Saya bertanggungjawab mengingatkan
MELIHAT kepada pengiraaan jumlah penjenguk yang membaca posting MUNCUL KEMBALI (315) yang diposting awal malam tadi, sebanyak 200 pengunjung membacanya dan seramai 7 penjenguk memberi komen.
Macam mana pun, matlamat saya untuk mendapat jawapan kepada persoalan 'Antara bergerak sendiri dengan berada dalam PR, mana lebih berpahala kepada Pas' yang saya cari tidak kesampaian.
Saya mengharapkan jawapan berteraskan dalil ayat al-Quran dan hadis supaya saya boleh pegang kerana malangnya walaupun saya mengaji sekolah agama tetapi tidaklah sampai ke peringkat universiti. Saya tidak hafal Quran dan hadis.
Dalam menghadapi sesuatu isu saya terpaksa teliti makna ayat demi ayat al-Quran sebanyak 6,236 ayat dengan membuka terjemahan al-Quran dan kena buka kita-kitab hadis yang diterjemahkan kerana saya tidak fasih berbahasa Arab.
Ayat-ayat al-Quran dan hadis saya perlukan bagi memudahkan saya membuka terjemahan al-Quran pada surah mana dan ayat ke berapa atau pun kalau hadisnya pula boleh membantu saya untuk membuka kitab hadis Bukhari atau Muslim di bawah item apa untuk nantinya saya akan gunakan sebagai hujah dalam tulisan-tulisan saya.
Sayangnya komen-komen yang dibuat lebih berbaur persepsi liar penuh emosional yang bukan sahaja tidak membantu percambahan ilmu saya tetapi juga pembaca lain. Yang ketara adalah komen berikut;
Anonymous said...
Assalamualaikum,Di soakan agar Allah membersehkan hati mu. Tiap kali kau menulis kau sentiasa memburuk buruk kan PAS. Tidak ada satu pun yang PAS lakukan betul. Adakah enkau makan gaji dengan BN wallah hu a'alam. Jika kau mendapat upah dari BN tidak ada apa yang dapat kau lakukan, tetapi jika tidak mohonlah agar mata hatimu tidak tertutup untuk melihat ada kala sesuatu parti itu salah tetapi tak kanlah tak kan lah semuanya salah.
Waalaikumumussalam! Terima kasih atas doa anda, semuga dimakbulkan-Nya. Doa menggunakan bahasa yang suci dan terbit dari hati dan niat yang murni, tidak ada sebab untuk tidak dimakbulkan-Nya.
Kalau anda anggap saya menulis sering memburukkan Pas bukan sahaja anggapan anda itu tidak betul tetapi anda telah berbohong kepada diri sendiri dan kepada Allah serta rasul-Nya.
Saya rasa terlalu kerdil untuk berdoa agar Allah ampunkan anda atas kebohongan itu. Rasanya anda lebih layak dari saya untuk memohon sendiri keampunan dari Allah.
Saya seringkali catatkan, saya hanya mula menegur Pas setelah saya dibawa masuk...saya ulang...dibawa masuk bekerja dengan Urusetia Penerangan Kerajaan Pas Kelantan (UPKn) bermula pada tahun 1998.
Bagi saya adalah menjadi fardu kifayah bagi saya untuk menegur Pas kerana dalam nama penuh parti itu ada perkataan Islam. Sama ada teguran saya diterima atau ditolak, itu bukan kerja saya.
Mana yang patut ditegur sudah pun, malah sedang akan terus saya tegur dikira tugas saya selesailah. Teguran saya pula hanya berteraskan sekadar ilmu setipis kulit bawang yang saya ada dan saya tidak menutup pintu untuk dihujah, apatah lagi disanggap oleh kalangan yang lebih berilmu.
Selama lapan tahun berada dalam UPKn menjadi saya yang sebelumnya amat mengkagumi Pas, terutama Kerajaan Pas Kelantan yang diterajui Tok Guru Nik Aziz mula merasakan saya tidak boleh lagi mengakguminya sebagaimana sebelum saya sertai UPKn.
Keadaan sebenar Pas dan kerajaan Pas pada pemerhatian dan pengalaman saya tidak sebagaimana yang saya gambarkan sebelumnya. Kebetulan saya masuk UPKn bukan berbekalkan ketaksuban sebagai orang parti politik, tetapi saya masuk atas nama pengamal media.
Saya tidak pernah makan gaji dengan Umno. Sewaktu bertugas sebagai Ketua Biro Harian Watan di Kelantan pun saya bukan bekerja dengan Umno tetapi taukehnya (Dato' Tengku Adenan Tengku Mansor) ketika itu lebih beridentitikan ahli korporat dan belum aktif sebagai antara barisan kepimpinan Umno.
Macam mana pun sepanjang berkhidmat dengan Harian Watan, laporan-laporan dari Kelantan banyak yang melabakan Pas. Anda boleh ke Arked Negara cawangan Kelantan dan semak Harian Watan yang dijilid sepanjang perkhidmatan saya dengan akhbar berkenaan.
Umno nak upah saya buat apa. Kalau anda usung saya dengan tandu ke pejabat Umno Kelantan mahu pun Umno pusat dan kata terimalah orang Umnomu ini, Umno Kelantan dan pusat akan tolak saya kerana berdasarkan baunya saja saya tidak ada bau Umno, sama seperti saya tidak ada bau Pas.
Saya ingin tegaskan bahawa bersaksikan Allah dan rasul-Nya, saya tidak pernah bekerja dengan Umno atau menerima upah Umno. Selepas perniagaan penerbitan akhbar mingguan dan majalah bulanan saya tersangkut, kini saya tumpukan masa kepada urusan membeli dan menjual kereta buruk, besi, alumanium dan tembaga.
Untuk makluman, saya dapat sembilan permit akhbar mingguan dan majalah bulanan pun dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas pertimbangan para pegawai KDN kerana antara permit itu saya perolehi sewaktu saya berkhidmat dengan UPKn dan dalam proses untuk berhenti dai UPKn dan kembali menjadi penerbit seperti sebelumnya, yakni selepas saya berhenti dari Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA) dan berhenti sekejap kerana kerja dengan Harian Watan, menjadi penerbit semula selepas itu dan aktiviti menerbit dikurangkan bila masuk diminta masuk UPKn.
Kalau Umno campurtangan dalam urusan kelulusan permit akhbar mingguan dan majalah bulanan (kalau ianya mahu dianggap sebagai upah Umno kepada saya), tidak mungkin permit-permit itu akan diluluskan kerana dalam borang permohonan permit pada ruang pekerjaan sekarang, saya catat jawatan saya sebagai PENGARANG UPKn ketika itu.
Untuk makluman juga, saya tak kata semua yang Pas buat salah. Namanya teguran, mestilah yang dirasakan tidak betul ditegur. Kalau yang dah betul pun ditegur juga, bukan ke pelik namanya.
Sebagaimana Pas, Umno juga ada yang betul dan tak betulnya. Tetapi bukan bermakna yang tidak betul tidak boleh dibetulkan. Tugas Pas lah sebagai pembangkang untuk membetulkannya.
Tugas membetulkannya pula kena berhikmah, kena guna bahasa, pendekatan yang profesional, bukannya maki hamun dan mudah membuat hukum seperti menganggap Umno tolak Islam.
Kalau tolak Islam masakan mereka pun sembahyang, tak 'kanlah para mufti dan cendekiawan Islam pun sokong Umno. Kalau jadi pemimpin Pas, ahli dan penyokong Pas terjamin masuk syurga, tak 'kan mereka pilih parti yang membawa mereka ke neraka.
Timbul persoalan saya 'Antara bergerak sendiri dengan berada dalam PR, mana lebih berpahala kepada Pas' keana saya perhatikan bila berada dalam PR, Pas semacam sering terkapik dan tersepit, Pas kena jadi pengikut bukan apa yang Pas buat kena ikut.
Ini adalah kerana DAP terang-terang anti Islam, kafirnya bukan jenis kafir zinni yang boleh dijalin kerjasama. Dalam PKR pula (terutama wakil-wakil rakyat negeri dan parlimennya) bukannya Melayu belaka. Jadi timbul pertanyaan di kepala dan di hati saya, berpahalakah Pas berada dalam PR.
Umno kalau ikut sifir Pas kena tolak tepi kerana Pas melabelkannya sebagai parti yang menolak Islam dan Pas tidak boleh bekerjsama dengan Umno kerana itu.
Walaupun saya tidak pernah setuju dengan tanggapan Pas bahawa Umno tolak Islam, tetapi dalam berhujah dengan Pas Umno kena diketepikan kerana kelayakan untuk dihujah telah terkeluar garisan apabila Pas anggap Umno tolak Islam.
Kalau pun tindak tanduk Umno bertentangan dengan Islam, tidak hairanlah kerana ianya dikatakan menolak Islam. Tetapi perosalannya apakah dalam menolak Islamnya Umno sama dengan DAP tolak Islam?.
Juga persoalannya macam mana Umno yang dituduh tolak Islam tetapi belum tentu betul di sisi Allah dan rasul-Nya dengan DAP yang terang-terang tolak Islam, Pas boleh terima DAP dan tolak Umno?
Bukankah kalau berdosa kerjasama dengan Umno yang dianggap tolak Islam tetapi pemimpin, ahli dan penyokongnya tetap menunaikan amal ibadat sebagai orang Islam, dengan bekerjasama dengan DAP yang terang-terang tolak Islam lebih berdosa lagi?.
Ini yang saya mahu tahu dari kalangan yang lebih berilmu dalam soal hukum hakam bagi membantu mengilmukan saya. Saya khuatir kalau-kalau orang Pas akan termasuk dalam golongan yang merasakan golongan yang yakin akan masuk syurga tetapi adalah sebaliknya.
Saya tidak akan ambil peduli apa nak jadi kepada orang Pas atau Umno kalau bukan dalam kedua-dua parti tidak ada ibu-ibu dan bapa-bapa saudara saya, saudara mara, rakan, jiran sekampung dan saudara sebangsa dan seagama saya.
Kerana itu saya terikat dengan seruan Allah dalam surah Al-Asyr, saya ada tanggungjawajawab untuk meperingatkan diri sendiri dan ibu-ibu/ bapa-bapa saudara saya, saudara mara, rakan, jiran sekampung dan saudara sebangsa serta saudara seagama dan senegara saya.
Kepada pengomen lain saya minta maaf kerana tidak ada kesempatan untuk memberi komen balas kerana terpaksa beredar dari meja komputer untuk urusan membeli besi buruk. Lewat petang saya akan kembali mengendalikan blog ini.
Saturday, August 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
salam abe li..
ambo sebenarnyo x suko blog ni tapi lo ni ok jugok sebab berbeza pandangan..ni sesuatu yang baik tp jange bermusuhan ko guano..masing2 ado hujoh belako. pasal DAP memang kito tak tahu hati budi dio, dio ado ramai ahli mcm umno nga pas jugok. jadi dalam ahli ni memang ado la yang extremenya tapi golongan mcm ni tak ramai (minoriti) Pas nak cari yang majoriti yang buleh di ajak berbincang dan berdakwah mcm hok berlaku di Perak tu. tp mugo ore umno bilo baik pulok nyo kato nizar jadi boneka..ingat nizar tu lagi tinggi ilmu agamo dari kito la (geng2 pengomen sini trmasuk ambo la)..tok tahu kot abe li tinggi lagi. takkan mudoh2 nok keno jual ko DAP tu semuo mainan UMNO belako..kalu PAS ajok berdebat ko..doh kalu betul alik UMNO takut aponyo..ni bagi alasan macam2. Doh kalu raso PR tok kuat doh bg la bubar dun Perok tengok biar rakyat menentukan..sejahat-jahat DAP tak dok lagi ore Pas kena bunuh..UMNO demo cek la sendiri..(peristiwo 13 mei tu cerito lain, itu pasal hasutan pihak tertentu nak jaga survival politik)..kesimpulannya nao berpolitik buleh tapi minda keno terbuka yg mana baik yang mana buruk..jange kerana orang memberi kita makan kita redho dengan amalannya walaupun kita tahu amalannya terdapat kezaliman..think about it fella!
Kalu orang Islam kena bunuh baru demo tok caya ko DAP gak, beratlah....
Bersainglah demo denge DAP.
Kawe bunuh mapoh pun tak sir.
Biar kawe berjuang seoranglah kalu gitu gak.
Seseorang Islam mati dibunuh oleh kafir ... maka sabilillah jawabnya!
John kata DAP, dia tok tahu hati budi.
We lah .... gitu mo nah dia tok nampok nyoh!
Janganlah membole kan mata kerana taksub nok berbaik.
Biar ambo tunjuk :
DAP mengaitkan syariah dengan ekstrimisme ....
DAP larang rampas arak ....
DAP dengan kandang babinya ...
Semuanya itu semacam menghina Islam. Jange nati sampai orang Islam terbunuh baru demo napok maka itu sudah terlambat.
Adakah demo nok berbaik dengan orang yang menghina agama kita?
Kawe was-was dengan nama John ni?
Nama Islam ke?
muncul kembali-sorry ebe li guno tajuk demo...nak bg hujoh ko puok-puok hok masih dala kebolelan...'"DAP mengaitkan syariah dengan ekstrimisme ...."'kae ambo kato doh ado golongan extreme dlm satu2 organisasi cth umno-kalu hok totok dio letok dasar kebangsaan lebih tinggi dari quran dan hadis..tok peti kato haram letok kalungan bungo di tugu negaro, x po bagi dio.."Adakah demo nok berbaik dengan orang yang menghina agama kita?"kito dalam proses berdakwah secara berhemah..baru setahun lebih dok pakat slow2 la..yg umno nga mca 52 thn dok pakat tok baloh ko? DAP mugo kito tahu doh dio kapir jadi senang kita nak berhujah..PR ado majlis pakatan dio..tgk gapo hok berlaku di kedah..kan bereh..ni pun tok lamo lagi isu arak di s'ngor bereh la.. isu ni surat koba umno jo dok hasut golongan hok cetek ilmu srupo anynomous. Selamo ke ning UMNO tok hino islae ko?..sapo hok dok kutuk hukum hudud..golongan hok jenis islam ini lagi bahayo sebab menghala ke arah munafiq!..tok soh was-was la ko namo kawenyo..berhujah berdasarkan fakta..baik namo John la pado anynomusnyo.....chow
Mu ni hebat lah Meli, ado sembilen permit dari KDN. Tentu demo, hok puok BN soko mu. Kalu tok, tentu demo tok beri banyok permit macem tu. Mu tuleh lah lagi apo mu suko, jangen takut kerajaan BN di belakang mu. Apo demo nak kato usah peduli.
puak puak hak dok nulis jenis hati busok belaka ni,dia nilai orang serupa perut pedal dia.lepas tu dia buat andaian dan heret kotsing ikut nafsu dia,basa jenis peeng huduh.
ikut dia lah abg li janji kita kemas molek ng allah taala.
Permit tu bukan percuma ko guano abe meli. Untuk permit terbitan sebulan sekali kena bayar RM400, dua kali sebulan RM500, seminggu sekali RM1,000. Hak buwi permit tu orang KDN, bukan orang politik. di KDN bukan orang Umno, mereka pegawai kerajaan. Kalu tidak mana Harakah, Suara Keadilan (PKR) dan Roket (DAP) boleh permit.
Abe Meli boleh permit bukan boktan kuat Umno tetapi kerana berpengalaman sebagai pengamal media. Kalau kira Umno gat tentulah Tan Sri Annuar Musa pun akan dapat permit. Beliau pernah minta permit akhbar mingguan, ketika itu beliau menteri lagi tetapi ditolak oleh KDN sebab Annuar orang politik, bukan orang media.
Demo (Anonymous) kalau tak tau baik toksoh meraban kotsir.
Ginilah Meli. Bagus jugak mu ngaku tak masuk 'u'. Jadi secara jelas sudah nampak setakat mana pemikiran mu itu. Bukan nak perkecilkan mu tapi realiti ore berilmu seperti jugak tingkatan dalam sekolah. Ore pas SRP corak pemikiran dia tidak sama dengan ore pas SPM. Walaupun cara ore pas SRP tadi kecek sedap didengar, pitih banyak, stail menarik tetapi corak pemikiran di dalam benak dia tetap ketinggalan berbanding ore pas SPM.
