Wednesday, August 5, 2009

MUNCUL KEMBALI (311) - KEMASKINI DENGAN PEMBUTLAN EJAAN DAN TAMBAHAN MAKLUMAT

Penting bagi Pas: pastikan perjuangan benar-benar selari dengan Islam sejati

BANYAK pesanan ringkas (SMS) dan e-mail diterima kenapa saya tidak ulas tentang kontroversi isu arak di Selangor, sekurang-kurangnya untuk memberi sokongan moral kepada Dato' Haji Hassan Mohd Ali.

Sebagai jawapan pukal kepada SMS dan e-mail yang dihantar, maka ingin saya tegaskan bahawa kepada saya tindakan Dato' Haji Hassan Mohd. Ali bukan sahaja patut disokong oleh Melayu Islam tetapi juga oleh sekalian makhluk Islam di langit dan dan di bumi.

Melayu yang menentangnya, bagi umpama lelaki perasaan yang sudahlah kepalanya sudah botak licin tetapi masih dicukur baki rambut yang ada barang seurat dua bahawa Melayu berkenaan sebenarnya ada masalah tentang kualiti Keislamannya.

Dengan kata lain, kalau ada Melayu kata Dato' Haji Hassan Mohd. Ali sengaja nak tunjuk gedebe, sah ianya Melayu jahil teropong, yakni jahil yang lebih jahil dari 'jahil tukil', maka akan anggap Dato' Haji Hassan Ali ikut perasaan tidak ambil kira sensitivi kaum.

Ertinya sesiapa berjuang untuk isu yang dirintis oleh Dato' Hassan Mohd. Ali ini, kalau pun kena jel, kena ISA atau kena gantung sekalipun maka besi dan segala komponen jel, segala komponen bilik kurungan ISA dan segala makhluk di langit dan di bumi, termasuk hama yang kecil akan bertasbih untuknya.

Malah kalau dikenakan hukuman gantung, tali gantung itu sendiri akan bertasbih untuk yang kena gantung, malah walaupun dihukum gantung untuk menyakitkan mereka yang dihukum tetapi yang mati digantung atas nama memperjuangkan perintah Islam, Allah dan Rasul-Nya akan menikmati kemanisan semasa mati.

Malah saya seakan nampak apabila isu ini timbul selepas demonstrasi hapuskan ISA, ianya seolah-olah mahu memperingatkan supaya ISA jangan tergesa-gesa dihapuskan, ia ada gunanya.

Lagi pun tidak akan berlaku sesuatu perkata, termasuk pengaktaan ISA itu sendiri jika tanpa izin-Nya yang pasti di sebalik keizinan-Nya itu pula ada hikmahnya.

Sesungguhnya sbagaimana diharamkan memakan daging babi disebut dalam al-Quran, meminum khamar yakni minuman/makanan yang memabukkan seperti arak, tuak masam cicah ayam dimampuskan dengan dipulas tengkoknya, penggunaan dadah dan sebagainya adalah haram.

Bila haram, maka bukan sahaja memakan, meminum atau menggunakannya haram tetapi menghasil, membuat, mengedar, menjual, mengangkat atau apa-apa perlakuannya yang berkaitan denganya yang bersifat tanda sokong atau setuju tentulah haram. Kerana itu segala benda haram kena dijauhi dan jangan sekali-kali didekati.

Justeu itu bagi saya tindakan Dato' Haji Hassan Mohd Ali bukan sahaja betul tetapi teramat-amat lagi tersangat-sangat betul, macam putus tetak dengan golok. Kalau ada yang menentang dan tidak menyokongnya, maka sahlah orang itu ada yang tidak betul di mana-mana pada saraf otaknya.

Kalau kerana isu inilah maka Pas ditendang keluar dari Pakatan Rakyat (PR), Pas atau sekurang-kurangnya Dato' Haji Hassan Mohd. Ali akan keluar dari parti, maka kekeluaran Pas atau Dato' Haji Hassan Mohd Ali pada saya adalah bersama pahala berganda.

Pemimpin, ahli dan penyokong Pas (kecuali yang berpolitik kerana rasa syok jadi wakil rakyat dan bercita-cita mahu jadi Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Menteri kabinet dan sebagainya) patut bersyukur kerana mereka dianugerahkan tokoh ilmuan seberani Dato' Haji Hassan Mohd. Ali.

Dalam surah Al-Maidah ayat ke-90, Allah berfirman, mafhumnya:Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya".

Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w melalui hadis baginda yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah melakknat tentang arak, bermaksud: "Sepuluh golongan:yang memerahnya, yang minta diperahkannya, yang meminumnya, yang membawanya, yang minta dihantarinya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya,yang minta dibelikannya".

Justeru itu, saya mahu ulangi mengatakan bahawa tindakan Dato' Haji Hassan Mohd. Ali sangat betul, malah dalam keadaan serba tersepit dengan kerenah rakan dalam PR, Allah telah telah mentakdirkan munculnya seorang pemberani seperti Dato' Haji Hassan Mohd Ali yang boleh menyebabkan bumi negara ini akan basah oleh air mata kesyukuran oleh mereka yang rajin menyelami hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku.

Keberanian Dato' Haji Hassan Mohd. Ali yang mungkin dianggap oleh sesetengah orang sebagai luar biasa tetapi bagi saya sesuatu yang sangat patut dilakukan bagi penjuang yang benar-benar ikhlas berjuang atas nama Islam, menuntut renungan dan muhasabah kepada tokoh, ahli dan penyokong Pas khususnya dan Melayu Islam amnya.

Renungan dan muhasabah yang saya maksudkan ialah apakah tindakan parti itu berpakat dengan satu pakatan yang di dalamnya ada sebuah parti yang pemimpinnya boleh kata, malah lebih bersifat ugutan: "langkah mayat saya dulu kalau mahu laksanakan pemerintahan Islam" SELARI dengan Islam atau sebaliknya.

Atau apakah ianya bersifat suatu amaran atau peringatan supaya Pas membuat pemeriksaan tentang kedudukan sebenar parti dalam PR. Apa kuasa dan apa yang bolPas boleh buat dengan kedudukannya dalam PR jika kerajaan Umno/BN berjaya ditumbangkan pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Kalau dengan berada dalam PR dan PR berjaya tumbangkan Umno/BN tetapi ada tangan-tangan seperti Ronnie Liu dalam kerajaan yang bakal ditubuhkan nanti, bagi saya lebih baik Pas bergerak sendiri sebagai sebuah parti dan Pas kena bersedia untuk terus kekal sebagai pembangkang hingga kiamat kerana itu yang lebih berpahala bagi pemimpin, ahli dan penyokong Pas.

Kalau Pas bergerak sendiri, rakyat Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan Kedah boleh memberi mandat kepada Pas sebagai pemerintah kerajaan yang mana yang rakyat Malaysia mahukakan adalah kerajaan ala Pas yang selaras dengan Islam, bukannya kerajaan ala PR.

Jika kena gayanya (walaupun Umno/BN kekal menjadi kerajan di pusat), seandainya pentadbirannya kerajaan Pas dibuat selaras dengan Islam dan bukannya serupa dengan pentadbiran amalan kerajaan PR, saya yakin kerajaan pusat Umno/BN tidak akan abaikan negeri yang benar-benar diperintah oleh Pas selaras dengan Islam.

Percayalah jika Pas berjuang atas nama Pas dan sentiasa memastikan perjuangannya selari dengan Islam sejati serta dengan mempertaruhkan keyakinan bahawa perjuangan Islam tulen akhirnya akan menang, bukannya kerana mahu cepat menang, maka sanggup saling bahu membahu dengan parti yang pemimpin utamanya secara terang-terang anti Islam, pasti impian Pas akan tecapai juga akhirnya.

Jangan kerana mengharapkan Tok Guru Nik Aziz atau Tok Guru Haji Hadi akan jadi Perdana Menteri sehingga sanggup guna jalan pintas, sanggup bersekongkol dengan kawan yang menjadikan Pas yang ibarat ayam yang disembelih secara halal dicampur dengan ayam mampus pulas tengkuh untuk dimasak dalam satu belanga.

Yakinlah jika Pas benar-benar ikhlas berjuang kerana Allah dan Rasul-Nya, pasti akan lahir lagi ribuan Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi, Ustaz Fadzil Noor, Zulkifli Mohamad dan sebagainya sebagaimana lahirnya ribuan Saddam Hussein di Iraq (dalam bentuk semangatnya) selepas kematian Wira Teluk itu.

KEMASKINI PUKUL 6.10 PETANG

Petikan sebahagian dari laporan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Pas Mahu Selangor Kuatkuasa Larangan Penjualan Arak Secara Terbuka

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- PAS mahu Selangor menguatkuasakan garis panduan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu kerana ia melibatkan sensitiviti orang Islam.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata mengikut garis panduan penjualan minuman keras di Kelantan dan Terengganu, ia tidak boleh dibuat secara terbuka di kawasan yang mempunyai penduduk majoriti Islam.

"Polisi ini sudah kita jalankan khususnya di negeri Kelantan dan Terengganu tetapi kita tidak tahu polisi di negeri Selangor bagaimana," katanya kepada pemberita di sini pada hari Khamis.

Khamis lepas, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Ronnie Liu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8, Shah Alam.

Rentetan itu, PAS Selangor pada Selasa lepas mendesak kerajaan negeri menarik balik portfolio kerajaan tempatan yang dipegang oleh Liu berikutan beberapa masalah yang ditimbulkan oleh wakil rakyat DAP itu.

Bagaimanapun Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak desakan PAS itu kerana kerajaan negeri menganggap ia bukan satu isu.

Ditanya mengenai kesanggupan Pemuda Umno menyertai demonstrasi aman anjuran Pemuda PAS esok bagi mendesak kerajaan negeri Selangor menukar portfolio Liu sekiranya mendapat permit polis, Mustafa berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai perkara itu..-- BERNAMA

****Melayu memang akan tolak tetapi orang Islam tidak akan tolak. Maka dapat dikenalpasti pada status dan ke arah mana Kerajaan selangor sekarang.

KEMASKINI PUKUL 6.35 PETANG
Petikan sebahagian dari laporan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Pas Hanya Bersandiwara Soal Desak Ronnie Liu Letak Jawatan - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Shabery Cheek pada hari Khamis menyifatkan desakan PAS Selangor supaya kerajaan negeri itu mengugurkan Ronnie Liu sebagai Exco adalah satu sandiwara.

"Ini semua sandiwara PAS sahaja. Tidak akan ada apa-apa yang berlaku. Ronnie Liu akan terus jadi Exco dan dia (Liu) akan terus guna kuasanya menghalang mereka yang melaksanakan operasi penguatkuasaan.

"Dia akan terus campur tangan dan PAS akan bersuara kononnya dia serius tapi `nothing happens' (tiada apa-apa akan berlaku) selepas ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Semaian Bakti 2009 anjuran Badan Perhubungan Negara (BPN) Indonesia dengan kerjasama Sekretariat Kelab Umno Luar Negara di dataran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. -- BERNAMA

**** bolehkah pimpinan sanggah. Tidak mustahil demi maruah, Dato' Haji Hassan Mohd. Ali yang akan letak jawatan. Soal hukum hakam bukan boleh dibuat main-main.

KEMASKINI PUKUL 6.43 PETANG
Petikan sebahagian dari laporan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Permatang Pasir Cabaran Pas Kekalkan Majoriti?
Oleh
Syed Azwan Syed Ali

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kemenangan tipis PAS mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan pada pilihan raya kecil 14 Julai lepas, menjadikan pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir yang bakal berlangsung tidak lama lagi sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.

PAS tentunya tidak mahu "trend" pengundian itu berulang di Permatang Pasir, Pulau Pinang dan pada masa yang sama tidak mahu dilihat terlalu yakin seperti di Manik Urai.

Pada pilihan raya kecil Manik Urai, PAS gagal mempertahankan majoriti 1,352 undi diperolehinya pada pilihan raya umum Mac tahun lepas, walaupun peratusan keluar mengundi lebih tinggi sedikit berbanding pada pilihan raya umum lepas.

Barisan Nasional (BN) berjaya mengurangkan majoriti PAS itu kepada hanya 65 undi, yang disifatkan pemerhati politik sebagai "kemenangan moral" dan petunjuk bahawa rakyat semakin menerima perubahan yang dibawa oleh parti pemerintah.

Persoalannya, mampukah BN khususnya Umno menawan atau setidak-tidaknya mengurangkan majoriti kemenangan PAS di Permatang Pasir yang merupakan satu daripada tiga kawasan DUN di bawah kawasan Parlimen Permatang Pauh itu?

Penganalisis politik yang ditemubual Bernama berkata perkara itu bergantung kepada sejauhmana ketebalan sentimen, persepsi dan psikologi pengundi di kawasan itu.

"Permatang Pauh boleh dianggap kawasan pakatan pembangkang walaupun DUN Seberang Jaya dikuasai Umno," kata penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian kepada Bernama di sini.

Satu lagi DUN di bawah Parlimen Permatang Pauh ialah Penanti yang dikuasai Parti Keadilan Rakyat (PKR).Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir perlu diadakan berikutan kematian ADUN kawasan itu Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, dari PAS pada Jumaat lepas akibat serangan jantung.

Ia akan menjadi pilihan raya kecil ketiga di kawasan Parlimen Permatang Pauh sejak pilihan raya umum ke-12 (PRU 12) pada 8 Mac tahun lepas.

Sebelum ini, kawasan Parlimen Permatang Pauh telah menyaksikan pilihan raya kecil pada bulan Ogos tahun lepas dan pilihan raya kecil DUN Penanti pada 31 Mei lepas, ekoran tindakan wakil rakyatnya dari PKR meletakkan jawatan.

Sivamurugan berpendapat sungguhpun BN agak sukar untuk menang di Pematang Pasir, beliau tidak menolak kemungkinan BN mampu mengurangkan majoriti undi kemenangan PAS di kawasan itu pada kali ini.

Bagaimanapun, ia akan bergantung kepada sejauhmana parti-parti komponen BN mampu bergerak sebagai satu pasukan yang berkesan, menyelesaikan masalah dalaman, mengemukakan calon yang sesuai dengan cita rasa pengundi dan isu-isu yang dibangkitkan.

"Ia juga medan untuk menguji kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi," kata Sivamurugan merujuk kepada Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang baru dilantik itu.

Di Manik Urai, kejayaan BN mengurangkan majoriti PAS di kawasan kubu kuatnya itu dikaitkan dengan keberkesanan jentera parti BN yang bergerak sebagai sebuah pasukan selain faktor Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed.

"Tok Pa (Mustapa) diterima akar umbi," kata Sivamurugan mengakui pemimpin itu berjaya menyatukan Umno Kelantan yang sebelum ini berpecah dan sering dikaitkan dengan tindakan "cah keting" atau cantas-mencantas.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan juga berpendapat Permatang Pasir sukar ditembusi namun BN, katannya, tetap mempunyai harapan di kawasan itu berdasarkan trend pengundian "turun-naik".

"Dalam politik tiada yang mustahil," kata Ahmad yang yakin pengundi mampu menilai perubahan yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak beliau mengambil alih parti dan kerajaan April lepas.

Misalnya pada 2004, calon BN Datuk Adnan Ramli berupaya menggugat sokongan terhadap Allahyarham Mohd Hamdan apabila pada masa itu PAS hanya menang dengan majoriti 679 undi, berbanding majoriti besar pada tahun 1999.

Bagaimanapun, pada tahun 2004 Allaryarham Mohd Hamdan menewaskan Ahmad Sahar Shuib dari BN dengan majoriti 5,433 pula. Sebelum pilihan raya umum 1999, kerusi Permatang Pasir dipegang oleh BN, contohnya pada tahun 1986, 1995 dan 1990.

Dari sudut berbeza, selain menjadi kubu kuat PAS, Manik Urai dan Permatang Pasir juga mempunyai persamaan iaitu didominasi pengundi Melayu, masing-masing 99.2 peratus dan 69.4 peratus daripada pengundi keseluruhannya.

Dalam perkara ini, penganalisis politik berkata peranan parti komponen MCA, Gerakan atau MIC memainkan peranan penting untuk menarik sokongan 24.5 peratus pengundi Cina dan enam peratus pengundi India.

Namun apa yang pasti, pakatan pembangkang akan bekerja keras bagi memastikan majoriti undinya tidak dikurangkan jika mereka mahu terus mendabik dada pengundi masih bersama dengan pakatan itu.

Bagi pemerhati politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussein, pilihan raya kecil yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selewat-lewatnya minggu depan itu akan menguji kekuatan parti-parti yang bertanding.

"Tentunya PAS jika menangpun mahu menang lebih besar dan BN jika kalah tidak mahu kalah lebih besar," kata Atory yang berkeyakinan "trend pengundian" di Manik Urai mampu beralih ke Permatang Pasir dengan perkembangan semasa.

Apa yang pasti pemimpin dari pakatan, antaranya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sejak dari awal mengingatkan bahawa Permatang Pasir, "bukan laluan mudah" dan mahu PAS mengambil iktibar daripada keputusan di Manik Urai.

"Semua pihak perlu perbetulkan persepsi yang pakatan pembangkang boleh menang mudah di situ kerana situasi sekarang adalah 50-50," kata Guan Eng seperti dilaporkan media.

Barangkali semua pihak mula menyedari, selepas apa yang berlaku sejak 8 Mac tahun lepas, rakyat sudah dapat menilai dan mampu membezakan di antara kaca dan permata.-- BERNAMA

**** Bagi saya dengan kes di Selangor, kalau Pas kalah di DUN Permatang Pasir bukan sesuatu yang memeranjatkan.

KEMASKINI PUKUL 7.01 PETANG
Petikan dari laporan UTUSAN ONLINE

Demonstrasi UMNO-Pas?

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini melahirkan kesanggupan mereka untuk turun padang menyertai demonstrasi aman yang dianjurkan oleh Pemuda Pas Jumaat ini bagi mendesak Kerajaan Selangor menukar portfolio Exconya, Ronnie Liu.

Bagaimanapun, menurut pergerakan itu, Pemuda UMNO hanya akan menyertai perhimpunan tersebut sekiranya Pas berjaya mendapat permit daripada polis untuk mengadakan demonstrasi aman tersebut.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa Pas akan menganjurkan demonstrasi itu di kawasan masjid pada Jumaat ini.

"Kami Pemuda UMNO ingin bertanya kepada Pemuda Pas, di masjid mana akan diadakan demonstrasi itu pada pukul berapa? Adakah sudah mendapat permit?

"Jika sudah mendapat permit, Pemuda UMNO bersedia untuk menyertai demonstrasi bersama Pas mendesak supaya Liu meletakkan jawatannya," katanya selepas mengiringi tiga persatuan peniaga membuat laporan polis terhadap Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) di Balai Polis Tun H.S Lee di sini hari ini.

Pas Selangor semalam mendesak kerajaan negeri menarik balik portfolio kerajaan tempatan yang dipegang oleh Liu berikutan beberapa masalah yang ditimbulkan oleh wakil rakyat DAP itu.

Menurut Tengku Azman, dalam perkara ini, Pemuda Pas boleh berkerjasama dengan Pemuda UMNO untuk sama-sama melahirkan kemarahan terhadap tindakan Liu itu.

"Kami yakin polis akan memberi permit untuk demonstrasi ini jika Pas gunakan saluran betul," katanya. - UTUSAN

**** Jika tiba masanya dan bila kedaultan Melayu dan Islam Umno-Pas pasti akan bersatu

4 comments:

Anonymous said...

Salam,

Saya berpendapat bahawa TIDAK mungkin wakil rakyat PAS menjadi PM sebab 'kuasa' adalah lebih kepada DSAI-PKR dan KLS-DAP.

Saya besetuju PAS memfokuskan usaha kepada PAS untuk negeri-negeri seperti terbukti di Kelantan & Kedah dan pernah di Terengganu. Dgn ini Perlis, Johor, Selangor, Perak dan N9 munkin juga terarah kepada PAS.

Secara tak langsung akan adenya 'keserasian PAS & UMNO' utk kesejahteraan umat Islam di Malaysia.

Hanya pendapat.

Nani Cheras

Ahli Pas Seumur Hidup said...

Saya setuju dengan Meli jika Pas bersihkan diri dari umpama ayam yang disembelih secara halal dicampur dengan ayam mampus pulas tengkok dan dimasalak dalam satu belanga, Pas akan disokong oleh majoroti umat Islam, kalau pun bukan 100 persen.
Kalau pun rakuy negara ini bertukar tangan, rakyat nak kerajaan ala Pas, guna acuan Pas, bukannya kerajaan yang tidak banyak beza dengan Umno/BN kalau pun ianya tidak lebih teruk lagi kalau ianya PR berleaderkan Umno, apatah lagi jika DAP yang paling berkuasa.
Saya tidak nampak apa perlunya Pas bekerjasama dengan DAP. Kalau tak boleh kerjsama dengan Umno, lebih baik Pas bergerak sendiri.

Takpanda said...

Saya tidak bersetuju dengan cara Datuk Shabery Chik memperlekehkan Datuk Hj Hassan. Dia sepatutnya menyokong tindakan yang baik disisi islam seadanya. Serah lah kepada Allah soal ikhlas ke..sandiwara ke..Terasnya tindakan Datuk Hassan selari dengan kehendak Islam..sokonglah..kenapa harus diselami dan dibuat andaian tentang keikhlasan..

Imam Muda said...

Ini masanya Melayu dan umat Islam kena bersatu. Soal ikhlas atau tidak jangan dipertikaikan kerana masing-masing sendiri tahu ikhlas ke tidak.
Kena ingat bahawa umat Islam tanpa mengira bangsa dan sempadan negara adalah bersaudara, yang bukan Islam, mkanya bukan saudara kitalah.