Tuesday, August 4, 2009

MUNCUL KEMBALI (308)

ECER: Zon Ekonomi Khas atau 'ECER TAIK'?

SELEPAS ianya dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) di Kota Bharu dan laporan mengenianya disiarkan oleh media arus perdana, saya pernah dengar seorang yang berkopiah (barangkali orang Pas) sambil mentap halaman akhbar berkata: "ECER TAIK. Bbo la tipu rakyat. Belawok dan bual besar jah, pitih takdok"

ECER kalau tidak silap saya juga dikenali dengan Koridor Ekonomi Timur. Kononnya kalau Anwar tak naik jadi perdana menteri, negara akan bangkrap. Dollah (merujuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu perdana menteri) kononnya tidak reti cari pitih, yang Dollah tau hanya perhabis pitih.

Saya tidak tahu apabila Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak berkata Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER SEZ) dijangka mewujudkan lebih 220,000 peluang pekerjaan baru boleh diyakini oleh kalangan yang tidak pernah melihat dan menikai apa yang kerajaan yang terus diberi mandat oleh majoriti rakyat buat.

Tidak mustahil pengumuman yang dibuat oleh Dato' Seri Najib yang turut bersaksikan Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan itu dianggap sebagai tambahan kepada siri pembohongan pihak kerajaanm dianggap belawok dan bual besar.

Apatah lagi dengan angka RM90 bilion (RM90,000 juta) pelaburan langsung domestik dan antarabangsa menjelang 2020 yang dinyatakan oleh Dato' Seri Najib kepada pemberita , selepas melancarkan ECER SEZ serta projek Agropolitan ECER di Runchang, Pekan, Pahang, lagilah dianggap bual besar oleh kalangan yann anti kerajaan.

ECER SEZ ialah zon ekonomi khas pertama di Malaysia yang bersepadu, dari Kertih, Terengganu ke Pekan, Pahang, dengan insentif istimewa untuk menarik masuk pelaburan dan memberi lebih tarikan kepada aktiviti ekonomi di kawasan tertentu manakala projek-projek di luar kawasan SEZ diberi jaminan oleh Perdana Menteri akan terus berjalan.

Oleh lerana ECER sangat luas, tokok Perdana Menteri ia memerlukan satu kawasan tumpuan yang mana katanya empat zon bebas akan diwujudkan di ECER SEZ bagi menggalakkan serta menumpukan rantaian antara kelompok industri yang akan memberikan impak yang signifikan terhadap ekonomi ECER.

Kelompok industri itu ialah Pembuatan Bernilai Tinggi, Industri Asas Tani, Gas dan Petrokimia, Pelancongan, Hartanah; Ilmu/Pendidikanm ICT dan Logistik.

Bagi tempoh 2007 hingga sekarang, sejumlah RM24 bilion (RM24,000 jita) nilai pelaburan asing dan tempatan dijangka diperolehi daripada pelabur swasta dalam memajukan projek-projek di ECER dalam kelompok pelancongan, pembuatan, petrokimia dan pertanian.

Walaupun berkeluasan fizikal hanya enam peratus daripada keluasan keseluruhan ECER, zon ini mempunyai impak ekonomi yang amat besar, termasuk keupayaan menyumbang kepada 50 peratus daripada peluang pekerjaan berbanding seluruh ECER serta menyumbang kepada 80 peratus daripada hasil keluaran ekonomi untuk keseluruhan ECER.

Menurut Perdana Menteri, pembangunan ECER akan terus mandapat komitmen kerajaan hingga ke Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) sehingga tahun 2020 melalui 189 projek bernilai RM112 bilion (RM112,000 juta) yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

Sehubungan itu, Najib berkata Pelabuhan Kuantan juga akan dinaik taraf dan diperluas supaya berupaya mengendalikan lebih 30 juta metrik tan muatan kargo setahun menjelang tahun 2020 berbanding 16.8 juta metrik tan pada masa ini.

Ia bertujuan memastikan pelabuhan itu mampu memainkan peranannya sebagai pelabuhan utama di Pantai Timur dan sebagai pintu masuk perdagangan bagi pasaran Asia Pasifik.

Untuk merangsang pertumbuhan pesat ECER SEZ, Perdana Menteri berkata kerajaan akan menyediakan beberapa insentif fiskal dan bukan fiskal yang baharu supaya dapat menarik pelaburan dan membolehkannya terus berdaya saing.

Kalau ada permohonan untuk insentif tambahan, tokok Perdana Menteri, akan dipertimbangkan berdasarkan merit sesuatu kes yang mana projek Agropolitan ECER yang turut dilancar merupakan sebuah pembangunan bersepadu yang bermatlamat utamanuya adalah bagi membasmi kemiskinan tegar pada akhir 2010, melalui penglibatan golongan miskin dalam sektor-sektor perladangan dan bukan perladangan.

Dato' Seri Najib mengakui beliau tertarik dengan Agropolitan kerana selain menanam kelapa sawit, golongan miskin juga boleh menternak kambing biri-biri.

Mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang baik juga akan diberikan kerja sementara. Yang sudah tua atau uzur, akan diberi skim kebajikan. Sebanyak 50 peserta pertama telah dipilih untuk menjalankan aktiviti projek Agropolitan ini, yang mampu menampung sehingga 1,500.

Berdasarkan penjelasan Perdana Menteri yang bersaksikan sama oleh Tok Guru Nik Aziz apakah bersifat ECER TAIK atau ianya umpama persembahan bungkah-bungkah emas untuk rakyat?.

Fikir-fikirlah sendiri.

3 comments:

Anonymous said...

jgn duk fanatik sampai letak gambar kat kenderaan.ada ke gambar nabi & sahabat???gambar nik aziz,ayah pin, ust ashaari tu adolah dih?? doh tuo belako doh,takkan nok keno ajar lagi.

Anonymous said...

ni lah puak-puak nabi palsu bikali.wat fatwa kokse kokdang.hok dok kaba ni gak nyu ikut lah.nyu wat abe meli org dok tau agama langsung.kami bersama abe li.teruskan perjuangan abe li.saya doakan samo-samo.jgn takut ko puak-puak agah menyamar warak.tp semutar jah lebih.

pemudacakna said...

Kalaulah ECER 'kucar taik', masakan Tok Guru pergi ke majlis perasmian SEZ ECER di Pekan semalam.
Masakan Tok Guru sanggup TERKENA TAIK juga. Jatuhlah maruah Tok Guru kalau begitu.
Kalau 'Takdok pitih' takkan Kerajaan Kelantan sangggup tuntut royalti minyak sampai 1 Bilion?
'Wak gapo' tuntut, kalau orang itu 'sesak'???
'Bodolah yang sangat-sangat bodo kalau kita mintak dengan tok pakir sebab kita tahu doh dia tok leh bui'.