Perhimpunan haram tidak boleh diambil tindakan?
SEMASA menikmati kopi kaw warung Amran tidak jauh dari rumah saya awal malam tadi, saya berkesempatan berbual dengan kawa-kawan lama, semuanya ahli Pas dan merupakan pekerja parti itu, malah mendapat kerja pun kerana kuat Pas.
Mungkin kerana mahu menguji pendirian saya, maka ditanya macam dengan demonstrasi mansuh ISA yang diadakan, berjaya atau gagal? Saya kata bagi saya demonstrasi itu gagal, kegagalan pertama gagal dapatkan permit polis.
Saya disanggah. Kononnya pihak penganjur bukan gagal dapatkan permit tetapi sengaja tidak pohon permit. Memang demonstrasi itu sengaja diadakan secara haram. Ianya adalah merupakan antara taktik dan strategi pihak penganjur.
Bila ditanya sebab dan kerasionalannya, saya diberitahu: dengan mengadakan perhimpunan/demonstrasi haram, tidak akan ada peruntukkan undang-undang untuk diambil tindakan. Polis memang boleh tangkap, kemudian lepas tanpa hukuman.
Kenapa Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri Haji Hadi Awang (katanya sampai tertanggal serban), Lim Kit Siang dan tokoh-tokoh pembangkang yang lain berani ikut sama berdemonstrasi dan berucap kepada pendemo? Jawabnya kerana masing-masing bergegang kepada alasan pihak berkuasa tidak boleh berbuat apa-apa terhadap perhimpunan/demontrasi haram. Kalau ada permit baru ada bukti.
Tangkapan dan penahanan kerana menyertai perhimpunan/demontrasi haram kononnya orang yang ditangkap dan ditahan tidak boleh didakwa kerana tidak ada bukti, kalau dibicarakan pun pihak pendakwa tidak akan berjaya, tidak akan ada bukti bagi yang ditangkap dan ditahan untuk disabitkan kesalahan.
Saya kata jangan lupa ada satu akta yang boleh menahan dan memenjarakan pendemo atau perancang dan penganjurnya tanpa melalui proses perbicaraan/pendakwaan yakni ISA. Pihak berkuasa boleh gunakan akta itu.
Kononnya kerana itulah ISA mahu sangat dihapuskan, supaya tidak ada sebarang akta atau perundangan yang boleh menghalang/menghadang pihak pembangkang bangkit melawan kerajaan. ISA juga cuba digambarkan, malah rakyat cuba diyakinkan bahawa ISA adalah suatu akta yang sangat kejam kerana menahan seseorang tahanan tanpa bicara.
Bila saya tanya, apakah merancang dan menyertai demonstrasi haram dengan niat tidak akan ada akta dan undang-undang yang boleh dikenakan, termasuk tidak membolehkan mereka didakwa dan dibicarakan bukankah lebih zalim, rakan saya itu segera minta diri tanpa memberi jawapan kepada pertanyaan saya, sebaliknya dikatakan dia kena balik segera KERANA ORANG RUMAH NAK PAKAI MALAM NI.
Sebelum rakan saya itu memecut motor pergi, saya sempat laung kepadanya, kerajaan bukannya bodoh dan boleh diperbodohkan. ISA tak akan dimansuhkan. Penganjur dan tokoh-tokoh terkemuka yang terlibat dalam demonstrasi haram 1 Ogos kena ditahan dibawah ISA, kalau tidak majoriti rakyat yang memberi mandat kepada kerajaan akan hilang hormat kepada kerajaan!
Tuesday, August 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
kelah lo abe kito
Pemimpin atasan MENYERU bila mahu, bila musibah pemimpin bawahan yang MERAYU!
Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan boleh terus kepada akaun Bank Islam Dewan Pemuda PAS Negeri 07016010059732 atau menghubunginya Ustaz Yusni Mat Piah, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk mendapatkan keterangan lanjut di talian 0194500660.
Sumbangan mereka perlukan segera, bukannya menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir!
Takbir!!! Mohon sebarkan...
Kena beritahu derma untuk apa. Ustaz. Saya yakin kalau tahu untuk apa, Meli akan segera hulur derma. Orang lain pun sama, akan segera menderma.
hati nok tak bir takut jadi cam selangor, takbir2 boleh beer sepeti,
pado abe meli ambo sokong suh krajaan dakwo hok dok berimpum tu, baru ambo respek.
jange takut sangat hok langar arahan kerajaan
ok ker
Post a Comment