Najib kena diberi peluang
MELALUI Saham Amanah 1Malaysia, kaum bumiputera berpeluang memiliki kekayaan sebesar lima bilion yang berharga RM1 seunit apabila sebanyak 50 peratus daripada 10 bilion unit saham diperuntukan kepada mereka.
Sebelumnya dilancarkan Saham Amanah Malaysia (ASM), kaum bimputera juga disediakan peluang untuk merapatkan jurang kekayaan dengan bukan bumiputera apabila sebanyak 1.6 bilion saham yang juga bernilai RM1 seunit diperuntukkan kepada mereka.
Ianya adalah merupakan antara yang dilaksanakan pada era keperdana-menterian Dato' Seri Najib Tun Razak dengan tagline '1Malaysia' serta 'rakyat diutamakan pencapaian didahulukan' dengan keutamaan kerajaan terajuannya adalah memastikan rakyat mendapat menfaat.
Terbaru, melalui Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) yang dilancarkan di Pekan Pahang mampu menarik pelaburan RM90 bilion (RM90,000 juta) dan dijangka menyediakan 220,000 peluang pekerjaan menjelang 2020.
Walaupun berkeluasan fizikal SEZ-ECER hanya enam peratus daripada keluasan keseluruhan ECER, zon itu mempunyai impak ekonomi yang amat besar, termasuk keupayaan menyumbang kepada 50 peratus daripada peluang pekerjaan berbanding seluruh ECER serta menyumbang kepada 80 peratus daripada hasil keluaran ekonomi untuk keseluruhan ECER.
Jumlah RM90 bilion Itu merupakan nilai pelaburan demostik dan antara bangsa serta 220,000 peluang pekerjaan melalui Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) yang dirresmikan di Pekan semalam yang merupkan zon ekonomi khas pertama di Malaysia meliputi Kerteh, Terengganu hingga ke Tanjung Agas, turut menyumbang sebanyak 80 peratus hasil keluaran ekonomi di kawasan ECER.
SEZ-ECER membabitkan kawasan pembuatan bernilai tinggi, industri asas tani, gas dan petrokimia, pelancongan dan hartanah; pendidikan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta logistik, meliputu 51 peratus kawasan Semenanjung dan sangat luas, ia mampu menjadi kawasan pertumbuhan ekonomi terbesar di negara.
Tanpa menkesampingkan projek-projek di luar kawasan SEZ, empat zon bebas akan diwujudkan di ECER SEZ bagi menggalakkan serta menumpukan rantaian antara kelompok industri yang akan memberikan impak yang signifikan terhadap ekonomi ECER yakni Pembuatan Bernilai Tinggi, Industri Asas Tani; Gas dan Petrokimia; Pelancongan/ Hartanah; Ilmu/Pendidikan dan ICT serta Logistik.
Bagi tempoh 2007 hingga sekarang, sejumlah RM24 bilion (RM24,000 juta) nilai pelaburan asing dan tempatan dijangka diperoleh daripada pelabur swasta dalam memajukan projek-projek di ECER dalam kelompok pelancongan, pembuatan, petrokimia dan pertanian.
Pembangunan ECER akan terus mandapat komitmen kerajaan hingga ke Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) sehingga tahun 2020 melalui 189 projek bernilai RM112 bilion (RM112,000 juta) yang akan dilaksanakan secara berperingkat.
Projek Agropolitan ECER yang turut dilancar oleh Perdana Menteri dengan 50 peserta pertama dan ianya memampu menampung sehingga 1,5000 penyertaan merupakan sebuah pembangunan bersepadu yang bermatlamat utama membasmi kemiskinan tegar pada akhir 2010, melalui penglibatan golongan miskin dalam sektor-sektor perladangan dan bukan perladangan.
Melihat kepada kebersungguhan Dato' Seri Najib dalam menjayalan 1Malaysia serta rakyat didahulukan, maka rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik, pelbagai etnik dan pelbagai fahaman agama patut memberi peluang membuktikan apa yang diusahakannya akan menjadi realiti.
Ianya tidak patut digagalkan atau dipatahkan semangat Perdana Menteri melalui aktiviti perarakkan dan demonstrasi haram atau apa jua tindakan yang boleh menyumbang kepada hanya kerana kepentingan politik oleh kalangan tertentu.
Kerana itu saya yakin majoriti rakyat akan mengalu-alukan sekiranya individu atau mana-mana kumpulan yang bertangungjawab merancang demontrasi haram dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa, termasuk ditahan dibawah ISA.
Tuesday, August 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment