Wednesday, August 5, 2009

MUNCUL KEMBALI (312)

ISA masih releven untuk hadapi orang macam Jeff Ooi

MUNGKIN ramai Melayu yang tidak bersetuju dengan pendapat Melayu saya bahawa sebab musabab kenapa Melayu terus diperalat dan diperkaskaskan sebagai pendemo hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semakin hari semakin menyerlah.

Antaranya adalah kerana bagi memudahkan watak-watak seperti Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu melakukan apa yang disukai tanpa ada sebarang hadangan dan halangan selain dari untuk pimpinan Hindraf dan tokoh seperti Anwar Ibrahim mudah buat apa yang mereka suka.

Gaya gansterisme yang amalan tokoh-tokoh berkenaan bukannya boleh menyumbang kepada menambah-baikan lagi kerukunan hidup rakyat pelbagai kaum dan pelbagai anutan agama di negara itu tetapi boleh menyumbang kepada merebaknya semangat perkauman yang sangat merbahaya.

Justeru itu langkah menyediakan sebelum hujan, cegah sebelum parah, beringat sebelum kena patut dilakukan supaya tindak-tanduk yang boleh membangkitkan semangat Melayu Se Tanah Melayu dapat dibendung.

ISA adalah merupakan akta yang paling berkesan berbanding dengan pelbagai akta yang memerlukan proses yang lama untuk memutuskan sesuatu hukuman boleh dilaksanakan terhad seseorang suspek.

Sejumlah 27 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di bawah Forum Penyelarasan Umat (Forum) menyelar tindakan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremisme, yang diangap oleh pertubuhan-pertubuhan berkenaan sebagai satu kenyataan yang disifatkan mengelirukan, berbaur jahat dan menimbulkan salah faham terhadap Islam membuktikan bahawa ada bahaya jika tindakan pembendungan tidak dilakukan segera.

Percayalah majoriti rakyat negara cintakan kedamaian dan bencikan rusuhan, demontrasi dan ketegangan sama ada antara kaum mahu sesama sekaum kerana pelbagai percanggahan termasuk pecanggahan politik. Justeru itu mereka mesti gembira jika pihak atau individu yang menyumbang kepada suasana tidak aman diISAkan.

4 comments:

Malaysia said...

bukankah tindakan Jeff Ooi itu rasis namanya?
kalau benda ini berlaku kepada orang melayu 14 hari 14 malam didedak orang melayu mohon maaf seperti yang berlaku kepada ahmad said dahulu,

wajar kiranya umat islam saman Jeff OOi atas perkara hina orang islam

Rasisme said...

Silap kita juga beri muka. Kalau tidak ada iman dan taqwa, maka begitulah jadinya. Sejahil-jahil orang Umno (itu pun pada penilaian orang Pas) mereka tetap mengaku beragama Islam, malah tetap kerjakan perintah-perintah Allah walaupun orang Pas kata amalan orang Umno tidak diterima. Jeff Ooi dengan Ronie Liu apa bezanya dengan babi mucung gelebek

najmi said...

Tuan, tolong bezakan antara demonstrasi jalanan dan rusuhan jalanan..
demo jalanan macam anti israel di seluruh dunia haritu, satu dunia suka..
rusuhan jalanan macam anarkis di greece dulu satu dunia benci.. jadi tolong bezakan.. rusuhan, perusuh bakar kereta, pecahkan kedai, baling molotov..
demo rakyat jalan berpegang tangan dalam barisan.. cuma jadi kucar -kacir bila polis tembak.. kalau tak tembak, tak jadi huru-hara.. tolonglah.. kita dah hampir dengan wawasan 2020, sampai bila pemikiran nak kolot macam zaman apatheid afrika selatan?
sebagai permulaan, saya harapa tuan boleh bezakan anatara rusuhan dan demo..
o ya, bab jeff ooi.. memang rasis.. dakwa dia di mahkamah atas dakwaan rasis.. senang cerita..buast pa tangkap tak tentu hala..

Anonymous said...

seharusnya orang yang mengatakan orang islam yang lain dengan gelaran komunis... ayah pin ...dan lain-lain gelaran...tu yang sepatutnya lebih dahulu bertindak balas dengan penghinaan itu....tapi dah kawan dia DAP....sebab dia kata dengan syaitan pun boleh berkawan kalau nak tolong PAS.....hina Islam pun tapi kerana DAP dah tolong PAS...oleh itu hina pun kira halal lah.....kita tunggu PAS bersuara