI 2 PASANG BAJU NI PUN KERANA SAMBIL BERDEMO DI KUALA LUMPUR MEMBANTAH KEZALIMAN ISA...KALAU TIDAK AKU TAK DATANG BERBELANJA DISINI" DIA SENYUM PUAS HATI..KAIN BOLEH JUAL, DAPAT DUIT LAGI. AKU JUGA SENYUM PUAS HATI BOLEH BELI KAIN UNTUK BAJU MELAYU SEMPENA RAYA.5) KETIKA BERDEMO AKU SEMPAT BELANJA MAKAN TENGAHARI NASI BERIANI RESTAURAN INSAF. SITU PUN AKU DAN PUAK-PUAK AKU DAH HABISKAN RM865.70. UNTUK SEKALI MAKAN TENGAHARI. TAUKEH KEDAI TERPAKSA MEMASAK TAMBAHAN BEBERAPA KALI SEBAB RAMAI NAK MAKAN TENGAHARI SAMBIL BERDEMOSTRASI DI KUALA LUMPUR.6) KALAU AKU DAN PUAK-PUAK AKU TAK PERGI TENGOK DEMOSTRASI PADA HARI TU, SAH AKU TAK AKAN BERBELANJA MAKAN DI RESTAURAN, ATAU KEDAI MAKAN MAMAK DAN KEDAI –KEDAI DI KUALA LUMPUR, & LEMBAH KLANG.7) ITU AKU KIRA AKU DAN PUAK-PUAK AKU, TAK TERMASUK ORANG LAIN YANG DOK KERUMUN SEMUA KEDAI MAKAN NASI KANDAR DAN KEDAI MAKAN MELAYU DI JALAN TENGKU ABDUL RAHMAN, JALAN MASJID INDIA, JALAN BONUS, DEKAT KOMOPLEKS BELI BELAH SOGO. KEDAI MYDIN.BERSAMBUNG ..........Belakang Parang
August 3, 2009 4:42 AM
Anonymous said...
SAMBUNGAN ....... UNTONGNYA JIKA ADA DEMOSTRASI.........8) ADA PERGI DENGAN BAS, KERETA SENDIRI, BAHKAN ADA YANG PERGI DENGAN KAPAL TERBANG. SEMUA ITU MEMERLUKAN BELANJA UNTUK TAMBANG DAN BELI MINYAK. KATAKAN PURATA RM15.00 SEORANG @ 20,000 ORANG BERBELANJA UNTUK MINYAK @ TAMBANG. INI BERMAKNA DAH RM300,000 WANG RAKYAT TELAH BERTUKAR TANGAN DAN BERPUSING. APABILA BERLAKU URUSNIAGA, EKONOMI DALAM NEGARA 1MALAYSIA BERGERAK, BUKAN KAKU BEKU.9) RAMAI JUGA PERGI AWAL KE KUALA LUMPUR. HOTEL 3 BINTANG KEBAWAH DAN YANG TIADA BINTANG PENUH SESAK DI SEKITAR JLN TENGKU ABDUL RAHMAN, MASJID INDIA DAN SEKITARNYA. KATAKAN RM50.00 SEORANG SEMALAMAN. YANG MENYEWA BILIK KATAKAN 1,000 ORANG. INI BERMAKNA RM50,000 TELAH DISUMBANGKAN KEPADA TAUKEH HOTEL DAN RUMAH TUMPANGAN.10) PUSINGAN WANG DALAM NEGARA JUGA BERTAMBAH APABILA MANA SEMUA KENDERAAN YANG MELALUI LEBUH RAYA TELAH BERBELANJA SAKAN KERANA BAYAR TOL. ANDAI KATA 2,000 BUAH KERETA @ RM10.00 (UNTUK PERGI & BALIK) TAUKEH TOL SUDAH DAPAT RM20,000. 11) DBKL JUGA DAPAT DUIT DARI PARKING KERETA TERMASUK SAMAN PARKING. ANDAI 2,000 BUAH KERETA @ RM10.00. NAH WANG MENGALIR DI KUALA LUMPUR & LEMBAH KLANG SEBANYAK RM20,000. MASUK KE KERAJAAN DAN DBKL12) PERBELANJAAN MAKAN MINUM DALAM PERJALANAN PERGI DAN BALIK DARI SELURUH NEGARA. ANDAI KATA 10,000 ORANG DARI LUAR SELANGOR, LEMBAH KLANG DAN KL. SUDAH TENTU MEREKA BERBELANJA MAKAN DALAM PERJALANAN. ANDAI KATA 10,000 ORANG @RM15.00 SEORANG. DUIT DALAM NEGARA BERTUKAR TANGAN SEBANYAK RM150,000.13) POLIS , KHUSUSNYA KEMENTERIAN DALAM NEGERI DAPAT MELUPUSKAN BOM ASAP DAN PELURU UNTUK MENEMBAK PENUNJUK PERASAAN. KATAKAN KOSNYA SEBANYAK RM10,000. SUDAH TENTU KRONI DARI KALANGAN UMNO DAPAT PROJEK MEMBEKAL BOM ASAP DAN PELURU BARU. BOLEH MENDATANG BISNES KEPADA AHLI UMNO.14) MINYAK UNTUK TRUCK, LORI FRU DAN HELIKOPTER, KATAKAN DIBELANJAKAN SEBANYAK RM50,000. ADA LAGI TAUKEH DIKALANGAN AHLI UMNO DAPAT KONTRAK BEKAL MINYAK. PENDEK KATA ORANG UMNO PUN DAPAT PROJEK MEMBEKAL. SUDAH TENTU PUSINGAN WANG DALAM NEGARA BERLEGAR HEBAT. 15) SERAMAI 589 ORANG PENDEMO TELAH DITANGKAP DAN DILOKAP SEMALAMAN. KATAKAN MEREKA DIJAMU DENGAN KOS MAKAN MINUM DENGAN KADAR RM1.50 SAHAJA SEORANG. BERMAKNA WANG BERPUSING DALAM NEGARA KHUSUSNYA DI LEMBAH KLANG SEBANYAK 883.50. WAL HAL YANG SEBENARNYA KONTRAKTOR (SUDAH TENTU KRONI UMNO) MEMBEKALKAN NASI DAN AIR MINUMAN DENGAN HARGA YANG DI CLAIM MELALUI PESANAN KERAJAAN SEBANYAK RM10.00 SEORANG. KONTRAKTOR DAPAT RM5,890.00. UNTUNG SAKAN SEBANYAK RM5,006.50. SIAPA YANG RUGI ??? SEBENARNYA. . AKU MERASAKAN MELI MAMPU KIRA JUMLAH PENDEMO HABISKAN DUIT UNTUK PERGI DEMO. MEREKA TIDAK SERIK. MEREKA AKAN BERDEMO LAGI. YANG AKU KIRA SECARA KASAR IALAH SEBANYAK RM876,115.70 DUIT PENDEMO DAN POLIS HABIS BERBELANJA. TAPI JANGAN LUPA DALAM WAKTU ITU KRONI UMNO YANG DAPAT PROJEK BERJUMLAH RM65,890.00. SEKARANG BERTAMBAH LAGI KANTUNG MEREKA.


