Gula ada dan cukup hanya dalam bentuk kata-kata?
BEKALAN gula di seluruh negara adalah mencukupi tetapi permintaan luar jangkaan di sesetengah tempat menyebabkan ada kawasan tertentu di negara ini menghadapi kekurangan bahan berkenaan.
Itu kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, seolah-olah kesukaran pengguna sukar untuk dapatkan gula bukan sesuatu yang serius walaupun kepada pengguna ianya pada tahap kritikal sebenarnya.
Saya tidak setuju dengan andaian bahawa sikap pengguna yang mengamalkan pembelian serentak menjadi punca bekalan gula menjadi masalah tetapi amat bersetuju bahawa perbuatan menyeludup gula ke negara jiran oleh pihak tidak bertanggungjawab adalah penyumbang kepada masalah itu.
Kenapa ada pihak yang sanggup melakukan penyeludupan sedangkan perbuatan itu bersifat mengkhianati negara? Jawabnya kerana tamak. Harga di Thailand umpamanya jauh lebih tinggi dari harga yang dijual di negara ini kerana sebahagian dari harganya telah ditanggung oleh kerajaan melalui subsidi.
Penyeludupan memang sudah kerja penyeludup, soal mengkhianati negara atau tidak, sudah pasti soal itu tidak ada dalam kepala mereka. Kalau tidak mahu jadi pengkhianat, awal-awal lagi sudah tentu mereka tidak akan penyeludup.
Selain dari ada polis dan tentera, kita ada pasukan khas mencegah penyeludupan, dulu dipanggil Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) sekarang dipanggil Pasukan Gerakan Am (PG). Sepatutnya segala lubang dan ruang untuk aktiviti penyeludupan ditutup.
Dalam menghadapi pengkhianat negara, jangan sayangkan peluru untuk menembak mati pengkhianat negara, malah barangkali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh digunakan untuk mematikan langkah para penyeludup.
Jangan mudah menerima alasan atau hujah bahawa kekurangan bekalan gula bukan semuanya berpunca daripada pemborong tetapi dan kurang tepat kalau pembelian secara serentak sejak akhir-akhir ini sebagai persediaan membuat kuih sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri turut disimpulkan sebagai puncanya.
Dalam pada Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kata gula ada dan cukup, saya ada membantu rakan yang mahukan gula untuk jamuan pulut durian di masjid tempat dia berjemaah untuk cuba mendapatkan bahan itu di Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Rantau Panjang, Tumpat dan Wakaf Bharu dua hari berturut-turut tetapi gula gagal diperolehi.
Rupanya bukalan gula tidak ada walaupun dalam pada menteri kata ada dan cukup. Bila jumpa kedai runcit dan pasar mini saya dan kawan berhenti bertanya gula. Yang nak dibeli bukan banyak, cuma sekilo. Tapi semuanya gagal. Sepanjang hari ini pun usaha untuk dapatkan gula di Kota Bharu selain dari Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Rantau Panjang, Tumpat dan Wakaf Bharu, tapi gagal.
Alasannya yang diberikan oleh pemiliki kedai runcit dan pasar mini, gula tidak ada. Bila ditanya sebabnya, jawapan yang diberikan ialah gula yang dipesan tidak sampai. Bila dikatakan tv, radio dan akhbar kata ada, mereka minta supaya tv, radio, akhbar, malah menteri hantar sendiri bekalan gulka untuk mereka.
Sehubungan dengan itu, untuk mengelak daripada menteri kata gula ada dan cukup tetapi pembeli gagal mendapatkan bahan berkenaan dan untuk kerajaan terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menipu rakyat, saya rasa amat wajar pihak kementerian berkenaan melancarkan gerakan mengesan dan menghukum para pekedai dan mereka yang terlibat dalam industri gula kerana menyorok atau menyeludup bahan berkenaan.
Cara mudah untuk mengesannya ialah dengan pegawai penguatkuasa dari kementerian dan jabatan berkaitan menyamar sebagai pembeli, pasti akan dapat dikesan dengan mudah.
Kalau dibuat pemeriksaan atas nama pegawai penguatkuasa, pasti gula akan ada serta merta tetapi bila orang ramai mahu membelinya, bahan itu tidak ada.
NOTA KHAS:
HARI INI (11 OGOS) SAYA KE SEKOLAH KEBANGSAAN CHEKOK, PASIR MAS, KELANTAN. TUANPUNYA KANTIN YANG MEMERLUKAN 10 KILOGRAM GULA TERPAKSA MENDAPATKANNYA DARI LIMA BUAH KEDAI KERANA SETIAP KEDAI HANYA SANGGUP JUAL 2 KG GULA SAHAJA UNTUK SETIAP PEMBELI.
DI TUMPAT, PASIR MAS, RANTAU PANJANG, MACHANG, PASIR PUTEH, BACHOK DAN KOTA BHARU, GULA MASIH SUKAR UNTUK DIPEROLEHI.
KALAU KEADAAN INI BERLAKU MENJELANG PILIHANRAYA, SAYA YAKIN KERAJAAN AKAN KALAH TERUK JIKA PIHAK LAWAN JADIKAN KEKURANGAN GULA SEBAGAI ANTARA ISU DAN BAHAN KEMPEN.
DALAM KES INI MENTERI DILIHAT SEBAGAI MEMBOHONGI ORANG RAMAI, KONONNYA GULA ADA TETAPI BILA NAK DIBELI PEKEDAI KATA TAK ADA. BILA DIDESAK BERI SEBAB SEDANGKAN MENTERI KATA GULA ADA, PEKEDAI SURUH DAPATKAN GULA DARI MENTERI SENDIRI.
Sunday, August 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Walaupon tajuk tulisan abang meli
hari ini mengenai kekurangan gula
saya rasa banyak penjenguk kelaman
ini tak berapa suka dgn perkara ni,tapi saya tebing2 baca juga buat2 suka, tapi bila baca saya rasa banyak perkara buleh di ambil kira,
kerana setiap tahun kita menghadapi
masaalah yg sama. kegagalan kementerian dlm menyelesaikan masaalah kekurangan gula bukan saja di kelantan tapi juga di
teranganu,p,pinang,perlis walaupon
perlis mempunyai ladang tebu yg luas dan juga kilang gula.kerajaan perlu menyiasat mengapa perkara ini buleh berlaku adakah di sebabkan sestem monopoli,penyeludu
pan yg berleluasa.atau kurang bekalan pada asal nya. adakah kerajaan tidak mempunyai data2 yg
cukup akan keperluan nya di bulan puasa ini.walau apa sekalipon sebab ternyata kerajaan kita hanya
pandai berpolitik tapi kurang berhemah dgn keperluan rakyat . kalau monopoli sebab, hancurkan sestem monopoli melainkan pihak2 yg
berkepentingan ada dlm pemerintah sendiri.kalau disebabkan oleh penye
ludupan rasa nya tak banyak yg teres kerana kita mempunyai upp
di segenap pelusup sempadan dan kalaulah dapat mereka menyeludup
angaplah itu sebagai sumbangan kita
terhadap penduduk melayu di sempad
an sebelah sana yg mana banyak orang2 kelantan dulu pon pernah men
cari makan di bumi melayu patani
mereka pon saudara kita juga.
kalau kurang bekalan dari asal lagi
maka kerajaan lah harus di persalah
kan kerana perkara ini berlaku stiap tahun.saya harap menteri baru
jangan hanya pandai memberi alasan
nanti kpi nya membahaya kewibawaan nya.
Post a Comment