Kalau sudah terlebih bijak dan terlebih maklumat, jangan baca blog saya
SAYA kendalikan blog ini dengan dua matlamat utama, yakni untuk dapatkan maklumat dan memaklumatkan para penjenguk. Kepada mereka yang sudah terlebih bijak dan terlebih maklumat, lebih baik jangan baca blog ini.
Secara tulus saya cadangkan mereka jenis terlebih bijak dan terlebih maklumat pilih sahaja blog-blog lain yang dikendalikan oleh kalangan yang sakan ilmu dan maklumat.
Kalau membaca untuk jadi lebih tidak berilmu dan semakin merosot maklum, itu tandanya ada kerosakkan pada mana-mana saluran urat ke otak dalam kepala penjenguk itu sendiri.
Umpamanya bagi penjenguk berikut;
Anonymous said...
Ginilah Meli. Bagus jugak mu ngaku tak masuk 'u'. Jadi secara jelas sudah nampak setakat mana pemikiran mu itu. Bukan nak perkecilkan mu tapi realiti ore berilmu seperti jugak tingkatan dalam sekolah. Ore pas SRP corak pemikiran dia tidak sama dengan ore pas SPM. Walaupun cara ore pas SRP tadi kecek sedap didengar, pitih banyak, stail menarik tetapi corak pemikiran di dalam benak dia tetap ketinggalan berbanding ore pas SPM.Kesimpulannya aku nak royat, setara mana bagi hujah dalam hal politik ko mu tidak akan sesekali mengubah cara penulisanmu sebab corak pemikiranmu sudah tetap di level itu. Mu pernah belajar tak tentang falsafah Socrates, Plato, Aristotle, Ibn Khaldun dll bab politik? Kalu baca saja tak jadi sebab belajar bermakna kita faham, kita bahas, kita kritik pula falsafah itu. Itu dinamakan pemikiran tahap universiti.Politik ini adalah 'seni segala kemungkinan'. Matlamat dia nak kuasa. Jadi perancangan ke arah itu lebih kepada idea yang abstrak sahaja. Hari ini tidak akan sama dengan esok atau lusa.Soal dosa pahala pun kena tegok level. 'Baik dengan komunis tak berdosa':kalu level ore kampung memang berdosa jawab dia. Tapi kalu level atas lagi lain pulak hukum dia berdasarkan apa maslahat kita. Hukum tetap sama tapi di mana kedudukan niat kita.Dr. Burhanuddin Al-Helmy. seorang yang warak mengatakan harus untuk kita berbaik dengan komunis kerana menentang penjajahan British. Kalu baik dengan DAP nak menentang UMNO bersimilar lah dengan kenyataan Dr. Burhanuddin tadi.Pasal apa? Sebab UMNOlah negara jadi kucar hanyar. Kita tak nafikan UMNO perintah selama ni tapi dalam perintah tu ada macam2 yang dia buat tak kena terutama ke ore melayu sendiri.Nak baik dengan UMNO buleh, tapi kita kena ingat sejarah. Sini pulak kita kena faham maksud sejarah.Kecuali UMNO tukar perlembagaan parti kepada Islam dan bertaubat dengan salah silap dan berusaha perbaiki parti dan negara. Kalu setakat royak nak baik dengan Pas tapi dalam keadaan yang sama bermakna masih nak buat Pas kuda tunggangan macam dulu. Kalu Pas baik dengan UMNO dalam keadaan macam ni bermakna Pas tunggu masa nak kena sembelih pulak.Jangan pikir hari ini saja (semasa) tapi kena pikir masa depan. Cara dia tengok masa belakang.Maaflah meli, pasal mu keras keng sangat. Tak buka akal budi jadi berkubang sama2 sdirilah. Mu ambil contoh blogger tukar tiub. Dulu dia ngaji sains sosial di UM lepas tu lari ke Eropah. Sebab itu penulisan dia bagus, berfakta sebab level.Level Meli.Level. Ayat pun comel, bahasa pun sedap. Blog mu setakat ore level macam mu lah hak nak bukak dan baca. Aku nih bukak sebab sama kelate, aku pun kenal mu, tak tahulah mu kenal aku ko dok.Maaflah meli, pasal.
Anda adalah antara penjenguk yang patut tidak jenguk blog saya yang mungkin bagi anda lebih jijik dari anjing kurap buruk kepala berulat nyunyak-nyunyak.
Kecerdikan pada anda diukur pada pemilikan sekeping kertas bernama diploma atau ijazah. Bagi saya kecerdikkan dan kepintaran seseorang hamba-Nya adalah kerana anugerah-Nya. Kerana itu Rasulullah s.a.w. dizahirkan sebagai seorang yang buta huruf tetapi lebih sarjana dari segala bapa sarjana hingga kiamat.
Tentang pertanyaan: Mu pernah belajar tak tentang falsafah Socrates, Plato, Aristotle, Ibn Khaldun dll bab politik? Kalu baca saja tak jadi sebab belajar bermakna kita faham, kita bahas, kita kritik pula falsafah itu. Itu dinamakan pemikiran tahap universiti.Politik ini adalah 'seni segala kemungkinan'. Jawabnya saya tidak pernah belajar kerana saya tidak mengaji universiti.
Tetapi saya tahu mengenai mereka yang anda senaraikan nama mereka itu, termasuk tentang Said Nursi, Kamal Atartuk dan tokoh-tokoh besar dunia yang lain yang saya hanya tahu dan ada maklumat mengenai mereka melalui pembacaan. Seringkali pelajar-pelajar universiti pun pinjam buku mengenai tokoh-tokoh berkenaan dari saya.
Saya juga ada maklumat lengkap mengenai Abu Muslim Al-Khurasani, Abu Aswad Ad-Duali, Al-Ishaq Al-Hadhrami, Al-Khalil bin Ahmad, Abu Amir Al'Ala, Mu'adz Al-Harra', Qudamah bin Jaafar, Abu Makhnaf bin Yahya, Saif bin Umar Al-Kufi, Abu Hassan Ali Mas'uudi, Izuddin Ibnul Atsir, Abu Yusuf Ya'akub bin Ishaq bin As-Shabagh al-Kindi, Abdul Wahid Al-Qadhi Ahmad Ibnu Rusyd atau Averroes.
Juga saya ada maklumat tentang Prof. Montgomeery Watt, Robert of Ketton, Du Ryer, Bosyen, Alexannder Ross, Ludovici Maracci, George Sale, Gustav Weil, Aloys Sprenger, William Muir, JM Rodwell, Theodor Noldeke Grimmer, Josef Horovitz, Arthur Jeffery, Richard Bell, Regis Blachere, E.H. Plamer, Athur J. Arberry, Mirza Hazrat, Abdullah Yusoff Ali dan ramai lagi (sekadar menyebut nama-nama yang masih kekal tersenarai dalam kepala saya yang karya-karya mereka saya baca).
Kenapa saya mengambil peduli tentang banyak tokoh besar dunia dalam pelbagai bidang? Jawabnya kerana saya tidak berpeluang ke universiti, maka saya menguniversitikan kepala otak saya melalui pembacaan dan pencarian ilmu dan maklumat melalui pelbagai cabang dan saluran di luar kampus.
Kebetulan pula saya minat kepada bidang karang mengarang dan itulah yang menjadi punca pendapatan utama saya sejak dulu hingga kini. Segala maklumat saya kena ada. Saya menulis sejak tahun 1973 hingga kini tanpa pernah berehat walaupun sehari dan Insyaallah saya akan terus menulis hingga ke hembusan nafas terakhir. Soal bahasa sedap atau tidak, bergantung kepada anugerah kurniaan-Nya.
Antara saya dengan pengelola blog Tukar Tiub pasti kepala kami berbeza. Kami tidak mungkin akan sama dalam bentuk persembahan mahu pun penggunaan bahasa. Yang pasti pengelola blog berkenaan lebih berilmu dan bermaklumat kerana dia mengaji tinggi.
Pun begitu harus diingat bahawa berbanding dengan pemegang Ph D, MA, BA atau diploma, kalangan yang lebih tidak memiliki itu semua lebih ramai jumlahnya di negara ini. Blog saya barangkali sesuai untuk golongan yang ramai bilangannya inilah, bukan untuk pemegang Ph D, MA, BA atau diploma.
Sedebek-debek saya pun, setidak-tidaknya saya turut menjadi bahan kajian tokoh pelajar universiti dan pelajar berkenaan sekarang setahu saya sudah pun bekerja dengan sebuah bank. Maknanya dalam tidak berilmunya saya, ada juga sumbangan saya kepada negara.
Buku-buku politik yang saya tulis jadi bahan rujukan pelajar universiti walaupun saya tidak masuk universiti, bukan tidak layak masuk sebenarnya tetapi saya tidak masuk atas pilihan sendiri.
Mendapat keputusan SPM pangkat 2 pada tahun 1970-an bukan sebarangan, jumlahnya boleh bilang dengan jari atau jarang biji mata pada waktu itu kerana semua kertas dijawab dalam bentuk subjektif. Cikgu saya pun pelik bila saya tak mau ke universiti. Tapi saya kata saya ada pilihan sendiri kerana saya tahu dengan diri saya sendiri dari apa yang orang lain tahu.