Maknanya demonstrasi melabakan dari sudut ekonominya. Kalau begitu halnya, maka eloklah kalau demonstrasi bersiri dirancang dan dianjurkan di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang yakni Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor yang menghadapi masalah kewangan sehingga wang zakat pun mahu diguna-pakai di Selangor umpamanya.

Di Kelantan pun saya diberitahu pernah belaku wang zakat digunakan untuk tujuan yang tidak sewajarnya ekoran dari terdesak dan kerana menghadapi masalah kewangan yang kronik. Antaranya digunakan bagi menyelamatkan syarikat percetakan yang kerajaan negeri suntik modal untuk mencergaskan penafasannya yang sangat tenat tetapi tidak pernah untung. Suntikan yang dibuat umpama mencampak sesudu gula ke laut untuk maniskan air masinnya lakunya.

Hotel Perdana dijual pun kerana menghadapi masalah kewangan. Sekarang masalah kewangan Kelantan semakin teruk apabila syarikat yang dikatakan sebelum ini lagaknya lebih kerajaan dari kerajaan tidak lagi berminat membantu kerajaan apabila pelan menguasai Kota Bharu khususnya dan Kelantan amnya tersekat oleh sikap keperihatinan YTM Tengku Mahkota pembela dan berjiwa rakyat yang kini adalah pemangku Sultan.