Kesimpulannya aku nak royat, setara mana bagi hujah dalam hal politik ko mu tidak akan sesekali mengubah cara penulisanmu sebab corak pemikiranmu sudah tetap di level itu. Mu pernah belajar tak tentang falsafah Socrates, Plato, Aristotle, Ibn Khaldun dll bab politik? Kalu baca saja tak jadi sebab belajar bermakna kita faham, kita bahas, kita kritik pula falsafah itu. Itu dinamakan pemikiran tahap universiti.
Politik ini adalah 'seni segala kemungkinan'. Matlamat dia nak kuasa. Jadi perancangan ke arah itu lebih kepada idea yang abstrak sahaja. Hari ini tidak akan sama dengan esok atau lusa.
Soal dosa pahala pun kena tegok level. 'Baik dengan komunis tak berdosa':kalu level ore kampung memang berdosa jawab dia. Tapi kalu level atas lagi lain pulak hukum dia berdasarkan apa maslahat kita. Hukum tetap sama tapi di mana kedudukan niat kita.
Dr. Burhanuddin Al-Helmy. seorang yang warak mengatakan harus untuk kita berbaik dengan komunis kerana menentang penjajahan British. Kalu baik dengan DAP nak menentang UMNO bersimilar lah dengan kenyataan Dr. Burhanuddin tadi.
Pasal apa? Sebab UMNOlah negara jadi kucar hanyar. Kita tak nafikan UMNO perintah selama ni tapi dalam perintah tu ada macam2 yang dia buat tak kena terutama ke ore melayu sendiri.
Nak baik dengan UMNO buleh, tapi kita kena ingat sejarah. Sini pulak kita kena faham maksud sejarah.Kecuali UMNO tukar perlembagaan parti kepada Islam dan bertaubat dengan salah silap dan berusaha perbaiki parti dan negara. Kalu setakat royak nak baik dengan Pas tapi dalam keadaan yang sama bermakna masih nak buat Pas kuda tunggangan macam dulu. Kalu Pas baik dengan UMNO dalam keadaan macam ni bermakna Pas tunggu masa nak kena sembelih pulak.Jangan pikir hari ini saja (semasa) tapi kena pikir masa depan. Cara dia tengok masa belakang.
Maaflah meli, pasal mu keras keng sangat. Tak buka akal budi jadi berkubang sama2 sdirilah. Mu ambil contoh blogger tukar tiub. Dulu dia ngaji sains sosial di UM lepas tu lari ke Eropah. Sebab itu penulisan dia bagus, berfakta sebab level.Level Meli.Level. Ayat pun comel, bahasa pun sedap.
Blog mu setakat ore level macam mu lah hak nak bukak dan baca. Aku nih bukak sebab sama kelate, aku pun kenal mu, tak tahulah mu kenal aku ko dok.
Maaflah meli, pasal
adok jugo hok sini taksub ko sosialis tukar tibub, berak bena kalu gitu,
buat john, dok duk saman hudud tu zaid ibrahim, cubo demo tanyo dio dulu bakpo dia saman dulu,
zaid ibrahim, raja petra ni puok islam liberal, demo sanggup dih saing dengen ore nok musnoh isle, teruk benar la kalu gini gak..
buat abe meli jangan takut denge sek sek demo ni,c akap berapi2 nok ko islam tapi hakikatnya duk ngutuk jah,
hasil dakwah pas skang kito boleh tengok duh apabila pemimpin DAP duk pakat hina dr ridzuan tee dan agama islam,
kalau kat negara lain kena hukum bunuh dah loke tu, tapi di mesia nok wat gano ore pas sendiri duk belo loke siew fook tu, sebab nak dakwah lagi katanya... seteruk umno pun MCA tak pernah pemimpin dio keluar ayat hina islam macam pemimpin DAP. hebat benar pas lo noi...lepas ni suko la DAP, pas duk belo sokmo dap ni walau DAP buat bendo karut pun..
