Tidak kenal mana mungkin jatuh cinta
UNTUK posting kali, saya ingin memetik dua laporan, pertama oleh UTUSAN ONLINE dan kedua oleh Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA) kerana saya rasa ada banyak yang tersirat di samping yang tersurat untuk renungan kita bersama.
Laporan pertama adalah:
PM hargai kenyataan Nik Aziz
BANDAR SERI BEGAWAN 6 Ogos - Alhamdulillah! Itu reaksi Datuk Seri Najib Tun Razak apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang memuji layanan luar biasa Perdana Menteri sepanjang lawatannya ke pelancaran Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) di Pekan, Pahang, Selasa lalu.
"Saya amat menghargai komen Datuk Nik Aziz. Saya juga hargai kesudian beliau mengikuti program sepanjang jalan di Pekan Pahang dua hari lalu," kata Najib pada sidang akhbar berhubung lawatannya ke Brunei Darussalam yang berakhir pagi ini.
Perdana Menteri berkata, ini juga menunjukkan bahawa Menteri Besar Kelantan itu inginkan hubungan yang baik dengan Kerajaan Pusat.
Bernama semalam melaporkan, Nik Aziz menyifatkan penghormatan yang diterimanya pada majlis itu tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini yang baginya dilihat sungguh cantik, di samping senyuman pemimpin Kerajaan Pusat serta kehebatan kawasan itu yang tiada tolak bandingnya.
Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata: "Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyumnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap corridor of power untuk pelabur luar negara, sungguh hebat," katanya.
Ditanya sama ada kenyataan seumpama itu dapat mengeratkan hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat, Perdana Menteri berkata, hubungan dengan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang bukan hubungan yang perlu dibangunkan dari segi keserasian, yang bererti ia tidak boleh berlaku pada tahap keserasian yang tinggi dalam masa yang singkat.
Tetapi katanya, apa yang penting keikhlasan dan sikap saling hormat menghormati yang dapat ditunjukkan oleh kedua-dua pemimpin.
"Inilah yang menjadi hasrat saya dan ini saya buat secara ikhlas kerana yang saya pentingkan ialah rakyat, rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya kerana sebagai Perdana Menteri saya juga Perdana Menteri kepada semua, saya mahu berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia," katanya. - UTUSAN
Lapora kedua:
Saya Syukur Dengan Layanan Luar Biasa PM - Nik Aziz
TUMPAT, 5 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau amat bersyukur dengan layanan luar biasa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sepanjang lawatannya ke Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) semalam.
Beliau berkata penghormatan yang tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini dilihat sungguh cantik, di samping senyuman pemimpin kerajaan pusat serta kehebatan kawasan itu yang tiada tolak bandingnya.
"Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyum simpolnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap "corridor of power" untuk pelabur luar negara, sungguh hebat," katanya kepada pemberita sejurus menyambut kumpulan seramai 50 orang penduduk Kelantan yang menyertai misi melawat pelantar minyak di kawasan 170 kilometer dari pantai Tumpat pada Rabu.
Nik Abdul Aziz diminta mengulas lawatannya ke perasmian SEZ-ECER oleh Perdana Menteri di Pekan, semalam.
SEZ-ECER adalah zon ekonomi khas pertama negara meliputi Kertih di Terengganu hingga ke Tanjung Agas di Pekan yang akan menyumbangkan 80 peratus kepada hasil keluaran ekonomi kawasan ECER.
Perdana Menteri berkata zon ekonomi khas mampu menarik pelaburan RM90 bilion dan menyediakan 220,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 dan merupakan yang pertama di Malaysia.
Nik Aziz berkata beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sedia mengundangnya bersama pemimpin lain melawat kawasan itu yang dianggap memang luar biasa dari tempat-tempat lain.-- BERNAMA
Kerana itulah al-Quran pun ada mencatatkan supaya apabila sampai sesuatu berita kepada kita, maka hendaklah dipastikan kesahihannya dulu, jangan mudah percaya.
Saya yakin ketegangan berlaku antara pimpinan Pas dengan Umno selama ini kerana masing-masing dimaklumatkan dengan maklumat yang tidak sahih atau ancuman-ancuman berkepentingan individu dan puak sendiri tanpa diambil kira bahawa tidak mustahil ada pemaklumat yang berniat tidak jujur.
Orang Pas selama ini melihat Umno kotor dan pimpinan, ahli dan Umno kotor belaka lalu dibuat kesimpulan berdasarkan pandangan, tanggapan dan persepsi pukal, walhal dalam Umno itu ada macam-macam jenis orang, demikian juga sikap perdana menteri dari Umno.
Lalu tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa amat keterlaluan, macam-macam tembakan dengan kata-kata kotor dan menjijikan dilepaskan. Sebagai parti leader kepada komponen parti kerajaan, Umno terpaksa berdepan dengan banyak kerja dan tanggungjawab kekerajaanan dan tidak terlalu memberi masa untuk menangkis serangan balas dan mencari keburukkan Pas sebagaimana yang Pas dan rakan-rakan dalam pakatan lakukan.