Betul ke tidak apa yang diberitahu itu, saya tidak ada maklumat yang lengkap di samping tidak ada authority untuk mendapatkan maklumat-maklumat rasmi sebagaimana saya tidak dapat sahkan kebenaran tentang punca sebenar lenapa Menteri Besar Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup nyenyeh muka sambut kedatangan PM ke Kelantan baru-baru ini.

Kononnnya kesanggupan MB nyenyeh muka setelah tidak ada bahasa sehodoh bahasa nak digambarkan betapa Umno dicaci, dihina dipandang jijiknya adalah kerana masalah kewangan negeri yang sangat kronik setelah tidak ada apa lagi yang boleh dijual untuk dapatkan wang. Kononnya gobek tembaga pesaka peninggalan tokcik dan mokwe pun dah masuk karung pembeli besi buruk (tapi bukan saya pembelinya).

Ladang Sungai Terah, Lembah Sireh, tanah di Kawasan Limau Purut, Hotel Perdana, Perdana Resort dan sebagainya sudah dijual di samping kawasan hutan di bahagian Ulu Kelantan juga sudah dipajakkan untuk pelbagai projek yang kononnya raksasa tetapi gagal. Kebanyakan pemajak lari bila hasil balak habis dikeluarkan dengan nilai hasilnya adaa yang mencecah angka ratusan juta.

Bila penjenguk blog saya memperincikan perolehan hasil demonstrasi yang begitu lumayan, maka terfikir dalam kepala otak bertaraf pembeli besi buruk saya, sepatutnya bukan KL yang dijadikan lokasi pilihan untuk berdemonstrasi kerana mereka di lokasi-lokasi terbabit bukan sedang dalam keadaan menghadapi masalah kewangan yang kronik. Sebaliknya yang paling patut adalah di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang.

Kalau di KL ianya dianggap menyusahkan dan merugikan terutama oleh para peniaga dan pemandu teksi serta bas, di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang kalau benar ianya melabakan pastilah akan dialu-alukan, akan diahlan wasahlamkan. Ini adalah kerana kalau dah seorang pendemo berbelanja RM20 untuk makan dan minum sahaja sehari, maka eloklah kalau demontrasi diadakan dihadiri oleh sejuta orang.

Kalau setiap orang pendemo menderma RM10 (pungut derma adalah lumrah dalam program-program pembangkang, terutama Pas), bila jumlah pendemo sejuta, maknanya pungutan sehari untuk derma sahaja sudah berjumlah RM10 juta sehari.

Ambil sahaja 10 hari untuk berdemo dalam sebulan, pendapat dari derma sudah dapat RM100 juta. Bila dikali dengan 12 bulan, jumlah RM1,200 juta (RM1.2 bilio) sudah melebihi jumlah royalti minyak yang belum tentu statusnya yang dituntut dengan menonjolkan penuh dengan warna kepelahapan yang sangat melampau.

Maknanya setiap kali demonstrasi diadakan, khidmat penyenyeh uncang minta derma tidak boleh digunakan lagi, sebaliknya kena pinjam lori-lori congek pemunggah pair untuk menjadi alat/nekas penrimaan derma.

Kalau benarlah demonstrasi menyumbang kepada perolehan lumayan, pasti setiap kali diadakan demostrasi setidak-tidaknya 10 penjual makan minum, 10 peniaga batik dan masing-masing 10 peniaga dalam pelbagai bidang akan jadi jutawan, malah dalam tempoh sebulan mereka boleh jadi billioner.

Kalau macam itulah juga gayanya, saya sendiri akan buat proposal rayuan kepada PM, kepada Menteri Keselamatan Dalan Negeri, Ketua Polis Negara dan sebagainya supaya jangan buat sebarang sekatan dan hadangan, sebaliknya kena beri sokongan padu kepada aktiviti demonstrasi komersial di negeri tumpah darahku.

Semua rangkaian radio dan tv dibawah RTM, di bawah System Televisyen Malaysia Berhad, agesi berita, Astro dan semua media cetak kena memberi publisiti percuma supaya kalangan yang pro pembangkang tidak alan ketinggalan memenuhi jadual berdemontrasi di Kelantan 10 hari dalam sebulan dan masing 10 hari juga di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor kerana ianya menjanjikan perolehan lumayan.

