Sah undi menangkan PR dan kalahkan Umno/BN di Selangor tidak berpahala
SEBAGAI umat Islam (mudah-mudahan keisalaman saya menepati kualiti yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya), apa yang sedang berlaku di Selangor ekoran tindakan pemberi (mudah-mudahan Allah akan kekalkannya dalam istiqomah), Dato' Haji Hassan Mohd Ali, sentiasa saya pantau.
Siaran berita terkini dan berita semasa yang disiarkan oleh stesen-stesen tv sentiasa saya tonton untuk dapatkan perkembangan terbaru di samping laporan terkini Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) juga sentiasa saya ikuti. (Saya turut terbabit dalam tugas-tugas pemberitaan dengan BERNAMA di Kelantan pada tahun 1982 hingga 1990).
Melalui posting kali ini saya mengambil kesempatan memetik dua laporan BERNAMA, yakni yang pertama:
Jual Arak Atas Kesedaran Peniaga - Khalid Ibrahim
SHAH ALAM, 7 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor memutuskan bahawa penjualan minuman keras di negeri itu adalah berpandukan kepada kesedaran penjual sendiri terhadap permintaan pembeli dari kalangan orang Islam dan remaja.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata menerusi peraturan sendiri itu, ia turut bermakna penjual tidak perlu menjual minuman keras di premis mereka yang terletak di kawasan yang tidak mendapat permintaan tinggi daripada penduduk setempat.
Beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mengharamkan penjualan minuman keras tetapi sebaliknya akan memberi tempoh sebulan kepada premis terbabit supaya tidak menjual minuman keras kepada masyarakat Islam.
"Sebagai permulaan kita mulakan dengan kawasan Shah Alam untuk melaksanakan 'self regulation' iaitu apa yang kita lakukan ialah untuk fahami bagaimana boleh kita wujudkan satu keadaan di mana penjualan ini dapat dilakukan kepada mereka yang hanya boleh membelinya dan bukan kepada yang tidak sepatutnya membeli termasuk orang Islam dan kanak-kanak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), KK Group of Companies dan kedai 24 jam 7-Eleven di sini pada hari Jumaat.
Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata 7-Eleven seperti contoh telah pun mempraktikkan 'self regulation' di mana sebanyak 10 cawangannya di Shah Alam telah pun menghentikan penjualan minuman keras berikutan tiada permintaan daripada penduduk setempat yang majoritinya beragama Islam.
Justeru, beliau berkata draf cadangan berhubung penjualan minuman keras yang dikemukan oleh PAS adalah tidak relevan untuk dilaksanakan memandangkan kerajaan negeri perlu turut mengambil kira kepentingan semua pihak.
"Untuk melakukan sesuatu perkara, kita kena ambil kira beberapa pihak termasuk penjual, pembeli, masyarakat sekeliling serta mengimbangkan keadaan di mana walaupun Selangor negeri mesra perniagaan tetapi pada masa yang sama sangat prihatin tentang masalah sosial di negeri ini.
"Jadi kita tidak boleh nak tahan (jualan minuman keras). Menghentikannya tidak akan menyelesaikan masalah sosial. Tidak payahlah kita ada banyak undang-undang, kita hormat perniagaan dan kita juga hormati masyarakat dan fahami kehendak budaya dan orang ramai," katanya.
Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Nor berkata MBSA akan mengikut seperti yang diputuskan oleh Menteri Besar iaitu pelaksanaan mekanisme peraturan sendiri dalam usaha menyelesaikan perkara itu."
MBSA akan adakan kerjasama erat dengan masyarakat peniaga. Apapun keputusan kerajaan negeri kita ikut dan kita akan tengok dalam masa sebulan ini bagaimana keputusannya.
Dalam tempoh sebulan ini penumpuan kita hanya di 17 cawangan kedai serbaneka di Seksyen 1 hingga 24," katanyaKetua Pegawai Eksekutif KK Group of Companies, Datuk Dr Douglas KK Chai berkata keputusan yang dibuat Menteri Besar adalah baik kerana tidak dinafikan minuman keras juga menyumbang kepada hasil jualan keseluruhan syarikat itu.
"Sekarang kita tunggu, selepas sebulan kita akan lihat bagaimana ia berjalan dan sama ada peraturan ini boleh berfungsi atau tidak. Tetapi ia adalah langkah baik yang kita ambil," dan menambah syarikat itu mempunyai kira-kira 40 cawangan kedai serbaneka di Selangor.-- BERNAMA
Laporan itu membuktikan bahawa desakan pemberani Dato' Haji Hassan Mohd. Ali hanya dibalas dengan siku-balik, cebih-tonyel dan tonggeng punggung oleh kerajaan Negeri Selangor terajuan Khalid Ibrahim yang tidak berani untuk bertegas demi agama dan bangsa.