salam abe li,
ambo nak ghoyak ko anonymus hok royak ore level abe li jah baca blog ni, ambo ore kelate dok wak phd kat guildford, uk pun baco jgk blog ni.,,,demo ingat ananymous raso demo jah biso..tulise abe li pun sedap...jange jadi bengung nak tuduh abe li suko hati jah...tulise abe li ado fakta jgk,,,siap nga hadis..demo nak kato gapo.....ambo baco blako blog pas ko blog umno..pah tu wakla kesimpulan sediri,,pk mana baik atau xmolek...
abang li!
jangut tu cumel dah,kapak pon nampak gedebe dah , kalu ttukar masok bule lagu mana, nampak lebeh
cumel lagi, gini! taksah laa dok
peghah otak nak jjadi tok peghaih
pati umno, kalu oghan umno dah tetaplah umno, tapi kalu ssalah puyang bbalik jadi pas, tapi oghan
pas gak, piedeik umor kalu nak nati
tingut gi ke umno,
abe li, hak ambo tulis hari khami
s lagu mana, cuba tingut2 gak hal royalti petrol, kalu bijak sungu
h oghan2 umno kelantan , cuba bawa balik duit royalti petrol , jangan dok senda2 main macam tok lwi.ti
ngut kuli apa dia kata, tu baru anak jatan, apakah kita nak di dunia ni ,kalu tuhan nak la ni kita gi kkubur.umno,najib ggapa
buleh tulung,sekurang2 nya kalu
kita buat baik ke rakyat kelanta
n ada juga sedara2 kita sebut nama baik kita. sekian dei kita jupa lagi, maaf dei abang li, jangut tu putih dah , masuk pas la, buleh dah,,,
Anonymuos said :
August 9, 2009 9:16 AM
Pasal apa? Sebab UMNOlah negara jadi kucar hanyar. Kita tak nafikan UMNO perintah selama ni tapi dalam perintah tu ada macam2 yang dia buat tak kena terutama ke ore melayu sendiri.
Sebelum itu amabo nak tanyo :
Negara kita lo ni kucar hanyar ko?
Ambo raso tidak.
Sebabnya...
... Kita boleh beribadat dengan sesuka hati, takdok orang larang.
... Kita boleh mencari rezeki dimana-mana jua, di kota, di laut, di bukit, malahan kalau nok naik ke langit terjun turun pun, tak dok orang marah.
... Pah kucar hanyar gapo dia nyo.
Cuma baru-baru ni jah kucar hanyar di Kuala Lumpur sebab puak-puak senok otak dok berdemo nyo. Tu buke kerana UMNO tapi puak-puak PAS dan sedikit DAP serta PKR buat, bokali berasa puah dok dalam aman.
Kalu tok suka ko Meli tulis gak tok soh dok bacalah.
Baco harakah sahajalah, baru hati tidak dok dak, dok dak.
Maaf Meli, kawe seroh ko demo pulak hurainyo mugo kawe buke penulis profesional.
tubik smula-ado banyok anynomous sini eh..tulis namo la baru sedak sikit..ni ambo nok tanyo anynomous hok kato "mca tok hina islam"-gilo ko apo dio ni..ni jenis hok baco surat koba utuse meloyo ni..eh mu tahu dok gapo hok grup2 ni buat lps mahathir kato m'sia ni negara isle (ambik hati golongae melayu hok buto huruf)? mca dgn gerakae menyalok lebih pada anjing nyalok gunung. samy vellu siap kutuk hudud lagi kalu ore kena rejam, habs la batu kerikil nak buat jalan tar! puok-puok mu ni (umngok) x baco sumber lain tahu hok alik biru je la...kalu nak cakap pasal aman negara lain aman jugok..tapi ingin mencari keredhaan Allah la..lo ni kito doh tahu kezaliman itu berlaku..bakpo nok cenderung kok tu nyo..golongan umno ni asal buleh projek segar le...kalu keno tarik mula le nok cari pas....think about it!
chegarMD tray checks gat Abe Li ambo ni parti mano. Kawe checks doh, kawe tau nombor ahlinya. nombor kad kenalan Abe Li ambo ialah 561020-03-520. Nombo lama 5245714.
Minta maaf Abe Li, ambo nak suruh budok-budok tau, ambo buwi nombor kad kenalan Abe Li. Jange mareeee!!!
HANTAR ULANG
......Nombor kad kenalan Abe Li 561020-03-5201.
Post a Comment