Dengan perolehan derma sahaja sebanyak RM1,200 juta (RM1.2 bilion) akan diperolehi oleh parti/kerajaan negeri dan setiap minggu juga lahir ratusan jutawan dan dalam tempph setahum pula lahir ratusan billioner untuk di setiap buah negeri yang diperintah oleh pembanngkang, tidak ada sebab untuk demonstrasi tidak diadakan tetapi bukannya di KL yang tidak perlukan demonstrasi untuk tingkatan perolehan pendapatan warganya, termasuk para peniaga dan pemandu teksi.

Kalau ditanya kepada Pak Had Ceton Tembus dan Hussein Botol (orang Tok Uban cukup kenal Hussein Botol) kenapa demontrasi tidak diadakan di Kelantan kerana hasilnya lumayan, kalau keduanya tak kata GILA pun, pasti akan dikata BASO BODO dengan telor semula jadi mereka.

Jika demonstrasi diadakan di Kelantan, silap-silap saya pun boleh jadi jutawan segera kalaupun tidak akan jadi bilioner kerana bila ramai telajak berdemontrasi, akan ada kereta yang dikemekkan atau setidaknya tin minuman (alumanium). Dengan itu bermakna peluang saya buat duit terbuka luas macam Laut Cina Selatan yang mana kereta-kertea kemek akan dikerat dan dijual timbang, manakala tin minuman pula harga sekilonya 1o kali ganda lebih tinggi dari harga sekilo besi.

Sebuah kereta dapatlah untung RM100 atau RM200 setelah ditolak bayaran RM450 untuk pemilik kereta dan gaji pekerja. Kalau 100 kereta rosak untuk sekali demonstrasi sedebek-debeknya saya akan dapat RM100,000. Bila 10 kali diadakan demonstrasi sebulan saya akan dapat RM1.2 juta dan setahun akan dapat RM144 juta. Kalau sebanyak itulah pendapatan saya, kalau tidak RM100 juta pun tak 'kan saya tak boleh sumbang RM44 juta kepada kerajaan negeri tanda berterima kasih ekoran dari demonstrasi yang diadakan maka saya jadi jutawan.

Saya sendiri tidak perlukan duit ratusan juta kerana duit bagi saya hanya daki dunia belaka. Lagi pun kesusahan dan kepayahan itu adalah merupakan antara komponen sejarah hidup saya. Dapat bayar sebungkus nasi berlauk dan secawan teh setiap pagi di Kedai Kopi Nuar, dapat beli beras dan ikan kering kepala bengkok untuk hidangan anak bini sudah lebih dari cukuplah. Kalau kaya takut sombong, angkuh, bongkak dan riak pula.

Oleh itu kalau benarlah demontrasi boleh menyumbangkan kepada perolehan lumayan, maka kena segera dirancang dan dilaksanakan demontrasi bersiri di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Kerja yang baik dan melabakan kena disegerakan kerana peluang dalam hidup ini tidak datang acap kali!

9 comments:

mohd sayuti omar said...

Assamualaikum, Li... kalau gitu kawe nak tubuh syarikat Demostrasi Sdn Bhd kemudian tubuh pula industry demostrasi sebab ia menguntung dan melabakan. Bolehlah demo kerja dengan kawe. Kerajaan Kelantan yang dikatakan keringan sumber kewangan juga boleh fikir-fikirkan peluang ini. He he... MSO

Anonymous said...

kawe setuju sangat dgn idea abg meli. satu lagi hok abe meli kata ada syt hok lebih sudu dari kuah,lebih kjaan dari kjaan sy pun naik heran dgn pemerintahan Islam tok guru, napa tak reti nak menilai apa yg geok dan kuncu2nya buat /rampas tanah sepanjang tepi sungai kelantan dgn bersandarkan undang2. Napa bodoh tak berani kjaan islam kelate menegakkan yg benar?? w/ima dgn raja pun kita kena jelaskan akan kebenarannya.

Sy mohon abe li dedahkan cerita datuk geok dan gambaran sebenar kjaan Islam kelate berhadapan dgn mereka2 ni yg dok merampas tanah nenek moyang ambo di tepi sungai, kjaan Islam tak guna hadis dgn quran kooo??

Anonymous said...

Salam..

Tulong mari berdemo di KB, ada SALE di KB Mall skrg..

Pasar Wakaf Che Yeh ada, Pasar Siti Khadijah ada.

Dop seko pulok demostarasi melabakan.

