Monday, August 3, 2009

MUNCUL KEMBALI (307) - KEMASKINI DENGAN TAMBAHAN FAKTA DAN PEMBETULAN EJAAN

Penguatkuasa patut menyamar kesan penyorokkan gula

JIKA
dihantar pesanan ringkas (SMS), difaks, email atau telefon mengadu tentang ketiadaan gula kepada menteri mahu pun para pegawai Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna, pasti mereka tidak percaya.

Selain daripada harga gula telah ditetapkan tidak akan dinaikkan, bekalannya dijamin cukup kerana selain dari kegunaan dalam negara, gula keluaran negara juga dieksport, maknanya penghasilan gula melebihi keperluan dalam negara.

Itu gambaran yang diperolehi oleh para pengguna di seluruh negara. Kerana itu bila seorang rakan saya kata gula susah untuk dibeli, saya menafikannya, malah mengajaknya untuk ke kedai yang biasa saya beli gula.

Terperanjat saya bila pekedai berkenaan kata sudah seminggu beliau tidak jual gula kerana tidak ada bekalan. Bila ditanya sebabnya pekedai kata beliau pun tidak tahu kerana tempahan yang diminta tidak kunjung tiba.

Kebetulan hari ini saya ada urusan di Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Rantau Panjang, Tumpat dan Wakaf Bharu. Bila jumpa kedai runcit dan pasar mini saya dan kawan berhenti bertanya gula. Yang nak dibeli bukan banyak, cuma sekilo. Tapi semuanya gagal.

Alasannya gula tidak ada. Bila ditanya sebabnya, jawapan yang diberikan ialah gula yang dipesan tidak sampai. Dekat pasar Tumpat, pemandu sebuah lori pemborong bertanya tuan punya kedai runcit di mana guni gula mahu disimpan.

Ketika itu rakan saya berada dalam kedai runcit berkenaan dan bertanyakan tuanpunya kedai untuk dapatkan sekilo gula tetapi beliau gagal mendapatkannya, malah katanya beliau diberitahu oleh tunapunya kedai sudah seminggu tidak jual gula.

Di depan sebuah pasar mini Wakaf Bharu, ada van sarat dengan muatan kampit gula. Kawan saya yang masuk ke dalam mini market berkenaan untuk beli gula tetapi gagal.

Beliau juga minta beli gula yang berlonggok di atas van tetapi pemandu dan pekerja kata tidak boleh dijual kerana gula itu untuk dihantar ke Telaga Lanas.

Telaga Lanas letaknya di Pengkalan Kubur yang bersempadan dengan Takbai, Selatan Thai. Saya yakin gula berkenaan adalah untuk diseludup ke seberang.

Maka secara rambang saya mula dapat jawapan kenapa pekedai runcit dan pasar mini enggan jual gula di Kelantan. Saya pernah dihubungi peniaga dari Selatan Thai mahukan gula tidak lama dulu.

Bila saya kata gula barang kawalan dan saya tidak berani untuk hantar ke seberang, peniaga berkenaan mahu saya hantar ke Telaga Lanas. Untuk urusan seterusnya, beliau akan urus.

Bagaimanapun saya tidak carry on urusan berkenaan kerana jumlah yang diminta terlalu banyak yakni satu lori panjang seminggu. Kalau dikira dalam bentuk tannya sekitar 33 tan. Lagi pun ianya satu kesalahan dari sdut perundangan.

Dalam bertanya-tanya untuk beli gula hari ini, beberapa pekerja kedai runcit ada berbisik kata taukeh tidak benarkan gula dijual. Sebenarnya gula ada di belakang kedai, disorok untuk menunggu sehingga harganya naik baru dijual.

Sehubungan dengan itu, saya rasa wajar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kopersi dan Pengguna melancarkan gerakan mengesan dan menghukum para pekedai dan mereka yang terlibat dalam industri gula kerana menyorok bahan berkenaan.

Cara mudah untuk mengesannya ialah dengan pegawai penguatkuasa menyamar sebagai pembeli, pasti akan dapat dikesan dengan mudah. Kalau dibuat pemeriksaan atas nama pegawai penguatkuasa, pasti gula akan ada serta merta.

2 comments:

Anonymous said...

Lihat!!!...buka minda anda semua...itu baru gula!!!belum lain2 hal lagi..Fikir baik2 ...pihak mana yang paling berkuasa sekarang...pergilah buat demo...cari mana dia tokeh gula...kita pakat ramai2..buat demo..kenapa gula tak ada..bukan nak free!!! kita beli wweehh!!!jangan jadi bacul!!! berani ngan kaum sendiri aje!!!..lihat kt Selangor..arak punya hal pun PAS tak berani tegor...apa punya cerita!!!!...CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!!NEGARA KEBAJIKAN,1 MALAYSIA KONON!!!!...PIIIRRAHHH!!!last2 gula punya pasal semua rakyat,susah...

amego said...

Assalamualikum Pak Chik. Saya amat bersetuju dengan pandangan pak chik dalam hal ni. Dlm TV mlm tadi diberitahu oleh pekedai balik sana yang mereka mendapat bekalan melalui padang besar. Barulah Kastam nak kalut. Penyeludup ni banyak taktiknya. Perlu ada penyamaran oleh pihak berkuasa supaya kejadian seperti ni tak berlaku lagi. Org ramai yang mempunyai maklumat tentang hal penyeludupan iniperlu memaklumkan kepada pihak berkuasa. Wassalam