Mungkin Dato' Haji Hassan Ali sedang bermurung dan berdukacita dengan keputusan kerajaan negeri yang mana beliau adalah antara exconya manakala Ronnie Liu pula boleh ketawa terbahak-bahak dan boleh mengayin dalam bahasa Cina yang diterjemahkan akan berbunyi kalau kail panjang sejengkal, Hassan jangan cuba nak duga lautan yang dalam.
Manakala Khalid Ibrahim sudah pula mula melihat bahawa kerajaan pimpinannya sedang menghadapi masalah buruk akar tunjang bagaikan pokok betik ditenggelami air dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti.
Kalau berlaku pilihanrayan kecil di mana-mana kawasan yang majoriti pengundinya Melayu yang di hatinya masih ada saki baki semangat keislaman, maka mana-mana parti dalam PR yang bertanding pada kawasan berkenaan, saya yakin akan kalah dengan teruk.
Berdasarkan keputusan kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim itu, dapatlah dilihat dengan terang lagi bersuluh siapa, yakni parti mana sebenarnya yang berkuasa di Selangor, malah dapat dilihat dengan jelas lagi jilah pada takah mana kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat, terutama di Selangor.
Juga boleh dilihat parti mana sebenarnya yang berada di hati Khalid antara Pas dengan DAP, walhal saya yakin rakyat Selangor, apatah lagi orang Melayu yang di hati masing-masing masih ada saki baki semangat keislaman sanggup memberi mandat kepada PR pun pada pilihanraya umun lepas kerana mereka mahu kerajaan berdasarkan acuan Pas.
Mereka mahu Selangor tanpa arak, tanpa pusat-pusat perjudian, tanpa pusat-pusat hiburan dan bila setiap kali masuk waktu sembahyang azan boleh dikumandangkan dengan lebih lantang, juga pembesar suaranya boleh latas pada jarak yang lebih jauh bila kuliah agama diadakan berbanding dengan semasa berada di bawah Umno/BN.
Bagaimanapun pada saya walaupun kecundang dalam perjuangannya atas nama kepentingan Islam, Dato' Haji Hassan Mohd. Ali tetap hero dan pembererani pada mata Melayu yang di hati mereka masih ada saki baki semangat keislaman serta pada mata sekalian umat Islam tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Semuga beliau tidak lemah semangat.
Laporan kedua pula sebagaimana berikut;
DAP Gesa Tindakan Disiplin Terhadap Pesuruhjaya PAS
PETALING JAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Perbalahan terbuka antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor semakin berlarutan dengan DAP Jumaat menuntut supaya diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan tindakan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya meminta agar Ronnie Liu dari DAP dilucutkan daripada jawatannya sebagai exco Selangor baru-baru ini.
Timbalan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata tindakan Dr Hasan dalam kes itu dilihat "tidak sesuai serta tidak adil", dan menambah bahawa ia diburukkan lagi dengan tindakan Pemuda PAS mengadakan demonstrasi menentang Ronnie Liu, serta rancangan PAS mengadakan kempen besar-besaran di masjid-masjid berhubung isu itu sebagaimana yang dilaporkan media.
"Apa yang membuatkan tindakan (Hasan) itu tidak dapat diterima ialah kenyataan bahawa Ronnie Liu menjalankan tanggungjawabnya dengan tekun, apabila mengarahkan supaya dipulangkan barang yang diambil secara tidak sah kepada pemiliknya," kata Pua kepada pemberita di pejabat DAP Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata DAP memiliki hubungan yang baik dengan PAS di peringkat persekutuan, namun menurutnya parti itu benar-benar bingung dengan apa yang berlaku di Selangor yang dilihat berbeza sama sekali dengan hubungan yang wujud di peringkat nasional.
Pua berkata DAP akan menghantar surat kepada kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini bagi menggesa supaya ditubuhkan satu jawatankuasa disiplin.
Minggu lepas, Ronnie Liu selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8, Shah Alam.
Ekoran tindakan itu Dr Hasan Mohamed mendesak kerajaan negeri menarik balik portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Liu.-- BERNAMA
Berdasaekan laporan ini, saya yakin jika Pas benar-benar berjuang atas nama Islam tulen, parti itu tidak akan terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR) lagi, sekurang-kurangnya pada peringkat negeri Selangor.