Kalau pihak pembangkang jujur & ikhlas perjuangan, datang lah ke Kota Bharu buat demostrasi. Ia akan meningkatkan ekonomi rakyat dan negeri Kelantan.

PS: ambo nk gi cari meja, payung, tangki air minuman.. nk jual air ni.

MSO, kawe nk join syarikat demo etek lah, jong tepet sakelar atau gatung sepanduk ok dos.

Anonymous said...

Untungnya demostrasi ialah, dapat minum air semburan free, dapat hidu gas free, dan duit poket habis. Letih pun boleh. Baik aku tidur lagi sedap.

Anonymous said...

Abe li kawe pun nak tubuh sama syarikat demonstari nak buat kat area rumah ambo di mache tu, teruk benar ore nego loni,kalau ado ore nego kayo sikit ore mache lepas ni, nok harap tok walil saifudin takdo mache sokmo, nok harap zulkifli tau kumpul harto untuk dia jah, tok wakil lain pun sputo jah semoa,

boleh ko tok gutu amnbo nok deom di mache ni?

Ore mache

Anonymous said...

Kpd Ore mache,

Bia set Demostrasi buat di Kota Bharu dulu, pah tu saing kawe suruh buat di Tumpat, demo ambik ggian ke 3 lah. Kalu pecoh 3 dop rama, buleh pitis sikit.

Tanyo penganjur la (GMI), kot2 ado tempohan daerah lain. Rasonyo Bachok nok jugok.

Pitih be.. Stenby nyo mudo banyok2.. Sebutey RM5, kalu 20,000 ore minum.. Pehh.

Gi Mekkoh la kito.

~Set Kota Bharu

Anonymous said...

Demo yang dianjurkan oleh GMI pada 1 Ogos 2009 yang lalu tak sama dengan demo di Kelantan tahun 1977 dan 1978 dulu anjuran UMNO.

Banyak merosak harta awam dan persendirian. Alasannya Kerajaan PAS pada masa tu makan balak. Tapi selepas ini, Apabila UMNO/BN menang. Mat Yakob boleh pulok keluarkan balak dari hutan Kelantan molek-molek pulok.

Demo 1 Ogos 2009, lebih berdisipilin berbanding dengan demo Brahim Ali 1978 di Kelantan. Kelantan dikenakan MAGERAN. MSO tau benar perangai hudoh Berahim Ali ni. dulu kawan loooni musuh pulok.

Anonymous said...

Untuk Anonymous no 2.

tanah tepi sungai Kelantan tu bukan hok tok nenek demo. Tanah TOL yang diberi sewa. tanah rezab sungai.

Taukeh Geok tebus guna tanah tu. Sama-sama dapat untung Geok dapat untung, kerajaan dapat untong, orang kampung dapat kemudahan.

BEKAS PENANAM SAYUR LEMBAH SIREH said...

Anonymous said...
Untuk Anonymous no 2.

tanah tepi sungai Kelantan tu bukan hok tok nenek demo. Tanah TOL yang diberi sewa. tanah rezab sungai.

Taukeh Geok tebus guna tanah tu. Sama-sama dapat untung Geok dapat untung, kerajaan dapat untong, orang kampung dapat kemudahan.

August 5, 2009 11:39 AM

TANAH KERAJAAN MAKNANYA TANAH RAKYAT. DATUK GIOK DENGAN KERAJAAN PAS BETULLAH BOLEH UNTUNG, ORANG KAMPUNG TIDAK. MEREKA KEHILANGAN TEMPAT TANAM AYUR, MALAH ORANG KAMPUNG SIREH MENGHADAPI KEHILANGAN TEMPAT TINGGAL. MEMANG BETUL MEREKA DIBERI PAMPASAN TAPI NAK DAPAT KAWASAN BARU BUKAN MUDAH, BUNYI ORANG KAMPUNG SIREH, TANAH KUALA GERIS PUN DILETAK HARGA STANDARD WAKAF CHE YEH. MELKALYU MAMPUS, TENGOK PETA-PETAK NIAGA DALAM TESCO, BERAPA KERAT ORANG MELAYU, SAMPAI PERNAH TESCO JUAL AYAM TAK SEMBELIH TANDA TIDAK HORMATI ORANG MEALYU. LAGI MANA CINA MANA SANGGUP BAGI UNTUNG DUA HALA?