Saya nampak dan perhatikan, bermula pada era kepimpinan Pak Lah (kini Tun) dan juga dikesinambungkan oleh Dato' Seri Najib, Umno seakan membiarkan Pas (pemimpinnya) memburuk-burukkan Umno ibarat anjing menyalak bukit yang mana jangankan bukit boleh runtuh tetapi serpihan batu sebesar tahi mata pun tidak akan bergenjak tempat letaknya oleh salakan berjuta ekor anjing.
Sikap bijaksana, profesional dan penuh kewajaran Umno dalam menghadapi serangan melampau dan tidak bermoral Pas itu akhirnya mendorong seorang tokoh sebesar Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa menelan kata buruk, celupar dan tidak bermoralnya sebelum ini terhadap tokoh Umno.
Walaupun atas dasar egoistiksmenya, Dato' Nik Aziz tidak mahu kaitkan dengan Umno dalam menilai Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri tetapi hakikat yang tidak boleh ditolak ialah Perdana Menteri itu adalah Presiden Umno dan Pengeusi Barisan Nasional.
Apa pun penilaian terhadap perdana menteri, maka secara langsung ianya akan masuk kira penilaian terhadap Presiden Umno.
Orang yang benar-benar bijaksana dalam berpolitik akan tersenyum sumbing dan akan ketawa lucu kerana hati tergaru apabila ada yang cuba asingkan Dato' Seri Najib dari Umno dan juga Barisan Nasional.
Sebagai seorang tokoh yang bijak berpolitik dan memang paling layak menjadi Perdana Menteri kepada negara ini untuk masa ini (kalau tidak tentulah Allah Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui tidak akan takdirkan beliau menjadi PM) meminta Dato' Nik Aziz menjaga hati orang Umno kalau mahu bekerjasama dengan kerajaan pusat.
Sekalian makhluk di langit dan di bumi tahu apa tanggapan, pandangan dan persepsi orang Pas dengan geng-geng dalam pakatan pembangkang terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, semuanya penuh prejudis.
Dato' Najib telah dipertaik dan ditarafkan umpama anjing kurap buruk kepala berulat nyunyak-nyunyak.
Rata-rata yang menilai, menganggap, memandang dan mempersepsi Dato' Seri Najib dengan penuh prejudis dan yang mempertaikkan Dato' Seri Najib tidak pernah pun mendampingi Dato' Seri Najib.
Tengok saja bila Dato' Nik Aziz dampinginya, apa komen Dato' Nik Aziz terhadap Dato' Seri Najib. Kerana itulah kata orang tua-tua, kalau tidak kenal masakan ada rasa cinta.
Saya yakin mereka yang mengecam dan mempertaikkan Dato' Seri Najib selama ini tidak akan memprejudisi Perdana Menteri sebaliknya akan memandang tinggi kepada Dato' Seri najib sebagaimana Dato' Nik Aziz sekarang, setelah mendampingi Dato' Seri Najib yang melayaninya dengan baik, maka persepsi dan penilaiannya terhadap Dato' Seri Najib berputar sebilion darjah.
Malah Dato' Seri Najib yang dari segi usianya berkelas anak kepada dato' Nik Aziz telah membahasakan Dato' Nik Aziz dengan 'tok guru' (panggilan yang sangat disukai Dato' Nik Aziz sendiri untuk dirinya dan turut disukai oleh para penyokong Pas) walaupun orang yang dilayani dan dimesrai itu pernah menganggap Umno yang dipresideninya sama dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin serta diseranah dengan pergi jahanam Umno!.
Kita semua tahu Dato' Seri Najib adalah seorang orang yang ada hati dan perasaan. Beliau bukan plastik atau pun robot yang nampak hidup tetapi tanpa hati dan perasaan. Apakah sebagai seorang orang , beliau tidak terasa hati dengan kecaman yang dituding kepadanya?
Kalau Dato' Seri Najib rendah kualiti iman dan takwa serta moralnya, apatah lagi jika beliau mendahulukan perasaan dan nafsu dari akal fikirannya, beliau boleh mempermalukan Dato' Nik Aziz bagi membalas dendam dengan menyebut dalam ucapannya;
"......untuk pengetahun hadirin, hadhirat sekalian, tokoh hebat pembangkang yang kata Umno sama dengan komounis, sama dengan ajaran sesat Ayah Pin dan yang seranah dengan pergi jahanam dengan Umno, ada pada majlis ini selepas beliau tanpa diundang ikut sama menyambut ketibaan saya ke Kelantan di lapangan terbang Pengkalan Chepa baru-baru ini....."
Tetapi kerana kualiti iman, takwa dan moralnya, pasti tanpa beliau sendiri sedari, bahawa beliau telah mencapai kemenangan moral berdepan dengan tokoh besar dan hebat parti lawan yang mengeluarkan kata yang tidak ada gambar seburuk lukisan untuk digambarkan betapa buruk katanya terhadap Umno.
Tidak hairanlah banyak sirah tentang orang yang alim dan kuat beribadat mati masuk neraka tetapi ada penjahat dan telah membunuh 100 orang termasuk seorang tok alim besar, mati masuk syurga.