Setidak-tidaknya seorang pensyarah pada setiap univerisiti di negara ini adalah kenalan saya atau setidak-tidak kenal saya dan pernah bertukar-tukar maklumat dengan saya, malah saya ada rakan yang merupakan pensyarah sambilan di universiti di Australia dan UK.
Rakan di universiti di Australia sedang buat Ph D dalam bidang sains politik antarabangsa manakala rakan di UK sedang buat Ph D dalam bidang perbandingan al-Quran dan Sains.
Kami sering berhubungan kerana ada banyak maklumat yang sering mereka dapatkan dari saya di samping saya pula adakalanya dapatkan maklumat-maklumat yang saya perlukan dari mereka.
Saya sendiri tidak pernah malu kerana tidak masuk universiti (malah ketika exco penerangan minta senarai kelulusan kakitangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan atau UPKn ketika saya bertugas di UPKn dulu, saya catat TIDAK BESEKOLAH dalam borang maklumat peribadi, saya catat saya hanya reti membaca dan menulis sendiri sahaja).
Saya seronok jadi saya, dilabel sebagai orang yang tidak masuk universiti kerana saya tahu ada di kalangan pemegang MA, malah Ph D antaranya banyak yang saya berikan bahan dalam penyediaan kajian mereka. Maklumat yang pelbagai tentang parti-parti politik yang ada di negara ini yang saya miliki dan tidak terkhusus kepada parti tertentu sahaja menjadikan saya tidak mudah fanatik dalam berpolitik.
Apa yang perlu saya tegaskan bahawa walau apa pun tsunami yang melanda, saya akan terus jadi saya dan akan kekal jadi saya sampai bila-bila dan saya tidak pernah ingin jadi orang lain atau merasa kesal kerana tidak menikmati pencapaian macam orang lain.
Memang rakan sekolah saya ada yang jadi pengarah di jabatan kerajaan, pensyarah, tokoh korporat berjaya di samping ada yang jadi penoreh getah, petani, nelayan sungai, malah ada yang jadi peneroka tanah hutan.
Tetapi bila raya dan masing-masing pulang ke kampung, banyak yang akan kerumun saya bertanyakan tentang hal ehwal semasa, termasuk tentang politik, termasuklah mereka yang berjawatan pengarah dan pensyarah.
Pada pemerhatian saya yang berjawatan pengarah dan pensyarah hanya tahu hal-hal yang berkaitan dengan bidang tugas mereka sahaja, mereka tidak ada banyak ilmu bantu kerana tidak diperlukan dalam tugasan mereka sedangkan sebagai pengamal media, saya perlu banyak ilmu dan maklumat bantu.
Kerana itulah saya rasa saya tidaklah bangang dan bangsat ilmu dan maklumat sangat kerana memilih tidak masuk universiti walaupun layak tetapi memilih untuk menjadi pengamal media yang saya telah terlibat lebih dari 30 tahun.
Kerana menjadi pengamal media, saya menjadi seorang yang lebih terbuka dalam menghadapi pelbagai perkara, antaranya saya tidak akan berpihak kepada mana-mana parti politik bagi membolehkan saya membuat teguran mana-mana yang patut bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah!
Sunday, August 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
sabar le abe li demo patut banggo ado jugok ore berlainan fikirae baco blog demo srupo kawe ni..sekurang-kure buleh berhujah. lagu ni la caro nok berhujah nga set-set hok satu aliran (UMNgOk) mugo diorang ni nok baco hok alik lain dok doh..minda tok terbuka..sekurae baco pulok komen hok tok belago angin buleh jugok lepas2 tension dengan komen-komen ..ko guano
beres la meli itu tanda-tanda tulisan mu berkesan dihati dan jiwa dia.....cuma dia rasa tek sanggup nak kata dan terima kebenaran tulisan saudara... itu lah tanda manusia angkuh dan sombong di muka bumi Allah ini. Membezakan akal manusia hanya berpandukan tulisan di atas kertas.....seolah-olah tidak mau menerima ketentuan Allah... yang menentukan ketinggian ilmu Allah ini bukan berdasarkan sijil dan ijazah berjela-jela. Yang lebih penting ialah penggunaan ilmu Allah kejalan yang benar...menyatakan kebenaran walau pun pahit untuk diterima.
Penjengok tu blog dia sendiri pun tak ada....tulisan sendiri apa lagi....tulisan yang bermodalkan caci maki orang lain tu adalah agaknya.
Usah dihiraukan orang giler macam tu meli teruskan tulisan anda yang tersendiri tanpa meminta satu sen pun dengan dia.
abe lie tlg ajar ambo menulis.ni geram ko puak2 sesat.ambo rela BERJUANG dgn abe lie
Post a Comment