Saya yakin demi maruah, kalau Pas terus mahu kekal dalam PR Selangor, Dato' Dr Haji Hassan Mohd. Ali tidak akan terus berada dalam barisan exco kalau pun beliau tidak angkat kaki dari Pas untuk menjadi pendakwah sepenuh masa.
Sesungguhnya apa yang sedang berlaku di Selangor pada saya menjadikan para pengundi yang memberi undi kepada PR tidak berpahala. (Ini hanyalah pandangan peribadi saya dan mohon para cendekiawan Islam tolong betulkan saya jika saya silap).
Pun begitu apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin dengan apa yang berlaku akan membuka mata Pas dan sterusnya akan menarik kecenderungan untuk memuhasabah diri sama ada tindakan bijak pandai parti itu meletakkan Pas dalam umpama ayam yang disembelih secara halal dicampur dengan ayam mampus pulas tengkok dan digulai dalam satu belanga iyu satu langkah yang betul atau sebaliknya, terutama dari sudut hukum hakam.
Pada saya, ingin saya ulangi ketegasan saya bahawa kalau Pas dalam PR macam nasib Pas di Selangor, lebih baik Pas sebagai parti yang sudah establish bergerak sendiri walaupun kerananya mungkin parti akan menjadi pembangkang hingga kiamat.
Bayangkan kalaulah PR memerintah negara kalau nanti apa yang berlaku di Selangor berlaku pada peringkat pusat. alangkah malangnya Melayu dan umat Islam.
Sama-samalah kita fikirkan tentang apa yang berlaku di Selangor dan kita kena cepat bertindak sebelum terlambat sebelum kita ditawan kedayusan, kebaculan dan kebebalan!
Friday, August 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Kalau begitu bagai dikata, Khalid Ibrahim empunya cerita, maka sahlah PKR = Parti Kucar Rakyat Islam.
Kepada penyokong PAS, kena ambil ikhtibar dengan isu ini. Ternyata PKR dan DAP adalah serasi tetapi dengan PAS belum tentu lagi.
Kilang arak terbesar di selangor dibina oleh kerajaan UMNO. Islam ke tu... bina kilang lagi dasyat
Sepatutnya PR usahakanlah supaya kilang itu ditutup bila dah tawan Selangor. Yang pengundi mahu di Selangor tidak ada pusat judi, pusat hiburan, arak bebas dan segala kebetulan kemungkaran. Kalau zaman pemerntahan PR tidak jauh berbeza dengan era pemerintahan Umno/BN, apa feadhanya pertukaran kerajaan.
kelantan bina patung berhala buddha paling besar di asia, islamik sangat ke tu?
Bina patung berhala lagi dahsyat...lagi dahsyat dari bina kilang arak..
Kerajaan PAS yang bagi binakan?
Sekure-kurenyo ado jugok usoho pas nok halang arak tu..baso dio doh mugo kongsi kuasa...x po la...lepas ni kalu nok biar buleh kuatkuaso sungguh gak, melayu umno srupo kebykan pengomen dalam blog ni pangkoh pas le...nak harap ko umno hok perintoh 52 tahun dio buat gapo ko arok ni (jadi penaja sukan utamo lagi)?..ulas skit abe meli kito..anynomus demo tgk dok board of director carlsberg sapa bapok dio? kerabat N9 nga 2 ore tokoh melayu...ingat mudoh ko arok nok hapus mudoh2..hok berehi ngomen ni baco2 la blog lain getek jange nok napok hok biru karat sokmo..buko minda tu..mace ambo hok biru baco hok hija pun baco pastu pikir laa..rezeki dari Allah pengurus dio manusio kalu demo redho nga pemimpin hok make duit banyok pastu demo buleh skit jugok nok buat guano...ambo tok se...ko guano abe li dok.
Umno/BN dengan PR/Pas 2X5, 5X2 jah. Di Selangor ada kilang arak, PR/Pas tak ada kuasa nak tutup, di Kelantan bila Pas perintah, patung besar sama tinggi dengan pucuk nyior semakin banyak dibina. Dulu masa Umno/BN perintah Kelantan bina patung tidur di Kampung Beruk, Pas gege seentero dunia. Lloni, lepas Pas perintah, selain dari Jubakar, patung besar ada di Terbak dan kalau tak silap saya dalam satu posting Meli tak lama dulu, semasa dia tersesat jalan, terparak pula dengan patung besar sedang dibina di kampung Siam dekat Bachok, bokali di Kampung Balai agaknya.
Post a Comment