Malah seorang yang menjalani hidup penuh dengan kemungkaran telah masuk syurga hanya kerana batu yang diletak untukknya melepas telah dibiarkan kekal dalam keadaan begitu supaya orang lain boleh turut gunakannya tanpa terlintas dihatinya ia akan dapat pujian kerana bakti kecilnya itu, mati masuk syurga.
Mudah-mudahan perubahan yang berlaku kepada Dato' Nik Aziz selepas jumpa Dato' Seri Najib akan turut membawa perubahan kepada Pas yang lain.
Behentilah dari menganggap Islam hanya untuk Pas dan Umno tolak Islam, elakkan dari kepercayaan syurga hanya untuk orang Pas dan tempat orang Umno adalah neraka.
Yang betul caranya bagi saya adalah seandainya sebagai orang Pas kita sudah cukup lebai, maka ajarlah orang Umno dengan penuh hikmah supaya orang Umno yang jahil akan jadi lebai manakala jika didapati ada orang Umno lebih lebai dari orang Pas, tidak salah kalau orang Pas berguru dengan orang Umno.
Orang lebai membiarkan orang jahil kekal dalam kejahilannya, malah diusahakan supaya yang jahil bertambah jahil adalah satu perbuatan keji dan berdosa.
Maknanya mengecam Umno sebagai jahil, sebagai anti Islam oleh orang Pas tanpa orang Pas berusaha untuk memperlebaikan orang Umno yang dikatakan jahil adalah satu perbuatan dosa.
Saya rasa para cendekiawan Islam boleh setuju dengan saya. Kalau saya silap mohon diperbetulkan, malah saya mohon Allah ampuni saya kerana kejahilan dan ceteknya ilmu agama saya!
Thursday, August 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Pak Meli,
saya suka artikel ini dan besar ertinya sebab ini artikel yang ke 313.
Abg meli
saya setuju dgn artikel abgyg penuh hikmah
Sdr Meli
Saya harap sdr Khalid samad dapat bertaubat kerana kalaubeliau tidak bertaubat beliau jadi bapak munafik Malaysia Moden
Abe Li, mek sangat tertarik dengan tulisan abe..panjee dan sedap dibaca..tak puas dan menitikkan air mata keinsafan. Moga2 abe boleh tulis bbanyak lagi artikel yang boleh menyingkap tudung yang menutupi hati-hati yang gelap...
Cek abe ni memang kaki ampu. Nampak salah pas seumo dan UMNO baik selalu.
Yang pastinya Syurga adalah milik Allah, dan terserahlah kepadaNya untuk memberi kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Kita adalah hamba, patut patuh pada suruhannya dan berserah kepadanNya tanpa mengharapkan apa-apa dariNya. Kalau syurga yang diberiNya, Alhamdulillah.
Tok guru kalu dengan sesamo manusia dio memang baik..hok dio suruh gi jahane 'UMNO' kerana dasar dio tu la banyok berlaku ketidakadilan. Najib pun satu doh kalu sero bagus sangat saman la suratkoba hok tuduh dio terlibat dengan altantuya bakpo takunyo. Tn Guru Hj Hadi saman surat kabar di UK nun menae pulok tu. Tu caro tok guru berdakwah kena lemah lembut..mana tahu najib dok teriok lepas ni nyesal ko amalae hok saloh selamo ke ning. pengikut baso dio doh ado hok extreme nok buat lagu mana.Rasullullah S.A.W terimo dugaan lebih hebat dari kito. Keno ingat kalu palo molek,Insya'Allah molek la ekornyo..ni gak palo pun buruk hok belakae tok tahu lagu manonyo..Islam tu nasihat menasihati...ore nok dengar ko tok ser x leh pakso ko guano anynomous?..
sdr meli mugo John ni tak habis puji tok guru walau pun tok guru dia tu senok.Dia jupe kitab mana yg boleh halal kata hudoh sesama islam.Mugo dok sian dgn puak puak setan DAP jadi setan jugak lah PAS
Abe Li...nama John tapi kecek islam penuh mulut.Ni la perangai ore PAS kecek Islam memang hebat tapi kalu nama samaran pun pakai nama ore kafir pah lagu mano....
datuk seri najib,sebagai manusia
memang nampak baik ,jerneh air muka
sdap tingut, kalu tidak gitu, mana
cik puan dia nak, bukan gitu abe li
tapi royalti petrol lain la pula cara , nak bayar ke? tak sir bayar
ke? lain la pula cerita nya.pasa
politik tak sah dok masok dlm halni .jangan kelentong duit oghe kelantan sudah la.kalu tidak kita ajak tokhim belaghat(demo) pula,dia
ni kalu pege bagha api jadi aghe, dia tak lepas dah.tingut tokgughu
kena sunglep, baghu2 ni demo pro isa ,saya dan kawan2 kena kenching
oleh tokhim, jazakallah tokhim kalu saya dan kawan2 kena, oghe pasir mas semua kena..ha22 ka22
Post a Comment